gambar_blog11

AWAS! Mungkin pasangan anda menipu?, berlaku curang?, ada pasang lain? …adakah anda tahu? 😉

So tips terbaru! “10 tips ~ Dia ada yang lain!” Mungkin anda tiada panduan untuk mengetahuinya atau tak sure dengan situasi sebenar? No problem, have a look at this list. I’m sure ianya amat membantu anda

rp_10love.jpg1 ~ Apabila berbual bersama, tiada lagi kata-kata mesra. Tiada lagi puji-pujian. Anda pun siang malam duk wondering la pasal apa dia macam tu, mengapa dia tak semesra dulu? YA, MENGAPA? 😉

rp_10love.jpg2 ~ Dia mulai rimas dan tidak suka diperlakukan seperti biasa. Anda cuba nak pegang tangan dia, ditolak tepis lagi. “Melekitlah…” – Agak-agak mengapa ya? … hehe next!

rp_10love.jpg3 ~ Bila handphone berlagu, dan anda cuba tolong jawab untuk dia, tiba-tiba berlari dia mahu menyambar handphone tu then kemain lagi marah dia pada anda, “PASAL APA AWAK NAK SIBUK JAWAB?!!” – :) mengapa begitu sekali tu? Kemudian dia pun menjawab sorok-sorok pulak. Cakap pun bisik-bisik. Bila ditanya, “Salah nombor…” atau “Alaaa…member I laa” – I’m very sure, dia menipu la tuhh… ada awek lain la tu!

rp_10love.jpg4 ~ Masalah-masalah kecil pun terus terjerit-jerit marah. Lepas tu mulai minta masa untuk fikirlah, need some space lah…kita berpisah sementara lah…ALASANNN, huh! Ada yang lain, cakap je 😉  “Dulu-dulu, I pun pakai gak alasan ni…isshh, jahat tul, dulu lah, sekarang dah taubat! 😆 ”

rp_10love.jpg5 ~ Apabila pasangan anda komplen tentang tubuh anda dan mulai membanding-banding dengan wanita dalam magazine ke, movie ke atau kenalan anda, hati-hati beb…dia mungkin mulai ada perasaan pada yang lain.

rp_10love.jpg6 ~ Sudah tidak bawa anda keluar bersiar-siar. Tempat yang selalu dikunjungi juga dah tak pergi dah. Makan pun, asyik bungkus je. Dah tak nak makan kat luar. Bila ditanya, “Malaslah…letihlah…busylah…overtime lah…” Hihi…mengarut tul.

rp_10love.jpg7 ~ Kerap keluar bersama kawan-kawan dan balik lambat. Hilang entah kemana…sedar-sedar tidur rumah kawan. Ini kena selidik cepat sebelum terlambat!

rp_10love.jpg8 ~ Selalu sangat melakukan sesuatu yang dia tahu akan menyakitkan hati anda. Sengaja cari pasal untuk bergaduh, supaya …bila bergaduh, dia free untuk keluar kemana dia suka. Mungkin dia masih sayang…tetapi pastinya cinta dia sudah tiada! kesian :(

rp_10love.jpg9 ~ Tanya satu, jawab satu…kadang-kadang tak jawab langsung. Bila di tanya lagi, “Ishhh…sibuklah!!” haaa…yang ni Bro Razzi nak anda pulas telinga dia hahaha… Atau pun pergi spy…ekori kemana dia pergi…mesti ada perempuan lain! 😛

rp_10love.jpg10 ~ Sudah tiada cumbu rayu atau kucupan mesra. Bila nak kiss, mengelak pulak tu. Adoi! Ini dah terlambat ni…kena mandi bunga dah ni. Kalau nak sembuh perhubungan yang macam gini…nasihat saya, mandi air 7 telaga dari 7 surau yang ada dalam 7 negeri. 😆

😀 Hehehe..gelak-gelak juga ya. But all this, can be true. Kemungkinan besar terjadi kepada SUAMI ANDA/KEKASIH ANDA…cuba anda renung sejenak, adakah pasangan anda telah berubah tabiat dan perangainya menjadi seperti lebih kurang dalam 10 tips ini?

Kalau ya…berbincanglah, kalau tak nak bincang…survey dulu, tengok kiri kanan…kalau masih cinta, kena berusaha membaik pulih perhubungan tu…kalau dah tak nak, cari pasangan baru dulu…dah ada, baru chaiow 😀

Well, buat apa tunggu lagi kalau orang dah tak hargai kita, dah tiada cinta lagi kan. BUT kepada yang dah berkahwin tuu…think twice beb! 😉 all the best and good luck…

Note : – Sekiranya anda berminat untuk membaca lebih lagi penulisan saya tentang cinta, bolehlah anda layari laman ebook + buku-buku Brother Love, klik di sini sekarang!

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Klik like and Share this article at your facebook…



Apa komen anda? : [39] Comments