Apabila pasangan berlaku curang,…selalunya pasangan yang jujur itu dipersalahkan – Itulah cara ALASAN paling klasik yang digunakan hehe 🙂
Apabila terbongkar skandal, sewaktu konfrontasi… taktik zaman dahulu kala yang digunakan pula adalah – ‘Apabila bersalah, ubahkan kesalahan kepada orang lain’ hehe, tiba-tiba kita pulak yang bersalah…dia yang skandal pula marah-marah… semua tu old tricks beb,
jangan terpedaya!
Sepanjang minggu ini beberapa wanita yang meluahkan masalah cinta kepada Bro Razzi, …mungkin kerana mereka masih sayang dan juga rasa rendah diri, mereka telah menerima kegagalan dalam perhubungan cinta mereka dengan cara, MENGAKU MEREKA YANG BERSALAH!
Apa yang cuba diluahkan adalah dengan mengaku, pasangan masing-masing meninggalkan mereka dan mempunyai kekasih yang baru adalah kerana :-
- Mereka tidak pandai ‘JAGA’
- Penampilan sudah tidak bagus
- Badan sudah menggeleber
- Sudah tidak dapat rasa cinta
- Sudah tidak cantik
- Perbualan sudah membosankan
- Layanan sudah tidak mesra
- Masa sudah tidak cukup diluangkan
Well, macam-macam lagilah alasan yang diberikan dan berbagai-bagai kesalahan lagi la kan…
Ya, mungkin ada betulnya apa yang dipersalahkan itu. Mungkin ada sesetengah pasangan yang sudah kurang menjaga perhubungan apabila sudah lama bercinta atau berkahwin. Mungkin penampilan dan bentuk rupa dan tubuh badan juga hanya dibiarkan begitu saja kerana beranggapan, pasangan itu sudah miliknya!
TETAPI… adakah itu satu alasan untuk pasangan anda berlaku curang dan bercinta dengan yang lain? Bukankah ianya boleh diubah jika dibincangkan dan diusahakan bersama apa-apa yang kurang? 😉
JADI… kepada wanita-wanita yang merasa lemah dan tidak cantik kerana ditinggalkan… kepada lelaki-lelaki yang merasa anda tidak berguna dan kurang keyakinan apabila pasangan anda bercinta dengan yang lain…
- JANGAN SESEKALI SALAHKAN DIRI ANDA!
Jangan menerima bulat-bulat kegagalan ini kerana kelemahan anda… Ini kerana anda juga pernah dicintai dia dulu kan, jadi pastilah ada sesuatu keistimewaan dalam diri anda dulu betul tak?…sehingga anda berdua boleh bersama. Hingga membuatkan dia terpikat dulu, kan? Mengapa anda pula yang dipersalahkan?
Cadangan :
- Jika ada rasa tidak puas hati, berbincanglah dulu…ceritakan dulu apa-apa yang membuatkan cinta itu hambar
- Jelaskan, apa saja yang mengubahkan jadi bosan tu… kemudian sama-sama usaha kan.
Jika anda tahu kesilapan anda, pastinya anda akan melakukan berbagai cara untuk menyelamatkan perhubungan itu betul tak?, pastinya anda juga mahu berusaha untuk mengembalikan rasa cinta kan?
- Hakikatnya, JANGAN biarkan diri anda dipersalahkan apabila dia yang berlaku salah! Stand your ground!
- JANGAN biarkan dia buat anda rasa tak berguna dan tak cantik lagi sebab itu dia pergi pada yang lain…JANGAN!
Angggaplah anda jauh lebih baik dari dia…jauh lebih hebat walaupun dia yang pergi pada yang lain!
“Isshhh!! Aku pulak kau salahkan? Apa hal?!”
You know, sometimes…ada juga individu yang masih cun melecun…cantik, lawa, tampan, punya kedudukan, tetapi pasangan tetap berlaku curang… jadi, pada asasnya mereka hanya SUKA curang, SUKA menipu, SUKA skandal… that’s it. Tak ada sebab besar pun…
So jika anda masih solid, masih unggul tetapi pasangan anda didapati curang atau punya skandal… well you all sepatutunya memandang diri anda semua MULIA! BERMARUAH & HEBAT! Kerana anda tidak mempunyai sikap busuk hati seperti mereka. Anda tidak meletakkan diri anda dibawah seperti mereka, you should be proud!
Tapi, jangan lah pula kita nak balas dendam dengan melakukan perkara yang sama seperti dia lakukan pada kita. Biarlah dia nak gadai maruah dia… biarlah dia nak ada yang lain pun… biar! Dia bukan taraf anda…anda lebih bermaruah dari dia!
- Yang penting, jangan biarkan diri anda terpedaya sehingga anda dipersalahkan sampai anda kehilangan keyakinan diri, berubah menjadi takut bila berada dikhalayak ramai, bertambah malu berdepan dengan masyarakat!
- Be strong Be bold, and dare to say NO!!
p.s : Ketahui tentang Koleksi 3 ebook cinta terlaris dari Razzi Rahman – KLIK DI SINI
Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com
Share this article at your facebook…
4 Comments
Salam,
Menarik artikel kali ni.
