Cinta Zulaikha

FOR STORY TREE & GUIDE PLEASE CLICK HERE

Taman Danau Permai tidak sebingit mana apabila dipenuhi bacaan Yaasin dari seorang Imam yang kelihatan tersengguk-sengguk mengantuk, duduk bersila di ruang tamu. Tidak pernah tercapai dek akal aku, untuk melihat sebuah majlis tahlil yang begitu lengang dan dihadiri hanya beberapa orang sahaja dari ahli jemaah surau.

Ibu kelihatan sugul, putih merah seluruh wajahnya, bengkak sekeliling matanya menangisi anak yang disayanginya terbalut rapat dengan kain kapan putih bersih. Aku?…aku agak terkilan dengan sambutan pemergian ku ke alam barzakh ini. Seolah-olah, semua yang hidup membenci ku. Apa? Oops…lupa, Ya…betul…jasad akulah yang terbaring kaku itu. Aku..Aku hanya dapat memandang sedikit dari atas, melihat sambutan lemau, sunyi! Sungguh aku tak sangka, begini majlis tahlil untuk aku, majlis terakhir ku.

Apakah dosa aku? Apakah tiada siapa yang menyukai diri ini? Eh ada orang datang…Leon? Ahhh…sayang juga dia kat aku. Tapi…dia datang dengan siapa tu?? Cis! Arini Nasi lemak! Aku benci kau orang berdua. Mana Azhar ni??… 

‘Huh? Ah?…arrhh…siapa kau??! Nanti dulu…jangan bawa aku pergi dulu, NANTI! tolong! tolong!…TAKUT!!!’ 

“Auntie…bersabarlah. Biarlah Zulaikha pergi dengan tenang.”

Dengan teresak-esak Auntie Sara menjawab, “Kau berdua bukan ada anak, auntie yang kehilangan anak, sedih… malu lagi! Arini tahu tak, Zulaikha ditemui tanpa seurat benang pun di badannya?!! Menggantungkan dirinya di tadika kami pulak tuhh. Mana auntie nak letak muka nih?? Apa akan jadi pada auntie dan sekolah itu nanti?! MALU!!!”

“Tapi…tak mungkin Zulaikha membunuh diri auntie. Bertahun-tahun saya mengenali dia. Auntie sendiri tahu dia bekas kekasih saya kan…”

“Betul Leon, tapi siapa yang nak percaya kita??” Leon tertunduk diam, rambutnya yang panjang ke bahu, mulai rebah menutupi pipinya yang sedikit cengkung mengikut rahangnya dengan reaksi wajah sugulnya yang memahami perasaan Pengetua Tadika Aulad itu. Tiba-tiba… 

“Assalamualaikum!” satu suara besar terdengar memberi salam dari luar. Arini bergegas menjenguk…

“Waalaikumsalam…Eh, Abang Azhar? Masuklah bang…” sahut Arini, lembut, menggantikan tempat auntie Sara sebagai tuan rumah. Dengan wajah berkulit seperti anak kecil, Azhar kelihatan sangat tampan apabila memberi senyuman kepada gadis yang sudah lama digilainya itu. Namun sedikit kesedihan atas kematian Zulaikha langsung tidak terpamer di iras wajahnya.

“Ar..arini ada kat sini…emm”

“Ya bang, auntie kan tak ada sesiapa lagi…”

“Ohh ya lah…emm so, Arini…”

“Saya Nadra!”  Tegur seorang gadis tinggi dan cantik, yang tiba-tiba muncul dari belakang Azhar dengan sedikit senyuman manis.

“Oops…lupa, Arini ini Nadra, Pr Manager Office abang”

Leon menyelak sedikit rambutnya menyerlahkan mata kuyunya dan mulai menegur dari belakang dengan nada suaranya yang berbunyi dalam, “…ada juga masa kau datang sini Azhar?”

Jom bikin e-cerpen : sambung di sini...

New Logo

28 Comments

  • bro.. apa kesudahan ya kisah Cinta Zulaikha?

  • ariqa

    Azhar terpaksa melepaskan Joy pergi walaupun hatinya tetap panas dengan kedatangan Shasha yang mengganggu keseronokan yang baru dia idamkan sebentar tadi..
    Dari jauh dia melihat lenggok Joy yang menggiurkan membuka pintu sebelum menghilang pergi.

    ‘Ah..!Shasha memang begitu!Suka datang pada masa yang tidak sesuai!’getus Azhar dalam hati.

    Dia pun menekan butang interkom meminta shasha datang ke biliknya.
    Perbuatan shasha tadi agak melampau.
    Benar dia selalu memasuki biliknya tanpa perlu mengetuk pintu tapi..dia tak nampak ke kedatangan Joy?
    Kalau Joy datang itu bermakna dia tak nak diganggu.Huh!

    Memang perlu diingatkn selalu ke? Macam budak baru kerja hari ni aje si Shasha tu.
    Azhar bertambah geram memandangkan hampir 15 minit menunggu kelibat Shasha di balik pintu pejabatnya tak muncul lagi.

    Dia terus bangun dan meluru keluar sebelum menjerit..
    ”Shasha mana?! Aku tunggu dia di dalam macam orang bodoh! Mana dia?!! Panggil dia masuk sekarang!”suara Azhar yang tinggi secara tiba-tiba membuatkan para pekerjanya yang sedang bising bergosip sesama mereka terus berhenti dan pergi ke tempat masing-masing menyambung semula tugas yang di berikan.

  • nissya

    “En..cc..cik Azhar!Terkedu Shasha yang membawa dulang air ke bilik Azhar.Hampir sahaja tertumpah kopi yang dibawa gara-gara melihat aksi antara Joy dan boss nya.
    “Azhar…pembantu you ni tak tau ketuk pintu ke sebelum masuk?”Marah betul Joy kerana adegan yang baru sangat dimulakannya terhenti setakat itu kerana Shasha datang menghantar kopi kepada mereka.
    “Shasha..berapa kali saya nak ingat kan awak,kalau nak masuk bilik saya…ketuk pintu dulu!”
    “Tapi…selalunya kan saya terus masuk aje!”
    Shasha tak puas hati kerana diherdik oleh Boss nya. Lebih-lebih lagi dihadapan perempuan gedik macam Joy.
    “Dah!Awak boleh keluar sekarang”!Azhar melemparkan renungan tajam kepada Shasha sebagai isyarat supaya tidak menjawab dan pergi segera dari bilik itu.Marah benar dia kali ini kerana adegan teman tapi mesra antara dia dan Joy terpadam begitu sahaja gara-gara Shasha yang masuk tanpa diundang.Berahi yang baru bergelora reda tak semena-mena.Rugi betul!
    Joy masih dipangkuan Azhar..memikir samada perlu dia teruskan agenda atau tunggu sahaja lain kesempatan.
    “Azhar….i balik dulu lah ya!Call me!” Sebuah ciuman hinggap tepat di bibir Azhar..

  • nissya

    Joy tersenyum puas kerana lakonan nya sebentar tadi berjaya meraih reaksi marah Azhar pada Shasha.Sekarang ni kalau dia minta apa pun pasti Azhar tak keberatan menunaikannya kerana dia pasti Azhar pasti tak daya nak mengatakan TIDAK!
    Ye lah..mana nak ditaruk muka pada Joy.Ini semua gara-gara Shasha yang memalukan dia sebagai tuan punya syarikat yang gah itu.Sekretarinya telah berlaku biadap pada Joy.
    “Joy…i’m very sorry ,i tak tahu langsung pasal kejadian tu.Kalau you tak kasi tahu…hmmmmm!”Azhar meminta maaf sambil melepaskan keluhan panjang tanda kesal diatas perbuatan Shasha.
    “By the way…how may i help you?Tentu ada sebab you datang jumpa i ni kan!”Azhar bertanya sambil tersenyum penuh makna pada Joy.Mesti ada agenda Joy datang ke ofis nya pagi-pagi macam ni.
    “Azharrrrr..apsal you cancel launching ceremony tu?I dah ambil cuti tau.Baju pun dah tempah untuk jadi emcee hari tu..mahal tau baju i!”Joy merengek sambil mengelus rambutnya yang ikal ala-ala gaya si penggoda.
    “Rugi la i…!I baru lepas satu job untuk Tan Sri Halim punya function..dia bayar i 3K tau!I let go sebab clash dengan launching ceremony company you!”
    Joy memang dah bersusah payah arrange cuti last minute dari tempat kerjanya semata-mata
    nak buat job ni.Burst la budjet dia bulan ni.
    Dia tepaksa let go flight ke Taipei/LAX selama 2 minggu yang bernilai RM 2,400.Aduh..dah la terpaksa kelentong macam-macam nak dapat cuti alih-alih cancel pilak. .Memang prosedur MAS,terutamanya anak-anak kapal mesti kemukakan permohonan cuti 3 bulan sebelum tarikh bercuti.
    “You tak payah risau pasal payment tu ok…berapa you nak?Cakap je…kira advanced.Nanti bila everything dah ok ..launching ceremony tu memang ON!”
    Berseri-seri muka Joy bila Azhar memberi offer yang memang dia nanti-nantikan.Entah bila masa pun dia tak sedar..tiba-tiba dia dah pun ada di riba Azhar dan tanpa segan silu mengucup Azhar di dahinya.
    Tiba-tiba pintu terkuak….

  • nissya

    “Hello..Azhar please!”Suara yang biasanya manja dan mengada-ngada kedengaran kasar dan
    tinggi nadanya.
    Joy sudah tidak tahan lagi dengan kerenah Shasha,sekretari Azhar.Ada sahaja alasan diberi tatkala dia menelefon ke ofis itu untuk bercakap dengan Azhar.Azhar outstation lah,tak de kat ofis lah..dan seribu macam lagi!
    Dia tahu Shasha sengaja mereka alasan supaya dia tak dapat bercakap dengan Azhar.
    “Err…emm…Encik Azhar…!”belum sempat ayat dihabiskan …”What? U nak bohong i yang Azhar takde!”Joy menengking Shasha dengan suara yang lantang sekali.Terkebil-kebil Si Shasha di talian satu lagi.Padan muka dia! Suka sangat kelentong Joy.Silap orang lah beb..perempuan yang bernama Joy@Joyah ni jangan dibuat main-main.Silap haribulan kena terkam macam harimau attack anak kambing.
    Belum pun reda degupan kencang jantung Shasha dek kerana ditengking oleh Joy…jantung nya seakan-akan luruh kerana didepan nya sekarang terpacul satu lembaga berbalut pakaian hitam dari atas kebawah merenung nya dengan pandangan yang maha tajam.
    “JOY..Cik JOY!”Itu sahaja yang terkeluar dari kerongkongnya.
    “What is your problem?Apahal you selalu tipu i cakap Azhar takde kat ofis bila i datang?You ingat i tak tau you tipu i?”
    Joy benar-benar berang kali ini.Siapa Shasha untuk menghalang dia bertemu Azhar?Lebih-lebih lagi dia ada agenda penting yang perlu dilaksanakan dengan Azhar.
    “So..so..sorry Cik Joy!”Terketar-ketar Shasha memohon maaf dari Joy.
    “Go to hell with your sorry!I’m going in now
    and i akan kasi tahu Azhar apa you dah buat pada i.”
    Joy terus berjalan menuju ke ofis Azhar sambil membentak kan kakinya sebagai tanda protes pada Shasha dan meninggalkan sebuah jelingan yang sangat menggerunkan .
    “Hey..Joy!Bila you sampai?”Azhar sedikit terkejut melihat gadis seksi berbalut pakaian serba hitam itu terpacul di depan pintu biliknya.
    “Aren’t u going to let me in?”
    “Yes..ya…ya..sure!Please come in!”
    Bau haruman ‘Allure’memenuhi ruang bilik ofis Azhar.Sedikit sebanyak membangkitkan ‘nafsu’dan ghairah lelaki itu. Lebih-lebih lagi mata gatalnya terpandang sesusuk tubuh seksi yang berbalut pakaian serba hitam itu amat meransangkan gelora lelakinya.Biasa lah Azhar…siapa tak kenal dengan nya.Pantang melihat perempuan berdahi licin.
    “Shasha..please bring two coffee!”Azhar memberi arahan supaya Shasha membawa kopi ke biliknya.
    “Azhar…rrr!Can i say something?”Joy mula
    memasukkan jarum nya untuk mengenakan Shasha.”You punya sekretari yang nama Shasha tu teruk betul lah!She’s so rude!Everytime i datang or i call you mesti dia cakap you takde!Padahal..i tau you ada kat ofis.Then dia kalau bercakap dengan i mesti tengking-tengking!”Joy berlakon dengan penuh jayanya.Suara nya manja habis..gaya seorang penggoda.Padahal tadi dia yang menengking-nengking Shasha.
    “What?..Shasha sekretari i tu?”
    Joy hanya mengangguk kan kepala nya sambil melakonkan babak seterusnya.Dia memberi ekspresi sedih yang amat memngagumkan.Boleh menang award pelakon wanita terbaik!

  • azwa

    Arini memandang sepi dasar tasik.. hatinya masih lagi dirundung marah, sedih dan kecewa. Segalanya bersatu dalam jiwanya.

    “Kak Zu.. Rini buntu!!..” Arini menekup wajahnya.. kemudian memeluk erat kedua belah kakinya rapat kedada. Dia cuba mencari kekuatan diri dari rasa hati yang celaru dan berkecamuk.

    “Rini rahsiakan sesuatu dari akak ya?” Kenangan itu menggamit hadir lagi..

    “Rahsia apa Kak Zu? Rini tak fahamlah?” Arini seakan tidak mengerti. Zulaikha sekadar mengukir senyuman.. Senyuman yang sukar di tafsir oleh Arini ketika itu..

    “Apa pandangan Rini terhadap Abang Leon?”

    “Maksud Kak Zu?” Arini makin pening. Dua tiga hari ini dia lihat kelakuan Zulaikha semakin pelik?

    “Rini sayang pada Abang Leon?.. hmm.. lebih dari itu?” Zulaikha berteka-teki.

    “Kak Zu, Rini tak fahamlah apa yang cuba Kak Zu nak sampaikan pada Rini?”

    “Siapa NOEL??” Berderau jantung Arini mendengar pertanyaan itu.. arghh, dari mana Zulaikha tahu nama itu? Pantas tangan Arini meraba sesuatu bawah bantalnya.. Dia panik. Benda yang dicari telah tiada.

    “Rini cari ini?”

    Sepantas Arini menoleh. Jantungnya berdebar laju. Ya Allah.. hampir hendak luruh segalanya bila terpandang diari peribadinya dalam pegangan Zulaikha. Tiba-tiba darah hangat menyimbah wajahnya… hatinya berdetik geram pada Zulaikha kerana membaca diari itu tanpa pengetahuannya.. pantas diari itu dia rampas pada tangan Zulaikha.

    “Kak Zu tak sepatutnya membaca!..” Bola mata Arini berkaca..

    “Maafkan Kak Zu Rini.. kenapa Rini tak berterus-terang dengan Kak Zu?.. NOEL tu LEON bukan??..” Dia lihat wajah Zulaikha berubah mendung.

    “Siapa pun dia.. bukan hak Kak Zu untuk masuk campur hal peribadi Rini!!” Nada suara Arini sedikit keras. Sebenarnya hatinya terlalu geram ketika itu. Sakit hatinya dengan perbuatan Zulaikha mencuri baca diari yang selama ini dia simpan tanpa pengetahuan sesiapa. Hanya diari itu tempat dia meluah semua rahsia hati yang terpendam.. Sejak dari itu hubungan Arini dan Zulaikha dingin. Namun mereka berlagak mesra didepan Untie Sara dan Leon. Arghh.. airmata Arini mengalir keluar lagi..

