Seringkali wanita bertanya, mengapa lelaki begitu, mengapa lelaki begini, mengapa lelaki selalu tidak menghiraukan wanita? Mengapa cinta lelaki selalu bertukar hambar pada wanita? – Namun, tidak pernah pula wanita bertanya, adakah wanita itu sendiri layak untuk dijadikan seorang isteri?
Pasti ramai yang mengaku diri mereka layak, kerana mereka rela berkorban, sanggup melakukan apa saja demi cinta, amat setia, ikhlas cinta, dan sangat sayangkan lelaki pilihannya itu. TETAPI, itu pendapat mereka sendiri. Bagaimana pula pendapat lelaki terhadap wanita, kekasih/tunang/bakal isterinya itu?
JADI, PERSOALANNYA… “Adakah anda layak untuk dijadikan isteri?”
Di sini bro Razzi berikan 8 TIP untuk anda boleh dianggap layak untuk dijadikan isteri oleh lelaki. InsyaAllah, mungkin dengan melakukan beberapa perkara ini dan menjadikan ia cara hidup anda, anda bakal dikahwini pasangan tidak lama lagi.
- TIP 1 : Letakkan AGAMA no 1 di dalam perhubungan cinta anda agar pasangan lelaki anda merasa segan untuk dengan mudah mempermainkan anda. Jika kerana agama, membuatkan anda susah untuk mendapat jodoh, well itu lebih baik daripada mendapat jodoh yang tak ada pegangan agama dan tidak menghormati agama sendiri.
- TIP 2 : Jangan terlalu MUDAH! Jika anda mudah diayat, mudah dipegang, digosok, dan akhirnya mudah dinoda, anda sebenarnya jauh daripada layak untuk dijadikan isteri. Jika anda begitu mudah melepaskan ‘Mahkota’ anda, apakah yang anda ada lagi untuk lelaki merasa anda layak untuk dijadikan isteri? (Berbeza jika anda pernah terlanjur dan sudah bertaubat, insyaAllah anda masih mempunyai peluang)
- TIP 3 : Lelaki mahu merasa SELAMAT dan PERCAYA kepada anda untuk melepaskan anda pergi kemana sahaja atau membiarkan anda bersama sesiapa sahaja. Untuk itu anda perlu ubah diri anda agar tidak terlalu sosial dan bijak berkawan. Di saat lelaki mulai percaya kepada anda, anda layak menjadi isterinya. (Berbeza dengan waktu mulai memikat, kena buat lelaki rasa kurang selamat)
- TIP 4 : PANDAI MEMASAK! – Pandai? Tak pandai? Aisehman… macamana nak kahwin ni? Mungkin lelaki akan berkata, tak kisah, it’s okay, kita beli nasi bungkus je atau kita makan luar je… Yaa… setahun dua boleh lah kut. Selepas tu? Takkan 5-10 tahun makan kat luar je atau makan makanan yang dimasak oleh orang lain? Wanita kena tahu memasak, itu penting. Air tangan anda tu biar dia dapat rasakan sebelum kahwin lagi, barulah dia akan selalu nak makan masakan anda, dan pastinya mahu anda menjadi isterinya!
- TIP 5 : JANGAN HANYA MENGIKUT – Sesetengah lelaki suka memiliki wanita bijak! Atau wanita yang pandai membuat keputusan. Wanita yang punya pemikiran matang dan boleh berdikari. Jika anda asyik suka mengharap pada lelaki saja. Anda memang tidak layak untuk dijadikan isteri. Jika apa nak makan, mana nak pergi, apa nak buat pun anda tidak boleh nak cakap… itu yang pasangan anda jadi bosan tu, dan pergi dengan girl lain tu, adoi!
- TIP 6 : BERANI! – Lelaki bukan berani sangat kalau berdepan dengan wanita yang lebih berani! Malah ada yang kecut perut. Jadi, anda kena berani untuk say NO, atau berani untuk melawan kehendak lelaki. Ini akan membuat lelaki terfikir yang anda bukan boleh main-main. At the end, ia membuatkan lelaki menurut apa saja kata wanita. So, anda boleh lihat sendiri situasi yang anda berada sekarang. Adakah lelaki ikut anda atau anda ikut lelaki?
