10 tip CINTA selepas KAHWIN

love5

CINTA selepas KAHWIN, jika zaman dolu-dolu, ianya pasti adalah satu perkara biasa, berkahwin dahulu barulah mulai mengenal dan lama-lama timbul rasa sayang dan mulai pandai bercinta.

Tapi zaman sekarang? Bercinta dahulu baru kahwin adalah seperti satu kemestian. Malah, cepat pulak tu jatuh cinta … 😛

Kadang-kadang tu, baru seminggu kenal di ONLINE. Belum pun jumpa, tengok gambar di Facebook sahaja, tah betul ke tidak gambar dia tu, belum-belum apa-apa lagi, tapi sudah ‘COUPLE’ …dah pandai merindu, merajuk, malah jeles-jeles. Akibatnya?… 🙂

Seminggu kenal, 2 minggu bercinta, sebulan.. dah putus dan mulai berkawan dengan yang baru!

Lagi nak tanya mengapa orang dulu kahwin boleh kekal berpuluh tahun dan bertahan hingga akhir hayat?… mestilah sebab tak ada all this social media hehe namun, mungkin juga untuk kita mengikut cara lama itu adalah agak kurang praktikal di zaman sekarang…BUT jangan tak percaya… baru-baru ini seorang gadis, S huruf pangkal namanya, telah berjaya melalui proses ‘CINTA selepas KAHWIN’ dengan menerima pinangan pilihan keluarganya.

Syabas! I would say… berjaya atau tidak perkahwinan itu bukan persoalannya. Kerana, mereka yang bercinta SEBELUM kahwin pun lagi ramai yang gagal dan bercerai! Betul kan? So…apa yang penting untuk artikel kali ini adalah…

  • SEKIRANYA, anda ingin mencuba bercinta selepas kahwin… Ingin mempertimbangkan pilihan keluarga, why not ikut senarai 10 tip ini yang mungkin boleh membantu proses perkenalan anda berdua, PASTINYA menguntungkan anda juga sebelum anda kahwin of course, agar ianya lebih memudahkan :-

rp_10love.jpgTip1 – Dapatkan sebanyak-banyak gambarnya, dari dulu dan sekarang. Banyak as in berpuluh la, bukan under 10, Jangan nak malu-malu.. ini soal masa depan. Kalau dia show it di facebook album, biar album tu banyak-banyak la kan. Biar gambar tu jenis beramai-ramai dengan keluarga, dan juga kawan-kawan atau di pejabat. Tujuannya adalah untuk membuatkan diri anda lebih yakin dan merasa seolah-olah lebih lama mengenalinya. Dan kalau album 1, 2 je ada…gambar pun sikit je haaa AKAUN TIPU la tu… hati-hati 😉

rp_10love.jpgTip2 – Aturkan pertemuan secara ONLINE WEBCAM ataupun OFFLINE MEETING untuk berbual dan mengenal antara satu sama lain. Waktu inilah juga anda kena senaraikan sebanyak-banyak soalan peribadi yang anda harus tanya. Bukan setakat apa yang dia suka atau benci saja tetapi, tanyakan segala-galanya. Matlamat hidupnya, apa yang selalu difikirkan, impiannya, harapan dia untuk perhubungan dia dan anda… bagaimana cara hidup you all berdua nanti, taraf mana kewangannya, banyak mana yang you boleh berbelanja, …tanyalah semua, tanya baik-baik, elok-elok 😉

rp_10love.jpgTip3 – Minta juga dia berikan senarai rancangan dia tentang perkahwinan yang you all  berdua akan lalui. Cuba ketahui apakah rancangannya. Sejauh manakah perancangannya perkahwinan yang telah dibuat. Kemudian berikan cadangan bagaimana pula yang you inginkan. Jangan mintak bersanding macam puteri raja pulak adoi hihihi 😀 – this is important for your future, jika benar serius.

rp_10love.jpgTp4 – Minta dia beritahu awal-awal perkara-perkara yang mungkin boleh membuatkan anda berdua bergaduh. Mungkin ada bekas-bekas kekasih yang masih tidak puas hati ke. Atau ada sesiapa yang tidak suka dengan pilihan dia ke. Ada sejarah hitam apa-apa ke. Jadi, mungkin ada kesulitan nanti. Semua tu kena tahu awal jadi you boleh bersedia untuk menghadapinya.

rp_10love.jpgTip5 – Kalau boleh anda tahu dengan nyata di mana tempat kerjanya. Kat mana pula dia tinggal… sebab ramai yang menipu bab yang ni. Awal-awal lagi kena beri amaran kepada dia supaya JANGAN MENIPU, JANGAN SEMBUNYI PERKARA, JANGAN itu JANGAN ini… jika buat juga maka anda akan bertindak begitu dan begini. Discuss it… let it out everything. Supaya esok-esok tidak menjadi masalah dan tiada halangan percintaan selepas berkahwin nanti.

