Selalu kita dengar-dengar dan juga lihat kaum wanita dan tidak ketinggalan kaum lelaki itu sendiri yang merasa tertipu, malah berputus-asa apabila cinta yang hangat bergelora, akhirnya dingin sebeku-bekunya!
Yang wanita sampaikan berkata, “lelaki bila belum dapat memang cinta tapi bila dah dapat semua lupa.”
Dan wanita juga menganggap pasangannya tak boleh dipercayai kerana suka flirt atau menggatal dengan girl lain, walaupun lelaki itu sudah berpunya.
Malah to them lelaki biasalah, masa nak dulu-dulu, tergila-gila mengidam dan bila dah hilang segala cinta, habis segala idaman, hilang segala rinduan, hampeh belaka!
Yang lelaki pun sama juga terkena dengan wanita yang sudah hilang minat untuk terus bercinta. Bukan wanita saja yang terkena…
Sesungguhnya telah ramai yang menghadapi situasi sebegini, terkena dan tertipu dek pasangan sendiri.
Tetapi percayalah, jika ini berlaku kepada anda, anda sebenarnya masih belum bertemu dengan cinta anda yang sebenar. Allah belum membawa jodoh anda yang sebenar. Dan yang memberatkan keadaan lagi adalah apabila anda sudah tahu perangai pasangan begitu, tetapi mengapa masih menunggu di situ? Tidakkah terfikir untuk meneruskan pencarian cinta yang sebenar-benarnya cinta?
Sekiranya pasangan anda :-
- Sudah tidak semesra dulu lagi
- Cakap pun kasar-kasar dan cepat marah
- Sudah tidak rindu-rinduan lagi
- Jarang berhubung dan kadang-kadang hilang
- Kurang berbual-bual tentang kehidupan atau apa saja
- Malas nak jumpa, letih nak bersemuka, longlai bila ajak keluar
- Selalu memuji orang lain
- Selalu membanding-banding
- Sentiasa tidak puas hati dengan apa sahaja usaha anda
- Tidak bertanya khabar tentang diri anda lagi
- Tidak berminat tentang apa saja berkaitan dengan anda
CHANCES ARE…dia BUKAN jodoh anda lagilah tu. YA…dia cinta, ya dia juga dalam percintaan dengan anda TETAPI dia TIDAK BENAR-BENAR CINTA! Sebab, orang yang benar-benar cinta ni kalau anda pernah jumpa, bak kata iklan bola, “MAKAN BOLA, MINUM BOLA, TIDUR BOLA!” …SAMALAH! Baginya siang malam, setiap masa hanya anda yang digilainya, hanya anda yang di fikirannya, yang dirindui setiap masa, walaupun sudah berbelas tahun bersama!
Jadi, sekiranya dia tidak begitu… best is , keluarlah dari perhubungan yang tidak membahagiakan itu, keluar dari kecewa dan sengsara menunggu seperti orang bodoh. Kerana pada pendapat saya, Pencarian anda masih jauh lagi, belum berakhir lagi, memang masih jauh perjalanan. Kalau setakat 2-3 kali terkena, itu NOTHING! Kecik je dugaan dari Tuhan tu…
Kena terus tabah dan sabar di dalam mencari kebahagiaan, ya bro Razzi tahu anda akan tanya sampai bila… Well kalau anda sudah kahwin sekali pun, jika kancah persengketaan tetap berlaku akibat dari perasaan cinta yang tidak sehebat mana, maknanya suami atau isteri anda itu juga bukanlah jodoh sebenar lagi lah tu. Jadi, jawapannya sampai anda bertemu dengan pasangan yang tidak boleh hidup tanpa anda la kan! Tak senang duduk kerinduan, terseksa jiwa kesunyian tanpa anda di sisinya. Itulah baru CINTA SEBENAR!
Sekali lagi saya katakan… apabila anda bertemu yang sebenar-benar jodoh, walau sudah berbelas tahun kahwin pun masih merindu, masih geram!! Persoalannya, “Masih adakah lagi pasangan yang begitu? Tak jumpa pun!”
Itulah halnya! Bila tak jumpa anda anggap tak ada. Usaha sedikit sudah putus asa. Jadi nak senang anda pun kata, semua lelaki/wanita sama je! Semua tak boleh percaya!”
Jauh manakah pencarian anda? Atau hanya baru di facebook, di internet? hanya di office? hanya di kawasan rumah anda? hanya di kampung anda? hanya sekitar bandar terdekat? …dunia yang seluas-luas ini, yang mempunyai berjuta-juta penduduk, setakat itu sahajakah pencarian anda?
– Dan sudah berapa ramai orangkah yang anda berkenalan? 10? 20? 100? … setakat itukah usaha anda? Pengorbanan anda? Dan anda terus mengharapkan kejayaan besar, kebahagiaan yang mutlak?