~Selamat Berpuasa~
give strenght again, thank u! dah curang kta pla dpersalahkan. sy suka line ni- well you all sepatutnya memandang diri anda semua MULIA! BERMARUAH & HEBAT! Kerana anda tidak mempunyai sikap busuk hati seperti mereka. Anda tidak meletakkan diri anda dibawah seperti mereka, you should be proud!
selama ni sy rsa tak bermaruah kerana diperlakukan seperti ini-curang. Both of them suda letakkan diri dibawah..dua2 busuk hati. but it’s ok x simpan dendam cuma harap mereka sedar dan myesal.
salam..
yep…kekasih i curang…macam2 alasan dia bg…even nak jumpa mak dia pon dia selalu cakap mak dia bz…sedangkan nak dijadikan cite i dapat jugak jumpa mak dia…so far sume nampak ok…
a week after jumpa dia bg alasan mak dia xsuke xberkenan kat i…percaya lah kite sampai jatuh lemah longlai…tp yg peliknye dia langsung xpertahankan apa2…i je yg ke hulu ke hilir cuba nak pertahankan….yg dia plak asyik cakap je xmampu nak ty mak dia takot kecewa ngan jawapan mak dia….bullshit!!!
xlama lepas tu…sikap dia makin lama makin berubah…yg kononnye dia nak bersendirian…okla…i pon dgn muka tebalnya pon cuba jugak pujuk nape dia leh jd gitu…konon nak faham situasi dia…then dia cakap…yg hubungan kitorg ni da xde harapan…ceiss..sedihla kite kan…
nak dijadikan cite…satu ari i xsedap ati…nape dia lain macam je aritu…i sengaja gertak dia nak g melaka nk g jumpa malam tu jugak…memandangkan i plak kat johor…tp dia gelakkan i…yg i ni xmungkin dapat cari dia kat sana…i rasa tercabar…so i usaha cari alamat umah dia sume…pg la i ngan kawan i tgh2 malam g spy…alhamdulillah jumpa!!! tuhan nak tolong kan…mlm tu i xterkantoi dia ngan popuan lain tp terkantoi yg dia tgh lalok dalam kete…bila nampak i dia nak lari ngan kete seb baek i xtersungkur sb sempat berpaut kat pemegang pintu kete dia…terok betol…mlm tu jugakla terkantoi macam2…tgk hp dia dia ada melayan popuan lain…time tu dia xnak ngaku…seminggu selepas tu baru dia ngaku yg dia da tersuke ngan popuan lain & selesa ngan popuan tu…
yg paling menyakitkan bila dia cakap i ni memboringkan dan dia xleh jd diri sdiri bila dia ngan i…i pon xfaham…i xsuruh pon dia jd org lain bila depan i….tp i faham…bila da xsuke mcm2 alasan org leh kasi kan…i kecewa ngan dia bukan sebab dia da ada popuan lain…tp i kecewa yg dia xpernah nak cuba pertahankan hubungan ni…bercinta je pandai tp xreti nak menghargai….bila siasat2 balik…ex3 sebelom ni pon mmg terkena benda yg sama je…so…conclusion…mmg dia tu buaya…ssh nak jangka sb selama i kenal ngan dia…i xnampak pape keburukan dia…
frust gak la ni….uwaaaaaa!!!!
Kadang game perempuan ni aneh2…kita yg penah ada skandal bila kantoi gn gadis ni.. Punya lagi dia sedih kita down malu.. Rasa bersalah.. X mampu berkata2 bila pk kesalahan Plus dua luahkan kesedihan pada kwn2 kita ttg kesedihan nya.. Kwn2 siap marah lg.. Nasihat dia betul syg kita… Tp bila kita pula cuba berubah.. N kita dh rasa dia lah mengajar erti kejujura n dia berhak menghukum kita.. Kita relakan la dia guna isu tu utk semua keperluan nya… Tetapi kita mana boleh tahan klu semua kesalahan dia boleh pakai point salah kita…. Smpi dia selesa…. N klu kemudian hari dia di uji pula n terbabas bersandal… U all rasa time kita sedih mcm mna dia buat dlu… Agak2 dia ckp apa….hurm..sakit hati bila jwpan secara sinis seperti ‘kau layak ke nasihat aku cermin diri dlu… Klu nk lagi pendek diorg just jawab siapa suruh dlu kau buat…. Arghh.. Dulu? Adoi.. Dulu syarifah aini pun x de bulu… So bg ku jaga2..jgn kesalahan kita diguna Plus provok tahap melampau…(ada jenis pmpn suka buat keadaan frust tu luah kt fb ke mcm2.. Just nk perhatian… N then time tu diorg buat resection hero2 yg bg nasihat.. Klu yg jujur x pe.. Ni klu jenis nk tu je.. Mmg nasihat mcm dia je lah suci.. Hihi.. Just cerita yg kulihat sepanjang kehidupan yg penuh senda gurauan.. Akhir kata cinta lah CINTa