May 2011




Begitulah perumpamaan yang terbaik boleh Bro Razzi berikan! Mesti you all tertanya-tanya ni kan, apa benda la terlekat pancing ni kan hehe…

  • Senang je kalau nak faham tu…cuba bayang sekejap bagaimana kalau bibir anda tu terlekat pancing yang dikail orang? Haaaa..

Ada orang kata, bagai lembu yang ditarik hidungnya… tapi, to me itu nampak macam sama tapi tak serupa lah. Lembu dia KENA tarik…jadi kalau manusia KENA tarik itu kira macam terpaksa! Tapi bila ikan, kena pancing dia disebabkan ada umpan yang menarik ikan tu sehingga tersangkut dan melekat dipancing haaa… memang ikan tu NAK lah hehe…

Can see clearly now the picture? 🙂

So, jika manusia pula sememangnya apabila dipancing tu dia memang berminat dan cukup-cukup interested dengan orang tu. CUMA masalahnya orang ni hanyalah memberi harapan palsu! Hehe…ada terasa bahang tak sikit-sikit 😉

Adakah anda berada di dalam situasi ini? Mesti punya :-

Sit 1 : Seorang lelaki, jawab pada girl yang sudah lama meminatinya,

  • “I suka kat you, I rasa selesa dengan you…sometimes bila kita berada jauh I sangat rindu kat you. Dan bila kita bersama, I rasa happy sangat…TAPI, buat masa sekarang I tak boleh nak couple dengan you, I tak berani nak pilih!”

->   Sedarlah yang anda telah terlekat pancing! Hentikan niat dan harapan anda untuk bersamanya, itu hanya harapan palsu. Sememangnya, betul dan benar sekali dia feel macam tu kat you tetapi, TAK BOLEH NAK COUPLE tu, bukan hanya buat masa sekarang tetapi sebenarnya BUAT SAMPAI BILA-BILA!

Sit 2 :  Seorang wanita, beritahu pada lelaki ni yang sudah lama ingin memilikinya,

  • “I sayang persahabatan kita, dan I sangat suka kat you…you pun dan beri macam-macam kat I, TAPI I tak boleh buat keputusan untuk bercinta dengan you lagi sebab I juga sayangkan kekasih I, I hope you sabar menanti!”

->   Sedarlah yang anda telah terlekat pancing! Stop menaruh harapan beb, dia takan jadi milik you sampai bila-bila pun you tunggu. Sekarang ni you hanya dijadikan sebagai, kalau team bolasepak, ‘Barisan Pelapis’ hahaha…adoi! 🙂 …kira, kalau dah habis semua orang yang dia suka, dia tak dapat mungkin you akan dipertimbangkan la.

Sit 3 : Seorang lelaki, dengan sedih dan penuh tangisan berkata pada girl yang sudah bertahun-tahun menanti untuk berkahwin dengan nya,

  • “I sayang you beb…serius, I suka dengan keperibadian you. You pun dah banyak bantu I, I appreciate sangat. TAPI, buat masa sekarang I tak boleh nak berjanji apa-apa lagi…I pun rasa sedih sangat. Bagi lah masa setahun lagi!”

– >   Lepas setahun-setahun lah tu beb, sedarlah yang anda sudah terlekat pancing! Siapa-siapa pun lah kalau dah ada green light untuk kahwin, takkan ada siapa yang sanggup tunggu lama-lama punya beb. Sanggup bergadai punya! 🙂

Sit 4 : Seorang lelaki dengan penuh gentlement konon, memberitahu wanita yang telah meluahkan rasa cintanya pada lelaki itu,

  • “Terimakasih kerana menyintai I, I sangat-sangat hargainya. You memang seorang wanita yang terbaik pernah I jumpa. You juga sangat memahami jiwa I. Apa I suka dan tak suka semua you faham sangat. Sampai ada apa saja masalah dan pendapat mesti I tanya you kan. TETAPI, I ni bukan lelaki yang baik untuk you, itu yang I tak boleh nak buat keputusan lagi kerana I taut you berjumpa dengan lelaki yang lebih baik dari I…tetapi jika you sanggup tunggu, I akan selami jiwa I ni untuk you SUATU HARI NANTI”

