gambar_blog14

Bercinta bukan untuk sehari dua, berkahwin bukan untuk seketika. Cintalah untuk selama-lamanya. Kahwinlah sampai ke tua, sampai bila-bila. Mohonlah selalu pada yang Maha Esa, agar bersama sampai ke syurga, InsyaAllah.

Pesan ibu dulu-dulu, “Esok Razzi kahwin, carilah pasangan yang bukan hanya bercinta untuk hari ini atau esok lusa saja, jangan juga cari yang sibuk dengan lelaki-lelaki lain pula! Cari yang benar-benar serius dan bukan untuk suka-suka!”

Ya lah, siapa yang nak cari pasangan yang hanya nak bermain saja, tak pasal nak suka-suka saja, sampai bila? Ada ke orang nak bercinta hanya untuk sementara? Pastinya tak ada namun, selalu terjadi perhubungan yang hanya sementara saja hangatnya. Sekejap je dah putus! Bercinta bagai nak gila, tengok-tengok seminggu dua dah hilang?

Memanglah kalau kita awal-awal tu terus khayal dan hanyut dengan kemesraan dari chatting di facebook, chatting di whatsapp, melayan bergayut berjam-jam, memang kita tidak akan nampak REALITI yang sebenar. Ada sedikit cara-cara untuk anda lakukan jika anda mahu melihat dialah THE ONE! (more…)



Apa komen anda? : No Comments