February 2015


ishetheone

Berkata seorang wanita kepada Bro Razzi semalam, “Lelaki sama saja, semuanya PENIPU!”

Marah betul akak tu, barangkali dia selalu diperdaya lelaki la tu kan dan mungkin selalu putus cinta ditinggalkan lelaki kesayangannya. Jadi baginya yang pernah melalui pengalaman pahit ini… LELAKI TIDAK BOLEH DIPERCAYAI!  – Akan tetapi, betul ke lelaki tak boleh dipercayai? Takkan kesemua lelaki langsung tak boleh dipercayai? – Bukankah Allah swt telah jadikan dunia ini, kehidupan kita di alam semesta ini, BALANCE? adil? Semua perlu SEIMBANG! Bukankah Tuhan telah aturkan,

Ada siang, ada malam, ada waktu terang, ada waktu gelapnya. Ada saat sedih, sure akan ada saat gembira. Ada duka adalah nanti bahagianya. Ada yang jenis penipu dan jahat akan pasti ada yang jujur dan baik. Ini adalah untuk keseimbangan alam kita.

Itu logiknya, itulah sesuatu yang tidak boleh disangkalkan lagi. JADI, tak bolehlah kita berkata,

.Aku beri cinta sepenuhnya kepada lelaki pun dia menipu jugak. Kalau aku bagi sikit-sikit lagi dia komplen dan curang. …oops, TAK SEMUA LELAKI BEGITU.

PENDAPAT SAYA : (more…)



Apa komen anda? : [5] Comments


love6
Pastinya, anda juga pun pernah merasakan diri begitu dicintai… bahagianya bila dapat bersama dengan yang tercinta, kan?, bestnya bila selalu saja yang tersayang tu call, sms…nak jumpa jeeee selalu. Pernah, kan?…

Pernah tak, semua perkara yang penting-penting dalam hidup dia, mesti nak cakap kat kita. Sampaikan, semua perkara dia mesti tanya kita dan selalu nak bincang dengan kita dulu. Apa sajalah…mesti minta pendapat kita.

Dan jika dia hadapi masalah pula… susah nak fokus pada kerja, perselisihan faham dengan keluarganya atau kawan-kawan… apa sajalah kan, dia mesti kongsi masalah itu dengan kita, kan? (more…)



Apa komen anda? : [3] Comments


love7
Sebelum berminat pada sesiapa, satu soalan penting yang kita perlu selalu tanya-tanyakan, “Dia ADA FEEL ke TAK FEEL ni?” – Maksud sebenar, dia yang kita minat tu, ada ke sekelumit RASA SUKA pada kita? RASA CINTA? Atau sekurang-kurangnya ada RASA MINAT pada kita, ada  ke tak ada?

Sebab…memang sedih sangat setiap kali kita sukakan seseorang tu, tapi dia buat tak endah je…dia tak nampak pun kita sikit punya feel kat dia. Dia tak hargai pun cinta kita pada dia. Kecil hati rasa kan… macam kita ni tak berharga langsung pada dia…

Bila kita call dia…langsung dia tak jawab…bila kita hantar message, “Busy? Boleh cakap sekejap…” – LANGSUNG tak ada balasan! Sedih… banyak message yang biasa-biasa saja pun tak ada dia nak reply… ‘Teruk sangat ke kita ni ya’ haaa…begitulah rasa sedihnya kan. TETAPI… (more…)



Apa komen anda? : [7] Comments


love5

CINTA selepas KAHWIN, jika zaman dolu-dolu, ianya pasti adalah satu perkara biasa, berkahwin dahulu barulah mulai mengenal dan lama-lama timbul rasa sayang dan mulai pandai bercinta.

Tapi zaman sekarang? Bercinta dahulu baru kahwin adalah seperti satu kemestian. Malah, cepat pulak tu jatuh cinta … 😛

Kadang-kadang tu, baru seminggu kenal di ONLINE. Belum pun jumpa, tengok gambar di Facebook sahaja, tah betul ke tidak gambar dia tu, belum-belum apa-apa lagi, tapi sudah ‘COUPLE’ …dah pandai merindu, merajuk, malah jeles-jeles. Akibatnya?… :) (more…)



Apa komen anda? : [3] Comments


love2

Nak ke tak nak ni? Itu yang selalu menjadi dilemma ramai di antara kita, kan… Kita tak nak lah jadi terhegeh-hegeh pulak nanti, at least kalau tak nak, tak cinta, beritahulah kan, jadi mudah untuk kita tidak menyimpan perasaan cinta itu kepadanya lagi.

