“Orang yang berjaya adalah orang yang mengaku kesilapannya!”
Ikuti kisah saya secara eksklusif…
KISAH 1 : PERTAMA KALI DIKECEWAKAN
Bro ni boleh dikatakan sangat suka jatuh cinta dan sangat suka dicintai. Suka sangat bercinta sehingga dunia bagai berada di alam lain. So, cinta pertama bro tidak kesampaian kerana my own mistakes! Bro telah ‘menipu’ tentang umur bro sendiri… Kerana masih muda tetapi kelihatan sudah dewasa, jadi mula-mula bercinta bro sudah melakukan kesilapan iaitu memulakan percintaan diatas dasar TIPU. 😉
Apabila bro betul-betul cintakan dia, I felt bad then…tentu saja I want to tell her the truth kan?! BUT…everyday duk cari the right time, lastly it became so many years…dan bila I finally have found the time… segala-galanya sudah terlambat. Dia sudah tidak dapat mempercayai bro lagi. SEBAB UTAMA, kerana dari mula lagi, bro dah menipu dia, bertahun-tahun pulak tu. SO…eventhough we are still in love, there are no more trust involved. Everything I said, dah jadi was-was dan curiga. All because I lied to her before. In the end of the day…she can’t stand it dan minta putus. Bro telah dikecewakan buat pertama kalinya…sedih sangat kerana it’s because of my own stupid mistakes! 🙁
KISAH 2 : TIADA PENIPUAN, TIADA LAGI RAHSIA
I’m a Capricorn…terkenal dengan sifat “determination” maksudnya, kalau bro nak…I will get it! Jadi, bila bro inginkan sebuah cinta, bro akan terus memburu cinta itu, all out!! So, kisah seterusnya ialah apabila percintaan yang lepas gagal, I’ve learned my mistakes. Bro tidak mahu menipu dan tidak mahu berahsia lagi…kerana apa yang bro belajar, pasangan kita inginkan “sepenuh kebenaran.”
TETAPi sekali lagi bro melakukan kesilapan… kesemua kisah hidup bro, telah bro ceritakan kepada kekasih baru bro itu. Segala-gala tentang perangai baik dan tabiat buruk bro, telah bro luahkan kepadanya. Segala rahsia hidup, cinta dan sebagainya telah bro bongkarkan kepadanya tanpa ada sebarang rahsia lagi! Kebetulan, dia suka bertanya. Kita pun, jujurlah…sebab tak nak buat the same mistake twice kan!
Tidak disangka-sangka, semua pengetahuan tentang diri bro, dulu dan sekarang telah dia jadikan SENJATA untuk mengenakan bro, menghina dan mengaibkan setiap kali berlaku perselisihan faham. Bagaikan tertikam pisau sendiri!…bro teraniaya atas kesilapan bro sendiri…well, bro terkecewa lagi. 🙁
KISAH 3 : DEMI CINTA KU TERUSKAN JUA
Capricorn juga adalah orang yang sangat setia!! Haaa… Jadi kesilapan bro yang seterusnya adalah, jatuh cinta membuta tuli dan juga beranggapan yang pasangan bro juga setia. Tetapi malang terus menimpa, berkali-kali pula kekasih bro itu berlaku curang! Terkena lagi beb, gua kecewa lagi arr…
Namun sebagaimana yang bro katakan tadi, I am a very LOYAL person. SANGAT SETIA beb. Tekad dan azam bro juga sangat strong. Bro tak suka berputus asa atau mengalah dengan cinta atau dengan apa perkara sekali pun. Dalam cinta, bro tidak akan berundur dari terus mencari cinta yang sejati malah, bro tambahkan lagi keinginan dan impian….kemudian memasang niat….
Niatnya :
Dulu hanya mahu mencari cinta tetapi kini, mahu mencari cinta dengan seorang gadis yang cantik, berkulit putih cerah, berbadan tinggi, berpelajaran, beragama, cantik…oops niat sekali lagi yang ini. Hehe..ahh, apa salahnya!
Alhamdulillah…di dalam pencarian, akhirnya bro berjaya temui seorang gadis dengan kesemua ciri-ciri yang menepati citarasa yang bro cari…bro juga telah berjaya memiliki sebuah cinta yang sangat bermakna dan yang telah lama diimpikan, dialah CINTA SEJATI saya!
TETAPI perlu diingat, sesebuah perhubungan itu…TIPULAH kalau bro kata sempurna, tiada pertengkaran, tak puas hati dan sebagainya. YANG PENTING, kita jangan berputus asa untuk mencari kebahagiaan. It’s out there…be prepared for it!!
And remember, sesebuah Kejayaan dan Pertemuan cinta itu adalah setelah beberapa kali kecewa dan tidak terkira berapa banyak kali bro gagal di dalam percintaan. Namun sifat bro yang susah putus asa, telah mendorong diri ini berazam untuk terus mencari dan mencari cinta yang sejati itu….
Bro pasti, you all semua dapat belajar dari kisah-kisah bro ni, kan?…harapan bro, seperti biasa, agar you all dapat menemui kebahagiaan di dalam percintaan, Insyaallah! 😉 …. “So anda semua juga ada kisah cinta?? Apa kata kongsi bersama di sini!”
p/s : Sekiranya anda berminat mendapatkan ebook-ebook tulisan Razzi Rahman. Klik di sini untuk maklumat lanjut. *Dan dapatkan juga 3 pemberian percuma yang cukup menguntungkan anda hari ini.
Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
info@razzirahman.com
15 Comments
Salam Bro dan sahabat2 Bro Love….
CM tk dapat mengikuti blog Bro ni buat seketika kerana menunaikan Ibadat Umrah. Sekarang ni tgh transit kat Changi International Airport, Singapore – tengah tunggu flight Saudi Airline ke Jeddah…tetiber ternampak pulak Free Wireless ni…so apalagi CM pun bereput ler PC yg ada kt situ…heheheheh
Kesempatan ini CM mohon agar Bro dan sahabat2 lain agar dapat mendoakan CM agar CM dapat menyempurnakan Ibadat Umrah sesempurna mungkin….dan mohon Allah permudahkan segala2nya….
Dan off course, sebagai balasan, CM insyaallah akan mendoakan sumer untuk kebaikan dan kejayaan dunia dan akhirat….Jgn risau bro, CM pun kan doakan buku2 Bro akan jadik best seller 🙂
Ok Bro, tk leh lama…satgi kena tinggal flight CM tk leh kejar pulak…
Assalamualaikum…..
Semuga pemergian CM dan segala amalan diberkati yang Maha Esa, Amin! All the best! 😉
p/s : Harap sangat niat dan doa CM ‘harapan besar’ itu dimakbulkan Allah swt.
Assalamualaikum Bro,
First of all, nak ucap selamat menunaikan ibadah umrah utk CM.
Secondly, thanks to bro sebab kongsi tips bermakna. Hahaha… ada persamaan pada kesah pertama.
Pelik jugak, selalunya first love orang lelaki ni mesti nak menipu pasal umur die. Maybe bagi saya sendiri yang pada mase tuh, mengganggap, takut nanti aweks cakap kite ni mude sangat dan tak matured… kekeke… maybe pasal alasan ni kot. Maklum laa first love.
Apa yang ade dalam pikiran mase first love? Penampilan mesti nampak macam org yang berumur, tapi tak terlalu tua… cume penampilan ala-ala matang.. wakaka… serius, memang perkara ni berlaku. Memang gua tak sangkal. Tapi utk orang lain tuh, gua tak berani nak komen apa-apa la. Ni based on my xperience in love.
Selepas tuh, masuknya cinta ke2 dalam diri gua…
Erm.. nak cerite pasal bintang gua tak reti sangat bro. Tapi gua GEMINI. So feeling tuh org ckp cepat hurts. Memang betoi… tapi gua akan carik jalan utk recover….
Kesah cinta kedua.. kurang laa membincangkan pasal kesah silam pada dia, memang tak berape nak citer 100% kecuali die tanye ar.
Masalah dengan cinta ke2 pulak si awek suke buat comparison. Compare dengan member-member la… compare dengan org tuh laa.. dgn org ni laa…
Ni lah payah kalau dapat awek terlampau menghayati alam novel. Sampai terbawak dalam dunia realiti.
Pada dia, dok membayangkan cinta ni seindah belaian kasih sayang dan sentiasa bermanja.. Wah… Rimas siot.. dah laa agama melarang mende bukan bukan cam tuh, org tengok pon tak best.
Aku rase serabut, dan die pon declare dah jumpe org yg much better than me.. (kire macam kesah novel die la…) *tak kose aku nak layan.
Masuk kali ke3 bercinta… erm… lame jugak nak masuk bab ke3 nih. Same macam bro cakap laa… kalau dok asyik awek cinta no2 ni buat comparisen… fuh~ sedikit sebanyak meninggalkan kesan impak yang agak lame nak pulih.
Kesah cinta3 pulak kami mengenali sama sendiri dalam masa yang singkat… Berkawan secara ala kadar… bersederhana, give n take… memang ade kalenye salah paham, tapi cepat recover, sebab time ni both of us dah pon berumur. Dari segi tolak ansur, cintaku no 3 much better.