    “Arini.. hanya Rini satunya adik yang Kak Zu ada.. walau kita bukan sedarah sedaging.. tapi Rini dah Kak Zu anggap macam adik sendiri..please sayang, kita berbaik semula?” Terngiang lagi suara itu.. dua hari sebelum kematian Zulaikha..

    “Kak Zu tahu.. Kak Zu banyak buat silap.. please jangan buang Kak Zu jauh dari sudut hati Arini..” Mendayu suara itu memujuk dirinya.. Sebenarnya dia telah lama maafkan Zulaikha. Dan mereka berpelukan meluah segala apa yang terbuku selama ini..

    “Hmm.. Rini sayang dengan Leon?” Rambut Arini yang terdedah dibelai lembut Zulaikha. Arini sekadar angguk kepala. Wajahnya menunduk malu.

    “Baguslah.. Leon tu baik.. Cuma, Rini kena pandai tarik perhatiannya..”

    “Rini tahu.. kerana itu Rini suka dia..” Wajah Arini berbunga riang. “Err.. Kak Zu tak pernah punya perasaan pada Abang Leon ke? Bukankah Abang Leon cintakan Kak Zu??” Arini inginkan kepastian.. Zulaikha sekadar mengukir senyuman.

    “Leon tu dah Kak Zu anggap macam saudara sendiri..kan Kak Zu dah ada Azhar..” Getar nada Zulaikha seakan Arini dapat rasakan Zulaikha menyembunyikan sesuatu.

    “Kak Zu betul-betul cintakan Abang Azhar?.. diakan playboy??!..” Arini seakan tidak setuju dengan pilihan Zulaikha.

    “Sungguhpun dia begitu…. dah.. jangan menilai orang melalui luaran..” Zulaikha seakan ingin memotong perbualan tentang Azhar.

    “Rini.. andai Kak Zu tiada.. Kak Zu harap Rini boleh jaga untie macam ibu Rini sendiri ya… janji dengan Kak Zu ya?”

    “Apa yang Kak Zu cakap ni? Kak zu nak pergi mana??..” Saat itu dia dapat rasakan ada yang tak kena pada diri Zulaikha.

    “Please.. janji dengan Kak Zu..” Kedua tangannya erat digenggam Zulaikha. Itulah kata-kata terakhir Zulaikha padanya. Dan Zulaikha seakan tahu saat kematiannya sudah tiba..

  • anor

    “Terima kasih, En Azhar. Sekiranya ada sebarang maklumat lagi yang kami perlukan atau En Azhar ada petanda-petanda lain berkenaan kes ini, sila hubungi kami segera” Inspektor Helmi mengakhiri perbualan mereka.

    Selama dua jam yang lalu, pelbagai persoalan dilontarkan kepadanya. Dia sebetulnya sudah bersedia dengan ini semua. Yang penting dia akan bekerjasama dengan pihak berkuasa sampai tertangkapnya pembunuh Zulaikha. Dalam pada itu, dia terkilan sebab Leon masih belum menghubunginya setelah dia meminta Sudin menyerahkan nota penting.

    Kasihnya pada Zulaikha masih bersisa. Kenangan cinta mereka akan sentiasa kekal dalam ingatan. Setelah mereka berpisah, Azhar menyibukkan diri dalam bisnes dan ramai wanita yang cuba mendekatinya. Arini, adik angkat Leon memang menarik. Dia jatuh cinta sekali lagi. Tapi, adakah dia akan berebut dengan Leon lagi? Azhar buntu juga. Antara kasih dan sahabat. Kedua-duanya dia sayang.

    Azhar tekad, punca kematian Zulaikha mesti dibongkarkan.

  • azwa

    “Shasha? kenapa?.. akak tenguk dari tadi you gelisah jer..” Nadra memegang lembut bahu Shasha. Rimas pula dia melihat kelakuan Shasha yang mundar mandir tak tentu arah tujuan. Sekejap bangun, kemudian duduk semula. Macam ayam berak kapur saja lagaknya.

    “Err.. tak ada apa-apa Kak Nadra.. perut saya memulas pulak pepagi nih!” Shasha pura-pura meemegang perut menahan sakit. Terkejut dia ditegur Nadra. “Agaknya nak period kot?” Shasha buat-buat sengih. Dia kembali semula ke mejanya.
    Kening Nadra terjungkit sedikit.

    “Nak pil tak? sekurang lega sikit sakit Shasha tu..” Nadra bersikap prihatin. Shasha hanya menggelengkan kepala. “Shasha dah telan dah..” Dia berbohong.

    “Hmm.. Encik Azhar mana? tak ada pun dia dalam bilik? selalunya waktu macam ni dah tercongok batang hidungnya..”

    “Err.. meeting room! empat pegawai penyiasat dari unit jenayah berat sedang soal siasat Encik Azhar pasal kes kematian Cik Zulaikha..” Tergagap Shasha melontar kata.

    “What’s?” Nadra seakan terkejut. Berdegub laju denyutan jantungnya.

    “Mereka hanya nak ambil statement jer.. Kak Nadra jangan risau ok! kita tunggu ajelah apa sudahnya..” Shasha cuba menenangkan Nadra sedangkan jantungnya juga turut sama berdegub hebat sejak dari kedatangan pasukan pegawai penyiasat itu pagi tadi.

    Tak mungkin Azhar terlibat dalam kematian Zulaikha? dan takkan pula Azhar pembunuh Zulaikha?? otak Nadra berserabut!. Kisah kematian Zulaikha yang penuh tragik telah mulai tersebar diseluruh negara. Ramai mengatakan dia membunuh diri kerana putus cinta!.. Walau dia rasa gembira dengan kematian Zulaikha, namun hati wanitanya tetap rasa sedih bila membaca kisah misteri kematian Zulaikha yang mengaibkan.. -Arghh, yang aku nak pusing kepala ni apasal? Nadra mendengus perlahan.. Dia dah mati!! sekarang Azhar milik aku sorang! tapi.. selintas wajah Arini menggamit hadir.. huh! kenapa mesti ada saja yang menghalang lagi??.. berkerut wajah Nadra menahan geram!

    “Kak Nadra? are you ok?” Hairan Shasha melihat perubahan airmuka Nadra.

    “Err.. ok.. Shasha akak nak keluar nih! nak jumpa client! apa-apa berita terkini beritahu akak tau?” Bergegas Nadra mencapai tas tangannya dan berlalu keluar meninggalkan Shasha penuh tanda tanya??..

  • azwa

    Sementara itu ditepi tasik terlindung disebalik pokok besar..

    “Abang.. Rini benci abang!.. benci!!” Airmata Arini laju mengalir keluar. Hatinya sakit! perlakuan Leon sebentar tadi benar-benar mengguris hatinya. Ternyata Leon lebih menyayangi dan mendahului perempuan itu!

    Bayangan Joy yang seksi dengan aksi yang manja menggoda menerjah masuk ruang fikiran Arini seakan mengejek-ngejek dan mentertawakan dirinya! dia benci pada wajah itu! sakit hatinya menahan rasa api cemburu yang semakin memarak. Bodohkah dia punya rasa sebegitu? hipokritkah dia tidak berterus-terang dengan Leon?.. sedang dia tahu dia cuma adik angkat Leon! sejak dulu lagi Leon telah menganggap dia sebagai adik! tapi, mengapa dia tak boleh buang rasa cinta ini? kenapa??.. mengalir laju lagi airmata Arini.

    Kemudian wajah Zulaikha pula bertamu hadir.. tersenyum manis padanya.. kemudian bertukar wajah pucat membiru dan berwajah hiba.. seakan meminta bantuan darinya.. – arghh! Kak Zu terlalu baik padaku.. tak mungkin aku dapat penganti kakak sebaik Kak Zu.. Arini tahu, demi kasihnya Zulaikha padanya.. Zulaikha sanggup berkorban! sedang dia tahu hati kakak angkatnya itu turut terluka sama.. – Maafkan Rini Kak Zu! kalaulah Rini tak berterus terang dengan Kak Zu.. Kak Zu takkan mati!

    Didalam ruang pejabat Azhar yang berhawa dingin..

  • Di dalam sinar mentari pagi itu Leon bergegas, berlari ke workshopnya. Termengah-mengah lelaki itu apabila sampai ke bengkel kereta mewahnya. Kelihatan Mercedes C200 lama, warna silver milik Joy tersadai di sudut belakang. Leon terhenti seketika sebelum melangkah masuk, kepanasan cahaya matahari pagi itu benar-benar membinarkan matanya dan seolah-olah menyiatkan kulitnya di balik singlet putih yang dipakai.

    Tiba-tiba… ‘Apa yang aku lakukan ni?’

    Leon mulai berpaling dari mana arah dia datang, dia terpana seketika, kemudian menghela nafas yang panjang, wajah Arini terbayang-bayang di pinggir matanya yang masih terasa pedih itu. Kelemahan silamnya kembali terbayang…

    “Abang Leon??…bila pulang? mana Kak Zu?” Terkejut seorang gadis sunti apabila melihat Leon yang muncul entah dari mana. “Abang! apa diam aje ni…orang tanya ni, mana Kak Zu?!”

    “DIAMLAH!…sibuk aje budak kecik ni, auntie ada kat dalam?”

    “Tak baik tau, orang bukan budak kecik lagi lah…orang dah habis spm tau!”

    “Ya lah, budak besar…sibuk!”

    “Abang ni, eeii…geramlah!” Dicubit bahu Leon sekuat hati, tapi lelaki itu hanya tersenyum tenang. Leon memang cukup suka bergurau dengan mengacau adik angkatnya itu.

    “Arini…sudahlah tu” tegur Puan Sara yang baru muncul dari dapur. “Leon pulang seorang? mana Zu?” tanya Puan Sara, lembut sambil kepalanya terjenguk-jenguk mencari anak kesayangannya.

    “Err…maaf auntie, Leon pulang sendirian. Emm…nanti Zu akan pulang dengan Azhar la kut” jawab Leon pendek, mencebik benci.

    Sejak dulu, Puan Sara tidak pernah menganggap mereka sebagai kekasih, baginya, mereka berdua lebih kepada adik-beradik. Begitu juga Arini yang tiba-tiba bersedih dengan abang angkatnya. Arini begitu memahami perasaan Leon sejak dulu lagi dan reaksi wajahnya yang suram menarik perhatian Leon, namun, baginya, Arini hanyalah anak kecil…

    “Arini…aku sedar sekarang, rupa-rupanya kau sudah lama menaruh perasaan terhadap aku. Aku buta selama ini, mengharap kepada yang tak sudi dan tanpa menyedari ada hati yang lebih bermakna, menyayangi ku… Arini…”

    Tersedar dari lamunannya, Leon kembali bergegas balik ke rumah Puan Sara, kini dia bertekad untuk memberanikan dirinya untuk bercinta dan menjauhkan dirinya dari si Joy atau sesiapa sahaja. Leon mahu berubah, Leon mahu melawan kelemahannya. Dia mahu memiliki sebuah cinta yang sejati, dia mahu dicintai dan Arini adalah pilihannya yang tepat.

    Tiba di perkarangan rumah itu, “Arini?!…ARINI?”

    “Leon?…Arini dan keluar, kata dia nak ke bengkel” jawab Puan Sara yang berdiri di tingkap rumah.

    “Ke bengkel?…tak ada pulak, hmmm…kemana pulak dia pergi??”

  • nissya

    “Sayang…ggg!Bila nak hantar kereta ke rumah i?I patah kaki la …takde kereta!”
    Suara manja dihujung talian benar-benar membuatkan muka Leon berubah kemerah-merahan.Aduh…!Leon jadi serba salah.
    Dia baru nak berbaik-baik dan memujuk Arini.Tapi suara manja yang menelefon nya pun nak dilayannya jugak.
    Leon tersepit diantara perasaan sayangnya pada Arini yang dia sendiri tak tahu nak mentafsirkannya sebagai apa?Dan kelemahan hati dan imannya pada gadis seksi yang sentiasa menggoncang imannya…
    JOY!
    “OK…OK!I datang sekarang!”Leon bagaikan dipukau,menuruti setiap permintaan Joy tanpa
    memperdulikan risiko Arini bakal lebih berkecil hati merajuk padanya.
    “Rini…Abang kena pergi dulu ya!Ada hal penting kat workshop.”Leon membohongi Arini.
    “Tapi…kita kan nak menyiasat punca kematian kak Zu!”
    Arini ternyata kecewa kerana hajatnya tidak kesampaian…

  • DINI

    Arini tahu pasti Leon kebingunan dengan sikapnya. Arini sengaja berbuat demikian, dia malu untuk berbicara tentang hari semalam. Sepatutnya dia tidak bersikap demikian, tentu Leon perasan bahawasanya dia cemburu melihat kemesraan mereka berdua. Sepatutnya juga, dia akur dengan pengakuan Leon kerana selama ini pun semua orang tahu dia dan Leon dah seperti adik-beradik.

    Sengaja dia sibukkan diri untuk mencari punca kematian Zulaikha, kebetulan pula dia memang tidak berpuas hati dengan tuduhan Kak Zu membunuh diri…

    “Arini kenal Kak Zu, kita semua sama-sama kenal dia. Takkanlah Kak Zu sanggup berbuat demikian…Tak mungkin dia nak biarkan Auntie dicemuh atas kematiannya..”

    “Abang pun rasa macam tu, tapi kita tak boleh terburu-buru macam ni..polis masih menjalankan tugas, nanti kita tunggu apa hasilnya.” Leon memujuk supaya Arini bersabar.

    “Tapi bang…” Kata-kata Arini terhenti. Tiba-tiba saja Leon memegang tangannya..

    “Sudahlah…jangan fikirkan dulu perkara ni..Rini..sebenarnya….abang sayangkan Rini,abang taknak apa-apa berlaku pada Rini.” Pujuk Leon lagi sambil menjeling Arini di sebelahnya.

    Arini menarik perlahan tangannya dari genggaman Leon. Perasaannya berkocak tatkala bersentuhan tangan dengan Leon. Ingin saja dia katakan pada Leon bahawa dia juga sayang malah lebih dari itu. “Arini cintakan abang..” Bisik hatinya..

    Deringan telefon Leon berbunyi

  • Sepagi Leon menunggu Arini di luar rumah Puan Sara, rumah yang pernah Leon diami semasa dia masih menuntut di Universiti dulu. Kejadian semalam benar-benar membuatkan dia rasa hairan dengan sikap Arini. Jelas sekali dia cemburu…

    “Tapi mengapa?…adakah Arini…hmmhh!” Keluhan berterusan bersambung sepanjang penantian Leon di situ. Hendak memanggil, segan di jiwanya masih menular.

    Tiba-tiba…

    “Abang!!…Baguslah abang datang, Arini tak tidur semalaman ni fikirkan masalah Kak Zu.”

    “Hah?…apa ni?” Terkejut Leon dengan kemunculan Arini dari dalam rumah. “Arini, sebenarnya abang datang ni nak cakap pasal semalam…”

    “Macam ni bang, Arini tak percaya langsung Kak Zu bunuh diri tau…Arini yakin dia dibunuh!”

    “Eh, apa yang Arini cakap ni??…abang nak cakap pasal…”

    “Ya..ya… kita kena cari siapa pembunuh Kak Zulaikha bang…kita mesti! Arini dah tahu mana nak kita mulakan siasatan kita ni. Abang ikut saja okey?…Arini mesti lakukan ni, Arini mesti tahu apa yang sebenarnya terjadi!”

    Leon menggaru-garu kepalanya dan terus kebingungan dengan Arini yang hanya seorang penjual nasi lemak, tiba-tiba ingin menjadi seorang penyiasat kepada satu pembunuhan. Wajah gadis yang disayanginya itu amat bersemangat sekali bercerita, menaruh niat untuk membongkarkan misteri kematian Zulaikha.

    “Arini…abang ingat…”

    Tiba-tiba sahaja, tangan Leon disentap laju, Arini menariknya dengan kuat, mengajaknya pergi ke suatu tempat dimana dia menyedari di situlah tempat utama, bermulanya segala kisah…

    “JOM!!”

