Tips Cinta


“Apakah cinta anda sebenarnya masih dijajah atau sudah merdeka?”

MERDEKA bermaksud…kebebasan atau lebih tepat lagi, bebas dari dijajah! …Apa yang ingin Bro Razzi perkatakan this time around adalah tentang cinta yang merdeka! Yang mana ianya juga bermaksud :-

~ Cinta yang bebas dari dikawal secara paksa
~ Cinta yang bebas dari dijajah secara mental.
~ Perhubungan cinta tanpa terpaksa merasa risau dicurangi.
~ Perhubungan cinta tanpa rasa takut akan kehilanga orang yang kita sayangi.

Jika perhubungan cinta anda tergolong di dalam list di atas, maka you’re the most luckiest person kerana memiliki Cinta yang Merdeka.

Actually, syukurlah kerana ramai diantara kita yang sudah pun memiliki pasangan. Namun, cuba lihat semula perhubungan cinta anda. Adakah cinta anda itu sebenarnya masih dijajah atau sudah merdeka?

I bet, cukup ramai yang memiliki cinta tetapi cinta yang masih dijajah!! Walaupun sudah sekian lama bersama, anda masih takut, risau, gelisah, dan selalu tertanya-tanya :-

  • Apakah perhubungan anda selamat?
  • Apakah pasangan anda curang?
  • Kemanakah dia pergi semasa aku tiada?
  • Mengapa dia tidak semesra dulu?
  • Mengapa hanya aku sahaja yang beria-ia sekarang?
  • Mengapa dia sudah tidak menelefon seperti masa mula-mula bercinta?
  • Apakah masih ada cinta? Apakah dia masih sayangkan aku?

Semua persoalan diatas ini adalah disebabkan anda memiliki cinta yang dijajah secara mentally dan cinta anda masih TIDAK MERDEKA!

Kerana, setiap perhubungan yang memiliki cinta yang merdeka, mereka… :-

  • Tidak terfikir pun pasangan mereka akan berlaku curang.
  • Tidak merasa hambar pun di dalam perhubungan.
  • Mereka tidak akan melalui masalah tentang tiada calls, tiada balasan sms.
  • Mereka juga saling merindu walaupun baru sahaja berjumpa.
  • Ingin sangat untuk dating, bertemu, dinner or lunch together setiap masa kalau boleh.
  • Kerana hangatnya cinta, mereka sentiasa berhubung, walau di mana pun berada.

Ini memberi makna pasangan itu memiliki cinta yang Merdeka, bukan terjajah dengan berbagai rasa yang mencurigakan hingga pasti menyakitkan hati!

SOLUTIONS : Sempena Hari Merdeka esok, please bebaskan diri anda dari dibelenggu di dalam perhubungan cinta yang dijajah secara paksa ini! Minda anda turut dijajah sehingga memaksa anda meninggalkan kehidupan normal anda, menjauhkan diri dari keluarga dan sahabat handai….hanya untuk dia yang langsung tidak menghargai anda!

Make your first step today, dengan menerima hakikat yang pasangan anda BUKAN untuk anda dan TIDAK AKAN  membahagiakan anda. If not, anda sudah lama Merdeka! Be strong dan KELUAR dari penjajahan ini!

Dengan ini juga Bro Razzi ucapkan selamat menyambut, 31 ogos 2010 hari ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke 53. Semuga diri kita dan minda kita semua tidak dijajah lagi! ;)

Salam Hormat
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Apa Pendapat & Komen Anda? : [11] Comments


Minggu ini, Bro Razzi telah bertanya dengan you all what type of article yang you interested to read. So, thank you very much for all fans, friends, visitors yang punya idea-dea yang hebat dan in fact exciting for me to write. So awesome! ;)

And the best part, it sums up to one title, “Is it Love or Lust?”

  • Idea by Gja  : “Apabila tengah bercinta dengan orang lain, tiba-tiba rasa dia bukan jodoh kita, lepas tu ada pulak orang lain yang datang dan rasa he’s the one, macamana tu?”

Pernah tak terjadi kepada anda? I rasa, ramai juga yang pernah merasa begini kan. This is the challenge that most couple will face. Bila dah kahwin lagi banyak cabaran sebegini huhu…Now what we have to ask, “Is it what happen because of Love or Lust?”

  • Idea by Bear Moo : “Why wives suka ada skandal dengan lelaki bujang?”

What I know, and see it myself. My own friend ni, selalu dikecewakan suaminya yang terang-terangan having affair dengan beberapa model dan gro’s. Nak tinggal sayang, nak bercerai takut hilang kekayaan yang ada. Apabila kesunyian, muncul lah pulak ‘toy boys’ – lelaki muda yang mencari pendapatan dengan memikat isteri-isteri kaya nihhh… adoi!

