September 2010



Adakah anda seorang yang berfikiran negatif? Atau sikap anda selalu negatif? Atau kata-kata yang selalu terkeluar dari mulut manis anda itu bersifat negatif?

Well, jika anda selalu positif, Bro Razzi ucapkan Alhamdulillah…BUT, how about you check it out first, who knows… maybe some negative’s vibes is in you!

  • Cuba anda check sekejap, ada tak iblis kecil tengah duk bertenggek di atas bahu anda hingga membuat anda letih untuk bangun?
  • Ada tak syaitan durjana yang sedang menarik telinga anda supaya anda menutup pendengaran anda dari nasihat-nasihat untuk anda bahagia?
  • Ada tak syaitan yang sedang menikam jiwa anda dengan tangannya yang berapi sehingga anda merasa panas je pada setiap orang yang berada di sekeliling anda?
  • Ada tak syaitan yang asyik lepak di atas belakang anda sehingga berat je badan anda lantas, menerima sehaja penyeksaan jiwa? Rela berduka?
  • Ada tak syaitan yang bergayut di kelopak mata anda dan mengaburi penglihatan anda sehingga bertahun-tahun hidup anda masih ditakuk lama?
  • Ada tak iblis-iblis dan jin-jin sedang meeting kat dalam otak anda dengan keputusan mesyuarat itu, “Susah la, tak boleh la… Berat sangat tu, tak boleh. Betul ke? Tak betul la, letihlah, nanti dulu lah.”

Jika anda rasa tak ada… Check sekali lagi! Cara nak check, renungkan kembali perangai anda sebelum ini. Ingatkan kembali ayat-ayat anda, perhatikan balik setiap jawapan yang anda beri. Apakah keputusan yang selalu anda ambil…

Now, ada tak syaitan-syaitan tu mengerumi anda? Jika ya… Anda tak perlu malu… Anda cuma perlu berubah! BERUBAH kerana kita selalu bercakap berlandas kan agama, tetapi kita mengamalkan sikap syaitan!

Negativity ini adalah satu sifat yang didorong dari hasutan syaitan! Ianya juga sifat syaitan yang azali… Jika kita memiliki sifat dan cara pemikiran negatif  kita pun lebih kurang adik beradik la dengan setan tu hehehe 😀

Selalunya, orang yang berfikiran negatif adalah mereka yang dari asalnya selalu menghadapi masalah terutama masalah keluarga. Cara mereka dibesarkan juga tanpa cukup kasih sayang. In fact jika sedari kecil lagi tidak diajar berpelukan setiap hari dengan ibubapa, anda juga akan mudah menjadi negatif akibat tidak pernah merasa kasih sayang yang sebenar.

Sebaliknya, mereka yang positif adalah mereka yang mempunyai orang-orang di sekelilingnya yang juga sangat positif dari cara pemikiran. Dia juga dibesarkan oleh keluarga yang cemerlang dan berjaya di dalam kehidupan seharian.

Oleh sebab itulah perkara paling utama untuk kita lakukan adalah, Jauhi mereka yang negatif di sekeliling kita, jangan bersama mereka lagi, dan kenali mereka yang positif, rapati mereka yang berjaya!

8 tip penting untuk menjadi lebih positif dan menghampiri kejayaan :-
Mulakan hari ini dengan meninggalkan pemikiran dan sikap negatif, tinggalkan sejauh-jauhnya ke belakang!

1. Dari saat ini, mulakan langkah anda ke arah pemikiran positif dan juga berubah kepada kesemua sikap positif. – Feel the different!

2. Setiap kali anda tidak mahu melakukan sesuatu yang tidak biasa, dari hari ini tukar…lakukan dan jadikan ia biasa. – You’ll find it interesting!

3. Apabila anda membayangkan diri anda akan melakukan sikap negatif, buang gambaran itu cepat dan gambarkan segala-gala yang positif. – You’ll be smiling!

4. Apabila hati anda berkata susah, cepat-cepat anda kata “susah, tetapi boleh dilakukan!”

5. Apabila anda merasa malas di pembaringan, cepat-cepat bangun dan bersenam.

6. Apabila anda merasa takut tak menjadi, gusar tak berjaya, kegelisahan dan kerisauan akan sesuatu hal, tell yourself, “It’s okay, I can do it!”

7. Katalah anda tercakap, atau terjawab perkataan yang negatif, tarik balik kata-kata itu dengan rasa maaf. Anda akan merasa lega dan lapang dada.

8. Setiap kali ada yang menasihat, jangan sesekali menjawab, “Takkk… Bukan macam tu” -Don’t do that, instead… Berikan sedikit masa untuk anda fikirkan nasihat itu dan proses kan dalam jiwa anda seketika. Biarkan ia dalam fikiran anda dan beri peluang untuk anda mencuba.

So, the most important thing that we learn today is… DARI NEGATIF, CEPAT-CEPAT TUKAR KEPADA POSITIF – barulah hidup kita lebih bererti dan bahagia.

Berfikiran negatif  juga PASTI membuat tiada cinta yang mahu mendekati kita kerana negative vibes membebankan jiwa yang menghadapinya. Sebaliknya berfikiran positif, PASTI membuatkan Cinta  merasa mudah nak mesra!

All the best and good luck!

ATTENTIONS :
=============

Minggu lepas di facebook, Brother Love page... Bro Razzi sudah mula memberi tip-tip pendek hasil suggestion dari my mentor, Irfan Khairi  Since that, I have many tips so I give it a try – Syukur, it looks like ramai yang LIKE it so, I decided untuk teruskan memberi tip-tip cinta ini dan akan memecahkan kepada dua kategori.

1. Tip Memikat & 2. Tip Maintain — Hehe interesting kan? dah pikat, kena tahu maintain laa 😉

Setiap hari…InsyaAllah jika tiada aral melintang… you all akan dapat membaca tip-tip ini, jadi jangan lepaskan peluang ini ya.

p.s. : *Untuk mendapatkan berbagai-bagai tip lagi , sila klik www.razzirahman.com

Salam hormat,
Razzi Rahman @ Brother Love



Apa komen anda? : 1 Comment


Alhamdulillah syukur, dengan berkat dari yang Maha kuasa kita semua masih berinteraktif di Blog Brother Love – www.razzirahman.com – Hari ini 7th september cukuplah 4 tahun kita bersama. Semuga kita akan terus bersama, with many-many years to come!

Also, sempena menyambut ulang tahun 4th anniversary ini, Bro Razzi juga menyediakan “Projek Ebook – Koleksi 101 Mutiara Cinta” yang sedang berlangsung sekarang di Brother Love fan page facebook.

Projek ini adalah khas untuk anda semua, menjadi penulis bersama di dalam ebook ini yang bakal menjadi milik anda sendiri dengan himpunan karya-karya anda bersama-sama bloggers, fans and friends yang lain. So, what I’m offering…thingS yang anda bakal memenangi :-

  • Buku dari Bro Razzi
  • Ang Pow Raya X3 – RM50 setiap satu
  • Anda sebagai penulis Ebook milik anda sendiri!

…and all this are for you guys! 😉 So, – berminat untuk join? sila baca FB notes – klik di sini

Dengan ini juga, I umumkan tarikh tutup penyertaan dilanjutkan ke 14th September 2010 – So all the best, and I must say this anniversary celebrations adalah untuk anda, so TAHNIAH KEPADA ANDA SEMUA! 😉

Salam Hormat
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com/buku



Apa komen anda? : [12] Comments


no download slot machines