Begitulah perumpamaan yang terbaik boleh Bro Razzi berikan! Mesti you all tertanya-tanya ni kan, apa benda la terlekat pancing ni kan hehe…
- Senang je kalau nak faham tu…cuba bayang sekejap bagaimana kalau bibir anda tu terlekat pancing yang dikail orang? Haaaa..
Ada orang kata, bagai lembu yang ditarik hidungnya… tapi, to me itu nampak macam sama tapi tak serupa lah. Lembu dia KENA tarik…jadi kalau manusia KENA tarik itu kira macam terpaksa! Tapi bila ikan, kena pancing dia disebabkan ada umpan yang menarik ikan tu sehingga tersangkut dan melekat dipancing haaa… memang ikan tu NAK lah hehe…
Can see clearly now the picture? 🙂
So, jika manusia pula sememangnya apabila dipancing tu dia memang berminat dan cukup-cukup interested dengan orang tu. CUMA masalahnya orang ni hanyalah memberi harapan palsu! Hehe…ada terasa bahang tak sikit-sikit 😉
Adakah anda berada di dalam situasi ini? Mesti punya :-
Sit 1 : Seorang lelaki, jawab pada girl yang sudah lama meminatinya,
- “I suka kat you, I rasa selesa dengan you…sometimes bila kita berada jauh I sangat rindu kat you. Dan bila kita bersama, I rasa happy sangat…TAPI, buat masa sekarang I tak boleh nak couple dengan you, I tak berani nak pilih!”
-> Sedarlah yang anda telah terlekat pancing! Hentikan niat dan harapan anda untuk bersamanya, itu hanya harapan palsu. Sememangnya, betul dan benar sekali dia feel macam tu kat you tetapi, TAK BOLEH NAK COUPLE tu, bukan hanya buat masa sekarang tetapi sebenarnya BUAT SAMPAI BILA-BILA!
Sit 2 : Seorang wanita, beritahu pada lelaki ni yang sudah lama ingin memilikinya,
- “I sayang persahabatan kita, dan I sangat suka kat you…you pun dan beri macam-macam kat I, TAPI I tak boleh buat keputusan untuk bercinta dengan you lagi sebab I juga sayangkan kekasih I, I hope you sabar menanti!”
-> Sedarlah yang anda telah terlekat pancing! Stop menaruh harapan beb, dia takan jadi milik you sampai bila-bila pun you tunggu. Sekarang ni you hanya dijadikan sebagai, kalau team bolasepak, ‘Barisan Pelapis’ hahaha…adoi! 🙂 …kira, kalau dah habis semua orang yang dia suka, dia tak dapat mungkin you akan dipertimbangkan la.
Sit 3 : Seorang lelaki, dengan sedih dan penuh tangisan berkata pada girl yang sudah bertahun-tahun menanti untuk berkahwin dengan nya,
- “I sayang you beb…serius, I suka dengan keperibadian you. You pun dah banyak bantu I, I appreciate sangat. TAPI, buat masa sekarang I tak boleh nak berjanji apa-apa lagi…I pun rasa sedih sangat. Bagi lah masa setahun lagi!”
– > Lepas setahun-setahun lah tu beb, sedarlah yang anda sudah terlekat pancing! Siapa-siapa pun lah kalau dah ada green light untuk kahwin, takkan ada siapa yang sanggup tunggu lama-lama punya beb. Sanggup bergadai punya! 🙂
Sit 4 : Seorang lelaki dengan penuh gentlement konon, memberitahu wanita yang telah meluahkan rasa cintanya pada lelaki itu,
- “Terimakasih kerana menyintai I, I sangat-sangat hargainya. You memang seorang wanita yang terbaik pernah I jumpa. You juga sangat memahami jiwa I. Apa I suka dan tak suka semua you faham sangat. Sampai ada apa saja masalah dan pendapat mesti I tanya you kan. TETAPI, I ni bukan lelaki yang baik untuk you, itu yang I tak boleh nak buat keputusan lagi kerana I taut you berjumpa dengan lelaki yang lebih baik dari I…tetapi jika you sanggup tunggu, I akan selami jiwa I ni untuk you SUATU HARI NANTI”
-> Hehehe… dah berzaman, 5, 8, 10 tahun tak ada apa-apa progress pun kan, macam gitu jugaklah. At the end, you juga yang jadi anak dara tua, hingga dah tak ada siapa lagi yang berminat. And you pulak tak ada choice kena tunggu lah dia sampai bila-bila…Sedarlah anda telah TERLEKAT PANCING!
Pastinya anda semua wondering kan why dia buat macam tu dan beri kata-kata manis-manis begitu jika dia tak mahu kan kita? Mengapa cakap sayang, mengapa suruh tunggu? Kalau betul-betul ada yang lain? Soalan lazim la tu…
Jawapannya,
“Memuji, berkata sayang, suruh tunggu, ITULAH UMPANNYA…sebab untuk pancing ikan kena la bagi umpan, agar anda terus melekat dan menanti, in case tak da yang lebih baik atau, saja-saja untuk buat tempat melepas boring, teman malam, atau saja-saja ingin mempergunakan anda buat sementara waktu. The truth is… tersangat ramai lagi yang menjadi pilihan hatinya sedang menunggu!! …you ingat you je ke? Wake up bebeh! Wake up!
Ask yourself today…setelah sekian lama menanti, logik ke dia masih tidak boleh memberi keputusan untuk couple? Setelah bertahun-tahun berkenalan, berkawan…tak boleh nak bagi tarikh yang tepat untuk bercinta? Hello…ini manusia ni cakap kat dia! Bukan untuk dipermainkan! 😳
- Sesiapa pun, kalau betul-betul berminat dan serius untuk bercinta, tak ada nak tunggu lama-lama beb. Tengok you sendiri sudah la kan…
My simple advise,
- BE CLEVER, and Get out of that situations RIGHT NOW! Tak perlu nak fikir apa-apa lagi, tak perlu nak tanya itu dan ini lagi, sebab tak ada orang nak kesihan kan you jika you terus tertanya-tanya,“Boleh ke? Lepas tu nak tinggal lah ni? Nak buat macamana ni?”
- “BELAH JE LA BEB!”
- Sudah lama anda dipergunakan dalam cinta yang hanya khayalan semata-mata, hanya impian palsu… sudah berkurun lamanya anda tersangkut buta!! Jika benar dia nak, lepas you belah dia akan gelabah dan terus nak bercinta dan berkahwin. Kalau tak… hmm paham-paham je lah!! :p
Remember, setiap orang pasti ada jodoh dari Tuhan sekiranya anda redha dengan siapa saja yang hadir tanpa dirancang. Berikan peluang untuk diri anda mengenal, siapa tahu… “Anak itik yang hitam berubah bila besar menjadi angsa yang putih dan menawan?” …no harm in trying. Give it a try rather than waiting with empty promises!
p.s. : Bagi anda yang ingin mengetahui kesemua buku/ebuku Razzi Rahman dengan lebih lanjut? – klik di sini
Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com
Share this article at your facebook…
8 Comments
saya setuju sgt dgn bro… tp ada kemungkinan x lelaki akan rs bersalah or malu sbb kte taw dia tu buat salah. sbb tu kalo lelaki dh wat salah dia akn berdiam diri…btl x…btl x…hehe
Salam Bro Razzi 😉
Ada kemungkinan lelaki atau wanita tersebut belum ada keyakinan yang tinggi untuk meneruskan perhubungan hingga ke gerbang perkahwinan.
Hanya melempiaskan rasa sayang dan cinta saja 🙂
eh alamak, macam penah jadi la. patut laaa…dah terlekat pancing rupanya! kenapa la saya tak jumpa blog ni awal2??
bang,sila reply eh…kalo dier br declare ngan balak dier n at the same time still nk kawan ngan sayer..camner nie…camner nk blah dr dier ngan care gentleman…tolong bg jawapan yer bang…
NUR : Agreed 🙂
SALAM REZA : Agreed too 🙂
GADIS BUNGA : Don’t worry masih banyak masa untuk lepas kan diri you kan. Start a new world on your own beb 😉
CROC : Senang je… teruskan berkawan sebagaimana yang dia mahu. Sebab you pun suka dia kan. BUT… at the same time you juga kena berkawan dengan orang lain yang menarik dan saling suka. That way, you akan nampak lebih gentleman. Saling menghormati perhubungan tetapi at the same time you pun ada your own choice. at least jiwa pun tenang.
mw pun sm mcm gadis bunga..y la x jupe blog neh awal2….mungkin carrier time tu x sebyk mse carrier skrg yg byk sgt ms free……smpi x taw nk godek pe kt tenet neh…then finally found this web!keep it up mr.razzi!
Thanks miss Nurin, appreciate it and I hope it’ll benefit you.