Again, whatever happen… “is it Love of Lust?” - I think after a while, it’s love for the wife, and lust for the toy boys, tapi nafsu untuk duit dia je laa kut ;)

  • Idea by Bunga Raya : Cinta lelaki towards, “perempuan simpanan” is it love or lust?

So idea ini yang menjadi trigger for me to write the article today, and you know what…the questions is remain un answered I rasa. Because it could be anything. Perempuan simpanan sure lah lawa kan, kalau tak takkan ada orang nak simpan. So kerana nafsu is for sure lah, jadi Lust is sure, does it he also in love, …I think it maybe a little bit of both.

Sebenarnya, apabila kita bercakap tentang LUST or NAFSU yang membara ni, kita kena hela nafas panjang-panjang dan tenangkan diri sebelum kita menjawab, “Why we do that, or why we feeling like that”

Because in my opinion, the first that we feel is GOOD LUST, rasa terlalu inginkan dia kerana :

  • Dia baik sangat, caring, loving so different dari yang lain
  • Kejayaannya, kekayaannya, kecantikan/ketampanan
  • Menepati cita rasa anda, sebagaimana yang telah lama anda cari-cari

All this are good lust, its normal…Selepas itu barulah datang nya LOVE.  Tidak mungkin kita tiba-tiba jatuh cinta dengan dia kan. Mesti kita suka kan something tentang dia, sukaaa sangat! TAPI, yang menjadi persoalannya, “Manusia memang tidak pernah puas dengan apa yang mereka ada.”

I mengaku I sendiri pun feeling the same. Kerana kita semua hanya manusia biasa…Walau kita sudah memiliki yang terbaik sebenarnya, tetapi kita masih terfikir untuk memiliki yang lebih baik, now that is BAD LUST!

Kadang-kadang susah juga untuk kita terus follow love without lust :

  • Kawan Gja, mungkin dia mahu bersyukur dengan kekasihnya itu TETAPI yang sedia ada tidak memberi kebahagiaan kepadanya, sebab itu kemahuan baru mulai muncul. Sebenarnya sudah berapa ramai lelaki lain yang hadir dalam  hidupnya Im sure…tetapi kerana kekasih yang bijak menjaga hatinya, lalu nafsu nya mulai membara untuk mencari NEW HAPPINESS.
  • Kawan bear Moo, seorang isteri yang memburu cinta muda, Im sure dia juga mahu bersyukur memiliki seorang suami. Tetapi oleh kerana suaminya tidak menjaga sewajarnya. Lalu, mulai lah muncul keinginan, nafsu memborak-borak inginkan NEW HAPPINESS jika suaminya betul-betul jaga, takkan dia nak sibuk dengan lelaki lain, I rasa.
  • Kawan Bunga Raya, pasti dia sudah mencuba bercinta dengan wanita biasa, yang single tetapi kemungkinan besar, wanita ini tidak bijak mengambil hatinya, tidak pandai membahagiakannya, asyik merajuk, asyik cemburu…itu membuatkan dia bosan, lalu mulai nafsu memborak inginkan kebahagiaan…memang dia patut settle je dengan wanita yang tidak complicated, yang tidak mempunyai orang lain, yang benar-benar menghargainya, tetapi hanya Perempuan Simpanan itu yang pandai menawan hatinya, that is his NEW HAPPINESS.

Cinta adalah satu proses usaha, BUKAN hari ini berusaha untuk memiliki cinta, esok dah dapat, Done! Thats it!…Nooo…kena terus berusaha! LOVE…Cherish it…Embrace it….Lust for it forever, ALL THE TIME!

Salam Hormat
Razzi Rahman @ Brother Love
www.notacinta.com

Apa Pendapat & Komen Anda? : 1 Comment


Sometime when we talk about feelings, closeness and terderness, we intend to forget the person that in the front of us is the person that we reaaaally like to be with. Tetapi, because of rapat sangat dah, sudah terlalu biasa dengan dia we forgot, that kita AMAT PERLU  menjaga hatinya!

Yes, anda sayang dia…Yes anda sedar that he or she is not a friend…and Yes dia bukan lawan, sebaliknya dia adalah orang yang you betul-betul ingin bersama. Tetapi why kena cakap lepas je? Why kena cakap selamba? Kata mengata…using all the words yang obviously…seperti tidak sayang,  seperti ingin berlawan, seolah-olah hanya kawan biasa?

