February 2011
Monthly Archive
Fri 18 Feb 2011
Posted by Razzi Rahman @ Brother Love under
Brother love[6] Comments

Catitan Bro Razzi kali ni, came from my Blackberry yang dah penuh calar-calar dan agak berhabuk cerminnya… Namun walau sudah lama usianya, tetapi amat berguna especially bila di saat ini, sambil baring-baring kat padang ni, dengan bau rumput yang baru dipotong… udara yang agak lega bila dihela, langit yang separuh mendung… bagai menyedari akan ada segunung lautan bakal terjun jauh dari atas sana…
Entah macamana, tengah relax, menggeliat, membetulkan urat saraf yang dah ketat berpintal akibat bekerja siang dan malam, tiba-tiba terlihat seorang wanita sedang menangis di depan rumahnya…
Memang jelas, wanita itu jiran kepada rumah sedara saya… teresak-esak kadang kuat kadang tersekat tangisnya, seperti sedih dan gembira bercampur aduk. After a while… biasalah sure dapat tahu punya sebab dia…rupa-rupanya, kehilangan suami!
- Best part, bukan suami yang tinggalkan dia sehingga menangis begitu sekali…tetapi dia yang minta suaminya tinggalkan rumah itu, tinggalkan dirinya dan anak-anak…
Mungkin kerana suaminya yang berlaku curang? Mungkin suaminya kaki pukul, penjudi, pemabuk? Mungkin juga suaminya telah menghabiskan semua simpanan wang mereka?
Tak tahu lah pulak apa sebab utamanya, maybe suaminya ada membuat perkara yang sudah lama isterinya duduk bersabar… Bro Razzi tak nak lah buat spekulasi lebih-lebih on that…
Tetapi, apabila berlaku saat kehilangan sebegini, hanya pesan ku,
- * Menangislah sayang… menangislah sepuas hati mu…
- * Menangislah sayang… gersangkan lah danau mata mu…
- * Menangislah sayang… hilang dia bukan khilaf mu…
- * Menangislah sayang sehingga saat mulai ke titisan terakhir air mata itu…
Lalu kau bangunlah semula, bangkit dari sungkur mu, bina gagah mu, angkut tabah mu, ujudkan semangat dengan senyuman sinis meninggalkan segala duka dan sengsara, kerna hari ni, adalah hari mu…janji mu untuk ke pentas dunia baru mu!
Sesungguhnya, tidak kau sedar, yang membuat kau menangis adalah kasih dan sayang dari Allah buat mu… pasti tanpanya, hidup mu kan berlarutan dalam kegelapan. Lalu bersyukurlah Alhamdulillah!
p.s. : Ingin mengetahui kesemua karya Razzi Rahman dengan lebih lanjut? – klik di sini
Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com
Share this article at your facebook…
Apa komen anda? :
[6] Comments
Mon 7 Feb 2011
Posted by Razzi Rahman @ Brother Love under
Brother love[57] Comments

Tidak dapat digambarkan apabila mengetahui diri kita dicintai seseorang, kan? Betapa khusyuknya bila ada yang mencintai kita. Tiba-tiba setiap apa yang dipandang begitu menarik perhatian, bibir tersenyum lebar setiap masa…segala-gala bagai OK belaka!
Namun, adakah kita sedar yang dia dan cintanya itu fantasi atau realiti? Adakah he or she for real? Adakah segala-gala pengorbanannya, segala perlakuannya semata-mata kerana mencintai anda? If it’s yes…HOW SURE ARE YOU?
To be sure, sesungguhnya agak susah sebenarnya. Malah kadang-kadang ianya bagaikan hanya sebuah FANTASI..sebuah angan yang kita menipu diri kita sendiri just to feel good. Kita hanya membohongi diri yang konon kita akan bahagia bersamanya… kita akan dicintainya, dan kita akan menyayanginya dan mencintainya sampai bila-bila….
Hakikat sebenar? REALITI nya? Kita berada begitu jauh dari itu….Memang best kalau dapat jadikan fantasi kita itu bertukar menjadi realiti. I suka sangat apabila Impian kita selama ini menjadi kenyataan…tetapi, minggu ini, bro Razzi sendiri menyedari akan sebuah fantasi…
Mujurlah juga saya cepat menyedari dan kembali sedar dari fantasi itu… Menyedari akan mana mungkin gadis secantik dia, semanis dia, yang berpelajaran tinggi, yang muda remaja, yang dari keluarga ternama, boleh cintakan kita? Boleh mahukan kita? …almost like beauty and the beast story, so not real!
