Apabila bro Razzi bertanya a friend of mine about things that she hates the most, dia jawab… “Lelaki yang lupa janji dan tidak pernah dapat memenuhi segala apa yang dijanjikan!”

In a way, I dapat rasa betapa sakitnya hati kawan I ni bila segala-gala janji-janji yang telah terpateri, terpahat di jiwa dan sanubari, akhirnya tiada titik noktah.

Malah tiada sebarang penyelesaian, jauh sekali penjelasan, MENGAPA dan APA yang telah terjadi?

Sebenarnya, each and everyday I menerima banyak masalah cinta yang hampir sama, which is lelaki berubah dari janjinya yang sebenar. Malah ramai girls di antara kita selalu berdepan dengan EMPTY PROMISES…seperti janji-janjinya, Nothing! None! ZERO!

Akhirnya selalu soalan yang ditanya agak cliché, “Mengapa dia lupa janji-janjinya? Mengapa dulu dia tidak begitu? Mengapa dia berubah?”…well, kalau nak Bro Razzi berikan sebab-sebabnya, I can give hundreds of reasons why dia lupa janji, why dia tidak memenuhi janji-janjinya… TETAPI, trust me, it’s not going to help. You tetap akan bertanya dengan soalan lain pula dan hati serta perasaan you tetap sakit dan kecewa…

NAK TAHU JUGAK? Hehe…okey, I faham, you girls nak puas kan hati yang tidak tenteram tu kan, yang kebingungan, kegeraman tapi sayang, kebencian tapi cinta…okey, I’ll tell you :-

  • Mungkin dia tiba-tiba takut – ‘having a cold feet’ kerisauan, kegelisahan memikirkan tanggungjawab atau komitmen yang bakal di tanggung.
  • Mungkin juga dia merasa terlalu berat janji yang telah dijanjikannya. Lalu dengan sendiri menyepikan diri. Nak explain, sure malu sebab dah berjanji, tu yang buat senyap je.
  • Mungkin dia ada seseorang yang lain di dalam hidupnya yang probably muncul kembali dalam hidupnya. Lalu dia jatuh cinta kembali kepada dia yang telah lama diharap-harapkan.
  • Malah mungkin juga dia sudah bosan dengan apa yang dia ada bersama anda, lalu dia mengambil keputusan untuk tidak mahu bertanggung jawab lagi. As simple as that!
  • Nak lagi simple… dia saja-saja MEMANG seorang yang suka-suka berjanji kosong! Zero janjinya…walau kelihatan serius, sebenarnya tidak ada makna langsung bagi dia. All those janji hanya untuk mendapat apa yang dia mahu sahaja. Bila dah dapat…chiaow!

OR…mungkin juga seperti Bro Razzi, Why Razzi menyanyi semula selepas berjanji dengan seseorang yang saya tidak akan menyanyi lagi? Well…manusia ini ada evolusi, sampai setiap peringkat dia akan berubah dan akan melupakan janji yang lalu.

Sebagai contoh :
“Mengapa orang yang sudah berjanji setia dengan isterinya tetapi berkahwin 2-3 lagi?”

…adakah dia dulu berkahwin dan berjanji,
“okey nanti I dah kahwin dengan you kemudian I nak kahwin lagi dua ya!”

Hahaha…no way punya…

Pasti dia berjanji setia dengan satu sampai bila-bila, tetapi along the way… he get bored, he’s feeling horny, gatal nak pompuan lagi… or maybe the wife dah not functioning well…so dia kahwin lagi. The facts is, its just Human Evolutions…

Setiap manusia lelaki atau pun wanita, kita akan berubah-berubah mengikut peringkat evolusi dalam diri kita.
So, memanglah kita tidak dapat memenuhi janji yang telah terukir before. Hari ini mungkin lain, besok hari pasti lain… bukan kah fikiran kita sendiri pun selalu bertukar-tukar? Sekejap nak itu, nak ini… orang pompuan lagi lah, especially apabila pergi shopping… selalu bertukar-tukar fikiran. It’s the same thing…

  • So, nasihat I di sini, apabila anda bertemu seseorang yang mungkin pada fikiran anda dia adalah pasangan anda, soalan pertama that you should ask, “WHAT ARE YOU LOOKING FOR?”

Maksud I di sini, “Apakah yang you cari di dalam sebuah perhubungan?” …itu adalah soalan pertama sebelum apa-apa lagi. Minta dia jawab dengan jujur dan ikhlas. Di sini, lihat matanya dan cara tubuhnya bergerak… I yakin you all dapat beza kan jika dia menjawab dengan serius, jujur atau pun menipu… Ini kerana soalan ini boleh membuatkan dia terfikir seketika dan mulai kena mereka-reka jawapannya…

So, Jawapan yang mungkin secara realitinya anda akan berdepan, apabila di tanya… “Apakah yang you cari di dalam sebuah perhubungan?”

  • I mahu skandal dengan you
  • I mahu just have fun
  • I saja nak cari girlfriend, untuk bercinta
  • I saja cari teman, sebab I terlalu sunyi
  • Tetapi yang pasti ramai menjawab adalah, “TAK TAHU” – jawapan inilah yang you tidak mahu. This is jelas, jawapan dari seorang yang pasti akan LUPA JANJI!

So, that’s your real psiko soalan untuk kali ini hehehe, psiko dia sikit dengan pertanyaan, “Apakah yang you cari di dalam sesebuah perhubungan?” atau “Apakah yang you cari di dalam percintaan kita?” …then you tengok dia tumbang dari menara kebanggaannya lalu rebah tersandung!! 😉

p.s. : *DAPATKAN beberapa -ENOTA CINTA karya Razzi Rahman secara PERCUMA dengan sign up, my newsletter –> sila klik di sini 

Salam hormat,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com



Apa komen anda? : [9] Comments