Sebenarnya kami berkenalan dan berkawan dalam setahun lebih utk mengenali isi hati masing masing. Masa tuh masih belum bercinta. Cuma sebagai kawan baik dan karib.
Setelah setaun lebih berlalu, terdetik rase hati utk melamar terus gadis ni tanpa bercinta… hahah… al-kesah diriku~
Tak ku sangka plak die menerima lamaran aku… So start daripada lamaran aku kepadanya, kami baru start bercinta.
Ah.. Apa yang bestnya, lamaran ku diterima pada hari lahir ku… so u can imagine what a suprise birthday present for me…. kekeke..
Start dari besday aku…kami saling cinta-mencintai. Dalam pada tuh, hukum dan batas agama tetap menjadi pegangan utama.
Seriusly sayangku terhadapnya sehingga tak sampai hati nak menyentuh walaupon tangannya.
Biarla org kate:- “Bercinta apa macam ni” bagi aku, mencegah itu lebih mulia dari memulakannya. Lagipon, insyaallah dia akan jadi teman hidupku. So tak kemane semua tuh….
Tapi sadisnya adik-adik sekarang ni… belom ape-ape dah berpoen, berkapel-kapel, pegang sana-sini… bile ditegur, memasing menjawab… mak ayah kitaorang pon tak bising bro… lu ape kes???
Erm… Kecewa tiap kali nasihat ditempelak. Tapi ini lah masyarakat dan bangsa ku yang pandai berkata-kata.
I’m not saying that I’m perfect… tapi sedih laa dengan bangsa gua yang kian merundum sejak lewat kebelakangan ni.
So bro… sampai sini dulu luahan rase gua utk dicurahkan kepada Bro @.k.a TokGuru Cinta yang gua respected.
Thanks for sharing…
Kreuger®
Krueger : Fuuuuuhhhh…best betul kisah you ni. Teruja bro membacanya. Im sure bloggers yang drop kat sini pun akan menyukainya.
Very-very interesting Krueger…bro amat menghargai you share ngan kita orang semua. BEST!!..
…and bro doakan agar you cepat-cepat mendirikan rumahtangga dengan yang tersayang tuu..dan jangan berhenti belajar bercinta tau, kerana walau dah kahwin pun mesti terus bercinta, romantik, bermesra selalu…barulah kasih sayang dan cinta suami isteri sentiasa hangat!! 😉
Apa nama yang tercinta tu Krueger? Orang Mana? hehehe…teman saje bertanye, idok le mahu meraban… 😀
So anda semua juga ada kisah cinta?? Apa kata kongsi bersama di sini!
ERm… BroLove… skali speking dialek CM plak… wakaka…
Si dia orang Utara, Sebelah Gurun. Actually, last 2 week, saya baru lepas balik merisik dia. P jumpa famaly dia. Hahah… my solo mission beb. Just me. Pergi merisik.
Erm.. sesuai ke citer kat sini. Actually kesah tuh ade gua paparkan kat blog gua.
The nervous semasa diperantauan orang. Merisik anak dara orang. Jumpa famaly dia. Just me n my self. Truly~
Kalau nak citer… next entri bro.. gua share.
Ok bro. Thanks So Much.
Kreuger®
Utk ke blog Krueger klik di sini
Bro – betul Bro!!!Capricorn orangnya memang sangat setia!!hidup warga Capricorn!!!hehehehe…
hai bro…sangat busy skrg smpi nk masuk sini pon xbley nk fokus…
kisah satu, perempuan atau lelaki mmg sgt tidak suka la di tipu, even bende tu kecik saja, tp once dh kena “goreng” sangat susah nk percaya lagi…
fiza ni pon jenis yg mudah jatuh cinta. tp sejak dua menjak ni, fiza jd someone yg susah nk percaya kt sapa2 sgt, dan takut nk suka kt org sebab rasa rendah diri dan takut kena tipu lagi… kadang2 risau jgk, tp kdg2 xpikir sgt… tp banyaknya risau… hehehe… satu jer bila free camni, rasa selamat sebab bila tidak kenal atau ada hati pd sesiapa fiza tak risau ditipu atau rasa rendah diri…
Haiz..!!
Saya terlalu setia, terlalu lurus dan terlalu polos semasa melalui cinta pertama.. Segalanya saya lakukan demi memenangi hati dia. yerla,masa tu muda lagi. Baru 18thn. Tapi akhirnya dia mengambil kesempatan diatas kejujuran saya.
Lepas tu,saya dah tak percaya cinta lagi. Masa main-main dalam percintaan seterusnya. Macam saya pernah cerita kan disini dulu,saya berkasih dengan suami org,dengan tunangan org,dengan kekasih org. Saya seronok,gembira,puas…. Dan akhirnya bila saya benar2 cinta kan si tunangan org..saya kecewa lagi..