You see…recently I got to know one girl ni. She’s very pretty laaa bagi mereka yang kat facebook ni. FB dia pun full…full with balaks. But, I dont know what’s her reason dia boleh nak add Bro Razzi pulak. So, okay lah…

Dalam seminggu dua gitu kita kawan, (NO scandal ya…) and she says that she likes me. And I said, dalam beribu-ribu lelaki single kat fb dia tu, why me? She said that she likes my way, and my smile. Okay lah…pandai gak la dia ngayat I. BUT…why? Setelah kita kawan… and getting closer… why your words changed?

I really can’t stand her words! Macam budak tak sekolah…kampung sangat! Bukan kutuk orang kampung…in fact orang kampung pun jauh lebih berbahasa daripada dia. I tak nak mention what’s the word she used, and how she use it…because terlalu, to me la terlalu kasar…dan tidak ada kelembutan dalam ayat-ayat dia. Cara dia bercakap dalam gurauan dia macam…bukan lucah, tetapi kotor sangat.

Till I decided, “MALAS AKU NAK LAYAN LAGI!” …you see, I admit I kenal ramai kawan wanita. But a true friend la. A real friend yang dah 10-20 tahun kawan pun tak pernah bercakap macam tu dengan I. We’re still great friends dan still mesra. We can gossip about guys…girls…talk about anything! YET…masih bercakap sopan dan tidak menjengkelkan!

  • All I want to say here is…KETAMPANAN atau KECANTIKAN seseorang itu BOLEH HILANG hanya kerana bahasanya…kerana, kecantikan sebenarnya datang dari tutur katanya, tingkahnya dan choice of words that you use. This girl yang lawa ni, macam model-model korean ni…boleh make me turn off! Why? Sebab mulut dia…kalau orang sekarang kata “MULUT MACAM…p@I\It#T” haaa…

Come to think this back…kesian pulak kat dia. Bagi balak-balak yang duduk melayan dia siang malam kat Fb tu maybe can take it la the way she talk dan gurau bodoh dia because balak entah datang dari ceruk mana…but for me, hmm…I dont think I can.

To me Bahasa menunjukkan bangsa, agama dan keperibadian…Tidak salah kita nak berbahasa dengan slang apa sekali pun, atau cakap lu gua ke, rock la lu beb…chayiok ke, whatever all that is slanga satu dunia….

Tetapi, apabila seorang wanita yang cantik, punya karier, punya her own business pulak tu, tidak menjaga keperibadiannnya… dengan menggunakan bahasa yang kotor all the time, bergurau dengan menjatuhkan air muka kawan, bercakap tentang segala najis dalam dunia ni…and you laughed about it…

  • well, to me you ain’t got no class at all in fact, no class can fit you. Macam ni ke sayang?…or kawan?…cakap lebih seperti LAWAN?!

Now you asking me,

  • “Why Im not interested to be your friend anymore?…why dont you ask yourself, Why you surrounded by man, but none of them want to be your lover, jauh sekali nak jadi your life partner…why?”

Salam Hormat
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com/buku

Apa Pendapat & Komen Anda? : [7] Comments


“One thing tentang wanita yang cukup senang untuk lelaki dapatkan adalah rasa belas kasihan!”

Bila lelaki bercerita pada anda wanita, yang dia terseksa, jiwa merana kerana kekasihnya yang tidak menghormatinya langsung dan diperbodoh-bodohkan, hati anda berkata apa?

  • “Kesiannn…”

Apabila lelaki berkata, please lah jangan lah you buat diam macam ni, I tak tahan sangat, I rasa kehilangan you, I’m lonely sangat2.. Apa anda kata?

“Kesiannn…”

Apabila lelaki bercerita betapa susahnya mendapat kerja, hidup melarat seperti peminta sedekah, rasa seperti mahu mati…Hati anda longlai dan mulai berkata…

  • “Kesiannn…”

Apabila lelaki berkata, dia asal dari kampung, MC Donald, KFC…tak pernah masuk, tv pun black and white. Jadi, dia bukan setaraf dengan anda. Anda jauh lebih hebat darinya….anda pun terasa? Memang…

  • “Kesiannn…”

Kononnya duit habis kena beri kat isteri yang boros, now hidup susah…kena queen control! Katanya, “apalah nasib I ni, terhina rasanya dengan isteri sendiri” - anda yang single ni pun mulai rasa merasai keperitan hidup si lelaki yang sudah berkahwin tu. Saban hari, kisah sedih yang sama diceritakan… Hati anda mulai cair… Kata anda,

  • “Kesiannnnnn!”