  • Miss Enn

    “Hukk! hukk! hukk!”

    “Mengapa Arini?…tak sihat ke?” Tanya Puan Sara. Jarang benar dia mendengar anak angkatnya itu batuk sebegitu.

    “Entahlah auntie…Ada orang mengata Arini barangkali. Kebelakangan ni, ramai pula yang benci kat saya…”

    “Hmm…maafkan auntie lah…badan tak sedap, nak masuk tidur dulu…”

    “Auntie, …Arini sebenarnya dah lama nak cakap. Hmm…maaf, tapi kematian Kak Zu, langsung tak masuk akal…tak ada sebab, langsung tak bermotif. Kalau dia membunuh diri, mestilah ada sesuatu yang amat menyakitkan hati atau hidupnya, tapi Kak Zu…gembira dengan kerjanya sebagai guru tadika, bahagia dengan hidupnya. Takkan kerana dia masih belum berpunya, dia mahu membunuh diri, TAK LOGIK!”

    “Huuhhh…emmm…entahlah, puas auntie terangkan pada Inspektor Jalaludin, TAPI…dia minta mayat tu di buat autopsi, auntie tak mahu! …terseksa dia dalam kubur!”

    “Tapi Auntie…kalau macam ni, dia lagi terseksa…Arini, yakin dia mesti dibunuh!”

    “???…emmm…sudahlah, auntie nak tidur.”

    Arini terus termenung sendirian, membakar semangat dia, mahu mencari keadilan, semuanya gara-gara bergaduh dengan Leon tadi. Cemburu betul Arini apabila melihat si Joy tu. Leon pun satu, menggatal!

    “Aku pelik betul…adakah benar Kak Zu membunuh diri? Atau adakah dia dibunuh? Jika benar, siapakah yang bunuh Kak Zulaikha? aduuuhhh…pening!”

  • azwa

    Di kawasan perumahan teres dua tingkat..

    “Aik, Kak Long.. menung jauh nampak? sampai naik tembus syiling tuh Kak Long tenung??.. apahal memalam nih mendung kelabu semacam jer Sarah tenguk?.. ada masalah berat ke?.. boleh Sarah bantu?”

    Sarah XXL yang baru selesai kerja meyediakan bahan-bahan untuk berniaga esok hari didapur, menjengah kakaknya Shasha diruang tamu. Dia yang berbaju-T sendat dan berkain batik lusuh menampakkan tubuhnya gempal tegak berdiri disebelah Shasha yang masih melamun. Basah wajahnya yang gebu macam kueh apam bermandikan air peluh. Sejak pulang dari pejabat, kakaknya itu hanya diam membisu. Ni mesti kes Azhar lagi nih! tak serik-serik.. dia mula serkap jarang.. selalunya hanya cerita itu saja yang keluar dari mulut Shasha

    “Kak Long!!..” Sarah XXL meninggikan suara setelah tiada respon dari Shasha.

    “Apa??.. kau nak apa!” Shasha sedikit berang bila lamunannya dikejutkan oleh adiknya. Matanya membulat menjeling Sarah XXL. Huh! tak boleh orang senang sikit! hatinya mendengus.

    “Laa.. itu pun nak marah..” Wajah Sarah XXL menunduk seakan terasa dengan layanan Shasha tadi. “Kita risaukan dia.. aleh-aleh kita yang dimarah!..” Rasa nak menitik air mata Sarah XXL jatuh.

    “Dah kau datang kat aku main sergah! mana aku tak marah! kau tak tahu ke aku tengah tension nih!.. hati aku ni sakit kau tau tak?.. tu nak kemana pula tu?” Shasha bingkas bangun membontoti langkah adiknya menuju ke muka pintu. Makin geram pula dia tenguk bila Sarah XXL tarik muka merajuk. Faham benar dia dengan jiwa cepat sensitif adiknya itu. Salah dia juga yang terlalu emosi.

    “Sarah, Kak Long minta maaf ok?.. Kak Long tak sengaja..” Dia meraih bahu Sarah XXL. Ingin memujuk kembali. “Maafkan Kak Long ya?..”

    Sarah XXL sekadar mengangguk kepala. Dan mengukir senyuman. Hanya Shasha satunya kakak kandungnya yang dia ada setelah kedua orang tua mereka meninggal dalam satu kemalangan jalan raya 5 tahun lepas. Sejak itu Shasha yang menyara hidupnya walau kadang kala tingkah laku Shasha banyak menguris rasanya. Dan kasih sayangnya pada Shasha tidak berbelah bagi.

    “Hari ni banyak laku nasi lemak kau Sarah?” Shasha cuba memancing ayat berbual. Jari jemari dia yang halus memicit-micit lengan besar adiknya itu. Sekadar untuk mengambil hati.

    “Selalunya Kak Long tak pernah pun nak ambil tahu tentang kerja Sarah? apa yang Sarah buat?ya lah kerja Sarah kan mana ada class macam kerja Kak Long.. kasar, hari-hari bau masam..” Sengaja pulang paku buah keras pada Shasha. Teringat dia masa mula-mula nak buka gerai nasi lemak, bermatian Shasha menentang dan bermangkuk dirinya dikutuk. Tapi berkat ketabahan dan semangat tak pernah putus asa, akhirnya dia berjaya. Tapi, itu dulu.. sekarang pelangannya semua dah lari..

    “Yalah Kak Long minta maaf lagi.. Kak long sibuklah sayang.. tapi, Kak Long selalu memantau tau.. ramai customer hari nih?” Dia menarik pipi Sarah XXL yang tembam. Sebenarnya pertanyaannya itu lebih untuk mengetahui perkembangan terkini Arini yang berniaga nasi lemak disebelah gerai Sarah XXL. Dia tahu adiknya itu terlalu benci, menyampah dan cemburu dengan Arini. Itu dapat dia lihat reaksi Sarah XXL bila dia melintas lalu dihadapn gerai mereka berdua.

    “Hmm.. Boleh la Kak Long.. mungkin agaknya minah sebelah tuh tutup awal, ramai costumer datang gerai Sarah..” Acuh tak acuh saja Sarah XXL menjawab. Terkenang sebaris nama Arini hatinya berulam benci…

  • Ruang kamarnya yang luas kini terasa terbuka, penglihatannya menembusi setiap dinding yang dipandang, langit malam menggantikan silingnya, bintang-bintang menyerikan lagi kenangan silamnya yang mulai menerjah laju…

    “Leon…I sayang you, tapi…emm..you tahu la kan…Azhar tuu… I’m so sorry, susah…both of you ada kualiti tersendiri yang I suka…”

    “It’s okay Zu…I understand, sebab itulah I mahu pulang sendirian this time.” Leon tertunduk sedih, angin di bukit tinggi itu meyapu pipinya. Seolah-olah memujuknya agar tabah menghadapi perpisahan yang bakal terjadi.

    Berdegup deras tiba-tiba jantung Zulaikha, meluru dia memeluk Leon, jelas sekali dia tidak mahu kehilangan lelaki itu, “Setiap cuti semester kita balik sama-sama, kan…apa pulak ibu kata nanti.”

    Leon mencium dahi Zulaikha yang terus rapat berada di dadanya yang bidang. Rambut ikal mayangnya diusap-usap lembut, “Hmmm…, I rasa nak cari tempat tinggal sendiri. Sudah terlalu lama auntie menyara hidup Leon…”

    “What?!…ibu akan bersedih dan mesti hairan dengan tindakan you!”

    “I akan explain kat dia Zu…for now, I terpaksa lepaskan you walau I teramat sayangkan you Zu…” Leon melepaskan pelukan Zulaikha dan beredar meninggalkan gadis itu di tanah paling tinggi belakang kampus mereka.

    “Leon, don’t go…LEON!!”

