Apabila kita bercakap tentang masa di dalam percintaan, ianya seumpama TIDAK digunakan. Masa berlalu tanpa kita sedari, hari-hari berlalu begitu cepat, penantian untuk pertemuan pula begitu lambat! Semua kerana cinta, kerana kita berada dalam perhubungan yang meliputi kasih dan sayang…

Solat pula cukup je time happy, doa-doa meniti di bibir. Tapi bila time marah, bergaduh, solat tah kemana, doa berganti maki hamun, sumpah seranah kegeraman. It’s all because of love…

Hebat betul penangan cinta ni kan…sampai kita boleh pinggirkan Tuhan sendiri hehe… funny pulak sometimes bila difikirkan, funny kerana kita tidak punya rasa takut pada Allah s.w.t tetapi kita begitu takut akan kehilangan orang yang kita cinta.Not preaching ya, but admiring those people yang begitu giler mengadap cinta. Which is to me…I DON’T BLAME THEM.

Dulu-dulu masa terkena kat Bro Razzi sendiri, I pun lebih kurang gitulah jadinya… hilang pertimbangan…terlalu taksub kepada dia yang kita cintai…Alhamdulillah now, I’m tripple better!

Teringat lagi dulu, after 2 years…

I masih cintakan gadis yang tidak cintakan I, GILER TAK?! Within those 2 years I tak ada rasa nak bercinta pun dengan orang lain…to me, she’s the one and to me yesss…she is still my lover! Padahal dia dah bercinta 2-3 kali dah dengan orang lain…

But why 2 years je? Some of my friends lagi giler…ada sampai 7-8 tahun masih cinta! Sedangkan pasangan dia orang tah kemana dah… and in my case,  apabila ketahui  yang dia solo kembali so I thought i have a chance again! Saya pun excited la kan, bersiap kemain lagi, dressing up, perfumes, shaves, handsome habis…perrghh, but bila bertemu, HAMPA!

I would bersyukur kepada Allah, kerana setelah 2 tahun dia bertemu saya kembali …Tuhan telah membukakan hati gadis itu untuk menghina saya, menjatuhkan maruah saya dan langsung tidak menghormati perasaan saya… (Very sure, dia takkan kahwin-kahwin dah dengan perangai dia macam tu!)

I Sedih giler babe! Sebab, I bukan nak lebih-lebih pun, just sekadar A CHANCE to show to her that I can make her happy…itu pun dia tak nak tahu malah cakap I ni nothing that she wants ..and it knocked me down babe, tersungkur rebah ke tanah kerana terkejut betapa bodohnya aku selama 2 tahun ini kerana terus mencintai gadis yang langsung tidak cintakan aku, all because  atas alasan kononnya,

  • “Cinta aku hanya pada mu…aku akan terus setia menanti kerana kau lah satu-satunya cinta hati ku! Aku sanggup berkorban apa saja demi mu”

KOYAK BEB! 😀 …kita ingat setelah bertahun-tahun dia mencari cinta dengan orang lain dan telah breakoff  beberapa kali dengan 2-3 orang lain, so dia boleh sedarlah yang cinta kitalah yang terunggul dan sejati, huhh…buat dia menyampah dengan kita lagi ada beb…adoi mak! MALU!

2 years to make me realised that she’s sucked! Auk giler! 2 years it makes me realised, yang dia tak lawa beb, bila tengok betul-betul…aikk? 🙂 Ini yang aku duk giler-giler? Just imagine gadis yang cun sangat selama ni, lawa, sweet…tiba-tiba berubah jadi hodoh dan looks OLD! Why?

Because manis di dalam percintaan itu sudah hilang, ketaksuban kepadanya juga langsung hilang…all because tersedar dari 2 tahun bermimpi di dalam sedar!

Jadi kawan-kawan semua, Bro Razzi share this old story all because I hope you all tidak melalui saat kebodohan ini. Tidak bermimpi di siang hari…tidak mengepikan agama dan keluarga kita, hanya kerana cinta. Lantas bertahun-tahun setia tak memasal! Kononnya agung lah cinta kita tu kan…sedangkan dia hilang tah kemana, sedap-sedap menjalani hidup dengan orang lain…Yang kita ni, kononnya berkorban melepaskan dia pergi…kononnya setia…KOYAK sekali lagi beb!!

Pengorbanan ada tempat dan caranya, kesetiaan ada hadnya…Like I always said,

“Accept the failure, to get better!” …faham tak? Bro Razzi sendiri pun tak berapa nak faham tu hahaha, well “Terima kegagalan dan kekalahan untuk jadi berjaya”

it means, kegagalan itu adalah satu pengajaran yang sangat bermakna…learn from it, BUKAN live in it hingga bertahun-tahun. Kita gagal, okay cool…let’s look back apa yang kita buat salah, perbaiki di dalam perhubungan baru! BUKAN menanti dan terus menanti macam orang bodoh… biarlah I aje melaluinya, I tak sanggup you all merasa apa yang I rasa. Okay guys and girls… You all are the best of humankind that Allah have created, “LOVE YOU MORE!”

P.s. Check out all my ebooks that are helpful for your relationship click here 

Salam Hormat
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…