KASIHAN WANITA! Bulat-bulat KENA TIPU, KENA KELENTONG!

You see…oleh kerana lelaki tahu akan kelemahan wanita inilah, semua situasi di atas dan banyak lagi situasi-situasi lain digunakan oleh lelaki dengan sengaja…inilah CARA menggoda wanita dengan mendapat belas kasihan dari mereka.

This is men’s DIRTY TRICKS! Wanita harus peka dengan tipu helah lelaki ini. Dan ada berbagai-bagai cara lagi. Ini baru sedikit tetapi yang ini pun sudah cukup untuk membuat kaum wanita lemah lutut, dan sanggup putus keluarga, hilang kawan, bergadai dan berhabis harta dan wang ringgit…all because “kesiannnn”

Sebenarnya, Bro Razzi sendiri sudah berkali-kali cuba selamatkan wanita dari terjerat dengan manis mulut lelaki. Tetapi, kebanyakan wanita at this level. KERANA CINTA, it clouds their judgement. So, at this time kita cakap apa pun wanita tidak akan dengar. Frust!

==================================
Let me tell you a story, Satu kisah benar :
==================================

Girl ni I gelarkan dia, Z lah. Z ni, very modern girl, outstanding, berkerjaya tinggi, higher educations, ayu dan cantik. Kalau dia nak kat I pun I nak kat dia hahaha…Lawa! Baik pulak tu…

The problem is, umur dia sudah lebih sedikit…going to be 30 tetapi masih single. Which is to me, that’s not really a problem. The real problem is….Z terlalu baik!!

Sebabkan terlalu baik itulah, dan kononnya setia kepada boyfriend dia itulah…dia masih menunggu boyfriend yang berjanji nak kahwin ni dari 8 tahun dahulu lagi! You see, how many years that she have lost? All her youth…hilang, all her beauty gone…just because??…. “Kesiannnn”

KASIHAN Z! Kerana sifat dia yang terlalu baik, kelemahan dia yang cepat kesiankan orang, Z sendiri yang merana….On top of that, why Z minta pertolongan dari saya? Kerana sudah 4 kali tangkap boyfriend dia tu curang!

Kali ke 4, baru nak cari pertolongan? Dan masih cakap,

  • “Tak apa sekali lagi dia buat baru I betul-betul tidak terima dia lagi!”

Hello?! Maknanya, balak dia tu…boleh curang untuk kali ke 5 lah kan? Adoi….nak jadi pemaaf pun, sekali sudah lah. Second time, curang jugak tu, time to get off!!

You all boleh imagine tak? Boyfriend dia curang, dia dapat tahu or dia tangkap…and then marah sekejap, and lelaki tu kata,

  • “I lonely, I frust you tak ada…sorry I tak buat lagi” ….bammm!
  • “Okay sayang, sayang jangan buat lagi ya…” Z punya jawab, adoi! :lol:

I tanya dia why you maafkan dia?

  • “Dia orang kampung Razzi, KFC pun dia tak kenal, Mac Donald pun tak pernah masuk…kesiannn kat dia. Dia sorang-sorang je kat KL ni”

Kemudian, the last time mamat ni curang, the 4th time tu kan. I’m very sure at this time…mamat ni dah terer, dah 8 tahun hidup di KL. So, bila kantoi kali ke 4… dia boleh buat-buat,

  • “I confused sebenarnya, sebab bukan I yang nak kat girl tu…girl tu yang duk pujuk-pujuk I, girl tu yang duk layan I, I tak nak kat dia…saja je gi keluar makan dan tengok wayang as friend”

Tapi why kantoi kat rumah? Sebab lu confused? Sebab kepala bawah tak ada otak? Hahaha… adoi! TAPI yang paling KASIHAN WANITA YANG BERNAMA Z ….jumpa I nak minta tolong masalah cinta…BUKAN  kerana balak dia yang sudah 4 kali kantoi, tetapi kerana nak tahu bagaimana nak handle minah yang kacau balak dia!

Mak ai…itu masalah yang dia nampak? Dia tak salahkan boyfriend dia pun! The girl yang mengayat balak dia yang dipersalahkan. Kesian Z, she’s so naive! Hidup dalam kepura-puraan, in denial. Dia tidak mahu menerima yang boyfriend dia ni JAHAT, PENYANGAK, KAKI POMPUAN!

So, wanita sebegini…sebenarnya terlalu ego dan sudah tidak dapat ditolong lagi. Berkali-kali dicurangi, dibohongi tetapi masih menerima lelaki yang tidak seberapa mana tu pun. Bukan hensem, bukan kaya, bukan baik… ALL hanya kerana boyfriend dia ni pandai berlakon innocent. Depan dia macam budak baik yang tak pernah keluar rumah!

