3 steps ready for love

Langkah 1 : “Be Happy for others”

Tahu tak yang semua agama mempunyai satu suruhan yang sama di dalam satu quote ini, “Be happy for others!” …maksud sebenarnya, bergembiralah melihat kebahagiaan orang lain. Ianya adalah kerana, apabila kita gembira dengan kebahagiaan orang lain, sesungguhnya minda, hati dan jiwa kita seolah-olah telah set sendiri yang, “Aku pun akan bahagia seperti dia.”

Jadi, apabila mind set kita sudah begitu positif dan hati dan jiwa kita begitu teruja untuk kebahagiaan diri maka dengan sendirinya diri kita akan bertindak mencari dan mengumpul segala faktor yang boleh membawa ke arah kegembiraan dan kebahagiaan itu. Barulah diri anda benar-benar ready for love.

Jadi, bergembiralah untuk orang lain, demi kebahagiaan kita…jika terus diamal, bro pasti jodoh akan hadir  ke dalam hidup anda! Instead, kalau kita merasa dengki, benci dan geram melihat orang lain bahagia, hati mendidih dan marah dengan kebahagiaan orang lain, secara dengan sendiri pemikiran kita, mind set kita akan berubah menjadi negatif sehinggakan memberhentikan usaha kita ke arah kegembiraan dan kebahagiaan yang bakal kita kecapi. Akibatnya, kita akan terus hidup di dalam duka…lama-lama, boleh jadi gila! 😛

Langkah 2: Belajar mengenali bila orang TAK MAHU

Ramai yang membuat kesilapan ini! Mereka tak ready for love tetapi, terus berkenalan dan bercinta tanpa membuat persediaan. Sehingga mereka tidak dapat mengagak atau mengetahui bilakah waktu pasangan sudah meluat atau masih sayang. Malah, ramai yang bro jumpa…masih ingat yang mereka sedang asyik…massyuuk cinta menyintai walaupun yang sebenarnya, pasangan mereka sudah jemu dengan perhubungan itu. Adoi penasaran kan… 😛

Anda seharusnya cepat-cepat menangkap maksud pasangan anda. Jika nampak dia tidak serius, tidak menghubungi anda, tidak mengambil berat, anda seharusnya berpendapat yang dia bukanlah untuk anda. Janganlah tunggu berhari-hari, teruk menderita baru nak lupa. Ada juga yang masih menunggu-nunggu walaupun sudah berbulan-bulan pasangannya buat tak tahu. FYI, sebenarnya, hanya 1 hari langsung tiada berita, sudah cukup untuk memberitahu yang dia sudah tidak berminat dengan anda. (But Be, I wait for u) 😀

Kerana, setiap insan yang bercinta, mereka tidak sanggup berpisah walau sesaat. Jadi kalau dapat call, bercakap itu sudah cukup. Jika tiada call, tiada sms, busy, sibuk dengan itu dan ini. Masa untuk anda mulai mencari yang lain. Jangan buang masa kerana masa adalah perkara yang anda tidak ada. Let’s get READY FOR LOVE!

Langkah 3 : Semangat untuk BERNIKAH!

Bagi bro, to be ready for love, langkah ke 3 ni adalah yang paling penting! Semangat yang ada dalam diri ramai orang adalah semangat untuk bercinta, tetapi tidak ramai orang yang mempunyai semangat untuk hidup bersama-sama FOREVER! BERNIKAH! KAHWIN!

Kesilapan yang dilakukan selalunya, niat di hati yang tidak berapa tepat. Contohnya, “kita bercinta dulu la, see how it goes, ada rezeki, ada duit banyak kita kahwin laa…” ITU YANG SILAPNYA!

Kahwinlah dulu barulah Tuhan bagi rezeki! Jodoh itu kan rezeki, menangguh rezeki pulak? Pelik ni …Memang lah kalau ada rezeki kita kahwinlah. Jadi, bila jodoh tu datang, ada rezekilah tu…kahwinlah cepat-cepat, barulah bertambah rezeki. Hehehe…. nanti Tuhan kata, “Amboi sombong! Aku bagi rezeki kau buat bodoh aje ya. NO REZEKI FOR YOU!” Haaa…itu yang tak kahwin-kahwin tu hahaha 😀

Tolonglah sedar beb…”Bila ada duit banyak tak kahwin dah…cari lain punya dah beb!” Apabila sudah suka sama suka, niat dan hajat anda itu mesti betul, barulah perhubungan anda juga akan menjadi betul. Kalau yang dah lama bercinta tu, hati masing-masing dah kenal, family dah setuju. Lamar dia segera!! nikah laaa 😛

p/s : Tapi bro punya case lain sikit…Bro selalu nasihat agar kita bersahabat terlebih dahulu, kenal betul-betul then only bercinta, kan. In my case, Bro lamar my girlfriend after a week! Tapi selepas berbulan-bulan duk survey laa 😉

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
info@razzirahman.com

Share This Post

Share this article

Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *