10 wanita terdesak!

Saya selalu sangat menerima pertanyaan persoalan cinta dari wanita-wanita yang kebingungan dan wondering why, mereka ditinggalkan, dikecewakan, selalu dilupakan…

Ada ramai pula yang kononnya bercinta, tapi diulik untuk seks…untuk memuaskan nafsu lelaki mereka. Bila dah puas, simply diberi kebebasan kepada girlfriend kononnya understand.

Nak ajak kahwin? Jauh sekali…bertahun-tahun diganyang, dipergunakan tapi si wanita…hidup berbangga diri kononnya ‘bercinta’ …sedangkan dia bulat-bulat dimamah free, ditipu, dipergunakan tanpa sedar…

Bila dah lama sangat…baru rasa tertipu, tapi masih degil dengan pendirian sendiri hingga masih duk perjelaskan pada saya yang boyfriend dia orang ni jujur, ikhlas dan amat menyintai mereka…

“We are pretty much in love!” “He really loves me so much!” Itulah kata-kata yang selalu keluar dari mulut mereka yang ‘bodoh sombong’ ini… Lepas tu nak salahkan siapa? Lelaki?

Semua ini berlaku adalah out of desperations…terlalu mengikut emosi, apabila wanita begitu terdesak untuk bercinta, semuanya rela diberinya, duit, body, harta, maruah tergadai…hancur!!

Elakkan diri anda dari menjadi wanita dari golongan DESPERADO ini…Ini adalah wanita yang sangat rendah martabatnya!

So, anda adalah wanita ‘desperate’/terdesak jika anda…

  • 1 ~ Bertahun-tahun menunggu kekasih yang sekejap ada, sekejap hilang. Yang tidak pernah mahu mendirikan rumahtangga dengan anda. Sebaliknya anda terus menanti dan menanti tanpa sebarang kepastian. Jauh dilubuk hati, anda tahu anda amat terdesak mengenangkan umur yang semakin meningkat…jadi, dimanakah harga diri anda?
  • 2 ~ Anda terus menerus menipu diri sendiri dengan menyakinkan diri anda yang anda akan bahagia bersamanya, dia akan membahagiakan anda. Padahal anda sedar, dia selalu meninggalkan anda, tidak mengambil berat tentang anda, selalu lupa hari-hari yang penting dalam hidup anda. Terdesaknya anda hingga terpaksa menipu diri sendiri…kesian.
  • 3 ~ Setiap kali boyfriend anda ugut untuk breakoff, cepat-cepat anda bersetuju untuk melakukan perhubungan seks walhal anda sedar yang anda sudah tidak mahu melakukan dosa lagi. Ternyata anda membiarkan maruah anda dipijak-pijak.
  • 4 ~ Anda akhirnya berputus asa untuk bercinta dengan lelaki, sebaliknya anda mulai bercinta dengan kaum sejenis. Lalu jadilah anda umat yang dilaknat Tuhan! Memang anda adalah wanita yang cukup desperate!!
  • 5 ~ Anda mendesak cepat-cepat boyfriend anda untuk memperkenalkan anda kepada keluarganya, saudara maranya sebagai bakal isteri dia. Amboi, terdesaknya beb…relek arr.
  • 6 ~ Belum pun apa-apa, anda sudah mulai bertanya dengan kekasih anda tentang hari pertunangan, cincin yang patut dibeli, memilih-milih nama anak. Adoi 😀
  • 7 ~ Anda sentiasa komplen, sentiasa tidak puas hati dengan kekasih anda yang bagi anda tidak cukup memberi kasih sayang kepada anda. Anda mahu dia mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada anda walaupun terpaksa meninggalkan kerjanya. Ish! Ish! Ish! Desperate lu beb! 😛
  • 8 ~ Anda masih sanggup menerima lelaki itu walaupun dia sudah mempunyai kekasih yang lain. Anda masih mahukan dia walau dia kata dia lebih menyayangi gadis lain. Anda masih mahukan dia walau hidupnya untuk orang lain…Macam dah tak ada lelaki lain dah…
  • 9 ~ Anda tidak akan membiarkan diri anda keseorangan, apabila perhubungan anda gagal. Anda berpisah…cepat-cepat anda ingin mencari pengganti agar anda tidak kelihatan keseorangan. Relax arr beb!
  • 10 ~ Anda begitu benci setiap kali kekasih anda keluar bersama kawan-kawannya. Anda cukup benci apabila ada kawan-kawan lain yang mulai mempunyai kekasih baru kerana anda takut kekasih anda juga akan turut mencari yang lain. Lalu anda akan sentiasa bertengkar, bergaduh, bertikam lidah hanya kerana kekasih anda keluar bersama-sama kawan-kawannya.

Haaa…itu baru 10, ada banyak lagi situasi yang menunjukkan anda adalah wanita desperate atau terdesak ni. In fact, ada macam-macam jenis wanita lagi yang bro Razzi jumpa lately ni. Ada yang berhari-hari senyap, setiap masa nak berkepit dan yang terbaru, wanita ni lebih suka bertekak, bergaduh, daripada bercinta sayang menyayangi. Kelakar tak?

Instead of berbincang atau berbual, dia lebih suka mencari kesalahan, lebih suka bertikam lidah…Habis, macamana nak bahagia dalam percintaan? Ketidak puas hatian dan perasaan terdesak marah di dalam diri dia tu membuatkan dia tidak senang duduk. Mesti bertekak sehingga dia puas …barulah dia nak bercinta balik dengan boyfriend dia….wooo…takkan menjadi punya beb. Ingat dengan lelaki lain, anda akan berubah? No way! Jadi,

Hargailah waktu yang ada dan penuhilah ia dengan kasih dan sayang, kalau anda atau pasangan anda tidak dapat menghargai saat bersama, lebih baik jangan bercinta lah.  Buat sakit hati je…lagipun, dunia ini tersangat ramai lagi manusia yang masih tahu menghargai manusia lain beb 😉

“Sesungguhnya, selagi anda mempamerkan perangai anda yang terdesak dan mengikut emosi, bodoh sombong…maka tiada lelaki yang akan mengahwini anda sampai bila-bila…”

p/s : Sudahkah anda melihat kesemua Ebook karya Razzi Rahman?. klik disni untuk mengetahui dengan lebih lanjut! 

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
info@razzirahman.com

12 Comments

  • Missuniverse

    Bro razzi…nk mintak pendapat sikit.
    I couple dgn guy yg masih belajar sambil bekerja. I dah jumpa fmly dia. Dia mmg nk i rapat dgn fmly dia. N dia promise akan kumpul duit n kahwin dengan i.
    Cuma yg selalunya kalau keluar date i yg bayar makan or tgk wayang. Sebabnya dia bekerja sambil belajar. Risau Keewangan dia x mencukupi. I takut dia berlapar just sbb nk date dgn i.
    Dia juga selalu ajak ringan2 wlaupon i dah byk kali ckp yg kita blom ada ap2 ikatan yg sah. Bila i ckp mcm ni dia kata i x percaya yg dia cintakan i n akan kahwin dgn i.fyi, dia solat x tggl. Hmm.
    I pon xdela desperate sgt wpon i dah berumur n x kawen lg. I ad career n family. Cuma i x mau disebabkan buruk sangka i pada dia penyebab hubungan kami berakhir. But then i x nk diperbodohkan sbb nya i tau mmg ad lelaki yg nk duit n sex semata.

    So pendapat bro should i teruskan or putuskan hubungan ini?

    Please reply ea bro.

  • elly

    dari pengalaman..sebagai wanita kena fahami lelaki yang bersama kita..kita wanita tak boleh memaksa atau merubah sikap dan perangai sesorang lelaki itu..just give and take….jangan merimaskan fikiran kita wanita dengan syak wasangka..tu yang menyebab kan perasaan jadi kucar kacir….bergaduh dan sebagainya…..wanita kena berfikir logic akal..kalau lelaki yang benar2 ingin kan kita dia akan mengikut saluran yang betul dan beradap…insyaallah wanita yang baik untuk lelaki yang baik…saya alhamdullilah sudah 8 tahun berumahtangga……apa pun memberi dan menerima….seadanya jangan kerana sikapnya yang 1 tak betul…kita lupa…kebaikan nya yg selama ini…diberikan kepada kita…

  • izham_kalinin

    kalo girlz dah minat sgt kat kiter dan pegang tgn n muka kiter n ckp dun leave me….saya plak terketar bile jd gitu,pumpuan ni mmg syg sgt ker kat saya or just main2 shj..

  • izham_kalinin

    ade ker pumpuan yg nak tinggalkan kekasih tapi sbb nak ikutkan kata mak ayah mereka khwin juga,hati dah x berkenan lg tp sbbkan mak ayah yg suh kawen…apa jd nanti yer?

  • JuNz365

    salam bro…

    saya terbaca 1 ayat bro…
    “macam2 pompuan yg bro jumper, ada tu yg b’hari2 senyap…”
    per mksud bro dengan ayat tu…
    leh terangkan skit tak…???

  • Shah

    Ahaks… nice topics…

    Before me at collage selalu kena kutuk ngan kengkawan.. sebab xde couple.. siap buat kelab untuk me and a few frenz… nama kean tu “Desperado” hehehehe… maklumlah among us just me and 2-3 orang jer xde couple… lain semua berpasang2…

    Tension pon ada gaks… tapi rileks cool jerks.. kengkadang tu bengang gaks tgk member2 lain bile kiter orang kuar reramai dok berkepit jerks… yups.. tapi past history tu buat jadi fobia skiet nak bercouple ni… maklumlah.. me ni orang sederhana… so nak biayai yuran and etc .. kena la buat keje part-time… so mane la ade orang yang sanggup nak terima me ni… maklumlah dok over bz… keje.. study lagik… sometimes bile ade masa terluang jerk mesti rasa kesunyian jugaks… tapi …. try jgk hadapi dgn tenang….

    to girls or boys yang xde couple tu… ilek.. jgn gopoh2… nanti merana diri sendiri balik… kengkadang bender2 camni.. leh buat orang yang kite suka.. jadi xsuke kat kiter… kan.. sape yang rugi…? korang jugaks..

