CINTA… sesuatu yang asyik, nikmat dan amat menerujakan sekiranya kita dapat meneguknya, menjamahnya dan mengecapi sepenuhnya. NAMUN, ia lebih menggegarkan, membangkitkan semangat, kegeraman apabila kita tidak dapat memilikinya.

Lebih-lebih lagi, kita tahu kita boleh. Tetapi mungkin akibat, sudah terlambat, tersilap membuat keputusan yang lampau, or just maybe wrong time at the wrong place, atau mungkin… sudah menjadi milik orang, dan mungkin juga dia sudah tidak terpikat kepada kita lagi.

  • Perkara-perkara inilah yang membuatkan CINTA itu bagaikan api yang membakar jiwa!

Dan kita pula bagaikan serangga yang tertarik-tarik dan tersedut ke arah lampu UV yang pasti akan membakar seluruh tubuh badan kita dengan sengatan perangkap elektrik. Tetapi ke arah itu jugalah kita menghala, mata bagai kuyu, badan bagai layu, jiwa bagai sendu…naaaak juga ke situ! 😀

Bukan tak tahu, ianya boleh membakar, bukan tak tahu ianya boleh membunuh! Tetapi, yang itu yang nak, …nak buat macamana! Hahaha adoi, mak tolong!

Sebenarnya, memang ramai yang berada di dalam situasi ini. Dan ramai pula yang mereka tak mahu. Bukan tak ada yang nak kan mereka tetapi, semuanya ditolak kerana, tidak teruja, tidak ada rasa, TAK FEEL orang kata. Macamana nak paksa perasaan untuk menerima dan bercinta sedangkan yang dicintai adalah orang lain.

NAMUN… itulah hakikatnya, yang dicintai, yang diingini itulah API! Api Cinta yang membakar jiwa… Pepatah orang tua-tua ada berkata, “Jangan bermain api, nanti terbakar diri!” – Memang sungguh bagai dikata, sudah ramai yang terbakar diri, akibat bermain api-api ini…

  • Yang tidak berminat dengan kita, tapi kita nak kat dia juga
  • Yang sudah dimiliki orang lain, tapi kita nak kat dia juga
  • Yang sudah benci pada kita, tapi kita nak kat dia juga
  • Yang sudah kahwin, tapi kita nak kat dia juga
  • Yang sudah berkali-kali curang, tapi kita nak kat dia juga
  • Yang bertahun-tahun sudah meninggalkan kita, tapi kita nak kat dia juga
  • Yang sudah hilang lenyap tah kemana, punnnnnn….kita duk tunggu-tunggu juga dan kita nak kat dia juga!

Itulah yang dikatakan API-API CINTA YANG MEMBAKAR JIWA, dan apa kita buat? KITA BERMAIN API… kita bermain-main dengan api cinta ini yang PASTI akan mengecewakan kita! Malah sesetengah tu, sedari awal-awal lagi kita sudah tahu, bukan tak tahu… tetapi kita tetap DEGIL dan mahu juga merasa walau sekejap… yang mana akhirannya, adalah kecewa!

  • Bukan Bro Razzi tak bagi warning, dah bagi tapi tak dengar, nak ikut kata hati dia, nak ikut nafsu serakah… at the end of the day, siapa yang susah?

TAPI, tak boleh nak salahkan you all la juga… sometimes, dalam kita berjaga-jaga tu, terlajak juga tanpa sengaja, bak serangga yang nak lari dari lampu UV tu, tapi tersedut juga!  So, apa yang boleh saya katakan di sini, sekiranya kita mulai tersedar… seelok-eloknya, kita undur diri, walau perit, walau terseksa jiwa, itulah yang sebaik-baiknya.

TETAPI, jika tabah dan rela hati, berani menghadapi dan mahu bertarung di lautan api, sila kan… pengalaman sebegini, bukan semua orang yang boleh perolehi… dan pengalaman sebegini jika diambil ikhtibar, boleh mematangkan kita serta  memberi pengajaran yang berguna…

Cuma, jangan menyesal pula di kemudian hari. Sebaliknya, anggaplah ia satu adventure, satu pengembaraan dalam diri sendiri…

p/s : “WIN you’re my FIRE that possesed my DESIRE … I want to have you one way or another!”

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com