www.razzirahman,comSometimes bro agak confused dengan masyarakat kita yang cukup susah untuk menyatakan sayang or even to say, “I love you, sayang.”

Time bercinta, bukan main lagi hehe..  Tapi apabila sudah berkahwin…segala-galanya pudar. Usah nak ucap kata-kata cinta. Mendengar saja dah naik bosan dan muak.

Ni orang lelaki lah ni selalunya. Tidak kurang juga dengan si isteri yang malu bila dipeluk-peluk suami dikhalayak ramai. Pipi nak dicium suami pun ditepisnya…. alasannya, malu. 😛

Berlainan dengan Bro,

I really love to be in love, suka sangat bercinta. Dan pasti mahu mengucapkan kata-kata cinta dengan sepenuh perasaan…haaa bila bro sebut, “I really love you, Be” …itu memang datang terus dari hati nurani lah. Hangat rasanya di dalam jiwa ni, hingga bergegar dada diketuk jantung yang bergendang kencang…fuuhhh, tarik nafas jap. Sabar…sabar…hehe 😆

Ada pula sesetengah tu, hanya menunggu waktu-waktu tertentu untuk mengucapkan, “I love you.” To me, why wait?…Mengapa kita hanya menunggu hari Valentine sahaja untuk celebrate cinta? Contohnya. Kalau Valentines day bukan main lagi menyambutnya. kemain lagi hadiahnya, dinnernya…dan berbagai-bagai lagi. Tak boleh ke kalau kita raikan perhubungan cinta kita itu setiap hari? Bukankah ia lagi menarik.

Sudahlah pertelingkahan tu diamalkan hampir setiap masa. Asyik bertekak tak kira masa pula. Yang bergaduh tak apa pulak dibuat setiap hari ya? Mengapa kita tak boleh nak bercinta setiap hari?.

RazziRahman.comKatakan, ucapkan cinta setiap hari. Mengapa kena tunggu waktu dan ketika yang sesuai? Mengapa kena tunggu harijadi? Tahun Baru, Ulangtahun perkahwinan…Valentines day,

….okeylah kalau you all kata takut boring, fine!…tapi mengapa tak boleh nak buat 2-3 hari sekali ke, seminggu sekali ke….haaa lama dah tu…

TAPI, bagi bro kalau cinta…mengapa mesti bosan? Kalau bosan, itu maknanya sudah samar cintanya. Kalau teori, Ucapkan kata cinta setiap hari ini membosankan…olahkan cinta jadi pelbagai caranya. Contoh :-

  • Day 1 ~ Bercinta di pantai atau dikolam renang…mandi-manda bersama dan ucapkan kata cinta
  • Day 2 ~ Kejutkan dia di tempat kerjanya dan keluar lunch ke Restoran makanan exotic…then ucapkan kata cinta
  • Day 3 ~ Jangan tunggu waktu harijadi baru nak bagi hadiah. Hadiahkan dia hari ini juga sesuatu yang small, simple but fancy and meaningful. Kali ni, ucapan cinta hanya di kad gifts tu…

So, kan setiap hari ucapan cinta dapat dilakukan dalam pelbagai cara tu. Takkan boring lagi. 😉 Kalau macam 3 days ni, agak-agak anda atau pasangan anda akan bosan ke? Lagi interesting adalah, kan! Eh kata cinta…kata sayang…mananya? 8)

 p/s : Sekiranya anda berminat mendapatkan ebook-ebook tulisan Razzi Rahman. Klik di sini untuk maklumat lanjut. *Dan dapatkan juga 3 pemberian percuma yang cukup menguntungkan anda hari ini. 

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
info@razzirahman.com



Apa komen anda? : [35] Comments