At the end of kisah Z ni, I did give a great advise yang I rasa ramai yang telah I bantu dan berjaya. Caranya, simple je. Seperti dalam buku terbaru I 101 nota Mencari Cinta tu, yang ramai girl kat sini dah ada tu. Rujuk balik!!

I minta dia jadi WANITA MAHAL. Mahal dalam semua segi, no calls, no sms, for few days, avoid dari jumpa dia, avoid menolong dia, avoid bagi pinjam duit, avoid semua! Biar dia yang call, tu pun jangan angkat dulu. Leave him for a week at least! And he will come to you…he will menyerah kat you, kalau dia betul-betul sayangkan you dia akan sujud you I’m very sure.  Percayalah!

Jika dia tak datang, maknanya dia bukan lelaki untuk you, dan dia bukan nak kat you sangat. So, move on! Tinggalkan kehidupan you dengan dia.

Then dia tanya I, nak mahal sampai bila?… I jawab, jadi MAHAL sampai bila-bila!

  • “Eh takkan macam tu Razzi, kesian la kat dia!” - You all tengok jawapan dia…adoi, sibuk fikirkan orang, diri sendiri merana sampai dah nak masuk 30, tak fikir langsung.

At last dia buat exactly macam I suggested…and you know what, hanya dalam 1 hari… mamat tu memang datang menyerah kat dia balik, menangis-nangis. BUT my advise apa? Jangan bagi muka lagi dan MAHAL sampai bila-bila!

Tapi Z, dalam 1 hari tu lah juga dia terima boyfriend dia tu dan memaafkan segala-gala perlakuannya. Z did call me and tells me what she did…siap tolong bagi alasan kat mamat tu lagi, katanya, boyfriend dia dah berubah…dan berusaha kuat untuk memenangi hati dia, dan sudah tidak keluar dengan girl lain. Kesian kat dia merayu-rayu kat I, I tak sampai hati…

  • “Dalam 1 hari, berusaha kuat?!!… at least sebulan dia merayu, dan melakukan apa sahaja untuk dapatkan you, that barulah boleh consider!”
  • My last words to Z, “You’re making the same mistakes, over and over again!”

- and true enough, tak sampai seminggu, Z contact I, cakap balak dia buat hal balik and minta my advise again. I said,

  • “Sorry Z, unlike you, I dont do the same mistake twice!”

Minta maaf la kan, once I help… I expect you to help yourself. Tapi you sendiri, tidak mahu membantu diri you…you dont expect anyone to help you again la…pity you! And kasihan Z, KASIHAN WANITA… namun, apa lah guna kita kasihankan mereka, jika mereka sendiri tidak kasihan kan diri mereka sendiri.

Salam Hormat
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com/buku

Apa Pendapat & Komen Anda? : [4] Comments


Selalu kita tengok movie, especially murder movie or war movie, or even cerita cowboy… dalam movie tu selalu mempunyai 1 scene dimana di waktu genting tu, the hero hanya ada the LAST BULLET kan?

And then movie tu akan tunjuk muka masing-masing cemas, sebab, kalau peluru terakhir itu miss, habislah peluang. Matilah harapan! Hehe…Or kadang-kadang they show they have the LAST CHANCE, kalau melepas…mereka akan mati!
DAN selalunya, 1 peluru itu atau 1 peluang terakhir itu akan mengena yang jahat dan hero menang! TAPI itu happen only in the MOVIES!! ;)

In a real life, untuk dapat Peluang ‘last bullet’ itu pun belum tentu kita dapat! Untuk mendapat peluang terakhir pun, susah! Malah peluang yang hadir tu pun jauh lagi untuk kita berjaya walau jika kita dapat melepasinya!

And I call this PELUANG 1/10. Yeeaaaup!… LIFE’S SUCKS!! But like in the Karate Kid movie, Mr Han says to Dre,

“You taught me very important lesson, Life will knock us down, but we can CHOOSE whether or not to stand back up.”

Apa yang penting to me here adalah kita punya peluang untuk memilih! …

  • Kita boleh pilih untuk terus berduka kerana frust dalam cinta.
  • Kita boleh pilih untuk terus menangis dengan kehilangan something or someone
  • Kita boleh pilih frust, marah, geram dengan orang yang kecewakan kita dalam apa perkara jua…

OR…

  • Kita boleh sayangi diri kita lebih dari segala-galanya.
  • Kita boleh keep moving forward, walau berapa kali kita ‘rebah’
  • Kita boleh kenang kekalahan lalu apabila kita sudah berjaya
  • Paling best, kita terus bergembira, enjoy life, make the best and the fullest happiness of our lifes in anything that we love to do!

So, which one is your choice? CHOOSE! You see…Peluang 1/10 come and go…peluang untuk merasa gembira, come and go, merasa bahagia sekejap…and then surely rasa frust dan kecewa. Thats to balance this universe. Yang penting…WE GRAB ANY CHANCES THAT COMES ALONG… GRAB IT!

Sure you all akan cakap, takkan nak pilih gitu je, kena tengok dulu, kena rasa dulu, kena fikir dulu. Well, DO THAT! …tapi janganlah sampai lama sangat hingga terlepas peluang depan mata! I know, It’s hard… It’s tough tapi kita harus menempuhinya dengan tabah untuk merelakan diri kita MEMBUAT PILIHAN PADA PELUANG ITU…

Apabila you mendapat peluang apa saja, peluang bercinta ke, berkenalan ke, berkawan ke, FEEL it…suka atau tidak…Kalau rasa suka, then THINK all the hassles, then you still rasa suka?, well Grab the chance babe. Jangan tunggu-tunggu lagi.

Kita jangan sesekali membiarkan sahaja peluang 1/10 yang hadir berlalu begitu saja. “We’ll never know which is good which is bad… who is the best? And who is worst? What we can do is, just have to give it a try! IT’S OKAY TO MAKE MISTAKES ;)

 ============================================

Di sini, I want to again congratulate to all the contestant for the Best Personality Contest yang I baru sahaja habis jalankan. 76 peserta dan 24 orang pemenang! Wow…what a big contest kan…

To me, anda semua adalah pemenang! Kerana anda tidak melepaskan peluang 1/10 itu. Apabila anda sudah mencuba…sekurang-kurangnya ANDA TAHU what it’s like… dan Pengalaman itu lah HADIAH PALING MAHAL!

So that part, I do really enjoy it. I hope you all pun sama.

  • p.s  Kepada yang terlepas peluang untuk mencuba, Bro Razzi & Team RRP sedang menjalankan satu lagi contest yang lebih besar dan mencabar, it’s for my Pagi Band. “Pencarian Bakat Baru Video Clip Kerana”

Like I said, we will never know until we try so, percubaan itu sudah satu kemenangan! How about, you all give it a try in this search pula? ;) KLIK DI SINI UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT…

Salam Hormat
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Apa Pendapat & Komen Anda? : No Comments


Adoi, sedapnya bahasa memanggil orang tu kan, “hoi..hoi!!” Dalam movie Do Re Mi, Kata Do pada Mi yang bercakap kasar pada seorang lelaki bangsa Singh,

“Bahasa menunjukkan Bangsa tau”

Di sini, apa yang saya nampak ‘P.Ramlee’ maksudkan BANGSA adalah bukan bangsa Melayu, Cina, India mau pun Singh. Tetapi, maksud sebenar dia adalah sesiapa yang berbahasa dengan cara yang tidak elok, maka dia ini dari bangsa…

  • Bangsa kurang ajar - “Oi bodoh, kau ingat ini bapak kau punya?!”
  • Bangsa sombong - “Pakaian aku yang mahal je, tak main lah macam kau”
  • Bangsa suka menghina - “Taraf kau ni, nak glamor muka tak malu jangan perasan laa”

Haaa…ada berbagai-bagai bangsa lagi kalau nak kita fikirkan. Bangsa bodoh sombong, Bangsa pemalas, Bangsa  baran, Bangsa terlampau cerdik, Bangsa perasan bagus…

So, hakikatnya, BAHASA yang kita guna itulah yang menunjukkan BANGSA apakah kita ini. Cuba kita renungkan semula , apakah kita berada di dalam mana-mana bangsa yang Bro Razzi perkatakan tadi? Hehe…harap-harapnya tak adalah. Sebab…kerana mulut badan binasa beb!

Mungkin selama ini ramai yang tidak sukakan kita, tapi kita tak sedar. Mungkin selama ini orang-orang disekeliling kita hanya berlakon baik berkawan dengan kita, hakikatnya semua membenci mulut kita, pernah anda terfikir? Malah kita pelik, mengapa kita susah memiliki kawan apatah lagi cinta. Ini mungkin kerana bahasa yang keluar dari mulut kita beb ;)

  • Ramai juga sesetengah orang yang begitu bangga dengan diri sendiri yang suka berterus-terang, “I ni cakap lepas je,  tahan lah ya.” - tapi bila kena kat dia, tak tahan pulak tu. Hmm rasanya tak ada masa orang lain nak tahan dengan mulut kita yang cakap tak berlapik tu…

BANYAK lagi cara untuk menegur dengan bersopan, Banyak lagi percakapan yang lebih mesra dalam memberi kritikan yang membangun. Sesungguhnya, ramai yang mahu berubah apabila mendapat teguran dengan lebih lemah lembut dan penuh kemesraan.