    “Huh??!!” Leon kembali sedar di kamarnya. Seluruh kenangan di bukit tinggi itu sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam di jiwanya. Di situlah bermulanya saat perubahan seluruh hidupnya…‘Ahhh…Arini, I miss you’ keluh Hati Leon, hanya gadis ayu itu sahajalah di hatinya kini. Namun, kegagalan yang lepas masih menghantuinya, sehingga dia hilang segala keyakinan… ‘Arini, abang inginkan kamu, tapi…’

  • anor

    Dia tiba di Cafe’ Coffee Cup sepuluh minit lebih awal. Sebagaimana yang dijanjikan Azhar datang tepat jam 11.00 malam. Walaupun sudah biasa berjumpa Azhar selepas waktu kerja, kali ini berbeza. Diam tak diam, dia berdebar. Kematian Zulaikha yang mendadak agak memeranjatkan. Apatah lagi, cakap-cakap orang yang dia membunuh diri. Amat memalukan, seorang Islam mengambil tindakan sebegini. Tapi, sebenarnya ada rahsia yang belum terbongkar.

    “Ada sesiapa tahu kau datang jumpa aku malam ni?” Azhar memulakan bicara, nada suaranya bergetar.

    “Takde, boss.” Sudin menjawab perlahan.

    “Kau dengar sini baik-baik, aku cuma boleh percayakan kau je sekarang ni, Leon macam nak bermusuh dengan aku. Aku sayangkan dia, dah lama kami berkawan. Aku tak nak apa-apa yang tak baik berlaku padanya. Esok, aku akan membuat keterangan berkenaan kes ini. Esok juga, aku nak kau jumpa Leon dan sampaikan dokumen dan nota ni pada dia. Lagi satu pesanan aku, kau mesti pastikan dia membaca maklumat ini. Aku tahu dia marahkan aku. Tugas kau juga untuk yakinkan dia yang ini amat penting.” Azhar memberi arahan. Sejak setahun lalu, Azhar memang rapat dengan Sudin. Dia semacam mata dan telinga Azhar.

    “Baik, boss. Saya akan buat seperti mana yang boss arahkan.”

    “Kau juga kena hati-hati, aku tak nak ada sesiapa yang syak. Arini juga, jangan sampai dia tahu.” Azhar menambah lagi.

    ***

    Zulaikha baru sahaja meninggal. Arini pula merajuk. Joy semakin manja, sikit-sikit hatinya goyah juga. Leon berbaring, memandang kosong ke siling. Tiga tahun dulu, dia memulakan workshop ini dengan galakan Azhar. Dia memang minat dengan bidang automotif. Sebab itu, mereka berdua bersahabat baik. Selepas tamat pengajian, Azhar memulakan bisnesnya. Kata Azhar, potensi workshop kereta import miliknya memang berpotensi. Pelanggan Azhar akan datang untuk servis yang rutin atau apa jua pembaikan yang perlu dibuat. Termasuklah Joy.

    Sejak Zulaikha meninggal, hubungannya dengan Azhar hambar. Hatinya sakit. Kenangan dengan Zulaikha terbayang-bayang diruangan mata.

  • nissya

    Joy hanya senyum sinis memandang Leon yang bersungguh-sungguh mengejar Arini.”Ahh..! perempuan jual nasi lemak tu celah kelingking aku aje!Sekali aku ketis…berterabur la tu!”Dalam diam Joy memasang plan untuk melenyapkan Arini terus dari kamus hidup Leon.

    Lelaki mana yang tak akan cair dengan Joy.Dia tahu menggunakan aset yang ada pada seluruh inci tubuhnya untuk membuat lelaki jatuh dan tunduk padanya.

    “Cik Joy..kereta dah siap dan ada kat depan bengkel!”pekerja Leon yang terpinga-pinga melihat adegan antara boss nya dengan Arini tadi memecahkan suasana yang agak tidak ‘nyaman’ketika ini.
    “It’s ok…i datang balik esok! Boleh tolong call kan cab untuk i?”Joy sengaja membiarkan kereta yang sudah siap itu tersadai dibengkel Leon.Dia akan pastikan kereta itu sampai ketangan nya malam ini atau pun esok dihantar oleh Leon sendiri.
    Lagipun dia sudah lama memasang pancing untuk menjerat jejaka ‘macho’ ini.Dia akan pastikan Leon rebah kepangkuannya..hanya dia.Bukan si Arini yang padanya tak ada ‘class’ tu!
    Joy tahu bagaimana caranya untuk mencairkan Leon yang masih kebingungan untuk memilih siapa yang bakal bertahta dihatinya.
    Akan dipergunakan segala lekuk dan lurah di setiap inci tubuhnya untuk menggoda Leon.
    Walaupun dia terpaksa menghangatkan tubuh sasa Leon.

  • …tanpa Azhar menyedari, daun pintu kayu jati bilik ofisnya, masih terkuak sedikit. Betis halus berstokin hitam hingga ke paras peha, sekilas terlihat sedikit olehnya, seolah-olah seseorang sedang mencuri dengar perbualannya.

    “Shasha??!!…Shasha!”

    Sepantas kilat kaki di luar bilik itu berlalu, bergegas cemas. Azhar mendengus-dengus, turut cemas. Kemerahan kulit mukanya yang putih kuning, marah dan geram pada setiausahanya itu. “Ahhh…habis aku kali nihh!!”

    Di bengkel Leon, Arini menanti abang angkatnya yang sangat disayanginya itu, dengan penuh sabar. Petang-petang begini, selalunya Leon pasti akan datang makan di gerai nasi lemak ayam kampung Arini. Namun, kelambatannya hari ini membuatkan gadis ayu itu keresahan dan tertanya-tanya kemana dia menghilang.

    Tiba-tiba, berkaca cerah matanya seketika apabila terpandang sebuah Porsche SUV Cayenne hitam meluncur laju menghampiri bengkel kereta mewah itu. Arini melonjak kegembiraan, lelaki pujaannya secara rahsia itu sudah pulang, namun wajah manisnya yang begitu ceria berubah malap, segelap hari senja apabila harapannya hancur luluh melihat seorang gadis cantik ada di dalam SUV itu, kelihatan sangat mesra dengan Leon…

    Sambil ketawa menghilai lantang, manja dan mengada-ngada, Joy melangkah keluar dari SUV itu dan berlari-lari anak berpusing ke arah Leon, seolah-olah mahu menyambut lelaki itu keluar dari kenderaannya. Leon hanya tersenyum, sedikit malu terserlah di wajah lelaki itu.

    Arini tersedak melihat gelagat Joy, skirt pendek dan seksinya membuai-buaikan lagi punggung bulatnya, meliuk lentuk, melemparkan tubuhnya kepada jejaka tegap itu. Renungan tajam Arini, akhirnya menusuk kalbu Leon yang dalam tiba-tiba dapat terasa seperti sejenis tenaga bergelumang, berpusing laju di dalam dadanya. Leon terkejut apabila terpandang gadis ayu itu merenung ke arahnya. Joy turut tersedar dari gurauan melampau mereka berdua,

    “Leon? Siapa ni?”

    “Hah??…ooo…emm ni, adik I…” jawab Leon, keresahan mulai berawan di kepalanya.

    “Oo..adik you…okay…” Joy perlahan-lahan melangkah merapati Arini yang masam mencuka senyumnya.

    “Saya Joy, girlfriend abang awak!”

    “Dia bukan abang saya, huh!!” cemuh Arini kegeraman. Terus sahaja gadis itu lari meninggalkan bengkel itu. Leon yang masih tertunduk malu dan teramat segan dengan Arini yang jelas begitu cemburu, menjerit memanggil, “Arini, TUNGGU!”

    “Leon, apa yang you cakap ni…kata adik, tapi lain pulak katanya…” terang Joy, keningnya terangkat-angkat senget sebelah dan mulutnya memuncung-muncung sombong, gayanya seperti mencemuh gadis yang baginya terlalu kampung untuk bersama Leon yang berada dan kaya, tampan pula, tinggi, tegap dan sasa.

    “Sorry Joy, you ambil lah kereta you dengan pekerja I okey…semua dah siap. Saya kena pergi…”

    “Eh nanti, Leon!…apa ni, minah kampung macam tu pun you nak ke??!”

