3 cara mudah mengundang jodoh

Razzi Rahman

Dah lama kita semua tahu berbagai cara untuk memikat lelaki/wanita untuk menjadi pasangan. Kita semua juga tahu berbagai cara menjaga pasangan. Tapi yang Brother Love hairannya, masih ramai lagi yang kecundang! Terkecewa dan akhirnya give up! “Malas aku nak fikir soal jodoh!”

…sebenarnya, apabila kita selalu dikecewakan, selalu gagal, itu adalah seumpama satu latihan untuk kita menjadi orang yang lebih prihatin dan bijak serta akan berjaya kelak.

Sebagai contoh, cuba anda dekati mereka yang selalu gagal, atau lihat diri anda sendiri yang berpengalaman dikecewakan. Sure, berbagai pendapat, pendirian, pengalaman yang anda dapat. Malah, anda juga semakin tahu erti cinta dan pasangan yang bagaimana yang anda harus miliki. Kalau balak/minah nak senang-senang kelentong, sure anda dapat meneka punyalah…. betul, tak? Hehehe…Jadi, jika anda putus asa, rugilah segala pengalaman yang sudah anda lalui itu. 😉

Seperti kita semua semasa kecil dulu juga, mencuba untuk naik basikal, mesti you all berkali-kali jatuh dulu, kan? Bro pun sama, mana boleh terus bawa je. Mesti rebah, sure luka…kemudian barulah boleh berkayuh 2-3 kali, then jatuh lagi. Setelah berkali-kali mencuba, lama-lama barulah kita pandai menaiki basikal, berkayuh bukan main laju lagi. Tapi jika semasa anda berkali-kali jatuh dulu, anda terus berhenti, giving up dari mencuba untuk menaiki basikal lagi, adakah anda akan pandai? Adakah anda boleh mengayuh  basikal? Tak mungkin, kan. 😛

So, jika gagal..teruskan usaha anda untuk mencari kebahagiaan yang anda impikan itu! Ingin bro berikan sedikit panduan khas untuk you all menjadikan diri berpotensi kearah perkahwinan. Haaa…bro ni memang suka sangat kalau you all kahwin! Cuma, janganlah lupa ajak bro pulak nanti, bro ni memang favourite makan nasi minyak 😀

Okey, cuba anda praktikkan 3 cara mengundang jodoh dari brother love ni :-

Cara 1 :  Sentiasa merasa gembira untuk orang lain. Maksud bro, bila kita lihat orang berpasangan, kita gembira untuk mereka. Bila kita lihat orang mahu berkahwin, kita rasakan gembira untuk mereka. Ini tidak, bila orang kahwin, mulalah kita nak mengata.

  • Relekla dulu, muda lagi…
  • Alah bukan bagus sangat mamat tu. Tak hensem pun…
  • Eee…macamana minah tu dapat mamat cam tu
  • Mas kahwin pun sebuah quran je, apa kelas
  • Kerja kuli je pun nak kahwin
  • Ishh minah tu bekas ni laaa…tak padan ngan lelaki tu…

Mungkin, ianya sekadar menyedapkan gossip sesama kawan. Tetapi, tahukah anda bahawa, sekali anda mengata tentang jodoh orang, seribu kali Tuhan lambatkan jodoh anda! Haaa…amacam? Kita selalu bertanya, manalah jodoh aku, mengapalah tak datang-datang jodoh aku…  😀

So, ubah diri anda terlebih dulu! Jadikan diri anda happy melihat orang bahagia, happy melihat orang berpasangan, happy melihat mereka yang berkahwin tanpa sebarang perasaan hasad dengki. InsyaAllah, jodoh anda akan happy datang kepada anda!

Cara 2 : Kelilingkan diri anda dengan mereka yang berpotensi, elakkan dari dikerumi mereka yang tiada masa depan. Cuba anda lihat diri anda sendiri, bro yakin you all sendiri pun melihat siapa disekeliling si dia yang nak diminati tu dulu kan? Kalau dia dikelilingi dengan kutu malam ke, jobless ke, penagih ke, tak normal ke…adakah dia berpotensi untuk masa depan anda?

Contoh : Jika anda wanita,

  • Kelilingkan diri anda dengan lelaki-lelaki yang berkarier, mempunyai keluarga yang baik. Berkawan sejujurnya dengan lelaki yang mempunyai personaliti yang menarik. Ramaikan kawan-kawan lelaki yang masih single tetapi inginkan sebuah perkahwinan.
  • Elakkan dari dikerumi terlalu ramai wanita supaya hanya anda yang menjadi tumpuan. Elakkan dari berkawan dengan mereka yang tiada masa depan, agar anda tidak dilihat sebegitu juga. Elakkan bersama wanita yang tidak minat lelaki. 😉

Untuk lelaki pun, lebih kurang samalah. kelilingkan diri anda dengan wanita-wanita yang baik, beragama, berkarier, personaliti yang menarik dan elakkan dikerumi wanita yang tidak baik serta lelaki yang meminati hanya lelaki 😉  Basically, ubah kawan-kawan anda agar penampilan anda juga turut berubah ke arah mengundang jodoh dan kebahagiaan yang anda ingin kecapi selama ini.

Cara 3 : Bantu seramai yang mungkin untuk ke jinjang pelamin. Apabila ada kawan lelaki atau wanita yang inginkan pertolongan, bantu mereka! Janganlah merasa kecewa jika si dia tidak berminat dengan anda. It’s okay! Apabila kita tolong dia, ramai lagi nanti yang akan menolong kita untuk giliran kita ke jinjang pelamin. PERCAYALAH!

Jangan risau sangat jika jodoh anda masih belum ditemui. Teruskan membantu mereka menemui jodoh mereka, bantu dengan seikhlas hati. Teruskan memudahkan kawan-kawan anda mendapat jodoh mereka. InsyaAllah, jodoh anda juga akan bertambah mudah.

Simple je kan? Sudah tentulah…3 perkara ini adalah perkara asas je yang perlu kita praktikkan dalam hidup kita sebenarnya. Bro harap you all terus berpegang dengan 3 cara dari Brother Love ni ya…InsyaAllah, berkat! 🙂

ikhlas,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

35 Comments

  • huihui~

    macam mane lak nk timbulkan rsa cinta kt pasangan kita klu kta sdar prsaan tu smakin berkurangan??

  • noura

    bro, if u can help me tell me how and show me how… kenapa noura always mudah jatuh cinta dengan orang sedangkan noura akan menikah tak lama lagi huik susahla nak buang semua ni.. dah kena marah ngan bakal suami pun noura masih tak serik huhu.. okay bro anything you want to respon juz email me yea…

  • Azeema : Mengapa, siapa yang tanya you tu? Tak boleh ke dia tanya macam tu? Hehehe 😀

    Simple je, lelaki tanya samada awak ada bf atau tidak because :-

    1. Dia berminat dengan anda
    2. Dia mahu mengambil awak sebagai kekasih
    3. Mungkin dia menyimpan perasaan pada awak tetapi tidak mahu terluka
    4. BUT…mungkin juga dia saja-saja tanya. Tengoklah kalau banyak tanya tu dia syok dengan awak lah tu 😀
    5. Mungkin juga dia ingin tahu, masih adakah lagi gadis secantik awak yang single 😉
    3.

  • azeema

    bro..nak tanye sket..ape yg menyebabkan seorg lelaki tanye soalan samada kite dah ade bf ke blum?bole tak senaraikan kemungkinannyeee…

  • Hi Anice…Im happy sangat that you dropped by and I thank you!

    Anice nak kongsi ke pengalaman you? Im willing to listen… 😉 Dan mungkin, kisah you itu akan menjadi pengajaran kepada kami semua.