  • You see, dari percakapan kita, pertuturan dan cara bahasa yang kita gunakan itulah yang menunjukkan dalaman kita.

Apabila kita mengata, menghina, mengeji seseorang …kita terlupa melihat diri kita yang juga tida sempurna. Kita terlupa, jika diri kita pula yang dihina, dikeji… boleh tahan ke? Saudara mara atau adik beradik kita pula yang kena bahasa yang kurang ajar…bagaimana?

Obviously, jika bahasa kita kotor, cara kita kasar, cakap tidak berlapik…dalaman kita juga begitu. So bagaimana kita nak memikat sebuah cinta? Or even to have good friends? Bagaimana orang ramai nak sukakan kita kalau bahasa kita menyakitkan hati orang? Malah langsung tak mesra? Suka mengkirtik saja… boleh belah la kan.

Semalam kita persoalkan tentang Personaliti diri. Yang mana Bro Razzi katakan, jika kita mahu diri kita disukai ramai, jika kita mahu memiliki sebuah cinta sejati. Kita kena berubah! UBAH imej kita! Ubah cara, berpakaian, penampilan dan pertuturan, ubah yang menjadikan ramai orang sukakan kita!

  • You see, satu-satu personaliti yang terbaik merangkumi 3 perkara penting! Cara berpakaian, Corak penampilan dan Pandai bergaul.

  • Like I said, “First Impression, Last!” - maknanya, Pandang Pertama itulah yg akan diingati sampai bila-bila. - Dari jauh kita lihat cara penampilan dia…pakaiannya yang smart dan sopan. Lalu terdetik di hati… wow, lawanya or hensemnya dia…So dari cara berpakaian dan penampilan membuatkan seseorang tertarik pada kita dari jauh.
  • Kemudian apabila berdepan, cara pergaulan dan pertuturan serta bahasa yang kita gunakan yang menambat hati dia pula. Di sini faktor dalaman kita mempengaruhi kepandaian kita bertutur dan bergaul serta bijak mengambil hati kawan-kawan dan orang ramai. Dari sinilah ianya menjadi ukuran orang-orang di sekeliling kita, adakah kita boleh menjadi seorang yang mempunya Personaliti yang terbaik menarik dan diingati forever!

============================================

Now, artikel Bro Razzi kali ini tersangat penting untuk you all fahami kerana, pada hari Isnin ini, akan bermulanya satu cabaran buat you all, untuk menjadi seorang yang memiliki personaliti TERBAIK! Amacam? Boleh buat tak? Hehe…

Kali ini, bukan pop kuiz kecil-kecil yang seperti pernah dibuat sebelum ini ya, kali ini Bro Razzi akan adakan satu cabaran hebat, satu pertandingan besar yang boleh you all menangi dengan menampilkan personaliti terbaik dari anda.

