Pernahkah anda bertanya pasangan anda, “You nak anak berapa orang?” hehehe…  pernah kan? Atau maybe you tanya, “You suka tak budak-budak? …you suka tak baby?”

  • Kalau yang suka ngayat tu or saja nak buat you happy dia akan jawab suka la hehe… tapi untuk dia berbual lamap-lama tentang bayi atau anak kecil ni tak mungkin! Susah untuk dia berlakon suka kalau dia tak suka. You all akan mudah nampak punya… tapi some of us selalu biarkan saja perkara ni kan. Anggap ianya TAK DA BENDA LAAAHHH …

Semalam, I ada pergi melawat rumah my second cousin ni. Sebenarnya dah lama dengar dia ni kena tinggalkan anak dia dengan suami dia kerana bertugas di kawasan lain yang memerlukan dia tinggal berjauhan nun di hutan sana. Suaminya pula bertugas dibandar, so since si suami ada bersama mak dia dan mother in law pun dekat. Anaknya yang berumur 5 tahun setengah tinggallah dengan dia.

The best part nak cerita kat you all… sepanjang masa sedara I si isterinya berada jauh, I think seminggu atau dua minggu sekali baru balik, suami dia akan terus-terusan meninggalkan anaknya kepada mak isteri dia! Hehehe…. Alasannya, susah nak jaga. Kerja…seharian. Petang dah letih, malam-malam nak keluar jumpa kawan-kawan dan lepak kedai kopi. Lepas tu kawan-kawan datang rumah tengok bola, hisap rokok. So, tak bagus la environment untuk anak dia, katanya.

  • Well, sudah 3 tahun alasan itu dipakainya! Anak pun dah besar dan lebih selesa tinggal dirumah atuk dan neneknya!

Sometimes, dia orang datang nak ambil anaknya, anak dia tak hiraukan mereka pun. Malah tidak pernah bertanya tentang ayahnya. Yang ayahpun relax je… dan tak kisah.

  • THE FACT is…yang menjadi mangsa di sini adalah si anak la kan, kesiannnn…

Sebenarnya, kawan-kawan I pun ada isteri kerja outstation, tetapi boleh pulak suami dia orang jaga anak sendiri, 3 orang anak lagi. Tak beri kat mak atau mak mertua pun. Ada one of my best friend ni… 2 orang anak dia, kecil-kecil lagi semua dan dia masih jaga. Relax je… pagi-pagi buat breakfast, lepas tu hantar pergi sekolah dan tadika. Tengahari ambil, buy them lunch. Lepas tu relax kat rumah sama-sama, spend time tengok tv sama etc. Malam masak dinner and then mengulangkaji simple learning. At the same time he is a successful business man pulak tu.

  • BASICALLY, kalau dia seorang yang mahukan anak dan suka mendidik anak dia akan jaga anak tu. Tapi kalau bangsa yang tak suka kanak-kanak…boleh haruuuu rumahtangga.
  • Jadi, jangan anggap soalan “You suka kids?” itu remeh, atau tak ada benda, kerana kesannya nanti sangat besar!

Jangan kerana anda mahu kahwin dengan dia lalu pejamkan mata dan pekakkan telinga yang dia ni tak suka menjaga anak. Kerana, anak-anak kecil ni perlukan jagaan dari kedua-dua ibu bapa. Bukan atuk dan nenek dia orang. At least salah seorang isteri atau suami perlu bersama mereka untuk mendidik dan jika mother tak ada, father boleh asuh anak-anak dan menanamkan sifat sayangkan ibu mereka. Begitu juga sebaliknya. Kalau bagi orang lain jaga… macamana anak-anak nak ada kasih sayang?

  • Dunia hari ini, memang sangat menyedihkan… ramai yang bukan setakat tak nak jaga anak-anak, siap BUANG BAYI lagi. Sudah selalu sangat kita dengar dan baca diakhbar. Di internet pun boleh tengok berapa ribu bayi dijumpai terbuang.
  • Jadi, anggaplah jawapan pasangan  anda itu samada dia suka atau buat-buat suka itu adalah AMAT PENTING untk membina sebuah keluarga yang bahagia.

Anak-anak adalah pengikat hubungan kekeluargaan Ramai yang kembali menyayangi pasangan masing-masing kerana anak-anak. Bayangkan lah pasangan yang 7-10 tahun masih tidak mendapat zuriat…sudah berpuluh ribu wang dibelanjakan, tetapi masih tidak mendapat rezeki dikurniakan seorang bayi… kita yang mudah-mudah dapat ni, dibuang pula. Dan apabila sudah mempunyai anak tu pula, bagi orang lain jaga… tak faham betul lah!

  • Jika tidak suka sekali pun, tolong lah hargailah kurniaan dari Allah s.w.t  itu. Tuhan anugerahkan kita zuriat… anak-anak yang tiada cacat celanya, baik, cantik, kita tinggalkan dia? Kita buang dia?
  • Lepas tu asyik kecewa kerana berkerja bertahun-tahun tak kaya-kaya… rezeki pun kurang. Buat apa Allah nak limpahkan rezeki pada anda kalau anda pun tak ambil peduli pada anak-anak anda?

MENGAPA kawan saya yang sendirian menjaga anak-anak dia itu, berjaya dan kaya raya? Well, obviously Allah limpahkan rezeki kepadanya kerana dia sayangkan anak-anak dia. Dan menjaga anaknya tanpa sibuk nak keluar dengan kawan-kawan minum kopi dan berbual kosong! Simple je…kalau itu pun tak faham, maknanya orang yang tak sukakan anak-anak ni adalah orang yang takkan bahagia sampai bila-bila.

  • So, sekiranya anda sedang bercinta sekarang ni… jawapan yang anda mahu dari pasangan anda adalah, “YES, I LOVE CHILDREN!”

– kemudian dia sambung pula dengan bercerita tentang betapa dia suka tengok anak-anak yang cute-cute…suka nak anak lelaki sebab nak bawa dia tengok bola sama-sama. Or, suka anak perempuan sebab nak pakaikan dia pakaian yang cute-cute… Suka anak ramai-ramai… dan macam-macam lagi lah cerita-ceritanya tu kan.

Kalau dia jawab, “SUKA!” lepas tu dia terus pusing cerita lain…uihhh, TAK SUKA LA TU! Di sini anda kenalah membuat keputusan sewajarnya. Jangan paksa dia suka pulak kalau dia memang tak suka. Tetapi, cuba berbual-bual biasa lagi dan tanyakan satu atau dua soalan lagi tentang children.

Jika jawapannya hambar dan tidak excited mana that means… anda kenalah membuat keputusan. Samada ingin terus bersamanya atau sebaliknya. Kerana ini adalah untuk masa depan anda berdua. Kebahagiaan rumahtangga dan rezeki… adalah dari anak-anak. Semakin ramai anak-anak semakin bahagia rumahtangga dan semakin bertambah rezeki, InsyaAllah! …So make your choice TODAY! 😉

p.s : Ketahui tentang Koleksi 3 ebook cinta terlaris dari Razzi Rahman – KLIK DI SINI

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…