Jadi, apa kata anda tanya pada diri anda sendiri, adakah anda hidup di dalam fantasi? Adakah cintanya sebuah khayalan? Adakah hanya anda sahaja yang merasa cinta sedangkan dia hanya sekadar mesra?
It’s okay, jika betul-betul khayalan atau fantasi BERUBAH menjadi realiti. Tentu saja ngam la kan, ON! …tetapi, kita perlu ingat “THERE’RE NO SHORT CUT TO HAPPINESS!”
In my case, walau perit, walau jiwa kacau, I must keep the distance away kerana I tahu semua itu hanya sebuah fantasi….How I wish that she’s MINE!
Nevertheless, someone as sweeter as her that I ever met… I must say thank you to her, kerana pernah buat I happy sangat with my life, support my career…BUT to love and to make her mine…well, saya sedar siapa diri ini…Namun jika benar-benar cinta why not, mesti kita mahu mencuba betul tak?
It’s like Falsafah Cina terkenal Lao Tzu once said,
“Being deeply loved by someone gives you strength, while loving someone deeply gives you courage.”
…dan I hanya akan buat, just that! Supaya I akan berani untuk kehilangannya dan tabah menghadapi the reality of life…who knows, along the way, I will find my real happiness within you…
p.s. : Ingin mengetahui kesemua karya Razzi Rahman dengan lebih lanjut? – klik di sini
Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com
Share this article at your facebook…
Apa komen anda? :
[57] Comments
Fri 4 Feb 2011
Posted by Razzi Rahman @ Brother Love under
Tips Cinta[10] Comments
The questions is still unsolved! Mengapa ya? Kemanakah hilangnya cinta, kasih dan sayang serta kesetiaan yang selama ini diagung-agungkan?

– Before we get to that answer… I ada satu lagi kisah lelaki curang yang sangat berbeza dari kisah Encik Tam dalam part 1 tempohari. Kali ini kisah my old friend, si Zul pula…
Zul ni adalah seorang lelaki yang agak pemalu. Sepanjang hidup dia, hanya seorang gadis saja yang dia cintai, Lin. Zul dan Lin sama-sama belajar di salah sebuah pusat pengajian tinggi. Tak perlulah sebut dimana atau dari mana asal mereka.
So, sepanjang pembelajaran mereka… yang Bro Razzi tahu, Zul ni tak pernah kenal girl lain. Sama lah juga Lin, tak pernah keluar dengan lelaki lain walaupun Lin ni memang ramai peminat sebab memang cun habislah! Zul pun hensem orangnya, tetapi kalau Lin nak kat mamat lain, memang dia boleh dapat la hehe
- But mungkin kerana keikhlasan si Zul ni dan kesetiaan dia, Lin akhirnya membuat keputusan untuk menerima lamaran Zul dan akhirnya mereka berkahwin.
So, after many years Bro Razzi kenal couple ni… mereka hidup cukup bahagia. Sentiasa happy, dan selalu make a point untuk makan bersama dan kemana saja bersama. In fact Zul dan Lin punya penampilan juga masih sama. Bukan macam sesetengah married couple, body shape dah out lebih-lebih lagi apabila sudah memiliki anak-anak.
Lin punya body still maintain cun, walaupun sudah punya 3 anak. Wajahnya juga still kelihatan muda seperti dalam 20’s walaupun sudah 30 plus now. Power!! hehe…
Zul juga sama…BUT …why? Mengapa akhirnya si Zul boleh ada a new girlfriend sekarang ni?
The girl that I know pulak tu… kawan-kawan kami jugak. Yang kami dah lama duk berkawan… Honestly speaking I pun baru dapat tahu…itu pun selepas mereka sudah menjalin hubungan selama hampir 2 tahun.
Let me list down possible things yang MUNGKIN boleh membuatkan dia curang :-
- Nak kata Zul boring dengan hidupnya? He is very-very happy with his marriage life!
- Nak kata dah hilang sayang? Zul sangat sayangkan isterinya Lin.
- Nak kata Lin tidak mengambil berat lagi sebagai isteri? Zul sentiasa dilayan like a king!
- Lin tiada masa, busy, atau Zul yang busy? Mereka sentiasa bersama even now!
- Nak kata yang skandal dia lebih cantik? tak juga. Lin jauh lebih cantik, body still sexy!
