Beri harapan la tu, tak beri harapan apa benda? hahaha 😀

Okay, minggu ni kita santai-santai… dan cuba kupas serta fahami tentang “MEMBERI HARAPAN!” – Yess.. sangat penting ni… in fact kalau kita tak faham tentang situasi yang amat sensitif ini. Sebenarnya kita sedang menganiaya hati dan jiwa serta perasaan dia yang kita anggap, ‘KAWAN’

First of all, do you know…, Kalau dah you layan dia setiap hari, sms menjawab all the time… bbm berbalas-balas kacau mengacau, calling bergelak ketawa, komen kat fb mesra-mesra, komen kat blog, follow twitter atau kat mana-mana saja… almost setiap masa…setiap detik dan ketika itu… anda adalah sedang memberi harapan.!

  • Tahu kan? atau tak memberi harapan tu?! …atau bagi you, “Eh, semua I kawan saja…” – hehehe ooo…macam tu cara you berkawan ya?

That’s why kita ni… jangan rasa diri kita bijak sangat membuat keputusan. Konon tahu apa orang fikir dan rasa. Kemudian menyalahkan orang, kononnya orang itu tersalah anggap… konon orang itu fikir negatif, sedangkan awak guna alasan itu untuk bersosial dan happy-happy dengan orang lain sesuka hati…

  • Habis hati orang yang menanti? Ada kita tahu macamana?…

Ya, memang betul kita hanya anggap kawan…kita suka berkawan… semua orang kita kawan, semua orang layan sama, cara, gurauan kita sama, cara mesra kita semua sama, SEMUA KAWAN!

  • Tapi orang tu? Ada dia anggap you kawan? …Sudah lah dia siap luahkan perasaan dia kat you, suka laa, rindu laa, selesa la, syok laa…dia siap cakap nak coupling dengan you, nak you jadi special dia… kawan amenda?

You see the minute one side says, “I want you… I need you… you’re special to me!” – Ianya tidak akan jadi kawan lagi sampai bila-bila. Kerana perasaan itu akan sentiasa mengalir di dalam jiwanya yang meronta-ronta inginkan diri you.

KAWAN (opposite sex) yang sebenar-benarnya kawan adalah orang tidak menyimpan perasaan pada kita atau tidak akan jatuh cinta dengan kita walau apa pun yang terjadi. ITU BARU KAWAN! Yang hadir dalam hidup kita untuk memberi kritikan atau pujian ikhlas… atau memberi pendapat dan nasihat terhadap sesiapa yang kita nak bercinta…itu kawan!

Kalau awal-awal lagi dia sudah “SYYIOKK SAMA KITA LOR” hayaa…itu bukan kawan maaa…

YES, you boleh kata…

  • “Eh I takpernah beri harapan, I tak pernah cakap I suka you…I pun tak pernah kata kita akan jadi couple suatu hari nanti bila I dah sedia”

WHAT? You think dengan berkata begitu, orang yang sudah meyimpan perasaan kat you tu boleh hilangkan saja perasaan dia? And then hanya anggap you jadi KAWAN BIASA?

There’s no such thing beb… Even you reject dia pun dia akan tetap nak kat you juga beb… Sebab apa you tanya?? …sebab you masih melayan dia mesra! Masih bergurau senda, masih joking-joking, masih lawak bodoh… Dia call, you layan… dia komen, you balas…. Konon kawan… ALL THAT, leading kepada memberi harapan la tu dik…

  • Doesn’t take a rocket scientist to know that laa… cuma you je anggap it’s nothing! It’ is nothing to you…tapi pada dia yang menaruh perasaan, ada you fikir? atau ada you kisah?

Love is a magical thing yang akan ujud sampai bila-bila…lebih-lebih lagi bila seseorang itu sudah benar-benar jatuh cinta. You think hanya dengan you tidak memberi kata akhir…everything is going to be fine? You think dengan cakap,  “I selesa dengan you…tapi buat masa sekarang I belum bersedia untuk bercinta” so, it is a ticket for you untuk hanya sekadar berkawan dan dalam masa yang sama you boleh berkawan-kawan lagi dengan orang lain?

  • Orang buta dan pekak pun akan tetap bengang jika itulah yang berlaku pada mereka. Bro Razzi tahu sangat ni because I pernah tengok bagaimana orang buta cemburu… orang bisu geram bila cintanya dipermain-mainkan.

You ingat cinta orang ni boleh relek-relek tunggu you bersiap sedia je ke beb? Dengan kita layan, dengan orang lain pun layan, dalam masa yang sama, you boleh keluar ikut suka you dengan siapa you nak keluar? Mesti dia fikir, mana nak letak maruah dia? Mana istimewanya dia? Sedangkan you seolah-olah meminta dia menanti you… Kalau macam tu baik belah la kan…buat apa tunggu lagi?

  • “I tak janji ek.. kita kawan dulu, dan tengok camana…”

…ya bagus la kita nak tengok dulu, kita take our time. TAPI amat tidak baik…jika sedari awal-awal lagi tak ada perasaan untuk bercinta tetapi, sebab nak jaga hati, “kita tengok la dulu k” …koyak la jiwa cam tu beb!

My advise :

  • Benda ni simple je… kalau tak nak, cakap tak nak. Jangan beri harapan kat orang tak baik beb… Kalau sekadar nak berkawan, cakap terus, “I prefer kita kawan saja”
  • Kalau dia tak nak terima, dan terus-terusan pujuk memujuk… it’s a sign for you untuk END THE FRIENDSHIP dah…it shows dia tidak menghormati keputusan you. Tak perlu nak jaga-jaga hati dah masa tu. Ini adalah untuk mengelak daripada secara tidak sengaja, memberi harapan kepadanya…
  • That’s why, kena faham betul-betul situasi ini…. Kadang-kadang benda-benda kecik pun boleh dia jadikan sesuatu pegangan untuk dia hold on to the feelings yang dia ada kat you.
  • Sometimes, kita nak jaga relation between pekerja, atau handling a project, atau business partner maupun satu kelas dan sebagainya. Jadi, ada lebih baik DRAW THE LINE FROM THE STARTS! – kadang-kadang tu saja-saja flirting sekali naahh!- tak leh cam tu, tidak adil kepada yang menyimpan perasaan tu.

SO, Jangan biarkan dia menaruh harapan dan tertunggu-tunggu macam orang tak ada kehidupan lain. Lepas tu senang-senang you nak cakap, you tak beri harapan dan tak menjanjikan apa-apa. Kalau betul macam tu, cakap la awal-awal, “I sebenarnya minat pada orang lain” atau “I sudah berpunya” habis cerita, tak ada la orang nak menaruh harapan…

Set the record straight! Jangan nak bengkang-bengkok… semata-mata kerana yang ada you nak simpan, yang di kiri nak pegang, yang kanan tak nak hilang. Jangan jadi pengecut dalam cinta la beb!! …berani la sikit, kalau betul-betul ikhlas…

okay, all the best and always believe in LOVE! RR Peace out 😉

p.s. : Ketahui berbagai-bagai lagi tip cipta dari Brother Love @ Razzi Rahman – klik di sini

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…