    “Bye Joy!” Leon terus berlari mengejar Arini, walau cinta dan kasihnya pada Arini tidak pernah dia perbualkan dan mereka tidak pernah mahu membincangkan akan masa depan mereka. Sedikit-sebanyak, hati dan perasaan tidak dapat disembunyikan.

    “ARINI!!…Arini….” Leon terus mengejar gadis itu yang terus berlari, kecewa, malu, sedih dan amat berkecil hati dengan jejaka idamannya itu. Betapa pedih hatinya apabila Leon memperkenalkan dia hanyalah adiknya, walaupun dia tahu yang dia dan Leon belum diistihar sebagai ‘couple’ tetapi dia mahu Leon menganggapnya sebagai kekasih…tetapi lelaki itu terlalu susah untuk membuat keputusan.

  • anor

    “Hmmm … aaa …” Shasha tergagap-gagap.
    “Apa dia? Cakap je la … I sakit kepala ni”
    “Inspektor Helmi dari Bukit Aman cari En Azhar … dia nak boss datang beri keterangan pasal Zulaikha” laju Shasha menjawab walaupun terketar dengan sergahan Azhar tadi.
    “Tapi saya beritahu En Azhar tiada di pejabat, jadi dia sampaikan pesanan untuk boss ke Bukit Aman secepat mungkin. Lagipun, dia tak mahu sebarang spekulasi tentang kes Zulaikha digembar-gemburkan pihak media.” Dia menyambung lagi.

    Azhar terkedu. Akhirnya, dia akan terlibat juga. Tapi dia tidak menyangka secepat ini pihak polis sudah memanggilnya untuk memberi keterangan.

    “Shasha, kita tangguhkan pelancaran showroom ni”
    “Tapi, boss … Cik Joy dah setuju”
    “You faham tak apa I cakap tadi?” Azhar mula berang.
    “Baiklah, saya keluar dulu.” Cepat-cepat Shasha melangkah, malas dia hendak melayan Azhar yang naik angin.

    Sejurus Shasha keluar dari biliknya,
    “… kau kena tolong aku, polis datang tadi. Kau tau kan ape yang berlaku … Kita jumpa jam 11.00 malam, tempat biasa …” Azhar memutuskan talian.

  • Adam

    Perrghh! Sifu! Hebat tul ahh!! Adam rasa cam dpt tgk situasi yg berlaku kat pdng tuhh perghh…

    segan laks Adam nk sambung nihh! kikikiki…

  • “Azharrr…” panggil seorang gadis ayu, dari seberang padang yang melaut luas. Terpaling ke kiri dan kanan lelaki berambut pendek dan kemas itu namun, jelas sekali panggilan itu tenggelam di dalam tiupan angin yang bertiup kencang,

    “HAR !!” Jeritnya pula…sambil berlari anak merentasi, memijak rumput yang separuh kering dan lembab.

    “Zu !” Azhar mulai terpandang gadis yang memanggilnya. “Hei, bila balik kampus?!..” Tiba-tiba… “wo! wo!..oopss!”

    Kaki kecil Zulaikha yang berlari lembut, terlancar, terus hilang kawalan lantas tercampak ke arah Azhar. Kelicinan padang itu menguisnya, seolah-olah menolak gadis langsing itu ke dalam pelukan kekasihnya yang berbadan tegap, menanti, menerima dengan penuh kasih dan sayang. Mereka ketawa bersama, bahagia, gembira kerana dapat bertemu semula setelah tamat cuti semester.

    Di kejauhan sana…daun-daun kering gugur bertaburan di atas rambut panjang seorang lelaki tegap berbadan tinggi lampai yang berdiri senget, bersandar ke pokok Meranti Daun Putih memandang tepat ke arah mereka berdua. Bergetar deras jantungnya, seperti meronta-ronta kepedihan.

    Azhar terpandang teman baiknya itu, lantas melambai-lambai tangan, memanggil. Dia hanya mengangguk. Zulaikha yang masih dalam rangkulan Azhar, berpaling… “Leon! Jomlah!”

    “Encik Azhar?!”

    “Huh?? Shasha? Apa? ada apa??!” Bersinar putih menghimpit matanya, terkejut dan tersedar dari lamunan asyik, sebuah kenangan lama yang amat bermakna buat Azhar…

  • Miss Enn

    “Mmm…nothing else. You can go…tapi, any news tentang Zulaikha?”

    “Mengapa Encik Azhar? Pelik soalan you tu, ada apa-apa ke di sebalik kematian dia membunuh diri?”

    “Err..er…tak ada, tak ada apalah!”

    “Okey, saya pergi dulu.”

    Mata sepet Azhar menajam memerhati terus ke luar tingkap, kenangan bersama Zulaikha dulu-dulu, kembali bermain di tepian iras isisnya. Mengetap bibirnya seketika, seperti ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik lamunannya itu.

  • anor

    Ruang pejabat baru di tingkat tiga itu nampak luas. Pilihan kemasan dinding putih bersih dan susunan sofa warna merah saga menyerlahkan lagi suasana. Buku-buku permotoran disimpan kemas dalam rak hitam metallic di sudut bilik. Azhar tersenyum puas. Setelah lima tahun berusaha gigih mendirikan AZM Motors, dia boleh berbangga dengan ruang pameran merangkumi ibupejabat tiga tingkat di Damansara Perdana itu.

    “Shasha, jumpa I sekejap”

    Shasha yang sedari tadi asyik menyusun fail di luar sambil bergossip dengan Nadra, bergegas masuk ke pejabat Pengarah Urusannya. “I nak buat pelancaran showroom minggu depan. Please contact my friend…emmm, ini number handphone dia dan nama dia Joy, minta dia datang jumpa I esok pagi.” Lancar Azhar memberikan arahan.

    “Baiklah, En Azhar. Err Joy?…baru sekejap dia datang…”
    “What? …she was here?”
    “Tapi dah balik…En.Azhar nak buat apa dengan dia?” Bersungguh-sungguh muka Shasha bertanya.
    “Dia yang akan jadi pengacara untuk majlis pelancaran itu nanti…Hmm, mengapa awal sangat dia datang, mana dia pergi?”
    “Entahlah boss…sombong semacam je…macam bagus!”
    “Apa awak cakap?”
    “Err..err…tak ada apa-apa, emm…anything else?”

  • nissya

    “Emm..ehem! Boleh saya jumpa Encik Azhar?” Berdiri tegak seorang gadis yang punya aura yang sangat menawan dihadapan Shasha dan Nadra. Tiada salam ataupun ucapan dihulurkan sebagai tanda hormat ketika memasuki ruang ofis itu. Shasha dan Nadra masih terpegun meneliti setiap inci tubuh dan raut wajah gadis itu. She is so beautiful!

    “Hello! Azhar ada tak?!” Si gadis mula berang apabila pertanyaannya tidak berbalas malah dia diteliti dari hujung rambut sampai ke hujung kaki.

    “Err..aa ..so..sorry! En Azhar tak ada. Dia belum masuk ofis lagi” Tergagap-gagap Shasha membohongi gadis itu sambil matanya masih melirik pada gadis cantik didepannya. Cuba mencari kalau-kalau ada kekurangan. Perfect! She’s so gorgeous! Shasha merasa sangat irihati dengan kecantikan gadis itu yang tak mungkin dapat ditandinginya.

    “Oh..ok! Tolong kasi tau Azhar i datang.”

    “Nama cik…?”

    “Joy!” si jelitawan berlalu tanpa secebis senyuman mahupun ucapan terima kasih.

    “Ee..ee! Sombongnya! Harap muka jer lawa tapi sikit adab pun takde!” Shasha mengomel. Memang begitulah tabiatnya tak pernah diam. Dan yang paling teruk, dihatinya berbunga perasaan cemburu pada gadis yang datang mencari bossnya tadi. Sehinggakan dia sengaja berbohong kononnya Encik Azhar tiada.

    “Akak kenal ke sapa awek sombong tu tadi?” Shasha masih tak puas hati selagi dia tak tahu siapa gadis itu dan apa hubungan nya dengan Azhar.