    Ilek … cool… xkan lari gunung dikejar… kalau dah memang jodoh kite… datang la seribu yang lain… insyallah… dekat kita jugak… tapi jangan la cook sangat… kang nanti di ingat kite xde pape hati laks dgn dier… so… sederhana.. buat macam biase.. insyallah… “Usaha Tangga Kejayaan”…. “Cinta xkan datang dengan sendiri kalau tidak kita yang mencarinya, bila dah jumpa… ibarat menarik rambut dalam tepung…. rambut xnak putus… tepung jangan berselerak..” Amacam ada berani…?? 🙂

  • Fara ~ Bahagian pantang you tu Fara, memang I tahu sangat. Masa kita ‘date’ hari tu pun, i boleh dengar bila you tak puas hati…memang lelaki tu nak kena lah tu 😀

    Tapi like you said lah…it doesn’t look like you’re desperate so, no worries!

    About man desperate ni memang ada…tapi too many woman nowadays So, hilang satu…ganti seribu 😆

    Tapi, bro hilang satu…tak cari ganti dah, I rather be alone then be miserable!

  • fara

    Once upon a time I’ve been in this so called ‘desperate’ to a guy. Keadaan yg buat I nmpk mcm desperate but reality no..i just wanna clear everything to him but he doesn’t wanna listen.mmg pantang I klu orang xmau dengar my explanation,dia je nk ckp n when my turn to talk he cut off the phone line.sapa x angin. So, its look like I’m too desperate to tell him the truth..alhamdulillah I’ve learn a lesson from what had happen.buat pe I lose my pride because not all people wanna hear an explanation.

    It makes me more matured making decision in my life. Advice to all girls out there..jangan la menjatuhkan maruah anda kerana seseorang,sayangilah diri anda.

    Bro, jangan xtau..ada jgk lelaki yg desperate tp population nye skit dari perempuan. I penah keluar ngan desperate guy kot because on the first date he already talk about marriage.Most of his friends are married,so dia kene gak kawin.Kawin bukan benda main2,so i just said no to him.

  • seri

    oh dear…kasihan..

  • sal

    erm…sbb terkadang hati salah menilai.

    yang susah itulah penawar…betul tak?

    thanks for the reminder…kan wanita yang baik untuk lelaki yang baik…

  • Azman aka krueger ~ Amat benar sangat apa yang dikata. Dan kita sebagai orang yang berpengalaman dan pernah melihat punyalah ramai wanita-wanita dikecewakan ni…memang akan merasa tidak puas hati…

    KERANA, jika saya tahu perkara yang dilakukan itu adalah yang dibenci lelaki…so ianya hanya akan mengundang kegagalan di dalam perhubungan cinta.

    TAPI, ramai wanita masih mengamalkan perkara ini, mempamerkan diri yang terdesak, desperate…sedangkan emosi sebegini, figure yang macam ni lah yang akan membosankan lelaki…so, sampai bila-bilalah wanita desperate ni tidak dapat menambat hati lelaki.

    So, you girls….jangan salah faham ya. I simply want to help all of you supaya tidak terkcewa lagi OR tidak ditinggalkan lelaki.

    Well, ada lebih baik berusaha daripada menunggu…betul tak? Take this artikel sebagai satu reminder! 😉

  • Assalamualaikum Bro.
    amboih susah betoi la kalau ade golongan
    wanita tersabit dalam keadaan macam ni kan?

    Sure susah utk die nak mule balik hidup die.
    Sentiasa dibayangi si dia. Nak breakoff???
    Sure wanita ni takut.. sebab semua die dah
    kasik pada gents kesayangan die. Kononnye
    sayang jer laa kan… yang dapat, sebelah
    pihak… die yang memberi, org lain merasa.

    So, kepada kawan-kawan yang bergelar wanita,
    jangan le terlampau lurus sampai mende
    paling beharga utk diri nkorang pon, nkorang
    kasik free.

    Kadang kala… ini kadang kala.. dan tak
    semua… kadang kala, memang ade lelaki
    juzz nak 2 saja dari nkorang. 1 sexs dan 1
    lagi duit…

    Berhati-hati laa nkorang. Tak semua org
    sayang kerana sayang… ade gak niat
    tertentu… kalau niat baik ok ar.. kalau
    niat tak elok??? Lu pikir la sindiri~

    Kreuger®

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending Posts

Edit Template

© 2023 Created with Royal Elementor Addons