- TIP 7 : BIJAK MENGURUS KEWANGAN – Bro Razzi rasa tentang ini, sudah banyak kali cakap! Namun ramai wanita menganggapnya remeh. Tetapi ini adalah salah satu perkara paling penting untuk melayakkan anda menjadi seorang isteri. Lelaki mahu merasa UNTUNG bersama anda. Mereka tak mahu rasa RUGI! Jadi, apabila anda ada hutang sekeliling pinggang, boros, suka membeli barang-barang mahal, duit habis sebelum hujung bulan, mungkin peluang untuk dijadikan isteri agak tipis! (Nak belanja besar boleh, tapi you la kena gaji besar ler)
- TIP 8 : Lelaki mahu kahwin dengan seorang WANITA, bukan dengan budak kecik yang merenget tak habis-habis hehehe… Adakah anda seorang wanita atau budak kecik? Adakah anda wanita yang punya pendirian? Berpelajaran tinggi? berfikiran Matang? Berdikari? Berdikari? Berdikari?
Sendiri jawab! Tak perlu dah Bro Razzi bagi jawapan. Semua sudah tertera, semua sudah nyata kalau ada lagi yang musykil tak tahulah haha… – Jangan bila kita bersalah, kita nak cari salah lelaki pula, lalu cakap layak ke lelaki jadi suami?
Face your problem, don’t run away from it! Imagine, persoalan macam gini pun anda tidak boleh handle dan tak boleh nak buat keputusan dengan betul, bagaimana lelaki nak jadikan anda seorang isteri?
p.s. : Ingin mengetahui kesemua karya Razzi Rahman dengan lebih lanjut? – klik di sini
Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com
Share this article at your facebook…
8 Comments
untung sapa dapat semua ciri2 ni..bahagia rasanya
xlengkap lagi . huhu . part memasak failed. hahaha , tp skrg slow2 ke arah itu bro .
bro… I nie pandai masak, pandai sedia makanan tuk bf. Lagi suap untuknya, suap sampai habis. Kalu bf ada problem money, I bantu. Bf I nie miskin kot, tapi rajin kerja. Gaji takla seberapa banyak. Tapi orgnya cun n baiiiik sangat. Dia tak pandang ppuan lain, syg ngan i. I dapat berdikari tanpa bantuannya, i tak boros, berani drpd nya. Me n bf so religious.Kalu bro kata 8 tips d atas tu, i rasa i sudah ade, tapi…bila ppuan tu ada semua kelebihan d atas, lelaki ni terlalu manja kot. Ego pun ada. Bangga dpt isteri gitu.Lalu bandingkan dgn ppuan tak berpelajaran, ppuan hodoh, miskin bla bla bla….i ada 1 exbf, ego sangat…nak ppuan yg profesional konon, cantik, ppuan yg bekerja…i mmg anti lelaki yg rendahkan wanita yg serba kekurangan.Ramai wanita protect lelaki skrg.wanita berdikari sampai protect lelaki…cinta cintalah, sayang sayanglah…rugi, untung. sape tahu?
apa beza ppuan bekerja dgn tak bekerja? kalu bkerja tu tapi boros, tak cukup guna duit sendiri nak wang bf n suami. 2 kali 5. kalu yg tak bkerja, bt saved money bf n husband tuk masa depan, apa bezanya?…nak berpelajran, profesiaonal, tapi kebodohan berkarung2. Apa bezanya? Nobody perfect lakan. So i rasa tak perlu nak lebih2, citarasa yg tinggi, yg buruk d dlm ada juga yg baik. yg baik d dlm tidak semestinya cantik. Mangga n terungkan sedap, sekali potong..uii banyak giuk eh….tapi bagaimanapun Maya nak dengar pendapat bro….im waiting…miss u bro, lama tak tengok blog ni…^^
Testing post entry
MAYA – To me, a good relationship is base on both side. Tak kira kaya atau miskin, bijak atau tidak both of you kena work it out together. Kena cari wang sama-sama kena bina hidup bersama. Jangan sebelah pihak je, tak kira belah wanita atau lelaki ianya akan membawa perasaan tidak adil yang tidak boleh diterima di masa hadapan.
rsanya semua da lengkap, cuma i blum bersedia coz sgt muda…. only 22 yrs old… so kje tpup hrta n make invsment 4 future… bg i 2 2 kna kje bru fair n square… sma2 pnt n sma2 help each other (in case)
…
minta izin copy br0