3 – 1st steps

Razzi RahmanAs promised!…setiap 2 hari sepanjang menjelang 15 Aug, anniversary blog “Tanya Brother Love” ini, bro akan memberi berbagai-bagai tip cinta, panduan bercinta, artikel tentang cinta, malah even kisah-kisah cinta dari pengalaman bro sendiri. 😉

So, untuk itu…bro namakan category dia adalah “CINTA 101” kira macam, photo 101, murder 101, life 101 etc. Maksudnya, tip, panduan atau pembelajaran tentang perkara tersebut lah. In our case… cinta! Jadi, Cinta 101! So for today, let’s us start dengan, “3 – 1st steps”

Pernahkah you all terfikir untuk bersiap sedia menghadapi sebuah perhubungan cinta yang serius? Atau you all hanya membiarkan saja masa berlalu pergi dengan menganggap ada jodoh…adalah!? Wei, don’t be like that arrr…ni yang bro sedih nihh… 🙁

Okey, bro pasti you all sure pernah dengar seorang gadis yang telah bertemu pasangan dan cukup sesuai pula dengannya, then bertunang then putus di tengah jalan. Pernah, kan? Kemudian gadis lain pula, bertemu jodoh, mendirikan rumahtangga tetapi belum pun setahun berkahwin, dah bercerai.

  • Why?!….. Mungkin ini adalah kerana tiada persiapan diri dalam menerima situasi yang begitu menduga emosi yang tertekan. So??…penuhi hidup you all dengan panduan cinta! 😉

 Langkah 1 : Kenali tentang lelaki/wanita terlebih dahulu

Before that, bro nak tanya you all… “Bolehkah kita mengandaikan perhubungan cinta itu ibarat sebuah peperangan??” Sudah tentu boleh… Contohnya, setiap negara yang berperang akan setiasa menyelidiki pihak lawan terlebih dahulu untuk mengukur kekuatan masing-masing. Sekiranya mereka terus menyerang tanpa mengetahui kelemahan pihak lawan, nescaya negara mereka akan kecundang dengan mudah.

Jadi, mengenali lelaki/wanita ‘pihak lawan’ terlebih dahulu…pastinya akan memberi kelebihan kepada anda untuk memilih dengan tepat. Dengan memahaminya lebih dari biasa juga, akan menambahkan kebahagiaan di masa hadapan. Malah anda juga dapat mengelak dari tersalah pilih pasangan hidup.

Jangan cepat jatuh cinta dulu beb, cubalah memerhati setiap gerak-geri dan tutur kata bakal pasangan hidup anda itu terlebih dahulu. Dari situ, anda akan dapat lebih mengenali diri si dia. Mulakan dengan sebuah persahabatan. Jangan takut kehilangan dia kalau anda tak bercinta…kerana kalau dia hilang juga…cantik lah tu…maknanya dia bukanlah yang terbaik untuk anda. Menghancurkan anda adalah tu. So, kenali betul-betul dulu… Jangan pakai ayat, “Redah je!” itu yang kalah pelajar AF yang guna tag line redah je tuuu… 😀

Langkah 2 : Bersedia menghadapi kegagalan

Peliklah, bersiap-sedia untuk gagal ni langkah persiapan diri? PELIK TAPI BENAR! Itulah langkah seterusnya khas buat anda bersiap untuk memiliki cinta yang sejati.

Sebenarnya, ianya adalah persiapan anda dari segi mental. Ketahanan mental amat penting demi untuk anda tabah menghadapi kekecewaan hidup. Ramai yang berkata, “Ahhh…aku tak kisahnya…aku rock!…Gua tak ada halnya…” Tetapi hakikatnya, apabila ditinggalkan dan pasangan anda pula curang, anda terkecewa, terseksa, merintih dan berduka separuh mati!

As you all knows…bro selalu terkecewa. Frust memang frust tetapi jika anda bersedia. Kekecewaan itu hanya untuk seketika! Trust me, I know!

Jadi, bersedia menghadapi kegagalan adalah salah satu cara untuk anda cekal dalam perhubungan cinta dan menemui insan yang betul-betul serius ingin bercinta dengan anda, kerana…mereka yang tidak serius akan menganggap anda terlalu susah untuk dipermainkan kerana anda begitu teguh untuk dijinakkan, TAPI bagi mereka yang serius, mereka akan lebih berusaha untuk memenangi hati anda kerana anda menampilkan diri anda sebagai seorang yang mempunyai keperibadian yang agak dingin, walaupun tidak! 😆

Langkah 3 : Menampilkan diri mengikut citarasa

Mungkin ianya berbunyi cukup mudah, tetapi sebenarnya ia agak susah ya. Yang bro maksudkan menampilkan diri mengikut citarasa ialah, BUKAN citarasa pakaian anda, BUKAN citarasa ketrampilan diri anda tetapi, citarasa orang yang bagaimana anda ingin miliki. Haa…best ni kan? Bro pun suka buat ni…

Okey, sebagai Contoh:

Sekiranya anda inginkan seorang lelaki yang segak dan tampan, berpendidikan tinggi, baik budi pekertinya dan sopan orangnya. Anda mestilah mengubah diri anda menjurus kepada keperibadian lelaki itu juga. Dan ianya mestilah bermula di belakang dia lagi, maksudnya kehidupan seharian anda mesti turut berubah!

Anda boleh ingat yang anda boleh berlakon di depannya dengan berlagak baik dan sopan. Tetapi jika tutur anda masih kasar, rumah anda masih tidak kemas dan anda juga pengotor. Tentu saja keperibadian anda itu akan terikut-ikut dan terkeluar di kemudian hari apabila anda sudah selesa dengannya. Dan itulah salah satu sebab gagalnya sesebuah perhubungan. Tengok pada pasangan pilihan anda, then berubahlah mengikut citarasa anda itu. Akhir kata dari brother love,

“Berubah KERANA INGIN BERCINTA adalah jauh lebih baik dari,
berubah KERANA CINTA!”

Alright, these are 3 – 1st steps untuk you all have thought about it dan maybe mula pratikkan di dalam kehidupan you all. I wish you all the best! Nantikan my next tip cinta!

p/s : Sekiranya anda berminat mendapatkan ebook-ebook tulisan Razzi Rahman. Klik di sini untuk maklumat lanjut. *Dan dapatkan juga 3 pemberian percuma yang cukup menguntungkan anda hari ini. 

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
info@razzirahman.com

Share This Post

Share this article

Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *