“Aku ingin BERPAYUNG EMAS!”


Wahhh dah berubah dah wajah orang pompuan yang faham tuhh, seharian hari ni semua yang memberi pendapat, memang sekeras-kerasnya membangkang gitu ya… Aduuhh, buat bro Razzi berdebar-debar nak menulis artikel kali ni hehehe…

Bagi yang terkena, lagilah menyirap darah kan… “Apa si Bro Razzi nak kata pulak nihh, nak sokong si Payung Emas la tuhh!! ” 😀

Huhuhu…sabar akak-akak, adik-adik, jangan melenting ya, terketar-ketar saya menaip keyboard laptop ni hah hehe… takut kena smash, belasah dan tembakan beberapa das yang pastinya terus ke jantung ku yang makin berkocak kencang dub dab dub dab!!

Bagi mereka yang belum tahu dan tidak memahami apa itu, “Payung Emas”

Ada pendapat mengatakan – apabila seorang wanita single sanggup bermadu atau yang sudah berkahwin, redha dan penuh ikhlas juga merelakan suaminya, berkahwin seorang lagi… poligami lah tu kan. Maka, pahala yang diterimanya tersangat besar, fadhilat disyurga nanti, dia akan dipayungkan dengan payung emas!

Sememangnya , kata Ustaz dan Imam di tempat saya, besar pahala, itu memang betul…Apabila sudah menjadi isteri itu pun sudah diangkat sebagai ketua kepada semua bidadari, inikan pula menjadi isteri yang taat, redha dan berkorban hati dan perasaan dengan berkongsi suami…lagilah besar ganjarannya.

Akan tetapi, “PAYUNG EMAS” ni… mungkin hanya perumpamaan, mungkin ada ahli-ahli tasauuf atau ahli ulamak yang pernah berkata begitu, kerana setahu saya, belum ada lagi hadis atau nas-nas Al-quran yang mengatakan exactly dapat payung emas. Kalau ada tu, minta sesiapa tolong tampilkan bukti ya….Kerana, bagi Razzi lagi lah tak berani nak menyentuh perihal sebegini…SO, cukuplah setakat tu mukadimmah nya hehe…

Sebenarnya, apa yang saya nak ceritakan kali ini adalah soal PERASAAN…

Apabila kita bercakap soal perasaan ni, selalu kita bercakap dan menjawab soalan berpandu kepada perasaan kita di ketika itu, tanpa kita menghiraukan pun perasaan orang lain… betul tak? I pun sometimes terlajak juga …hingga kadang-kadang tu ada yang terasa hati…

Cuba kita renung semula, bukankah orang di depan kita juga punya perasaan seperti kita? Bukankah orang yang bakal bermadu dengan anda itu juga punya perasaan seperti anda juga? Bukankah dia juga tidak mahu berkongsi seperti anda, merasa jijik, sakit hati, geram dan sebagainya…

Tetapi apabila sudah cinta, sudah sayang bolehkah dia menyangkalkannya walaupun lelaki itu sudah pun mempunyai isteri? …lalu kita marah dan geram, memberontak dan membenci. Bukankah Poligami itu adalah hukum dari Allah? Ketetapan daripada Allah s.w.t untuk mereka yang mampu dan harus berkahwin, apakah boleh kita menentangnya? Bukankah berdosa besar menentang hukum Allah?

Nanguzubillahiminzaliq…

Sebenarnya, Bro Razzi telah didatangi seorang gadis…tidak perlulah saya cerita siapa dia dan mengapa dia cukup suka kat saya, tetapi yang saya mahu ceritakan adalah tentang pendirian seorang wanita yang dengan penuh rela, dia berterus-terang mahu berkahwin…

Razzi, paling tidak mahu adalah memberi harapan, so… I akan avoid as much as I can jika tak ada perasaan terhadap dia atau memang tahu takkan ada masa depan bersama so, I tak ada nak buat baik or nak jaga hati… sebab, esok hari, dia juga yang akan lebih kecewa… so you know what my answer? 😉