rp_10love.jpgTip6 – Awal-awal lagi anda juga kena beritahu apa yang anda mahu lakukan selepas kahwin. Tegas dan berani, and tell what you want to do, where you want go… kalau nak balik rumah mak setiap minggu tak boleh halang. Kalau nak jumpa kawan 2x sebulan tak boleh stop… Dah kahwin esok, tak boleh sentuh selama sebulan hahaha, haaa kena bercinta habis-habisan as suami isteri sebulan, baru boleh ‘beri’ huhuhu…whatever syarat la kan, up to you! Cakap semua kat dia… dan bincang dan cuba tolak ansur. Kalau dia serius dia akan mahu berbincangkan soal semua perkara ini. 😉

rp_10love.jpgTip7 – Inilah juga masanya untuk anda meminta-minta… hehe tapi jangan lebih-lebih pulak ya. Cuba senaraikan benda-benda ringkas, perkakas-perkakas dan keperluan rumah. Boleh mintak dengan mak atau bakal suami. Kalau si bakal tu orang berada sikit, bolehlah minta lebih-lebih sikit barang kemas atau pakaian mahal-mahal hahaha… Cakap, “Kulit saya tak boleh pakai pakaian murah… dia akan jadi gatal. Pastu saya kena pakai emas tulen saja, yang lain elergic!” – hahaha 😀  botak kepala suami!

rp_10love.jpgTip8 – Cuba berbaik-baik dengan ahli keluarga dia terlebih dahulu. Lihat sejauh mana keserasian dan keperihatinan mereka terhadap anda. Tengoklah sejauh mana sayangnya pada anda atau sekadar gitu-gitu je. Maklumlah minta orang sebelum berkenalan ni mesti ada sesuatu yang mereka sukakan hehe…. dan paling penting di sini, ahli keluarga dan sedara mara ni selalunya boleh membantu mengeratkan lagi perhubungan suami isteri selepas berkahwin. Bila erat… CINTA semakin padat!

rp_10love.jpgTip9 – Bila bercakap soal hati… cuba ‘JUAL MAHAL’ sedikit, untuk melihat sejauh mana kesungguhan dia untuk berkahwin dengan anda. Ini mungkin mudah dilakukan sebab, kemungkinan hati anda pun belum terpaut lagi dan mungkin rasa benci juga ada di ceruk sanubari. It’s okay to show it… tapi biarlah dengan secara terbuka. Maknanya kalau dia shows good effort… maka berilah peluang kepadanya, jika sebaliknya… well at least you dah beri peluang kan… belum CINTA lagi so mudah sikit nak back off!

rp_10love.jpgTip 10 – Sesuatu yang paling susah, pastinya membuka pintu hati anda… inilah waktunya anda akan merasa amat benci, meluat, geli geleman, nak muntah, menyampah, geram dan berbagai-bagai lagilah. TETAPI… di sini anda sendiri kena renung-renung sejenak, dan cuba REDHA dengan ketentuan ILAHI. Mungkin selama ini sudah lama anda mencari jodoh tapi tak daaa pun! – Ingatlah Yang Maha Esa tidak akan membawa anda ke sini sekiranya tidak ada sesuatu yang baik untuk anda. Jika ada buruknya atau jika teramat susah, cuba anggap ini adalah satu pengalaman yang Allah mahu kita pelajari dan turuti. Mungkin ini juga adalah cabaran dan dugaan dari Nya. InsyaAllah anda akan mulai terbuka hati untuk memberi peluang kepada diri anda sendiri demi untuk bahagia di dalam perkahwinan nanti dan jatuh cinta secara halal.

10 tip ini adalah untuk membantu anda SEKIRANYA anda ingin berkahwin sebelum mengenalinya dengan betul atau jika masih belum bercinta… ALL THIS adalah semata-mata untuk anda mengenalinya dan merapatkan hati! Don’t you see? It’s not about orang lain, atau kebahagiaan orang lain, ianya adalah lebih kepada anda.

  • Perkahwinan ini adalah untuk anda… jadi, apa salahnya anda memberi peluang dan membuka hati anda kepada sebarang kebarangkalian MUNGKIN… pilihan keluarga anda itu adalah yang ‘THE ONE!’

Like I said earlier too… ramai yang bercinta sebelum berkahwin, bertahun-tahun dilamun asmara, last-last tak kahwin juga… atau kahwin pun, bercerai juga.

REMEMBER THIS : BERCINTA SEBELUM atau SELEPAS KAHWIN bukan penentu kebahagiaan rumahtangga yang kekal abadi. Tetapi proses kehidupan di dalam perkahwinan itulah yang akan  menentukannya. Sikap toleransi, berbincang sedari awal, tolak ansur, sayang menyayangi tanpa sebarang prejudis itulah yang akan kekalkan rumahtangga. InsyaAllah.

So all the best to you all, happy trying and good luck!

************************
PROMOSI ISTIMEWA! : Dapatkan buku-buku + ebook MEMIKAT LELAKI dari Brother Love dengan harga diskaun murah hari ini klik di sini sekarang!

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Klik like and Share this article at your facebook…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending Posts

Edit Template

© 2023 Created with Royal Elementor Addons