Pada saya tiada lagi cinta.
Sampai akhirnya saya dipertemukan dengan tunang tercinta..wakk!!!! Rasa macam nak hidup balik. nak refresh semuanya.. Kenapa baru sekarang saya jumpa dia? Kenapa tak dari dulu? Kenapa dia tak jadi yg pertama? Kenapa selepas saya melalui beberapa kekecewaan???
Ya Puan Rafeah, Hidup Capricorn hehehe…
eh you ceritalah kisah cinta you pulak. Mesti pernah buat silap juga kan? 😀 Berapa ramai boyfriend dulu? 😀 Hubby you tak baca kut blog ni ek? Alaaa…benda dah lepas takkan nak marah kan?
Fiza : Berhati-hati di dalam bercinta atau memilih pasangan seperti yang Fiza buat tu, bro sangat setuju. It’s okay to be picky or cerewet!! Demi masa depan kita juga kan…
CUMA, bro harap janganlah Fiza berputus asa dalam mengimpikan sebuah kebahagiaan. Also, you kena anggap diri you berharga…melayan perasaan rendah diri ni, hanya akan membuatkan you lebih jauh dari memiliki cinta yang sebenar…
Don’t worry pasal you selalu ditipu lelaki… sebaliknya anggaplah you bernasib baik, kerana Tuhan telah menjauhkan dia dari you…just imagine, jika you dapat tahu dia menipu selepas you dah kahwin?! Lagi terukkan…at least now you boleh bercinta dengan orang lain yang lebih bagus! 😉
Rosalinda : Yessss….I like your story. Ada satu point yang sangat penting di dalam kisah percintaan you ni.
“Kenapa baru sekarang saya jumpa dia? Kenapa tak dari dulu? Kenapa dia tak jadi yg pertama? Kenapa selepas saya melalui beberapa kekecewaan???”
Look from the bright side! Kalau you tak jumpa bf yang mengambil kesempatan kat atas you masa umur you 18tahun dulu…mungkin you tidak akan dapat mencuit hati boyfriend you selepas itu.
Dan, bro yakin kalau bukan kerana beberapa kegagalan dan kekecewaan you yang lepas, mungkin tunang you sekarang tidak jatuh hati kepada you… Tahu kenapa?
Apabila Rosalinda melalui pahit getir, kecewa, terluka….ianya telah mengubah hidup you, mengubah cara you berfikir DAN menjadikan you wiser, lebih bijak, mungkin lebih menarik lagi, interesting untuk lelaki merasa teruja bersama you!! I guess kalau you berjumpa dengan tunang you masa umur you 18tahun dulu…entah-entah, tengok you pun tak nak kut?? 😀
So, my point is… pengalaman lalu telah menjadikan Rosalinda hari ini, and because of that, bro rasa you should be happy kerana telah melalui semua kehidupan lalu, perhubungan cinta yang mengecewakan itu semua. It brings out the best of you! 😉
Teruja sy bro bila membaca ebook yg bro tulis tu, asyk tergelak pun ada. Besshh!!
Disiini sy nk usulkn prtanyaan, bilakah saya boleh mndpt free bonus upgrade version yg bro ktkan tu? Apakh prbezaannya? TQ Bro 🙂
Hi Azleina, thank you for your purchased! Happy bro you suka dengan my writings.
*Thank you kerana bertanya, Untuk FREE BONUS tu, paling lambat the Upgrade Version akan siap sebelum 15aug. 😉
assalammualaikum bro… saya nak kongsi sikit cerita mengenai kisah cinta yang saya lalui… bg saya tiada tempat nak mengadu kecuali dengan meluahkan melalui tulisan… saya bercinta hampir setahun lebih… akhirnya cinta saya kecundang… kemudian saya bertemu cinta baru yang kini saya rasakan terbaik buat saya.. masalahnya hati si dia sukar untuk saya tafsirkan… kadang2 saya wujud di mata dia.. tapi kadang2 saya seolah2 saya tak pernah ada di hati si dia.. saya sayangkan dia dan juga cinta kan dia… kadang2 saya ingin lupakan dia tapi tak boleh…
Bro.. bagaimana cara saya untuk melupakan dia… saya ingin bebas dari belenggu kekecewaan…
Eriza ~ You sebenarnya, masih cinta ke tidak??…dan psangan u pulak adakah dia cinta kan you?
Ini semua kena pasti, kalau tidak you hanya menyeksakan diri sendiri je.
Ada lebih baik you buka pintu hati you pada kehidupan yang baru, teman baru..yang lebih menghargai diri you Eriza. Cuba renungkan sejenak.