  • anice

    salam bro….it happy to have this column …byk pengetahuan yg blh saya dpt thanks a lot 4 the opinion n advise…sebenarnya bro i juz recover frm frustration…

  • Annika

    thanks for all…..

  • ixora

    yelaa annika…
    buat keputusan yoo yooo
    smntara ada masa
    hehhhe
    alaa mcm i dah terkawin pun kalo takdir ckp no
    no….kena let go gak

    so idup kita thrill….hehhehe
    mcm i dulu apa i buat rasa sama je
    stimes lupa eh aku buat today ke last week
    but now

    i m new
    yea yea yea

  • achikz

    betul ckp sifoo ku itu.. jgn memilih kerana terpaksa… nnt diri sendiri terseksa…

  • Annika, betul kata CM tu…Raikanlah CINTA…let it bloom, let it flow…yang you tak nak kat bf you tu pasal apa??!

    Are you happy with him or not? Because you masih in contact, you must be really in love with him tuuu…

    Ke you ni, macam lagu Farah… “Antara dua” atau macam lagu bro, “Mana satu”

    If you are…then, just choose the one that can make you feel relax, comfortable and HOTS! 😀 …jangan sekadar memilih kerana terpaksa. Satu hari you will boiled up! BOOM!! 😉

  • Annika

    bro, complicated sgt rasanya i punya story ni. tapi pun..telahan bro tu ada betulnya. saya tak tau nak story mcm mana.. takpelah..saya simpan je..dapat perhatian u all pun dah bagus. at least..baca kat sini sikit sebanyak dapat refresh juga.

  • Annika

    Hi ixora..

  • ixora

    wah best tajuk ni…nape annika?

  • achikz

    ciss… ciss… nk kenakan aku jugak tu… ;p

  • Hmmm…okay, my guess is you ni sebenarnya dah ada yang punya, but at the same time you juga suka kat this guy? Betul?

    Kalau tak, takkan you nak chase dia away. At the same time you masih berhubung. You suka kat dia, tapi you tak boleh dengan dia kerana you married? engaged?

    Please tell me why you nak dia get lost from you, tell me why you nak lupakan dia. I wonder jugak… macam, “LOVE HATE”

    I’ll be waiting for your story. 😉

  • Annika

    hi bro,
    I terfikirkan ttg pendirian..mungkin i kena kuat pendirian dululah then baru i dapat berfikir rasional tentang hal ni. anyway, thanks.

  • Annika

    thanks for your reply Bro..
    yes dia ada dekat. masih berhubungan. i ni tak kuat untuk menentang perasaan i yang buta ni. kalau boleh i nak set my mind to delete his name from my life. i tak promise apa2 dan dia pun tak menjanjikan apa2.

  • Hi Annika, eh bro rasa Annika dah pernah tanya soalan ni kan dulu?? Bro browse balik…tengok. Hmmm I guess your problem tak solved lagi lah. Im sorry to hear that…

    Ok let me tell you this…why don’t you explain to me more about your situations. COntoh, masih jumpa ke? duk berbalas sms ke? or dia duk kacau you…tapi you dah tak layan ke…What is the promises that you’ve made?

    Because, ada banyak cara untuk benci orang Annika…tapi which one is the best for you, bro tak tahu. Maybe if I understand more about your relationship dengan dia now…I hope I boleh betul-betul tolong you. 😉

  • Annika

    Bro, saya ada satu hal yg mungkin simple bagi orang tapi berat bagi saya.

    bagaimana nak membenci seseorang yang kita masih suka?. i nak paksa diri supaya benci dan buang dia terus! get lost!

  • Awan – You suka bro rambut panjang, bro suka you rambut pendek 🙂

    Achikz – Nanti bro sambung ‘no komen’ you kat forum ek…hehehe 😀

  • achikz

    no komen…. ;p

  • Awan

    Suka bro rambut panjang! rambut awan ni pun pendek.

  • cybernetics mind : Untuk charge balik karen tu Cm, kena panggil Tenaga Nasional laa 😀 …hehe, nanti bro tulis tentang “to get the spark back” ok? 🙂

    Pandangan bro, setuju dengan apa yang Cm katakan tu…Well, you know selagi kita tidak tinggal bersama untuk masa yang lama, selagi itu segala-gala masih di kira misteri! Masih banyak yang terselindung…

    Orang kata, mengunyah pun tak terbuka mulut, melangkah pun bagai berjinjing! 😆

    Cuma, masalah di sekeliling kita, dan juga email2 yang selalu bro terima ialah masalah CINTA YANG HAMBAR…baik yang sudah berkahwin, mau pun yang tengah menjalinkan perhubungan cinta.

    Bagaimanakah kehangatan cinta dulu itu, boleh dingin? boleh tidak terasa lagi? Itulah yang bro tengah buat research, sambil menulis my next book.

    Maaf kaum wanita jika bro kata di sini, result dari research yang bro lalui bersama beberapa pasangan yang bro sendiri temui adalah, kerana perubahan pada wanita!!…So, kesimpulan bro buat masa sekarang, menjurus kepada, sekiranya kaum wanita mahu berubah, mahu overhaul, kemungkinan besar ia boleh mengembalikan kehangatan cinta lalu. NO OTHER ANSWERS!

    Apa padangan kaum wanita pulak tentang research bro ni? 😛

  • ixora

    JK

    jggn risau, kita pun akan melantun balik bila kita “disakiti”

    dont wori, kita ikhlas, kita benar, kita dah usaha

    akan ada jln KELUAR, masa aje menentukan

  • ixora

    aisya = dr nama A ( huruf pertama nama my X, tapi i suka nama aisya)

    natasya = dr nama N (hurufpertama nama 1, tapi my X suka nama natasya)

    so munculla

    aisya natasya

  • Jiwa kacau

    In a way cm, I agreed with u. Belum kahwin mmg xkan tahu byk prkara. Bila dh kahwin ni hah, mcm2 perangai org laki ni. Xpuas hati tulah, nilah. Dulu semuanya ok. Bila dh bertahun kahwin ada aje komplen. Nak salahkan kami wanita? Atau nak salahkan siapa?

    Nasib baik cm masih punya rasa untuk kembalikan karen tu. Klu laki lain xtahulah!! 🙁

  • Salam Bro…
    Kalau keluar buku baru tu…booking satu untuk CM, special edition punya, with your signature on it….

    [Sentuh pun dah hilang magic! Tak seperti dulu, tersentuh je tennnnngggg!!!]
    Hahahahah….CM tergelak besar bila bro bagi statement ni…..memang realiti bro, karen dah kurang…ahaks. Bro kena bagitau camner nk charge balik karen yg dah kurang tuhh…heheheh

    Camner yg CM katakan selalu….I will support U tambah2 plak bila bro kata nk keluarkan buku yang camtu (utk org yg dah berkahwin). Tak aci lah bro kalau bro dok bincang pasal org bercinta yg belum berkahwin tu sebab cinta sebelum kawin tu kengkadang macam iceberg… means banyak perkara atau perangai2 yg pasangan tak dapat “detect” lagik…hehehehe. To me cinta selepas kawin tu lagi sincere tarak cover2 punya….berbeza dgn cinta2 sebelum kawin, sedikit sebanyak sure nak cover punya…

    Apa pandangan bro?

  • IXORA : Uih cepat responze…ini mesti tengah online la ni ya? hehe.. Sabar lah ya ixora, ebook terbaru tu akan dipasarkan tak lama lagi, maybe akhir bulan July. “Khas untuk semua yang sudah mempunyai pasangan, kahwin atau belum” haaa…lain dari yang lain tu!

