blog_image01

Kalau tanya Razzi yang ‘Old School’ ni, yang agak traditional way ni, memang Razzi masih PERCAYA ujudnya CINTA SEHIDUP SEMATI 😀 – Sebab, saya sememangnya suka kepada surat-surat cinta, kad-kad cinta, nota cinta, gifts, flowers, chocolates all, dating bersemuka bukan dating online sebab itulah dengan isteri saya pun, kami masih ada waktu ‘DATING’ haha 😛

NAMUN, pastinya kami tetap menurut peredaran zaman dan tidak meninggalkan teknologi arus moden dan terkini.  Adakalanya saya menghantar whatsapp kepadanya, juga e-greetings yang cute-cute, emails, message, ada waktu-waktu pula isteri buatkan video slide, kenangan-kenangan manis waktu bersama, siap muatkan lagu kegemaran kami.

Moga cinta kami, sehidup semati lah kan… maksud saya harap-harapnya biarlah satu ni sajalah yang pertama dan terakhir. Masa hadapan kita tak tahu, insyaAllah dengan izinNya, kekal bersama hingga ke syurga.

JADI, buat anda yang masih ragu-ragu, kurang yakin dan tidak percaya masih adanya cinta yang sanggup sehidup semati, saya sebenarnya memahami perasaan dan pendirian anda. Dengan berbagai cabaran dan dugaan yang mudah berlaku di mana-mana zaman sekarang ini, memanglah agak risau memikirkannya.  Seperti contoh :- (more…)



Apa komen anda? : No Comments