- Nak kata sebab the girl saja gatal tackle Zul?, kita orang dah berkawan bertahun-tahun tak pernah pulak mereka ada rapat lebih-lebih, coz she’s married.
Cuma mungkin, the girl tu agak kesunyian setelah kematian suaminya… memang Zul telah menjadi lelaki yang menemaninya selama ini. We all did actually, cuma mungkin Zul lebih sedikit la… and soemtimes tu Zul ada lebih masa especially bila the girl sunyi. Dan bila di saat dia perlukan seseorang yang rela mendengar rintihannya dan kesedihannya Zul is there… Kita orang sikit-sikit tu boleh la hehe…
Yang si Zul, I rasa berbulan-bulan atau hampir setahun jugak menemani that girl, tapi as an honest friend laa… tanpa sebarang affairs…
- Actually, Bro Razzi ada tanya, I did ask Zul, why he do it dan jawapannya, “Timbul rasa sayang sewaktu berkawan, tidak pernah terniat pun untuk menjalin apa-apa hubungan.”
- Mengapa sanggup curang pada Lin? Zul jawab – “I’m still very much in love with Lin, still care, masih sayang seperti dulu Cuma, THE EXCITEMENT HAVE LOST, THE THRILL HAS GONE! …apabila bersentuh, tak rasa apa-apa lagi. TAPI cinta masih kukuh!…and I’m very happy.”
Apa nak cakap sekarang?
I’m speechless… Mengapa Zul curang? I tidak ada jawapan untuk itu. Dia gembira dengan hidupnya, isterinya dan seluruh keluarganya. Tetapi dia juga tidak terlepas dari berlaku curang!
Nak beri nasihat pun I tak tahu nasihat apa yang nak diberi sebab, Zul amat bertanggungjawab pada keluarganya malah begitu baik pula dengan mertuanya.
Dan Lin pula masih sangat bahagia bersama Zul dan anak-anak. Wajah sentiasa ceria, suka memasak untuk semua kenalan, selalu excited bercerita tentang keluarga. Kehidupan mereka juga cukup aman dan tak pernah bertengkar, taraf hidup juga cukup tinggi. Punya perniagaan yang maju, rumah yang besar, kenderaan mewah, anak-anak happy. Zul juga sentiasa di rumah jika tak berkerja dan selalu ada di setiap important dates.
Lagi satu, perkara yang cukup menarik adalah
:-
- his girlfriend NEVER call him on his Blackberry ke, his handphone ke. Tak pernah sms pun.Dia hanya tunggu Zul yang contact. So, kalau 2 minggu senyap, senyap lah skandal itu. But I think Zul did mention that mereka selalu chat kat facebook or sent private message kat inbox, itu saja cara perhubungan mereka.
So, kiranya the girl sangat-sangat menghormati perkahwinan Zul dan tidak cuba untuk meruntuhkan rumahtangga dia. Very kind person… rela berkorban, mungkin kerana setahun masa Zul berkorban mendengar rintihan dia siang dan malam selepas kematian suaminya itu, membuatkan dia, menghormati kehidupan Zul.
- Sejujurnya, kita tahu…kecurangan tetap kecurangan. She maybe good and respect Zul’s marriage but pastinya kita juga tidak akan dapat menerima kebenaran ini jika berlaku kepada kita kan?
in my humble opinion : “Dimana ada ketenangan di situlah akan ada kebahagiaan” itulah jawapannya.
Kita boleh terus bertanya, Mengapa Lelaki Curang? Akan tetapi, apabila bercakap soal hati dan perasaan yang menginginkan ketenangan jiwa… tiada siapa pun dapat menghalang melainkan Allah s.w.t. Mungkin kehadiran orang ketiga adalah hantaran dari yang Maha Esa untuk menguji? atau membawa jodoh baru? itu kita tidak tahu. Zul sendiri pun tidak pernah merancangnya…
…tanpa sebarang sebab, tanpa sebarang alasan, kecurangan boleh berlaku di depan mata, tanpa kita sedari. Malah, setiap apa yang terjadi, zahir dan batin juga tidak kita ketahui kerana hanya Tuhan, Allah yang Maha Esa, Maha agung yang Maha mengetahui!
Dan setiap kejadian, kesemuanya telah tertulis di Luh Mahfuz… itulah Rahsia Allah s.w.t, siapalah kita untuk menghalang takdir dari Nya? …Allah waalam.
p.s : for now, how about you Check out all my ebooks that are helpful for your relationship –> click here
Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com
Share this article at your facebook…
Apa komen anda? :
[10] Comments