razzirahman

Salam, Hi!

"...Saya Razzi Rahman @ Brother Love... terimakasih di atas sokongan anda selama ini, sejak 2006 lagi! - Jom lawati blog cinta saya. Nak ke facebook saya pun boleh. Dengar lagu-lagu saya? klik muzik , free je! Atau nak tengok buku saya, dan koleksi ebook-ebook saya, klik saja mana-mana link yang anda mahu okay ;)"

Siapa Razzi Rahman
Saya bersama Penerbangan Malaysia (MAS) dulu selama 5 tahun. Di sana, saya telah menyertai Bakat MAS. Dan dari kemenangan itu, saya dapat 6 tawaran kontrak untuk merakamkan album.

“Apa lagi Razzi, berhenti kerjalah” itulah suara-suara teman dan sahabat handai…

Sebenarnya saya sendiri terkejut, bila saya jadi popular dengan mendadak, akibat kontroversi lagu Syakila, lagu dari album pertama saya. Dengan Syakila, saya terpilih ke Final Muzik-muzik 1992.

Kemudian, Rembulan Kesiangan pula menjadi hit di seluruh carta-carta radio Malaysia, Siangapore dan Brunei. Tawaran menyanyi semakin bertambah, pendapatan semakin meningkat hingga puluhan ribu sebulan. Pernah saya dibayar Rm5000 hanya untuk menyanyi 1 lagu.

Hidup saya mulai penuh dengan kemewahan, MAS saya tinggalkan. Namun, kekurangan pengalaman, membuatkan kemewahan itu tidak kekal lama. Tawaran show di seluruh Malaysia yang selalu diterima, hilang begitu saja. Saya terpaksa menjual kereta-kereta saya dan juga kelengkapan rumah untuk menampung hidup.

Akhirnya saya membuat keputusan untuk pulang ke kampung di Kota Bharu dan mula berniaga bersama ibu. Dengan bantuan ibu dan kakak tersayang, kami sama-sama menguruskan sebuah butik pakaian dan juga pusat kesihatan. Saya kembali stabil dan mendirikan rumahtangga.

Sekali lagi, saya menempuh kegagalan apabila perniagaan kian merosot. Saya semakin risau, malah takut apalah akan terjadi kepada saya dan keluarga. Isteri pula menyambung belajar buat ‘Master’ di UITM. Terpaksalah saya menjaga anak sendirian sementara.

2006, adalah tahun yang paling mencabar buat saya kerana kami sekeluarga hampir jatuh tersungkur. Tetapi Alhamdulillah, saya telah terbaca tentang Workshop Irfan Khairi. Kemudian kakak saya pula menghadiahkan buku Rahsia Internet oleh Irfan Khairi. Dalam hati saya…

“This is it!...mungkin inilah peluang terakhir aku untuk berjaya”

Saya terus membuat keputusan untuk menyertainya. Pinjam Rm1000 dari kakak, drive 7 hours ke KL. Dan itulah detik permulaan saya mengenali perniagaan ONLINE. Dapat pula bimbingan terus dari Pakar Jutawan internet Malaysia, Irfan Khairi. Kebetulan beliau pernah meminati lagu-lagu saya.

Dan kini, saya telah berjaya berniaga di online dan menjual ke seluruh pelusuk dunia. Kemudian saya belajar pula bidang grafik secara online dari kursus di luar negara. Satu bidang yang menjadi kegemaran sejak dulu. Later, saya terbitkan 2 buku dan 14 ebook pula, kembangkan bakat dalam penulisan pula.

Alhamdulillah akhirnya, saya join Irfan Khairi Sdn Bhd dan menjadi Designer, Editor dan kini telah dilantik sebagai CEO
& Head Designer IKSB.

Inilah perjalanan sebuah kehidupan, “Anda tidak akan tahu sehingga anda mencubanya. Jangan putus asa, pasti akan ada sinar di penghujung jalan mu!”
Di bawah 'guidance' sifu terhebat, Irfan Khairi
Razzi Rahman adalah pelajar paling awal yang mendapat bimbingan terus dari Jutawan Internet Irfan Khairi lebih 9 tahun yang lalu. Semenjak itu, dengan berbagai ilmu yang dipelajari dari Irfan Khairi, Razzi Rahman sudah berjaya menjadi usahawan online dan menjual produk ke seluruh dunia. Namun kepuasan sebenar yang amat dirasai adalah apabila beliau dapat menjadikan minat dan kegemaran dalam bidang penulisan, sebagai satu lagi cabang pendapatan lumayan di mana kini Razzi telah dapat menerbitkan 2 buku motivasi dan 14 ebook terlaris di internet, hasil dari bimbingan rapat dan mentoring jitu, Irfan Khairi.
Buku Kamus Cinta dan Nota Cinta serta 14 ebook-ebook cinta yang terus laris terjual di internet.
Persahabatan antara Irfan Khairi dan Razzi Rahman bukan sahaja sebagai Sifu kepada pelajarnya tetapi juga sebagai partner di dalam bidang muzik. Razzi yang dulunya penyanyi pernah pula menerbitkan album single ke 3 bersama Irfan Khairi yang mana lagu KERANA ciptaan Irfan Khairi sendiri telah menjadi lagu hit dan mendapat tempat teratas di corong-corong radio.

Kini, Razzi Rahman yang telah berkerjasama dengan Irfan Khairi dalam berbagai-bagai projek sejak dulu lagi, akhirnya telah menyertai syarikat Irfan Khairi Sdn Bhd dan telah menjawat jawatan sebagai Chief Executive Office (CEO), Graphic Designer dan juga menjadi ketua editor Majalah IK serta menjalankan kelas-kelas siri iclass bimbingan di bawah kelolaan IKSB.

Pengalamannya dalam menghasilkan 2 buku dan 14 ebook dengan berbagai tajuk membuatkan beliau seorang yang arif dalam bidang penghasilan bahan informasi dan rekabentuk ebook. Ditambah pula dengan kredibiliti Razzi Rahman sebagai Graphic Designer dan ketua editor Majalah IK milik syarikat Irfan Khairi sdn bhd.

Jadi, inilah masanya untuk anda pula menimba ilmu dari Razzi atau mendapat khidmat dari seorang...

Author, Designer & Singer... Let's sing! ;)
Jom menyanyi sama-sama... haha :)) Yaa, singing is my hobby yang akan terus kekal BUT, kepakaran, pastinya designing and writing.
- Ketahui lebih lanjut tentang saya melalui link-link di bawah ini :-
ebook01

Ebook 101 cara Mencari Cinta

Klik di sini

ebook02

Ebook 101 cara Memikat Lelaki

Klik di sini

album_3
Anda mahu designer paling 'mahal'? :P
Jom belajar grafik dengan saya

Copyright © 2018 - www.razzirahman.com - All Rights Reserved