- Perlu kita ingat… Mereka yang berjaya dan hidup bahagia, telah lebih berkali-kali ganda dari itu usahanya, telah berkorban apa saja untuk mencapai apa yang diidamkan…
Jadi kalau setakat itu sahaja usaha kita, seharusnya kita lebih cekal dan tabah lagi dalam mengharungi kancah kehidupan ini, dan terus berusaha lebih gigih untuk mencapai apa yang dihajati, dan kejayaan dan kebahagiaan itu jualah yang akan menjadi milik anda. Saya doakan buat kita semua InsyaAllah!
p.s. : Ingin mengetahui kesemua karya Razzi Rahman dengan lebih lanjut? – klik di sini
Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com
Share this article at your facebook…
7 Comments
Assalamualaikum abang razzi :). saya baru 7 bulan berhubungan dengan seorang lelaki. Tapi perasaan cinta saya pada dia tak pernah surut bahkan setiap masa makin bertambah. Baru-baru ni kami menghadapi sedikit krisis dimana saya hidup dengan air mata sepanajng 3 hari kerana perbuatan dia. Seperti yang semua tahu, wanita perlukan perhatian dan dimanjai, mudah cemburu. Salah ke kalau saya cemburu apabila dia contact semula dengan scandel lama dia? bila dia jarang hubungi saya? . Setiap masa, hanya saya yang terpaksa mengikuti segala aturannya. BAgi saya, tak mengapa, asalkan saya dan dia masih bersama. Jujur saya cakap, sepanjang saya hidup, sudah banyak perhubungan yg sy lalui, tapi hubungan kali ni merupakan hubungan yang paling saya nantikan dan sayangi. Cuma, apabila masalah dtng, sy mudah rasa putus asa dan mudah mengucapkan kata-kata ingin putus. Apa yang patut saya lakukan untuk pertahanakan hubungan ni ?? :'(
Assalamualaikum Bro Razzi, saya mempunyai rasa yang sama seperti diatas. Saya bercinta dengan sidia telah masuk tahun ke-10. Saya betul2 sayangkan dia, setiap hari dambakan kehadiran dia. Masalah kami, dia telah banyak kali kantoi gan perempuan lain tapi saya masih memberi dia peluang. Adakah saya patut hentikan semua ini dan melangkah pergi sebab dalam masa terdekat ni dia tak lagi hiraukan saya. Mengatakan dia ada masalah, padahal apa yang saya tahu dia sibuk berkenalan dengan wanita lain. Hati saya betul2 tertutup untuk berkenalan dengan lelaki lain angkara dia. Bantulah saya Bro. Kadang2 saya buntu dengan masalah ini. Saya masih ingin pertahankan tapi dia seolah2 tidak mahukan saya lagi.
Assalamualaikum abg razzi..
Thank u very much for sharing very informative and good advice in this blog..
Saya start follow bro sejak tahun lepas and info dlm.blog ni btul2 membanntu saya dlm mbuat decision yg bernas in my relationship..
To all ladies out there:
1) jgn mengharap pd lelaki yg tidak menunjukkan sebarang komitmen.. like bro said, beriya2 nk chase anda.. its just a waste of time menunggu pokok yang taklan nk berbuah
2) go try sumthing new which u have never experienced or learned before.. appreciate your single life
Assalamualaikum abg razzi..
Thank u very much for sharing very informative and good advice in this blog..
Saya start follow bro sejak tahun lepas and info dlm.blog ni btul2 membanntu saya dlm mbuat decision yg bernas in my relationship..
To all ladies out there:
1) jgn mengharap pd lelaki yg tidak menunjukkan sebarang komitmen.. like bro said, beriya2 nk chase anda.. its just a waste of time menunggu pokok yang taklan nk berbuah
2) go try sumthing new which u have never experienced or learned before..(gym, kelas memasak, ladies day or nite out) appreciate and love your single life, becoz if you dont you can nvr be happy with your relationship life.. get your single interesting life then only you can share with others 🙂
3) dont ever think about your past.. your ex or your mistakes.. you have the present.. the ‘gift’ to correct what u’ve done wrong
4) be strong to accept you have had enough with your EX.. focus to become a BETTER you.. then it will attract a a better NEXT;)
TO abg razzi.. I m really inspired with your blog..I hope abg akn trus berjuang mberi manfaat dan ilmu kepada semua orang tentang ape sebenarnya konflik tentang cinta dan kehidupan.. hopefuly pembaca di luar sana boleh mgambil teladan and iktibar dari kisah2 yang disharekan kat sini.. love you bro!
MIERA – Percintaan, perkahwinan perlukan dua nyawa yang MAHU sehidup semati, bersama-sama berusaha untuk kekal bahagia hingga akhir hayat…
Jika salah seorang sudah hilang KEMAHUANNYA, tiada lagi usaha, tiada lagi kasih, dan pastinya tiada lagi cinta… tiada yang dapat ditolong lagi.
Bersabarlah MIera, mungkin ini adalah dugaan Allah swt, dan dugaan dari DIA, selalunya untuk kebaikan. Hanya Allah yang tahu… mungkin pasangan Miera hanya akan menghancurkan hidup Miera nanti? Kerana itu, Allah telah jauhkan dia dari Miera? Siapa tahu kan…
Azryn – Waalaikum salam and You’re welcome, and thank you for sharing your thoughts. Appreciate it. 😉 — good to hear from others too.
MS Anonymus – Sama juga jawapan saya kepada Miera tadi.
Also, semua yang ditanya adalah sudah ditulis di dalam artikel. Sila rujuk kembali. Terimakasih.