over

Apabila anda mulai tercari-cari jawapan kepada perhubungan anda, …kemungkinan besar percintaan/perkahwinan anda sudah berada di tahap kritikal.

Dan jika anda mulai melayari blog-blog cinta, membaca buku/ebook tentang cinta, mencari jawapan dan penyelesaian perhubungan anda, dan anda juga mulai bertanya soalan-soalan masalah cinta dengan Dr Love la, pakar motivasi la, Brother Love laa… well inilah tanda-tanda perhubungan anda maybe is OVER! 😉

Sebab, kalau everything is good, semua okay. Ada ke anda kisahkan sangat penyelesaian cinta? Maybe ada la kan but tidak semualah. Dan tidak bersungguh sangat. NAMUN menimba ilmu relationship, perhubungan cinta seharusnya kita timba sedari awal agar kita tidak terpedaya atau pun terleka hingga hanyut sendiri yang akhirnya membawa kepada kemusnahan sesebuah perhubungan.

Kali ini, Bro Razzi ingin berkongsi beberapa tanda-tanda, perhubungan cinta, mahu pun perkahwinan yang mungkin telah berakhir. 10 tanda CINTA is OVER :-

  • 1. BANYAK YANG BURUK
    Renung sejenak… jauh-jauh, perhatikan… adakah perhubungan anda ada yang LEBIH membahagiakan, menggembirakan ATAU banyak yang buruk dari baik? Banyak yang pahit dari manis?… Jika yang tak baik itu lebih banyak dari yang baik, pastinya itu TANDA PERTAMA, Cinta is over!
  • 2. BERSAMA TAPI TIDAK
    Pernah anda rasa begini? Anda bersamanya, bercinta, berkahwin tapi terasa seperti teramat sunyi sekali. Zahirnya anda bersama tetapi, seolah-olah hakikatnya tidak!
  • 3. TIDAK BERSAMA LAGI
    Ini lagi parah, keluar kemana-mana tetapi tidak bersamanya lagi. Saban hari ada saja rancangan untuk keluar tetapi anda lebih rasa selesa keluar bersama kawan-kawan atau sedara mara daripada keluar bersama insan tercinta. Malah anda rasa lega dia tidak bersama anda lagi.
  • 4. TIDAK MEMANDANG LAGI
    Jika cinta masih hangat, dia pasti masih memandang anda dengan penuh ghairah dan asyik. Ini, anda lalu depan dia, pakai pakaian kegemarannya pun, dia langsung buat tak tahu. Bukan dia sengaja tetapi sememangnya dia tidak menyedari pun anda berada di situ… ADOI!
  • 5. TIDAK BERBUAL
    Dulu-dulu, berjam-jam berbual tanpa rasa bosan. Segala benda mahu diceritanya, mahu diperbualkan. Berbagai topik diutarakan, dari bab keluarga, kawan-kawan, kisah tempat kerja, dan berbagai-bagai lagi. Kini, langsung tak ada. Tanya satu jawab satu…
  • 6. HILANG HORMAT
    Sesebuah perhubungan, perkahwinan perlu ada rasa hormat antara satu sama lain. Jika sudah hilang hormat, maki hamun, sumpah seranah, marah setiap masa TANPA memikirkan perasaan anda yang mungkin berkecil hati, sedih, kecewa… jelas sangat CINTA IS OVER. Yang tinggal hanya sisa-sisa lalu. Ada baiknya untuk keluar cepat dari perhubungan itu sebelum ianya semakin parah.
  • 7. TERLEBIH BERDIKARI
    Sesungguhnya ia bagus jika anda lebih berdikari atas kaki sendiri. Tetapi, dulunya anda dan dia bersama-sama membuat apa saja keputusan dan rancangan. Tiba-tiba sebulan dua ni anda asyik membuat plan sendiri tanpa memasukkan dia. Keputusan yang diambil juga sampai terlupa akan dia. Dan dia juga sama, seolah-olah masing-masing dengan cara hidup dan keputusan sendiri… hmm?
  • 8. SELALU BERGADUH
    Setiap pasangan pastinya akan ada waktunya bergaduh, ada saja yang saling tak bersetuju. Dan kadang-kadang merajuk, lantas tak bercakap lagi. TETAPI kalau sudah setiap hari dan setiap masa asyik bergaduh, bertekak, perkara kecil pun boleh terjerit-jerit menengking pasangan, mungkin sudah tiba masanya untuk lihat kembali perhubungan anda dan pertimbangkan semula samada nak teruskan atau waktu untuk berpisah.
  • 9. MENIPU BERULANG KALI
    Ini adalah satu gejala yang tersangat JELAS menandakan yang perhubungan anda sudah berakhir. It’s already over for a long time ago!… Jika pasangan yang selalu menipu, dan menipu lagi dan lagi. Dia adalah seorang yang tidak mungkin boleh menukar caranya. Ini adalah keran sudah tidak ada rasa kasih dan sayang di dalam dirinya. Yang ada hanya nafsu semata-mata.
  • 10. TIDAK BAHAGIA LAGI
    Jelas sangat perkara ini adalah satu perkara yang menyakinkan lagi yang perhubungan anda sudah berakhir. Anda sudah tidak bahagia lagi, dia sudah buat macam-macam, tapi anda tetap menderita. Anda berduka siang dan malam, tapi hati masih ingin bersama…. Terimalah hakikat, CINTA is OVER!

KONKLUSINYA…
Tentu saja kita tidak mahu ianya berakhir begitu saja, dan sekiranya kita masih dapat usahakan dan dapat selamatkan perhubungan ini, Alhamdulillah. Usahakanlah sesungguh-sungguhnya sehinga terus berjaya.

Cuma, sekiranya tanda-tanda yang disenaraikan di atas ini sudah ada di dalam perhubungan anda. I’m very sorry for you. I doakan TIDAKLAH kan, tak mahu you all bersusah payah nanti…

NAMUN jika sudah tidak dapat dibuat apa-apa lagi tu… tentulah sedih dan terluka, but I hope you take sometimes to heal dan kemudian, kembali bangkit dengan REDHA akan kegagalan itu, demi untuk mengembalikan kejayaan serta kebahagiaan akan datang, insyaAllah.

P/S : Ketahui bagaimana anda boleh memikat lelaki dengan lebih mudah dengan ebook yang terlaris di online ini, : Untuk mengetahui lebih lanjut, sila klik di sini

Ikhlas,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…



Apa komen anda? : 1 Comment