From : eBuku 101 cara mencari cinta
Teknik Memikat : Cara 56

Jom sekali lagi kita menyanyi, “Ohh…aku tergoda, aku tergoda…terkecewa, dari kerana mata yang mempunyai kuasa!” best tak lagu tu, dari dulu-dulu lagi dah dialunkan lagu mengenai betapa hebatnya renungan mata yang dapat mengeluarkan kuasa dan bisa menggegarkan jiwa.

Saya sangat suka teknik bermain mata sebenarnya 😆 …yang bestnya, sesiapa saja boleh melakukannya jika tahu apa makna disebalik renungan itu. 
 
Dari penglaman bro : Barangsiapa yang menjadi ‘mangsa’ renungan saya pasti menjadi serba-salah dan tidak senang duduk, HAHAHA!!… perasan!

Kadang-kala, saya suka merenung bibir semasa si dia bercakap. Mungkin dia pula yang akan terdiam, kelu seribu bahasa. Tetapi, janganlah terus merenungnya tanpa henti supaya tidak dikata ‘gatal’. Sekadar membuatkan dia menyedari bahawa dia begitu menarik di mata anda cukuplah tu.
 
Jelingan maut juga akan sentiasa memikat sesiapa saja. Cara saya selalu lakukan ialah berdiri dengan badan sedikit serong dan menunduk sedikit, menjeling ke atas dan terus ke sisi. 

Jelingan harus fokus dan berselang seli. Sekejap jeling, sekejap menunduk… kemudian apabila sudah yakin dia menyedari kita menjeling kepadanya, berikan sedikit senyuman. Kalau dia senyum balik…ada harapan, kalau masam je …belah la!! 😛

Mata adalah satu senjata hebat yang mungkin anda sendiri tidak sedari yang anda memilikinya. Cuba anda tenung-tenungkan mata anda di cermin. Jelingan dan renungan bagaimanakah yang boleh menggegarkan jiwa si dia? …gunakannya! (Teknik memikat ini sesuai untuk lelaki dan juga wanita)

tip brother love :
“Dari mata turun ke hati…itulah yang selalu diperkatakan! Semuanya adalah kerana kehalusan jiwa dan naluri manusia yang penuh dengan cinta.”

==============================

eBook Razzi RahmanDapatkan kesemua Teknik, Pengalaman & Tip Cinta dari Razzi Rahman apabila anda Miliki eBuku 101 cara mencari cinta yang terbukti telah membantu ramai individu memiliki cinta yang diidamkan selama ini! Klik di sini untuk maklumat lanjut.

JANGAN TERLEPAS peluang memiliki PAKEJ BELI 1 FREE 2 “3ebuku bernilai RM100 tetapi dengan harga promosi, hanya RM40 sahaja. ANDA JIMAT RM60!”

Promosi ini akan ditamatkan pada bila-bila masa sahaja, Dapatkan sekarang! klik di sini.