Sedikit dialog dari perbualan kami, yang masih terngiang-ngiang ditelinga ini…

  • “Mengapa you kata tak ada peluang?” tanya dia setelah I said no.
  • “1st of all sebab i sudah berpunya!” simple jawab Razzi.
  • “Tak apa lah, kita tengok siapa yang lebih baik untuk Razzi kahwini” …macam tu jawab dia aduihh.
  • “I dah punya kekasih yang sangat I sayang… you nak kat I juga?”jawab Razzi pula.
  • “Apa salahnya, I ingin cuba  memiliki orang yang I suka.”
  • “Err… kalau saya sudah berkahwin?”
  • “Betul ke? …well, I rela jadi isteri kedua you.” jawab gadis itu dengan cepat.
  • “Betul? …” terkejut Razzi di ketika ni.
  • “Betul…sebab, saya memang kagumi cara Razzi berbakti kepada semua orang lebih-lebih lagi wanita”
  • “Ye ke… kalau macam tu, okay…I memang dah punya isteri!” jawab Razzi lagi.
  • “Betul-betul?…okay, I pun sudah lama ingin berpayung emas!”

Jawapan gadis itu mendiamkan saya dan amat mengejutkan Razzi, kerana as we see today, everyone pun memberi jawapan yang TIDAK AKAN DAN TIDAK MAHU payung emas, tidak rela berkongsi dan tidak sanggup bermadu… tidak sampai hati mengecewakan hati another women, menghancurkan hati dan perasaan dia kan?…

Akhir sekali, I just ask simple question kat dia,

  • Let me ask you one question, “Bagaimana jika ada wanita lain pula yang melakukan perkara sama kat you…dan tidak kah you fikir perasaan wanita yang I sayang tu?”

Perbualan kami berakhir dengan Razzi menolak cintanya…alasan yang saya berikan adalah, sekiranya saya ingin beristeri, saya hanya akan hanya mempunyai SEORANG isteri. Tidak berani saya katakan lebih…dengan apa yang bakal berlaku di masa depan tetapi… hingga sekakat ini, tiada keinginan saya untuk mempunyai lebih pada satu isteri.

Saya sudah lihat, betapa peritnya mereka yang hidup bermadu. Ianya sentiasa berlaku di sekeliling saya, dan dalam keluarga saya… dan betapa besarnya tanggungjawab seorang suami yang perlu dipikul apabila berkahwin lebih pada satu. Imagine lah… dengan mertua dan ahli-ahli keluarga pihak masing-masing lagi, dengan anak-anak baru lagi, dengan saudara mara dan kawan-kawannya pula…kesian beb… apa lagi apabila si isteri kena berdepan dengan kawan-kawan dan kena menjelaskan pula perihal si suami yang berpoligami…perit, memalukan dan amat memilukan…

Sebagai seorang lelaki sememangnya saya mempunyai nafsu ingin memiliki wanita-wanita lebih dari satu… tetapi, setakat ini, alhamdulillah, akal saya masih belum mengatasi hawa nafsu yang menggamit serakah air cinta… I hope dia faham, dan begitu juga semua yang ada keinginan untuk bermadu, mengejar ‘Payung Emas’ kerana mahukan pahala… banyak lagi cara lain untuk mendapat pahala dan keberkatan ke syurga firdausi…

p.s : Miliki pakej istimewa – Koleksi 3 ebook cinta popular – KLIK DI SINI

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…

10 Comments

  • Ikram

    Mengapa pula takut berkahwin lebih?…jk niat ikhlas utk membina masjid dan menyelamatkan kaum wanita dari maksiat itu adalah lebih baik lagi..Sebenarnya, wanita yg sggup bermadu bukan payung emas ganjaranya tetapi ialah syurga yg terlalu besar nikmatnya!