    “Entah!” Nadra hanya menjungkitkan bahu sambil memuncungkan mulutnya.

    Diluar bangunan Joy sedang menelefon seseorang.

    “Hello sayang! How are you? Rindu la!” Dengan nada suara yang mengada-ngada dan manja yang terlebih-lebih Joy memulakan bicara, “Kereta i dah siap?..ala….tak kan i nak naik cab pergi sana? Please..ee… ambik i kat sini boleh?

    Ee..ee gediknya minah sekor ni memancing si teruna ditalian sana. Ternyata pancing Joy mengena. Leon yang masih sibuk dibengkel meninggalkan kerjanya semata-mata nak menjemput Joy. Habislah kau Leon. Kering kontang kau kalau termasuk jerat si Joy atau Joyah ni.

    Joy memandang sekeliling. Tidak ada satu pun tempat yang sesuai untuk dia menunggu Leon datang menjemput. “Mana ada kelas lepak kat kedai mamak…hishh! kotor…!” Joy membebel seorang diri.

    Tekak yang haus dipujuk agar bartahan sebelum Leon datang. Kurang-kurang pun mesti lepak minum-minum kat Coffee Bean ataupun Starbucks. Standard mesti kena jaga. Mana boleh stewardess macam dia minum kat tempat-tempat macam tu.

    “JOY!” suatu suara menyapa dari dalam kereta. Joy berjalan pantas menuju kearah suara itu dengan lenggok manjanya. Dia berjalan ala-ala catwalk menuju kearah Leon sambil tersenyum menyimpul di bibirnya tak putus-putus. Memang sah awek ni, control ayu!

  • Miss Enn

    Keesokan harinya…

    “Eh saya tak tahulah camana Encik Azhar punya taste ni…kalau macam Kak Nadra ni, Shasha fahamlah, tapi si Arini penjual nasi lemak tu??!…tak de class langsung!” Membulat berpusing mata Shasha berkata-kata, raut wajahnya jelas cuba membuatkan Nadra cemburu.

    “Kak Nadra jumpa dia ke semalam masa pengkebumian exgirlfriend Encik Azhar tu hmmm…playboy betul lah boss kita tu!” Dengusan kedengaran jelas, dari hidung Shasha yang membongkok panjang, mencemuh.

    “Hmm…dia ada kat situ, akak cubalah juga tonjol-tonjolkan diri. Tapi Azhar lebih suka kat Arini tu lebih pada akak…”

    “Eh Akak…apa ni, kata masih cinta, fight la kak!” jawab Shasha dengan kening-keningnya terangkat-angkat geram.

    “Alah…seganlah, lagi pun kan kelmarin majlis tahlil Zulaikha…”

    “Eh camana ex minah Encik Azhar tu boleh bunuh diri??”

  • nissya

    Dari jauh sayup-sayup kelihatan jenazah Zulaikha sedang diturunkan dari van dan diusung ke destinasi terakhirnya.Destinasi terakhir yang pasti akan dirasai oleh semua manusia yang bernyawa …perjalanan meninggalkan dunia yang fana ini .Tidak kira tua atau muda, miskin atau pun kaya. Semua akan mengalami detik perpisahan antara roh dengan jasad. Perpisahan yang amat bermakna bagi setiap manusia.

    Siang tadi berlaku sedikit kekecohan gara-gara tiada yang sudi memandikan jenazah Zulaikha, yang dianggap murtad.
    Semuanya kerana berita dan cakap-cakap orang yang mengatakan Zulaikha mati membunuh diri. Setelah campur tangan dari Pak Imam, barulah mereka bersetuju.

    “Auntie…jangan la macam ni! Tak baik meratapi jenazah tatkala dia hendak disemadikan. Redhakanlah.” Arini menenangkan ibu Zulaikha yang menangis sambil meratap dikuburan. Puan Sara masih tidak dapat menerima kenyataan atas kematian Zulaikha yang sangat tragis itu.

    “Zulaikha…jangan tinggalkan ibu…” Puan Sara meraung-raung sekuat hatinya setelah talkin selesai dibaca dan jemaah yang hadir mula meninggalkan perkuburan. Suasana petang yang sunyi dan bening itu bertukar menjadi riuh dan kecoh apabila Puan Sara enggan meninggalkan perkuburan itu meratapi kematian anak yang dikasihi.

    Arini yang sejak tadi menahan sebak tidak bisa lagi mengawal airmatanya dari tumpah. Sayu hatinya melihat ibu Zulaikha yang masih tidak dapat menerima kenyataan yang anaknya sudah pergi untuk selama-lamanya. Arini memberi isyarat kepada Leon agar membawa Puan Sara pulang kerana hari sudah menjelang maghrib.

    “Auntie…marilah kita balik! Hari dah semakin senja ni. Esok kita datang lagi…” Leon memujuk Puan Sara yang masih tidak bergerak. Lantas, Leon mulai memapah Puan Sara menuju ke kereta untuk dihantar pulang. Azhar yang turut berada disitu terkocoh-kocoh berlari anak menolong Leon memapah Puan Sara yang kelihatan begitu lemah tak berdaya untuk mengatur langkah meninggalkan Zulaikha keseorangan di ruang yang sempit lagi gelap dibawah sana.

    “hey..hey…! Kenapa aku ditinggalkan keseorangan disini? Aku nak ikut korang balik…!” Tiba-tiba…

    ” WAHAI ANAK ADAM!… apakah kamu yang meninggalkan dunia atau dunia yang meniggalkan kamu?”

    “Apakah kamu yang mengumpulkan dunia atau dunia yang mengumpulkan kamu?”

    “Apakah kamu yang mematikan dunia atau dunia yang mematikan kamu?”

    “Dimanakah tubuh mu yang kuat dan sekarang telah menjadi lemah? Dimanakah mulutmu yang boleh bercakap dan sekarang mulut mu telah menjadi diam? Dimanakah semua kekasihmu dan sekarang mereka mengasingkan diri?”

    “ketika kamu diatas punggungku kamu bersenda gurau, tapi ketika kamu diperutku kamu menangis. Ketika kamu berada diatas punggung ku kamu bergembira ria, tapi ketika kamu dalam perutku kamu menjadi cemas dan duka.”

    Zulaikha cemas mendengar suara itu. “Dimanakah aku? Kenapa aku tidak merasa apa-apa. Kenapa tangan dan seluruh badan ku
    sejuk dan kaku?”

    “WAHAI ANAK ADAM!…kamu sudah meninggalkan jasadmu dan kamu dialam Barzakh!”

    Zulaikha menjerit tanpa sebarang suara…kini baru dia benar-benar menyedari apa yang berlaku padanya. Perlahan lahan menitik sebutir demi sebutir mutiara yang berkaca-kaca dari kelopak matanya. Dia redha..

  • DINI

    Nadra kelihatan tidak selesa dengan adanya Arini di majlis tersebut. Puas dia menjeling melihat dari atas ke bawah, mencari apa yang menarik pada Arini sehinggakan Azhar sentiasa menyebut nama Arini tatkala berbual dengan Leon.

    Dia bermonolog sendirian. “Hmm…perempuan bertudung kegilaan Azhar, entah-entah di luar je nampak baik..tapi hati busuk!! Eeeee..geramnya aku! Asyik pula si Azhar pandang pompuan tu.”

    Arini terus memujuk ibu arwah Zulaikha, tangisan seorang ibu yang semakin menjadi-jadi bila melihat mayat anak kesayangannya diusung menuruni anak tangga.

    “Auntie..bertenanglah…kalau auntie terus macam ni,arwah takkan pergi dengan tenang… Redhakanlah pemergiannya.”

    “Mari auntie..kita menyusur ke majlis pengebumian arwah. Tapi auntie janji kena bertenang..kasihanilah arwah ye auntie..” Pujuk Arini lagi sambil memaut ibu Zulaikha bangun dan menaiki kereta Leon untuk ke tanah perkuburan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending Posts

Edit Template

© 2023 Created with Royal Elementor Addons