->    Hehehe… dah berzaman, 5, 8, 10 tahun tak ada apa-apa progress pun kan, macam gitu jugaklah. At the end, you juga yang jadi anak dara tua, hingga dah tak ada siapa lagi yang berminat. And you pulak tak ada choice kena tunggu lah dia sampai bila-bila…Sedarlah anda telah TERLEKAT PANCING!

Pastinya anda semua wondering kan why dia buat macam tu dan beri kata-kata manis-manis begitu jika dia tak mahu kan kita? Mengapa cakap sayang, mengapa suruh tunggu? Kalau betul-betul ada yang lain? Soalan lazim la tu…

Jawapannya,

“Memuji, berkata sayang, suruh tunggu, ITULAH UMPANNYA…sebab untuk pancing ikan kena la bagi umpan, agar anda terus melekat dan menanti, in case tak da yang lebih baik atau, saja-saja untuk buat tempat melepas boring, teman malam, atau saja-saja ingin mempergunakan anda buat sementara waktu. The truth is… tersangat ramai lagi yang menjadi pilihan hatinya sedang menunggu!! …you ingat you je ke? Wake up bebeh! Wake up!

Ask yourself today…setelah sekian lama menanti, logik ke dia masih tidak boleh memberi keputusan untuk couple? Setelah bertahun-tahun berkenalan, berkawan…tak boleh nak bagi tarikh yang tepat untuk bercinta? Hello…ini manusia ni cakap kat dia! Bukan untuk dipermainkan! 😳

  • Sesiapa pun, kalau betul-betul berminat dan serius untuk bercinta, tak ada nak tunggu lama-lama beb. Tengok you sendiri sudah la kan…

My simple advise,

  • BE CLEVER, and Get out of that situations RIGHT NOW! Tak perlu nak fikir apa-apa lagi, tak perlu nak tanya itu dan ini lagi, sebab tak ada orang nak kesihan kan you jika you terus tertanya-tanya,“Boleh ke? Lepas tu nak tinggal lah ni? Nak buat macamana ni?”
  • “BELAH JE LA BEB!”
  • Sudah lama anda dipergunakan dalam cinta yang hanya khayalan semata-mata, hanya impian palsu… sudah berkurun lamanya anda tersangkut buta!! Jika benar dia nak, lepas you belah dia akan gelabah dan terus nak bercinta dan berkahwin. Kalau tak… hmm paham-paham je lah!! :p

Remember, setiap orang pasti ada jodoh dari Tuhan sekiranya anda redha dengan siapa saja yang hadir tanpa dirancang. Berikan peluang untuk diri anda mengenal, siapa tahu… “Anak itik yang hitam berubah bila besar menjadi angsa yang putih dan menawan?” …no harm in trying. Give it a try rather than waiting with empty promises!

p.s. : Bagi anda yang ingin mengetahui kesemua buku/ebuku Razzi Rahman dengan lebih lanjut? – klik di sini

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…



Apa komen anda? : [8] Comments




So, you sekarang ni sudah berpunya. Bercinta dan dicintai dengan sepenuh hati…sehinggakan tidak tenang jika dia tiada. Bagaikan anda tahu segala-gala tentangnya, bagaikan anda tahu ada kehilangan sesuatu bila dia hilang di sisi. Seolah-olah dia adalah pelengkap hidup anda. Namun…

Adakah anda yakin dan benar-benar tahu tentang pasangan anda? Yaa…mungkin anda yakin, tahu dan sangat memahami dia…tetapi, tidakkah anda pernah terfikir mungkin ada lagi perkara-perkara lain yang anda sememangnya tidak pernah tahu?

