Ebook razzi rahmanIsu kali ini memang berat sebelah πŸ˜€

…kerana, segala-gala yang kita nak bincang kat sini adalah apa yang lelaki mahu. BUKAN apa wanita mahu. Wanita punya lain kali πŸ™‚ Mengapa bro nak bincang topik ini??…, cuba kita renung seketika…

Ramai yang bertanya Bro Love, especially kaum wanita…”bagaimana nak buat kekasihnya lebih sayang padanya?”, ramai juga yang bertanya, “bagaimana menambat hati lelaki?” DAN “mengapakah lelaki suka kecewakan wanita?”

Well…my answer is, Sometimes (selalunya lah bukan sometimes) πŸ˜€ Wanita terlalu ego dan pentingkan apa yang dia mahu, dan juga wanita lebih pentingkan hati dan perasaannya sendiri lebih dari pasangan lelakinya (Bukan wanita di blog ini lah…wanita di luar sana) πŸ™‚ DAN wanita juga jarang sangat pentingkan APA LELAKI MAHU!

SOLUTIONS : Sekiranya wanita tahu APA LELAKI MAHU, kemudian wanita lakukan segala-gala yang lelaki itu mahu, bahagiakan lelaki dengan apa yang lelaki itu mahu, PASTI nya, lelaki itu akan menyayangi wanita itu lebih lagi kan? Perhubungan cinta anda akan lebih bahagia, kan?! Bila si Lelaki happy, puas dan dapat apa yang dihajatinya, PASTI nya lelaki akan terus setia dan melekat kepada wanita itu saja, kan?! πŸ˜‰

Peringatan :

Kalau wanita buat segala apa yang lelaki mahu, baik, penyayang, tidak ego, setia, tidak mengongkong, pandai mengambil hati dan sangat mengambil berat….TETAPI lelaki itu tetap main kayu tiga juga, curang juga…itu bukan lelaki! (Ini kira dah terkeluar dari topik perbincangan) πŸ˜‰

Artikel ini lebih kepada pasangan yang sudah bercinta dan sudah berkahwin lah… (NO MAKSIAT PLEASE!)

Apa yang bro maksudkan ialah perkara-perkara biasa contoh seperti wanita mesti :-

  • Bijak bergaul bersama kawan-kawan kekasih/suaminya.
  • Mesti memberi kebebasan
  • Wajah sentiasa kelihatan menawan
  • Bau nafas kena selalu segar, bau badan kena selalu wangi
  • Rajin mengemas rumah
  • Pandai memasak masakan kegemaran pasangannya.
  • Bijak memuji dalam menegur
  • Pandai membuat kejutan hadiah
  • Selalu memanjakan pasangan
  • Menghormati keluarga pasangan

…dan seumpamanya! Perkara biasa, harian dan nampak mudah tetapi sangat penting bagi lelaki. Jika WANITA sangat mementingkan 10 perkara apa lelaki mahu yang tertulis di atas, PASTI lelaki akan terus cinta dan sayangkan wanita itu!Β 

So, dari sini…bro ingin lihat pandangan anda semua, dan kalau boleh bro nak tahu juga…

  • ApakahΒ yang LELAKI MAHU dari WANITA sebenarnya? List down berapa banyak yang anda boleh… πŸ™‚
  • Mengapa lelaki suka mengecewakan wanita?