    Apa nama baby you?

  • ixora

    hehehe….tul bro, at least i masih laku yo yo yo…..even mrk tau i ada baby 6mths..(yg bagusnya baby tu dah jadi anak susuan…meaning sesapa kawin ngan i…tak batal ayaq semayang!)

    tak sbr nak tunggu ebook baru bro..

  • IXORA : Waaa…baru divorced dah ada orang melamar?? HEBAT!! Bro happy for you, jadi ke tak jadi ke itu lain cerita yang penting, masih ada sinar harapan untuk mu Ixora.

    Eh kalau you nak tulis sedikit-sebanyak cerita you kat sini, no problem. Tulis je, bro rasa ramai gak yang nak mengetahuinya. 😉

  • cybernetics mind : Waaaa…very-very interesting post from you. Pagi-pagi ni bro buka blog, teruja dengan kata-kata you.

    Memang benar, banyak perkahwinan walau masih bersama tetapi hambar, kering, longlai. Sentuh pun dah hilang magic! Tak seperti dulu, tersentuh je tennnnnngggg!!! 😀

    Tajuk-tajuk cadangan CM pun very interesting sangat. Bro akan consider untuk menulisnya. Sebenarnya, bro tengah menyiapkan ebuku tentang ini lah hehe…secret tu…jadi sebab tu limit lah sikit untuk bro keluarkan, takut nanti dah tak hangat lagi. TAPI, dari cadangan you, bro dapat idea baru. Thanks n Good job! 😉

  • ixora

    bestlaa tajuk baru bro

    i kan dah nak masuk 3 minggu ni….masihlaa lara jiwa tu bro, ehem….pagi tadi tepikir nak bw maid n baby balik kg kot jap

    biarlah tul2 jauh….KL-KB….hehheheh
    kalo tak setiap hari my X tgk baby….confuse..dia ni dtg tgk baby….(even kami kata nak jadi kawan…..tapi perasaan syg tu masih ada kan…)

    bro
    betullah, kalo kita suka alam rt, insya Allah ..jodoh yg lebih baik adakan.

    p/s: saya dah dilamar tau bro….hehehe
    (tapi tak semudah itu laaa kan….tak puas laa nak berforum di sini!)

  • ixora

    wah…….CM.
    bagus cdgn tu
    ini kira bagus ada lelaki yg berusaha utk kebaikan

    bkn apa stimes lelaki jarang may be ego…ehheh

    so for CM, ni 1st step
    browse link ini then pililahlah ecards yg sesuai itu ur dearie wife….

    http://lovinghugs.com/

  • Assalamualaikum bro….
    Orang kalau sedang bercinta memang kreatif…macam2 ayat boley kluar.

    Bro, CM cadangkan dalam posting2 yg akan datang, selit2lah plak cerita2 motivasi cinta bagi pasangan suami isteri plak. Kesianlah org2 lain macam CM ni yg kengkadang tu dah ketandusan idea untuk menyuburkan dan “merefreshkan” cinta. Pasal CM tengok bro, org2 yg dah kawin tu kengkadang tu takes thing for granteed jer, maklumlah sumernya dah dapat, apa lagi, buat tak kisaaah jer.

    For me, my weakness is kurang menzahirkan cinta melalui bait2 cinta eventhough I really luv my wife…..dalam bahasa mudahnya kurang romantik ler bro.

    Kat sini CM syorkan beberapa tajuk posting yg bro boleh bagi perhatian :

    “Love : Revisited”
    “Mengundang Kembali Cinta”
    “Renewal of Love”
    “Cinta : Melangkaui Gerbang Perkahwinan”

    [kalau bro dah pernah buat posting citer2 cam ni, CM mintak maap ler, pasal CM baru jer “kenal” blog bro ni baru dua tiga ari ni jer…]

    Komen skit bro….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending Posts

Edit Template

© 2023 Created with Royal Elementor Addons