Razzi Rahman Bestnyeerrrrr kahwin! hehe 😀 Tu lah kan, bila menjelang syawal ni memang musim kahwin lah… teringat lagi bro, 8tahun dahulu, waktu pertama kali menjejak kaki kejinjang pelamin. Teruja sangat dan happy je…apatah lagi dirai besar-besaran dari kedua-dua belah keluarga.

Dirumah mrs, dengan bilik tidurnya dihias bukan main meriah dan berkilauan lagi, satu rumah berwajah baru. Persalinan pulak bertukar-tukar. Lepas tu dengan kaum keluarga yang sangat besar, bro nak kena jumpa haaa…naik lenguh senyumlah 😆

Dirumah bro pula keesokkan harinya, siap dihias pelamin macam kat hotel 5 star. Ini my mother lah ni. Dihias pula perjalanan naik dari tangga ke atas menuju bilik tidur yang berseri-seri. Fuhhh…best betul, memang patutlah orang kata Raja Sehari…tapi kami Raja berhari-hari 😛

Jadi apabila bro terima banyak betul kad jemputan perkahwinan tahun ni, keterujaan dulu terasa kembali. Haa…entah datang dari mana-mana sahaja undangan ni. Penang ada, Perak ada…Sabah pun ada…yang kat Kelantan ni memang ramailah, semuanya kahwin di Hari Raya. Alhamdulillah syukur. Bro ucapkan semuga berbahagia kepada kesemuanya.

CUMA…dalam sinar kegembiraan begini, bro juga turut teringat semasa sebelum kahwin dulu. Betapa pilunya hati apabila menyambut hari raya tanpa insan tercinta. Kawan-kawan pulak semua dah kahwin, siap dah ada anak-anak lagi. Frust 🙁 …bila tiba sembahyang raya lagilah…sunyi aje rasa walau berada ditengah-tengah orang ramai. Lepas sembahyang raya lagi torture…tengok orang lain dengan keluarga, bersama isteri yang masih dalam kain sembahyang  putih, dengan anak-anak yang bersama-sama…berpelukan, bersalaman…ahhhh…sedih…sedih, pilu beb!

Saat-saat kepiluan dan kesunyian itulah yang selalu mengingatkan bro untuk bersyukur, Alhamdulillah sangat kerana walau berbagai-bagai dugaan dan cabaran sepanjang tahun ini, despite whatever happen in my life, I still have a family right now…I have them to go back to! Bro ada seorang isteri yang tersayang dan 2 orang anak lelaki yang alhamdulillah sempurna.

Berhari-raya tanpa insan yang tercinta, adalah sangat memilukan. Apatah lagi jika kita tiada insan istimewa, tiada arah atau tiada siapa untuk kita harapkan. Kawan-kawan ada pun, at the end of the day, kita pasti kesunyian..,lebih-lebih lagi apabila melihat mereka yang sudah berpunya atau sudah berumahtangga. Lebih menyedihkan lagi jika ada di antara mereka sudah pun memiliki anak-anak yang cute, lawa, baik…mulailah kita terfikir, “Kemanalah arah hidup aku ni, tiada cinta, tiada keluarga, tiada zuriat?”

Well, memilih pasangan hidup bukan satu kerja mudah. Banyak yang perlu dipertimbangkan. Betul tak?…tapi, siapa tahu itu semua kan. People around us reti tanya aje. “Dah kahwin ke belum?…bila nak kahwin?…bila nak ada anak?”

Wei, ingat macam nak beli kacang ke? “Akak, nak beli kacang singgit, bungkus ya!” Haa beli kacang boleh lah kan, ini soal masa depan ni. But whatever it maybe…kita kena smart sikit, jangan bodoh sombong, jangan terlalu memilih…yang penting give it a shot, a trial…kalau tak menjadi, keep on trying. You tidak akan tahu kesudahannya until you try kan?

Janganlah macam ni pulak, “Hmm dia tu, tak boleh lah…hmm dia ni hmm entahlah…lain-lain tak ada ke?” haa..kalau macam tu sampai bila-bila pun anda akan kesunyian!

Pesanan bro, “Make the chance and grab it while you still can…” you tak akan tahu apa yang bakal berlaku sehingga you cuba dan lihat sendiri, kan?. Takkan kita nak bersedih je bila setiap kali musim kahwin? Takkan kita nak terima aje orang-orang yang tak berhati perut ni bertanya soalan-soalan cepu emas tu, Takkan kita nak larikan diri setiap kali ada jemputan kahwin…

“Beranikan diri mencuba untuk terus bercinta! …kita tidak tahu apakah nasib yang menanti kita di penghujung jalan!” 😉

Ok, bro nak minta maaf ni, pada yang menghantar kad-kad jemputan kahwin tu bro amat hargai sangat. Tapi mungkin, bro tak sampailah rasanya kalau di luar Kelantan tu. Maklum sajalah hari raya…kalau yang kat Kelantan. InsyaAllah…tak janji. Tapi terimakasih banyak-banyak. Ribuan terimakasih juga kepada mereka yang telah menghantar kad-kad hari raya pada bro tahun ni. Alhamdulillah, ramai juga yang ingat kat Bro razzi.

Thank You dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir… untuk batin, nanti jumpa bro, kita minta maaf sekali lagi 😛 “

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
info@razzirahman.com