    Oleh itu, bro Razzi, rezeki jgn ditolak, musuh jgn di cari…

  • farah

    slm….suami sy akan menikah dgn bakal isteri keduanya minggu hdpn….selama sebulan ini dlm bulan puasa,bakal madu sy masuk kerumah hanya lh sbgai pembantu rumah….pd mula nya sy marah,geram,memberontak dan mengamuk dgn sikap suami sy….dlu sy lh isteri yg bertahta dihatinya seorg saja….kini dh ada dua….sy redha dan pasrah dgn apa yg terjd….sy mohon pd allah diberikn kekuatan,ketenangan,
    kesabaran…sy mula jd tenang….walaupn hati terguris sikit demi sedikit….sy hormati keputusan suami…..dan saya amat sayang dan setia dgn suami saya…sy jg hormat pd bakal madu saya….
    kini…saya pasrah dan akur dgn ketentuan tuhan…….tiada wanita yang ingin kam bermadu….tp sy harap madu sy manis hingga syurga…..

  • Sy pun anti dengan perempuan mcm ni tapi semua ni adalah ketentuan Allah S.W.T.. Kalau betul lelaki itu jodohnya lebih dari seorang insyAllah Allah akan membukakan pintu hatinya, isteri-isterinya dan juga bakal isterinya.. Tetapi kalau ia berpasak dari nafsu cinta serakah insyAllah Allah akan cuba menyelamatkan umatnya yang teraniaya..setiap yang terjadi itu ada hikmahnya…Saya mengalaminya..perempuan tu x reti terima jawapan TIDAK dari sy atau suami. Sakitnye hati ni bile suami pulak yang berbelah bahagi…Apa yang boleh kita buat berdoa aje la supaya ditetapkan hati suami pada kita sahaja dan dijauhkan daripada perempuan durjana itu…huhuhuhu…

  • L-P

    mestila bro:
    i honor commitment
    i honor honesty
    and i honor man who being cruel to be kind, dah endangered species dah ppl mcmni!!hahah

  • LP – Thanks, you always support my actions 😉

    Oked – Ya, I setuju… kena orang yang sangat sabar dan rela menghadapi dugaan baru boleh hadapi hidup bermadu ni.

  • salam…
    hmm..agak menarik persoalan payung emas ni..
    bg saya la…bukan payung emas yg dikejar tapi keikhlasan wanita itu membenarkan suaminya berkahwin lagi..apa guna kalau sb terpaksa?kemudian hari hati penuh dgn kebencian. bermadu ni sbenarnya menguji keredhaan hati menerima dugaan dariNYA, sb tu besar gajarannya bg wanita yg REDHA bermadu. bg saya myb belum ade kekuatan berkongsi kasih tapi siapa tahu ketentuanNYA, tp kalau hdp bermadu lebih byk keburukannya lebih baik berpisah saja….

  • L-P

    well done bro, it takes courage to say no to people. Bercinta dgn single guys pon susah apa kan dgn married guys..believe me!

  • Aryphena – Sebenarnya this girl dah banyak kali bercinta dengan single guys…tetapi selalu kecewa dan dicurangi. Beberapa kali pula diperdaya sehingga habis wang ringgit…

    Sebab tu lah dia dah lama kat my blog ni, and then kat facebook, asyik mencari suami orang pula katanya, sebab dah tahu risiko camana… kalau single pun facing the same problem juga. Kata dia…

  • dasat ni memang benar2 terjadi rupanya ya..huhu..biasanya agak sukar untuk wanita berpayung emas ni

  • Aryphena

    Wah~ saya paling anti dgn gadis yg bro hadapi tu…mengapa ketandusan lelaki bujang sudah ke di malaysia ni? Saya kalau kagum yang seorang lelaki yang berkahwin pun setakat jadikan kawan saja. Janganlah sampai runtuhkan masjid orang lain, takkan bahagia begitu…^^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending Posts

Edit Template

© 2023 Created with Royal Elementor Addons