3 Topik harus ELAK!

gg

Selalu kita tertanya-tanya, “Mengapa ya mula-mula dia sukakan aku, dan bila berjumpa dan berbual dia seperti sudah tidak berminat lagi?”

Cuba anda renungkan kembali saat pertemuan cinta anda itu. Apakah yang anda berdua perbualkan? Adakah anda sahaja yang bercakap banyak? Adakah anda sahaja yang bercerita tentang diri anda?

Perkara-perkara sebegini, seharusnya anda peka dan sensitif akan kesannya di pertemuan pertama lagi, ini kerana perkara sebegini boleh membuatkan dia merasa teramat bosan dengan anda. jauh sekali untuk bercinta. Jadi, cubalah elakkannya.

Ada 3 topik paling utama yang patut ELAKKAN! :-

  • Topik 1 : Babies!

Elakkan dari bercakap tentang anak, atau bayi yang anda idamkan. Elakkan dari bercakap nama-nama anak yang anda inginkan apabila anda mempunyai anak kelak. Juga elakkan dari bertanya pendapat tentang anak-anak, babies, all that! Fuuu… semua ini hanya seperti anda, memberi petunjuk untuk dia cepat-cepat beredar dan menghilangkan diri dari hidup anda. – Ini adalah kerana anda akan kelihatan terlalu mendesak sebelum waktunya. So please ya, kalau keluar first dating tu, be cool dan relax. Jangan bercakap tentang babies… serta kurangkan bercakap. Banyakkan bertanya tentang dirinya lebih dari anda bercerita kisah cinta atau kisah hidup anda.

  • Topik 2 : EX’S

Elakkannn dari bercerita perihal, ex husband, ex boyfriend, ex girlfriend, ex, ex, ex …itu ex ini, BORING! Paling boring sekali, jika anda suka sangat bercerita tentang betapa hebatnya ex anda. Also, jangan salah tafsir… anda ingat jika anda bercerita betapa jahatnya ex anda atau betapa tidak bertanggung jawabnya ex anda, ianya akan membuat dia gembira, NO! NO! it still boring! Look, you berkenalan berdua, kenal, dan jumpa berdua… semuanya adalah berkisar tentang anda berdua, jadi janganlah sibuk nak masukkan gambaran orang lain! Yang lepas…lepas! Jangan diungkitkan lagi. Kalau selalu ungkit… walaupun anda mengatakan yang anda benci, tetapi sebenarnya itu hanyalah mulut anda deny it, tetapi hati sebenarnya berkata anda MASIH CINTA! – Sememangnya ramai yang suka bercerita tentang ex dia kepada orang yang baru dikenalinya… kemudian, merasa pelik apabila orang itu sudah tidak berminat untuk mengenalinya lagi, padahal anda adalah seorang yang mempunyai wajah yang menarik. Well jawapannya adalah, ANDA YANG SILAP! Kerana susah untuk menutup mulut anda tentang masa lalu anda yang amat membosankan itu. Jadilah orang yang menarik dengan bercerita tentang diri anda sekarang…bukan yang lalu.

  • Topik 3 : DUIT!

Amat sensitif sebenarnya. Jangan sesekali bercerita soal duit on your first date. Jangan asyik nak bercerita, bagaimana nak buat duit, atau berapa banyak hutang anda. Ini hanya akan mempamerkan diri anda yang tidak stabil. Waita mahu pun lelaki ingin bersama orang yang tahu MONEY MANAGEMENT, jika anda bad at it… maknanya anda adalah pilihan yang paling berat untuk dipilih. Jangan pula bercerita betapa banyaknya duit anda, atau betapa kayanya anda, ianya menunjukkan anda takbur dan riak pula. Lagilah orang tak suka. Basically, jangan sebutpun soal duit. Habis cerita! Again, this meeting adalah berkenaan anda berdua… mengenali hati dan budi masing-masing. Jadi, fokus kepada diri masing-masing!

So, inilah 3 topik yang seharusnya anda ELAK sekeras-kerasnya daripada diperbualkan. Kalau boleh biar dulu… kenal dulu lama-lama. Ketahui dulu apa yang suka dilakukan dan kemana yang dia suka pergi. BUKAN your ex suka, BUKAN your ex baby, …YOU and HIM/HER

It’s about both of you NOT others! Jadi, be together…talk bout both of you, things that both of you like and dislike… biarkan ianya berjalan lama untuk beberapa pertemuan within beberapa bulan. Barulah tak boring, barulah tak lari orang tu hehe… okay, good luck!

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…

Share This Post

Share this article

Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *