Bersambung kita dari artikel semalam, jika nak baca PART 1 klik di sini
5 pembunuh cinta, sudah kita ketahui semalam… persoalannya, adakah anda juga salah seorang yang telah secara tidak sengaja menjadi pembunuh kepada perhubungan cinta anda?
Jika ya… seharusnya kita mesti merasa risau dengan sikap kita itu, dan berubah kearah kebahagiaan bersama. Jika kita okay, tetapi pasangan kita yang sebegitu, seharusnya kita kena mencari penyelesaian yang sewajarnya. Fikirkan jalan terbaik, samada untuk teruskan atau sampai di sini sajalah…Keputusan di sini teramat penting untuk menentukan masa depan yang membahagiakan…
So, 5 lagi pembunuh cinta yang perlu kita sedari adalah :
- 6. TABIAT SUKA MENIPU – Bukan menipu besar-besaran ni… menipu yang kecil-kecil. Yaa… kita ingat tak pa lah tipu sikit-sikit… The fact is, seorang yang sudah terlalu banyak sangat menipu ..akan menjadi seorang yang sudah tidak tahu lagi yang mana satu yang dia tipu dan yang benar. Tabiat menipu dia sudah sampai ke tahap kritikal. Sampaikan benda yang dia tak perlu tipu pun dia menipu. Apabila pasangan bertanya, “Lunch kat mana tadi?”… automatik terkial-kial menjawab soalan, “Tak makan pun” – Sedangkan anda keluar makan dengan kawan-kawan. Benda yang sekecil itu pun sudah menjadi tabiat anda untuk menipu… Mungkin sebab tak nak dia marah or terasa hati… namun, cuba teruskan amalan menipu kecil-kecilan ni, jika anda mahu membunuh percintaan anda suatu hari nanti.
- 7. CEPAT COUPLE – Belum pun sebulan anda sudah falling in love, belum pun kenal muka anda sudah tak mahu kenal orang lain. Baru chatting siang malam, dan belum pun berjumpa anda sudah anggap dialah cinta anda, siap jeles-jeles lagi. Lepas tu siap rindu-rindu lagi… I miss you so much gitu! Jumpa keluarga anda pun belum tapi sudah declared COUPLE! ..lalu bercintalah. NOW, perangai sebenarnya mulai terbongkar… sikap pemalas, tak suka berusaha kurang bertanggung jawab… muncul satu persatu. Anda kata, “Dulu dia tak macam tu… tapi sekarang semenjak couple ni jadi macam ni, harap-harap dia berubah” – YANG sebenarnya beb, perangai dia memang macam tu dari dulu lagi… tapi takkan nak tunjuk! Sikap cemburu giler, kedekut, pemarah, anti sosial…all that is out! Now, nak salahkan siapa? …salahkan diri sendiri je lah kerana, anda yang membunuh cinta anda itu kerana TERLALU CEPAT COUPLE! Proses mengenal isi hati dan budi pekerti…mengambil masa yang lama…sangat lama, minimum 1 year at least laa…in fact, sesetengah suami isteri YANG SUDAH 10 TAHUN KAHWIN pun masih belum betul-betul kenal antara satu sama lain, inikan pula anda yang baru berkenalan beberapa bulan…dah nak couple? Biar betul…
- 8. SIKAP SUKA MEMBANDING – Mungkin secara tidak sengaja, anda terbuat dan teramalkan perkara ni selalu…suka sangat membanding-banding segala kejayaan dan kebahagiaan lalu yang pernah anda kecapi dengan orang lain atau dengan your ex…. Obviously sikap seperti ini hanya akan membunuh cinta anda.The best thing to do adalah CREATE A NEW MEMORIES, tak perlulah nak hidup di zaman lalu… hidup di zaman sekarang dengan mencipta segala kenangan-kenangan baru yang manis dan sendu untuk menyemarakkan lagi percintaan itu serta menyimpan CITA-CITA untuk bahagia di masa hadapan, cara begitu lebih menyelamatkan cinta.
- 9. MEMBUANG DUNIA ANDA – Sebaliknya, hidup hanya dalam dunia dia! Honestly jika berlaku perpisahan… bukan dia yang bersalah beb… YOU! Anda yang bersalah, kerana anda telah membunuh dunia anda sendiri… membuangnya jauh, hanya kerana cinta. – SEDANGKAN, dengan memiliki dunia anda, pasangan anda akan lebih menghormati. Tanpa anda sedari dengan membuang dunia anda, anda sebenarnya mencipta pembunuhan terhadap percintaan anda. Anda punya keluarga, anda pinggirkan mereka. Anda punya teman-teman yang selalu menyokong anda, anda sudah tidak berkawan lagi. Anda punya karier yang anda amat cintai, anda berhenti. ANDA BUANG DUNIA ANDA sendiri semata-mata mahu membahagiakan dia… sehingga anda terlupa yang anda juga perlu dibahagiakan. Well, pada awal perhubungan mungkin anda merasa selesa BUT trust me… bila perhubungan anda sudah memakan usia… di saat itu baru anda sedar betapa pentingnya dunia anda, keluarga, kawan-kawan, pekerjaan yang anda suka, betapa rindunya anda melakukan segala-gala benda yang anda suka …anda rindu dunia anda! NAMUN, segala-galanya sudah terlambat. Ramai juga yang putus arah apabila putus cinta atau yang bercerai… pabila sudah lama membuang dunia mereka sendiri… again, andalah pembunuh percintaan anda sendiri!
- 10. OBSESSI KERANA CEMBURU – Ini adalah yang paling ramai berlaku dan PALING KRITIKAL! Berjaga-jaga dan syak wasangka itu bagus…tetapi apabila ianya keterlaluan, anda hanya sekali lagi… membunuh perasaan cinta pasangan anda. Sejujur-jujur ayat yang boleh Bro Razzi katakan adalah, “RIMAS GILER BEB!” hehe… yaa, it’s true. Setiap orang memerlukan kebebasan untuk bergerak, especially dalam kerja, pergaulan dan kehidupan seharian, jika anda asyik nak check 24/7 apa dia buat, dengan siapa dia jumpa, siapa yang hubungi dia, kemana dia pergi hari ni, berapa tempat dia pergi, mengapa telefon dia engaged, mengapa dia tak jawab call, apa yang dia bualkan dengan kawan-kawannya, apa yang dia sembunyikan dari anda, mengapa dia begitu, mengapa tidak begini? … fuhhh, Razzi cakap semua ni pun rasa tension beb, I’m sure anda sendiri pun rimas, kan?! Jadi mengapa mesti lakukan? Kalau anda tidak percaya kepada pasangan anda mengapa mahu bercinta dengan dia? Dan sampai bila anda nak syak wasangka ni? Sampai bila-bila? …bila nak bahagia kalau macam tu? Baik cari orang lain saja yang anda tidak ada rasa takut dia dirampas orang, that way… anda selamatkan perhubungan itu. Now choose! You see… Sekiranya pasangan anda atau anda sendiri memiliki sikap prasangka buruk sebegini…maka dialah pembunuh terunggul percintaan anda… lambat laun akan hilang segala-gala kemanisan cinta yang dikecapi… I call it “SLOW DEATH of LOVE”
Basically, ianya tidak perlu mengambil orang lain, atau tidak perlu melihat jauh untuk mengenali siapa pembunuh cinta itu sebenarnya. Ia samada anda atau…err anda atau dia…atau kedua-duanya sekali! Hehe 🙂
- Jadi, apa yang perlu anda buat? Apa pula yang perlu pasangan anda lakukan? …simple je JAUHKAN DARI MENJALANI HIDUP SEPERTI SEORANG PEMBUNUH CINTA… hindarkan jika anda benar-benar cinta. Jangan beri makan keegoaan anda itu… jangan suap nafsu sarakah anda dengan ketaksuban cinta sehingga membunuh segala-galanya…
Ini adalah untuk anda dan pasangan anda… adakah anda mendapat kepuasan hebat dari sikap anda yang sebegitu? …atau, tidakkah ianya sesuatu yang bernilai jika anda hindarkan?
Razzi tinggalkan persoalan ini kepada anda sendiri untuk membuat keputusannya… all the best and always, BELIEVED!
p.s. : Dapatkan beratus-ratus tip cipta dari Razzi Rahman – klik di sini
Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com
Share this article at your facebook…
4 Comments
Hai Bro Razzi 🙂
Artikel kali ni memang best sangat sebab I pernah terbuat salah satu senarai Pempubuh cinta..
Bila kita takde panduan…ingatkan betul. Baguslah ada panduan dan tips-tips yang selalu bro kongsikan di blog ni.
Teruskan membimbing…mudah-mudahan usaha Bro diberkati dan memberi munafaat semua rakyat Malaysia. 😉
ai bro razzi..
i da break wit my ex but dy dtg saat i da ng cinta yg baru..mslhnya i knl couple bru xlama,skejap jew,trus declare..huhu..mcm yg bru ni lg memahami.. adesss..yg jdik mslh,my ex dtg ng harapan n ciap bgtaw dy xpena say break sblm ni..padahal dy pena ckp cmtu sblm dy blik kg..d kg dy xcontact pn sy,alasannya,nk spend time wit family,hp rosak..bler da blik smenanjung,bru dy crik sy tp time 2 sy da ng cinta bru ni..sy dlm dilema la bro..bler bca artikel ni,bro ckp xboleh tburu2 trima cinta baru..huhu..skrg sy xtaw nk wat pilihan..ex sy keja sma bidang ng sy manakala yg cinta baru sy ni keja yg org rmai xsuke iaitu pdrm..kwn2 sy ckp jgn la couple ng yg cinta baru ni sbb kbyakan xbole d pcayai..hmmm..skrg sy xtaw nk wat cmner..help me!!owh ya,utk pgetahuan bro,my ex 2 jrg contact sy,tp yg cinta baru ni stiasa contact sy wlpn keja dy lg bz dr my ex..
KELIRUGURLZ – SImple je, yang mana paling membahagiakan you? Yang mana lebih mengambil berat dan mengambil tahu tentang diri you? Siapa yang berkorban apa sahaja untuk you?
PILIH YANG ITU!
thanks bro,tnyata sy da buat kptsn utk bsama yg cinta bru ni..allah itu maha adil,telah tbukti kcurangan my ex 2 smlm,rupanya dy telah punyai kekasih di kg nya..tnpa blengah sy trus hntr msg buat kali terakhir smoga dy bahagia n trma kasih d atas sgala kcurangan beliau,patutlah stiapkali dy balik kg dy slalu abaikan sy..tapi skurangnya d saat sy ketahui kcurangannya sy telah kuat,xmcm mula2 putus dulu..skrg sy cma bharap cinta baru sy ni xpermaenkan sy sbagaimana my ex dulu..