So, apa yang perlu kita IDENTIFY sekarang, atau MENGECAM adalah dia cinta atau tidak cinta la kan, agar kita tidaklah tertunggu-tunggu, tertanya-tanya, ada pntuk

Untuk mengenal dengan jelas, cuba tanyakan pada diri anda sendiri :-

Apa itu Cinta? Adakah Cinta itu hidup? Adakah Cinta itu Nafsu? Adakah Cinta di dalam HIDUP ini hanya penuh dengan NAFSU? …dan yang paling penting, apakah masih ada CINTA sejati?! (more…)



Apa komen anda? : [12] Comments


blogpost01

Bagaimana anda menjaga bayi anda? Bagaimana pula anda menjaga pasangan wanita anda? Bagaimana anda tangani waktu wanita moody, resah gelisah, merajuk, datang bulan, tak bercakap senyap je, tanya apa masalah, dia buat tak tahu dan mengharap pasangan lelakinya faham apa yang difikirkan di mindanya yang berputaran laju giler! How la?

Adakah anda merasa RUGI kerana begitu mengambil berat dan menyayangi? Pernahkah anda fikirkan atau anda tidak kisah mana hati dan perasaan pasangan anda?

“Kau nak buat perangai, lantak kau lah, buang masa aku je melayan kau!” Begitukah cara anda menangani pasangan WANITA anda? ataupun begitukah caranya anda menjaga bayi anda?

Artikel ini sebenarnya KHAS buat mereka yang menghargai pasangannya sahaja. Yang benar-benar sayangkan isterinya, yang benar-benar kasihkan kekasihnya… bagi yang tak berapa nak kisah tu, this doesn’t apply to you… you can have your own world to you lah kan… but don’t come and crying here if you all alone one day and no one loving you anymore 😉

All I can say, WANITA ni seumpama BAYI la kan… (more…)



Apa komen anda? : No Comments


married

Bertahun anda memiliki seorang isteri yang cukup lawa, manis dipandang, sejuk hati mendengar suaranya yang manja, runtun jiwa dengan sentuhannya, rebah bila dibelainya… dialah paling baik dan paling lawa dalam dunia bagi anda, tiba-tiba…

Dia nak kahwin lagi satu! Katanya, nak membantu lelaki itu yang sudah lama kehilangan arah dan begitu memerlukan bimbingannya, kesiannnn kat dia kononnya, jadi untuk mengelakkan dari zina, ada baiknya mereka kahwin! Terkejut giler rasanya anda sebagai suaminya kan? Sentap cam nak giler sekejap hihi…

Andai kata LELAKI yang dimadu… bagaimana agaknya dunia ini? Pernahkah anda terfikir mengapa Allah swt tidak meletakkan hukum, wanita boleh kahwin 4? Hancur dunia barangkali kan… Syukurlah Tuhan tak buat macam tu, sesungguhnya hukum Islam itu sudah cantik dah…

NAMUN, cuba renung-renungkan seketika, (more…)



Apa komen anda? : [2] Comments


reject

Tiada yang paling memalukan dan mengerikan kita apabila direject! Baru je cakap, “Hi!” dia buat tak tahu je…Baru je kita senyum kat dia, muka dia selamba macam kita tak ada pun kat depan dia! Frust dan malu, kan?!

Dalam society kita pula, apabila pelawaan kita untuk keluar minum-minum atau sekadar nak berkenalan, ditolak mentah-mentah, semua orang akan pandang semacam, senyum sinis kat kita dengan wajah perli dan mengutuk… Tambah perit lagi, kita tak tahu nak sembunyi muka kat mana apabila orang-orang di sekeliling mendengar jelas cara rejections itu, kemudian digosip-gosip pula peristiwa yang amat memalukan itu, rasa bagai tersungkur merudum jatuh ke tanah… adoi! Malunyaaa… 😳

Itu belum Cinta Kena Reject… baru tegur-tegur dan ajak keluar. Cuba kita minat dengan dia, nak sangat buat dia special, …bercinta tapi di REJECT? Fuuuuhhhh… lagi MALU! (more…)



Apa komen anda? : [59] Comments