love2

Nak ke tak nak ni? Itu yang selalu menjadi dilemma ramai di antara kita, kan… Kita tak nak lah jadi terhegeh-hegeh pulak nanti, at least kalau tak nak, tak cinta, beritahulah kan, jadi mudah untuk kita tidak menyimpan perasaan cinta itu kepadanya lagi.

So, apa yang perlu kita IDENTIFY sekarang, atau MENGECAM adalah dia cinta atau tidak cinta la kan, agar kita tidaklah tertunggu-tunggu, tertanya-tanya, ada pntuk

Untuk mengenal dengan jelas, cuba tanyakan pada diri anda sendiri :-

Apa itu Cinta? Adakah Cinta itu hidup? Adakah Cinta itu Nafsu? Adakah Cinta di dalam HIDUP ini hanya penuh dengan NAFSU? …dan yang paling penting, apakah masih ada CINTA sejati?!

You know what, bro Razzi sendiri pun kadang-kadang masih bertanya soalan yang sama…cuma I bersyukur Alhamdulillah kerana masih dapat merasakan cinta itu, mungkin kehangatannya tidak seperti dulu-dulu namun, I know I have someone that I can turn to… I tahu I masih lagi disayangi. Ya betul, bagi yang tak tahu tu, saya sudah dimiliki, …Well, takkan Brother Love masih single? Hehe…  😉

  • Jadi, macamana nak kenal, adakah itu CINTA? 

Cuba perhatikan dan ingat-ingatkan, pernah tak anda melalui pengalaman ini, atau pernahkan anda melihat kawan-kawan atau saudara mara yang melakukan perkara-perkara yang tersenarai di bawah ini ATAU paling penting adakah dia pernah begini? :-

  • 1 – Kerana cinta, walau letih macamana sekali pun, apabila diminta melakukan sesuatu, dia sanggup bangun dari tidurnya, bangkit dari longlainya, bersemangat melakukan apa saja yang diminta. 😉 …ada menyimpan perasaanlah tu, kalau tak dia malasss je.
  • 2 – Kerana cinta, walau perkara yang paling dibencinya…dia sanggup menempuhi dan cuba menyukainya hanya kerana dia yang dicintainya itu suka dan mahu dia bersama-sama menyukainya. Pernah dia macam tu? Ada peluang!
  • 3 – Kerana cinta, walau jauh macamana sekali pun dia sanggup pergi mendapatkannya. Walau ia mengambil masa yang lama untuk sampai, dia sanggup travel jauh, berulang alik, 7-8 jam drive, …sangggggup! Dalam hati ada taman la tu 😉
  • 4 – Kerana cinta, walau betapa mahalnya sesuatu itu dia sanggup berhabis wang ringgit, bergolok bergadai demi mendapatkan sesuatu itu untuk dia yang dicintainya. Ini biasa la kan, bagi yang punya pendapatan lebih. Namun kadang-kadang yang pendapatan kurang juga sanggup bertungkus lumus bekerja lebih masa dan menyimpan wang demi mendapatkan hadiah untuk dia yang mahu dipikatnya. Kalau agak kurang usaha tuuu… faham-faham je la kan.
  • 5 – Kerana cinta, walau dimana saja anda berada, diseluruh pelusuk dunia, dia akan hubungi anda, hanya semata-mata mahu mendengar suara anda, hanya mahu bercanda di talian. Ya mungkin teknologi canggih sekarang dia boleh hubungi guna whatsapp, facebook inbox, skype dan sebagainya, NAMUN… telefon call demi mendengar suara manja anda itu, adalah sesuatu yang boleh membezakan kesungguhan dia untuk mengenali anda dengan lebih dekat lagi.
  • 6 – Kerana cinta, walau sudah berkurun lamanya mengenali anda tanpa sebarang ikatan, tetapi dia selalu saja mengingati setiap tarikh, setiap detik dan waktu, segala-gala saat penting, hari-hari penting dalam hidup anda! Dia tak ingat? …tak berapa nak cinta la tu, mungkin dia ingat pada yang lain?
  • 7 – Kerana cinta, walau malu macamana sekalipun di depan orang ramai, depan kawan-kawan anda, bersama ahli keluarga anda, dia tetap mahu munculkan dirinya dan datang berjumpa dengan anda. Tersipu-sipu pun, tersipulah… berdiri serba tak kena semuanya kerana perasaan seriusnya mahu menjadi sebahagian dari hidup anda. Ini SAH cinta!
  • 8 – Kerana cinta, walau berkali-kali ditipu, diperdaya, dikotak-katikkan oleh bekas kekasihnya…dia tetap cinta. Dia tetap sayang, tetap rindu, tetap mengatakan yang bekas kekasihnya itu tidak curang, dia tidak menipu aku katanya. Hehe…kes parah ni kerana dia punya perasaan cinta yang mendalam, tanpa mengira apa saja.
  • 9 – Kerana cinta, bertahun-tahun masih menanti-nanti anda! Sudah ramai yang datang melamar atau yang datang menyerah untuk dilamar, dia tetap mahukan anda juga. Berpuluh peluang dia bahagia dengan orang lain tetapi dia tolak kerana dia hanya inginkan bersama anda… tak tahulah kalau itu bukan cinta!
  • 10 – Kerana cinta, I would say TERLALU CINTA… dia rela berkorban melihat anda bahagia dengan orang lain. Walaupun hatinya terkecewa, kecil terasa, duka tak terkira tetapi demi kebahagiaan anda yang amat dicintainya, dia rela membantu anda lagi untuk bersama pilihan anda sendiri. Anda pula? Terlalu buta untuk melihat betapa besarnya cinta dia kepada anda!

Tanya sekali lagi, ADAKAH ITU CINTA? Sesungguhnya, jika tersenarai dalam mana-mana saja list di atas, maka CINTALAH TU! Dan anda berpeluang untuk memilikinya! Dan individu yang punya cinta sejati, pastinya yang mengamalkan almost all in the list above. Persoalannya… adakah dia yang bersama anda, begitu?! 😛

Jika tidak tersenarai seperti di atas macamana? …i feel sorry for you. Takkan tak ada satu pun? Jika begitu kemungkinan besar dia hanya main-main sajalah tu, so hati-hati la kan.

Tanyalah pada diri anda sendiri, tanya seikhlasnya… adakah anda juga begitu? adakah dia begitu? adakah dia yang anda idamkan, begitu? adakah dia yang sudah sekian lama bersama anda, masih mempunyai ciri-ciri begitu? Anda pasti boleh menjawabnya dengan yakin dan akan tahu jika itu cinta atau tidak.

  • Renung-renungkan kembali caranya, keputusannya. usahanya, cara pemikirannya, lihat-lihatlah adakah itu CINTA?

 

p.s. : Bagi wanita yang ingin mengetahui lebih mendalam tentang lelaki pula,
Dapatkan eBook terbaru dari Brother Love, 101 cara Memikat Lelaki sekarang! – klik di sini

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Klik like and Share this article at your facebook…