3 kisah kesilapan saya

“Orang yang berjaya adalah orang yang mengaku kesilapannya!”

www.razzirahman.comIkuti kisah saya secara eksklusif…

KISAH 1 : PERTAMA KALI DIKECEWAKAN
Bro ni boleh dikatakan sangat suka jatuh cinta dan sangat suka dicintai. Suka sangat bercinta sehingga dunia bagai berada di alam lain. So, cinta pertama bro tidak kesampaian kerana my own mistakes! Bro telah ‘menipu’ tentang umur bro sendiri… Kerana masih muda tetapi kelihatan sudah dewasa, jadi mula-mula bercinta bro sudah melakukan kesilapan iaitu memulakan percintaan diatas dasar TIPU. 😉

Apabila bro betul-betul cintakan dia, I felt bad then…tentu saja I want to tell her the truth kan?! BUT…everyday duk cari the right time, lastly it became so many years…dan bila I finally have found the time… segala-galanya sudah terlambat. Dia sudah tidak dapat mempercayai bro lagi. SEBAB UTAMA, kerana dari mula lagi, bro dah menipu dia, bertahun-tahun pulak tu. SO…eventhough we are still in love, there are no more trust involved. Everything I said, dah jadi was-was dan curiga. All because I lied to her before. In the end of the day…she can’t stand it dan minta putus. Bro telah dikecewakan buat pertama kalinya…sedih sangat kerana it’s because of my own stupid mistakes! 🙁

KISAH 2 : TIADA PENIPUAN, TIADA LAGI RAHSIA
I’m a Capricorn…terkenal dengan sifat “determination” maksudnya, kalau bro nak…I will get it! Jadi, bila bro inginkan sebuah cinta, bro akan terus memburu cinta itu, all out!! So, kisah seterusnya ialah apabila percintaan yang lepas gagal, I’ve learned my mistakes. Bro tidak mahu menipu dan tidak mahu berahsia lagi…kerana apa yang bro belajar, pasangan kita inginkan “sepenuh kebenaran.”

TETAPi sekali lagi bro melakukan kesilapan… kesemua kisah hidup bro, telah bro ceritakan kepada kekasih baru bro itu. Segala-gala tentang perangai baik dan tabiat buruk bro, telah bro luahkan kepadanya. Segala rahsia hidup, cinta dan sebagainya telah bro bongkarkan kepadanya tanpa ada sebarang rahsia lagi! Kebetulan, dia suka bertanya. Kita pun, jujurlah…sebab tak nak buat the same mistake twice kan!
Tidak disangka-sangka, semua pengetahuan tentang diri bro, dulu dan sekarang telah dia jadikan SENJATA untuk mengenakan bro, menghina dan mengaibkan setiap kali berlaku perselisihan faham. Bagaikan tertikam pisau sendiri!…bro teraniaya atas kesilapan bro sendiri…well, bro terkecewa lagi. 🙁

KISAH 3 : DEMI CINTA KU TERUSKAN JUA
Capricorn juga adalah orang yang sangat setia!! Haaa… Jadi kesilapan bro yang seterusnya adalah, jatuh cinta membuta tuli dan juga beranggapan yang pasangan bro juga setia. Tetapi malang terus menimpa, berkali-kali pula kekasih bro itu berlaku curang! Terkena lagi beb, gua kecewa lagi arr…

Namun sebagaimana yang bro katakan tadi, I am a very LOYAL person. SANGAT SETIA beb. Tekad dan azam bro juga sangat strong. Bro tak suka berputus asa atau mengalah dengan cinta atau dengan apa perkara sekali pun. Dalam cinta, bro tidak akan berundur dari terus mencari cinta yang sejati malah, bro tambahkan lagi keinginan dan impian….kemudian memasang niat….

Niatnya :
Dulu hanya mahu mencari cinta tetapi kini, mahu mencari cinta dengan seorang gadis yang cantik, berkulit putih cerah, berbadan tinggi, berpelajaran, beragama, cantik…oops niat sekali lagi yang ini. Hehe..ahh, apa salahnya!

Alhamdulillah…di dalam pencarian, akhirnya bro berjaya temui seorang gadis dengan kesemua ciri-ciri yang menepati citarasa yang bro cari…bro juga telah berjaya memiliki sebuah cinta yang sangat bermakna dan yang telah lama diimpikan, dialah CINTA SEJATI saya!

TETAPI perlu diingat, sesebuah perhubungan itu…TIPULAH kalau bro kata sempurna, tiada pertengkaran, tak puas hati dan sebagainya. YANG PENTING, kita jangan berputus asa untuk mencari kebahagiaan. It’s out there…be prepared for it!!
And remember, sesebuah Kejayaan dan Pertemuan cinta itu adalah setelah beberapa kali kecewa dan tidak terkira berapa banyak kali bro gagal di dalam percintaan. Namun sifat bro yang susah putus asa, telah mendorong diri ini berazam untuk terus mencari dan mencari cinta yang sejati itu….

Bro pasti, you all semua dapat belajar dari kisah-kisah bro ni, kan?…harapan bro, seperti biasa, agar you all dapat menemui kebahagiaan di dalam percintaan, Insyaallah! 😉 …. “So anda semua juga ada kisah cinta?? Apa kata kongsi bersama di sini!”

 p/s : Sekiranya anda berminat mendapatkan ebook-ebook tulisan Razzi Rahman. Klik di sini untuk maklumat lanjut. *Dan dapatkan juga 3 pemberian percuma yang cukup menguntungkan anda hari ini. 

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
info@razzirahman.com

Trending Posts

Edit Template

© 2023 Created with Royal Elementor Addons