gambar_blog19

“Adakah ini cinta? Adakah kami bercinta? Adakah saya dan dia dalam perhubungan cinta?…kita rapat semacam, kita asyik melakukan apa saja berdua… tapi adakah kami ni sedang bercinta?”

😀 …macam-macam persoalan cinta! My opinion and experience, seperti soalan-soalan di atas ini,  jawab saya, senang saja. Tanya balik diri kita sendiri,

“Adakah DIA BUAT anda merasa SUKA dengan perhubungan itu? Adakah ia membahagiakan anda? Adakah anda merasa diri disayangi dan dicintai? Adakah dia sanggup dan rela berkorban apa saja untuk anda?”

– Jika TIDAK, maka itu BUKAN CINTA…SIMPLE! Jika sebaliknya, maka itu cinta 😉

Cinta amat membahagiakan jika ia benar-benar cinta. Cinta amat menggembirakan…cinta akan membuatkan kita amat teruja dengan pasangan kita. In fact wajah yang suram, apabila melihat kehadiran orang yang dicintainya pun pasti akan berubah ceria.

Bayangkan… hanya dengan kehadiran dia saja tu, kita sudah ceria… belum dibelai mesra, diusap rindu lagi tu hehe 🙂 .. Syookkk sangat kan? Lepas tu berkahwin, dan dapat zuriat… pergghhh lagilah sayang dan cinta sesangat sehingga ia membuatkan kita rasa ALIVED!

Bila tak dapat berjumpa pula, punyalah rindu… rindu serindu, rindunya. Tambah lama tak dapat bercakap… aduuhhhh senak dada nihhh… dan bila dapat bercakap kat phone je ni, aduhhh “I miss you soooooo much!” kata dia, kita pun “Ya Allah…. sayaaaaaang you sangat!” Hehe…well, maka itulah cinta beb!

Sometimes bila dah lama tak rasa cinta tu… situasi-situasi tadi bagai tidak pernah kita rasakan, padahal you all ni pernah sangat!… dan sebenar-benarnya, kadang-kadang tu kita yang buat perhubungan itu complicated, padahal ianya sangat simple… kita yang sengaja anggap ianya confusing dan complex.

In fact selepas baca artikel ni sure masih ada yang kata :-

  • “Cinta itu racun, ia membunuh jiwa dan raga… cinta itu memeningkan, cinta itu complicated, lelaki susah nak faham… wanita membosankan bila terlalu cinta, gua bukan kaki jiwang, tak mainlah rindu-rindu…macam-macam lagilah tanggapan negatif terhadap cinta.”

SAYA FAHAM, bila kita berfikiran begini, mungkin sebab kita dulu pernah teruk dikecewakan cinta, pernah gagal dan gagal lagi…which is to me, it’s normal. Dan it’s okay!

The fact is, setiap orang ada yang bernasib baik, ada yang sebaliknya… kebetulan nasib tidak baik so kita bercinta dengan silap orang, lalu…orang yang tidak bertanggung jawab inilah yang membunuh jiwa kita… BUKAN cinta itu! Pasangan anda yang memeningkan anda, mengecewakan hidup anda… BUKAN cinta itu!

Jika anda tanya lagi adakah ini cinta? Definitely I akan jawab itu BUKAN CINTA! Kerana cinta membahagiakan dan membuatkan anda SANGAT SUKA berada di dalam perhubungan itu, Cinta bukan racun yang membunuh!

Sedari satu perkara penting ini :-

  • Anda mungkin sudah bersama dia bertahun-tahun, anda mungkin sudah menjalin hubungan intim dengannya sekian lama, tetapi anda tidak bahagia, anda masih kesepian walaupun anda mempunyai, konon ‘Yang Tercinta’ – sedarlah yang anda sebenarnya BELUM BERTEMU CINTA yang sebenar-benarnya cinta.

Razzi tinggalkan anda dengan satu ayat yang telah lama menjadi pegangan saya,

“Jika dia mengukirkan senyuman di wajah ku walau sudah berzaman lamanya,  jika dia sangat membahagiakan ku setiap kali nafas ku hela, maka itulah CINTA!”

So,ADAKAH INI CINTA? …rasa-rasakan, cinta atau sebaliknya, I doakan semoga anda berjaya menemui cinta yang diidamkan, insyaAllah… ALL THE BEST, Chiaow ?
ebookcover_mencaricinta_small

p/s : Ketahui berbagai tips mencari cinta, dengan panduan lebih mendalam melalui ebook Mencari Cinta dari Razzi sekarang! Klik di sini.

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…