Pernahkah anda secara tidak sengaja, tidak tahu nak menjawab apa saja soalan dari pasangan anda? Lalu anda hanya berdiam diri hingga menjadikan dia naik marah dan kadang terjerit-jerit kegeraman. Semuanya hanya kerana anda DIAM tanpa sebarang respon.

  • Well, itulah yang dikatakan ‘Silent treatment’ satu senjata hebat apabila berada di dalam situasi provokasi atau, jika anda ingin cuba menguji tahap kesabaran pasangan anda.

Dalam erti kata lain, “Wat donno je” hehehe… pastinya ia adalah sesuatu yang tak berapa baik dilakukan tetapi considered something to give it a shot especially apabila anda berada di dalam beberapa situasi istimewa. Contoh :

TIP 1 : Apabila anda mahu menyampaikan kemarahan  setelah dia melakukan kesilapan, TANPA sebarang konfrontasi yang membingitkan telinga, cuba anda ‘wat donno je’ apa saja penjelasan yang dia beri. Diam lama-lama sikit hehe :))

  • Kesannya : Mungkin dia pula yang akan mengamuk kegeraman tetapi dalam masa yang sama, dia akan merasa menyesal yang cukup mendalam kerana melakukan kesilapan itu.

TIP 2 : Apabila anda dalam proses memikat pun anda juga bleh melakukan perkara yang sama. Cuba buat tak tahu je pada segala-gala yang dikatakan dia. Totally ignored! Wat donnnnooo je haaa 🙂 …berjam-jam diam! Hahaha boleh ke berjam diam?

  • Kesannya : Dia akan mulai merasa pelik dan hairan. Membuatkan dia mahu lebih bertanya dan lebih bercakap dan cuba mencungkil ‘rahsia’ disebalik diam anda. Yang mana… tak ada apa-apa pun, saja nak memikat hehe

TIP 3 : Apabila anda cuba membuat pasangan anda rasa bersalah… Tenung mukanya, bermain dengan mata sikit dan berikan sedikit senyuman… TETAPI, sepanjang masa DIAM! Diam lama-lama…walau ditanya, walau dipaksa bercakap anda hanya senyum dan wat donno je segala soalan darinya…angguk-angguk kepala sikit dan hela nafas panjang-panjang….terus diam dan diam…

  • Kesannya : Pasangan anda pasti akan kegelisahan dan tertanya-tanya. Jika dia memang ada buat salah, pastinya dia akan menggelabah giler… sebaliknya, jika tidak dia juga tetap akan sedikit kerisauan, wondering … “Apa benda la yang aku buat salah pulak kali ni?”

TIP 4 : Apabila ada yang mengutuk, menghina dan mengata, the best way is adalah “Wat donno je!” – Tak perlu nak jawab, tak perlu nak layan, tak payah nak susah-susah bertekak dengan dia.

  • Kesannya : Dia akan merasa puas dengan apa yang dikatakannya… dia akan merasa dia berjaya. Namun hakikatnya, anda yang jauh lebih berjaya dan tenang. Kerana, hatinya tidak akan tenang sampai bila-bila apabila dia tidak tahu apa yang anda fikirkan.

TIP 5 : Apabila anda pula yang buat salah! hehe… untuk tidak jadi melarat, ada baiknya untuk “Wat donno je!” …tak yah lah nak bertekak lagi…Bagus jika boleh memberi penjelasan tentang kesalahan kita tetapi, sometimes lebih bagus diam dari bersuara dan mengaku sajalah yang itu salah kita… Orang yang berjaya, adalah orang yang mengaku kesalahannya.

  • Kesannya : Well, for sure dia akan marah dan marah lagi… Dah buat salah tu, tahan je la kan hahaha… Tetapi, orang yang berdiam diri lebih memuaskan hati orang tengah marah daripada orang yang asyik nak menjawab dan cuba ‘menegakkan benang yang basah’ 😉

Situasi-situasi ini sentiasa, ‘WORKS!’ dengan hanya anda wat donno je hehehe… This silent treatment sememangnya mencabar pasangan anda. Tapi, most of the time… itulah cara paling baik!

REMINDER :

  • Lakukan silent treatment ini dengan niat untuk membaik pulih perhubungan anda. Selalunya, lagi kita marah, lagi buruk situasi itu. So sometimes, better diam je.
  • Wat donno je, bermakna buat tak tahu dengan apa yang pasangan katakan dengan niat membuat dia faham sendiri perasaan kecewa atau marah atau rasa bersalah yang anda alami
  • Melakukan proses trial ini juga adalah untuk menguji sejauh mana cinta dan kasih yang katakan itu, boleh bertahan.
  • Basically, apa yang anda bakal lakukan itu adalah untuk kebahagiaan masa depan anda berdua. InsyaAllah niat ikhlas anda itu, berjaya. Jika tidak… at least anda dapat tahu awal, he or she are NOT THE ONE.

Namun yang menjadi masalah banyak couple sekarang adalah, MEREKA SUKA MENJAWAB & BERTEKAK – Cuba kurangkan menjawab, banyakkan diam…lebih banyakkan mendengar dan melihat… ‘senyum sokmo boh’ … anda akan kelihatan lebih menarik di hati pasangan anda later on. Cubalah…

p.s : Dapatkan ebook cinta popular dengan harga termurah di sini!

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…