Di sini bro Razzi sediakan 30 soalan untuk anda tanya pada diri anda sendiri, yang mungkin anda tidak tahu tentang pasangan anda… “Tahukah anda…”

  1. Sekiranya dia diberi peluang untuk keluar dating dengan selebriti, siapakah selebriti Impiannya?
  2. Dimanakah tempat dating yang paling dia sukai?
  3. Adakah dia masih mengingati bekas kekasihnya?
  4. Berapa kerapkah dia bercerita tentang bekas kekasihnya di belakang anda?
  5. Apakah tanda pasangan anda menipu? Matanya berkelip laju? Mukanya berubah merah? Dirinya resah gelisah?
  6. Bahagian badan yang manakah yang selalu dibangga-banggakannya?
  7. Bahagian badan yang manakah pula yang paling dia geli?
  8. Sekiranya anda beri hadiah/party kejutan kepadanya, bagaimanakah penerimaannya?
  9. Apakah saiz baju/blaus, seluar/skirt,  dan kasutnya?
  10. Warna apakah yang menjadi kegemarannya, untuk anda pakai?
  11. Stail pakaian yang bagaimanakah yang menjadi kegemarannya?
  12. Apabila dia memakai stokin, kaki kiri atau kanan yang dipakaikan dulu?
  13. Adakah dia paling suka makan dengan sudu/garpu atau tangan?
  14. Adakah dia suka ke klinik gigi?  Cuci gigi? Cabut gigi? Tampal gigi?
  15. Dalam hidupnya, apakah perkara yang paling ditakutinya?
  16. Sekiranya rumah kediamananya terbakar, apakah satu benda yang akan diambilnya?
  17. Apakah yang paling dia suka baca, newspaper? buku? novel? majalah?
  18. Adakah dia suka membela binatang peliharaan?
  19. Lagu apakah yang boleh mengalirkan air mata nya?
  20. Jika dia panas dan marah, berapa lamakah masa yang diambil untuk kembali tenang?
  21. Minuman kegemarannya yang dia mesti minum diwaktu pagi?
  22. Makanan kegemarannya yang boleh membuatkan dia sentiasa happy setiap masa?
  23. Adakah dia suka berjalan sambil berpimpin tangan?
  24. Adakah dia tahu apa yang anda suka dan tidak suka?
  25. Berapakah bajet untuk anda dan dia belanja bila keluar dating?
  26. Nickname yang pasti dia pilih untuk anda?
  27. Siapakah kawan baik ‘opposite sex’ dia?
  28. Siapakah sedara/family yang paling dibencinya?
  29. Apakah perkara yang paling memalukan dalam hidupnya?
  30. Apakah pantang larang yang dia paling tidak mahu anda buat?

TAHUKAH ANDA kesemua jawapan kepada soalan-soalan ini? Jika anda masih tidak tahu, itu bermakna, anda belum betul-betul kenal pasangan anda, walaupun anda sudah bertahun-tahun bersamanya.

Actually, Bro Razzi ada 200 lebih lagi soalan ‘Tahukah anda’ untuk anda tanya pada diri anda sendiri. Tetapi, buat kali ini 30 ni dah cukup lah kan hehe… nanti tahu banyak-banyak soalan nanti kut tiba-tiba jadi risau dan resah gelisah pulak, I jugak yang risau kat you nanti hehehe…

Yang penting, you tanya pada diri sendiri dan TAK PERLU jawab kat sini atau pada sesiapa…sebaliknya, jawablah dengan ikhlas hati pada diri anda sendiri.

Dan sekiranya anda mahu mengenali pasangan anda dengan lebih dekat lagi, selidikilah perkara-perkara yang mungkin anda anggap remeh dan tidak penting selama ini. Get to know your partner well…in order to get him/her love you more!

p.s : Miliki pakej istimewa – Koleksi 3 ebook cinta popular – KLIK DI SINI

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…



Apa komen anda? : No Comments


no download slot machines