ย “Bila dah sayang, rela berkorban apa saja demi secebis cinta…”

Berkorban untuk dia yang kita sayang tu memanglah satu perbuatan yang sangat mulia… TETAPI sekiranya kita berkorban untuk dia yang selalu :-

  • Maki hamun kita siang malam kerana cemburunya
  • Mencemuh dan mencerca kerana sikap control freak nya
  • Menggertak dan mengamuk dengan kita hanya kerana tidak mengikut katanya
  • Angkat tangan, membelasah kita tanpa ada apa-apa sebab yang logik?
  • Melayan kita dengan dingin kerana sudah benci melihat rupa kita…

MENGAPA kita harus terus berkorban lagi kepadanya? MENGAPA harus kita tunggu dia lagi?

Sebenarnya, Razzi sendiri pernah terperangkap dalam cinta… Bukan setahun dua tetapi 5 tahun!! – Bila dia cemburu, dia akan meninggi suara, marah-marah, mengherdik keperibadian kita dan perli-perli kerjaya kita, mengata hina terhadap asal-usul kita.

  • Sengaja menghina agar kita HILANG keyakinan supaya kita setia padanya…Memang cara psiko!!

Dan kita pun, sayang punya pasal, kita pula yang minta maaf… “Sorry sayang I janji I tak buat lagi” – padahal kita tak salah pun. All because, dia dah psiko kita supaya kita rasa bersalah! – Anda pun pernah dalam situasi begini?

Lama-lama kita sedar dan tahu sangat perangai dia, so kita pun nak break lah kan, bila bergaduh je kita pun draw the line…cakap “That’s it!!” …konon tegas dan berani lah tu ๐Ÿ™‚

  • Break lah 1 hari, esok tu or beberaja jam kemudian tu, naaahhh dia datang pula merayu-rayu menangis-nangis.. Dan minta maaf giler-giler, siap sujud kaki…Kita pun terimalah dia balik…

Sebab kita masih sayang, sayangkan dia dan sayangkan perhubungan yang sudah terjalin lama. Sesetengah tu sebab dah ‘terlanjur’…kebetulan, cara dia pun macam nak berubah…sambung baliklah kan.

  • BUT, selang beberapa hari, aik?? …berulang balik kesemua sekali tabiat buruknya tu!

Mulailah kita asyik bertengkar balik, kita dihina balik, dimaki hamun dan diherdik balik. Sikap pemarah dia, cemburu dia, suka mengawal dan mengongkong dia kembali semula…

In my case, lagilah selebriti, mesti lah sentiasa ada peminat, ada yang selalu nak bergambar, flirting, usar-ushar, bagi hadiah, dan sebagainya… Bertambah lah cemburu dia…walaupun NOTHING sebenarnya.

  • So end up…bergaduh besar setiap masa! Jadi peristiwa bergaduh, bertekak, maki hamun, dan sebagainya tu terus bersambung-sambung episodnya…sehingga kita jadi pengecut, lemah dan sentiasa berada dalam ketakutan kehilangan perhubungan yang nyata TIDAK MEMBAHAGIAKAN PUN. Akhirnya, Kita putus, sambung balik, kita putus, sambung balik… TENSION GILER!

Sedar-sedar dahhhh 5 Tahun, 8 Tahun…10 TAHUN!!

  • Fuuu betapa ruginya hidup, kalau kita kahwin tak pa lah jugak…dah lah tak kahwin-kahwin, malah hidup kita pun tak terurus dan terumbang ambing tanpa sebarang penyelesaian. Nak start semula being single is not that easy… 5 tahun solo balik…and we are not getting younger!
  • Kesan dari terperangkap dalam cinta ni cukup menyeksakan beb, ia boleh buat kita jadi anti sosial, malu untuk bergaul, takut untuk bersuara… Kalau kita bernasib baik, kita bertemu dengan orang yang dapat membimbing kita kearah kejayaan dan kebahagiaan… Alhamdulillah, selamat…
  • If not, merana hidup beb… Nak continue dengan dia lagi double merana!! So nak, tak nak kena TEGAS dan BERANI membuat keputusan untuk keluar dari perhubungan yang menyeksakan tu dan meninggalkan dia!

YES!, memang amat susah hidup sendiri selepas bertahun-tahun punya kekasih, TETAPI…trust me, ianya LEBIH SUSAH hidup berteman jika pasangan kita tu hanya mencari salah kita, hanya hidup untuk bertengkar, menghina dan maki hamun kita setiap masa… Malah janji untuk berkahwin pun tak tunaikan! Kalau kita jadi kahwin dengan dia pun, pasti tambah merana hidup kita…tambah mudah lah dia pijak-pijak kita, akhirnya sebulan je kahwin, CERAI!

So, tiada jalan lain melainkan kita kena TEGAS & BERANIkan diri sendiri! Memang kita akan rasa rugi dan sayangkan perhubungan yang sudah berzaman terjalin tetapi percayalah jika kita teruskan juga perhubungan itu, kita bertambah rugi dan rugi lagi!!

  • Lebih baik rugi dan hilang 10 tahun perhubungan cinta, daripada terseksa sepanjang zaman!

Mulakan perubahan dalam hidup anda hari ini sebelum terlambat! Fikirkan maruah keluarga anda, maruah diri sendiri. Ingat – “TIADA SIAPA boleh halang aku dari membahagiakan diri aku sendiri!”

  • Please make the change FOR YOUR OWN FUTURE! Razzi doakan semoga anda bangkit, bersemangat dan berani berkata, “INI HIDUP AKU, PERASAAN AKU, CINTA AKU…JADI AKU BUAT UNTUK KEBAHAGIAAN AKU!”

p.s : Miliki pakej istimewa – Koleksi 3 ebook cinta popular – KLIK DI SINI

Love,
Razzi Rahmanย @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebookโ€ฆ



Apa komen anda? : [15] Comments