“Ganjarannya? Hadiah-hadiah istimewa bernilai RM1000 bakal dimenangi! Interesting?!” Hehe… :D

~~~~~~~~~~~~~~~

Untuk mengetahui lebih lanjut jangan lupa untuk tune in to Brother Love page this monday morning okay. Good Luck! http://www.facebook.com/brolover

Salam Hormat
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Apa Pendapat & Komen Anda? : [4] Comments


istory is for us to learn from it not to forget about it!

Apabila bercakap tentang sejarah, I can just menggeleng kepala and smiles sebab… terlalu banyak sejarah pahit dan manis yang dilalui…sehingga membawa I ke sini hari ini. So many, kenangan terindah dan mistakes too…

Minggu ini, sejarah lalu berulang kembali, itulah yang I dapat katakan. Two kind of experiences and beauty history around me…Sejarah yang cukup indah dan juga yang amat menyedihkan. I’m pretty sure all of us pernah lalui kedua-dua sejarah ini.

Sejarah yang indah…

  • Well, eventhough each of us are belong to someone and somewhere, we do really enjoy to be in contact again. Mendengar suaranya pun sudah cukup menggembirakan. Apatah lagi dapat bermesej dan berbual walau hanya seketika.
  • Di hujung-hujung kemanjaan suaranya dapat dirasakan yang dia bahagia. Well, that’s good enough for me, walaupun tidak dapat bersamanya. Kerana sejarah will always be sejarah…yang berulang, pastinya rasa kasih dan rindu yang melantun di kalbu…Yes, I do miss you!

Sejarah yang menyedihkan…

  • Cukup sedih apabila my dearly friend, a girl, dikecewakan kekasihnya sekali lagi. Sejarah pahit berulang kembali dalam hidupnya. Frust juga I sebagai kawan dia, yang selalu berpesan padanya agar berhati-hati dan sentiasa berjaga-jaga…
  • Tengok-tengok, terkena lagi…Bro Razzi yang telah dapat membantu ramai pasangan, dapat menaikkan semula semangat mereka yang putus asa dengan cinta, and as Brother Love yang telah menemukan ramai jodoh…tak terbantu kawan baik sendiri kerana, ingatkan dia sudah belajar dari kesilapan lalu… aduuuhhh!
  • One thing about my friend ni yang I cukup faham…she always have her own opinion dan suka menegur. Well, as for me I understand tetapi kekasih dia? For sure bengkak punya…
  • Kerana, kadang-kadang tu kita tidak dapat mengelak, rutin kita sudah sebegitu. Bukan kita mahu menyusahkan pasangan kita, bukan kita sengaja tidak bersetuju dengannya, bukan saja-saja membangkang dan memberi pendapat sendiri tetapi, it just the way we are.
  • Mungkin kerana itu dia menjadi rimas, dan sudah tidak mahu lagi meneruskan perhubungan yang terbina. Lantas mencari berbagai alasan untuk berpisah…

Dua sejarah yang berulang, within same week… happy and sad mixed up!

You see, when we reached at this finish line…apa yang kita perlu sedar adalah, kita adalah kita…dan kita seharusnya menyayangi diri kita lebih lagi tanpa mengharapkan pada orang lain.

As long as ianya menggembirakan KITA. Yes, go ahead! Jika ia mengecewakan kita, YES it hurts, tetapi it will heal.

As usual…

“TIADA KEJAYAAN TANPA KEGAGALAN…TIADA KEBAHAGIAAN TANPA KEKECEWAAN!”

Kekecewaan membuatkan anda lebih menghargai sesebuah perhubungan. Kegagalan membuatkan anda lebih tabah menghadapi cabaran yang lebih hebat lagi, melepasi alam percintaan dan memasuki alam perkahwinan. Jika tiada kegagalan dan kekecewaan ini, perkahwinan anda nanti mungkin tidak akan bertahan lama, kerana anda dan dia tidak begitu menghargainya.

  • Kepada kedua-dua sejarah yang berulang ini… I’m happy to be around both of you forever and ever, because I’m always loves you ;)

p.s. :- Ingin mengetahui lebih lanjut kesemua buku-buku Razzi Rahman yang cukup memberi semangat di dalam cinta? sila klik di sini

Salam Hormat
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Apa Pendapat & Komen Anda? : [5] Comments


Yup! Telinga adalah satu equiptment yang sangat penting di dalam memiliki sebuah cinta. Hehe…bukan kerat telinga tu and then gunakan dia untuk memikat cinta ya, hahaha…belum terputus telinga tu you all dah meraung, menangis kesakitan dah :D

Maksud Bro Razzi adalah, gunakan telinga betul-betul untuk mendengar apa yang diperkatakan oleh dia yang anda ingin miliki. To win love, that’s all it take! LISTEN!

You see, perhubungan yang berjaya dengan cinta sejati… adalah bermula dari sebuah PERBUALAN. Capaikannya dengan 3 steps :-

  1. Dengar betul-betul apa yang diperbualkan,
  2. kemudian ambil berat tentang cerita yang diceritakan,
  3. dan sokong emosi dia….

Bamm!!  He OR She is yours! ;) Selalunya, apabila lelaki dan wanita bertemu… mereka akan mulai menyukai each other apabila setiap kata-kata antara satu sama lain, cukup menghiburkan dan sangat selesa di DENGAR! But, IF dari awal lagi perbualan you all, boring…borak punya borak sakit je telinga nak dengar,

  • “Alamak minah ni bosan laa…cakap cam bagus je”
  • “Eh eleh mamat ni…asyik cakap pasal sukan je, asyik cakap pasal dia je boring aarrr!!”
  • “Entah apa yang dia cakap, aku tak faham sikit pun…”

HADOO!! telinga pun naik letih nak buka…at the end of the day, you akan lalui saat yang sangat  menjengkelkan. My advise, belah lah beb! :D

Jika tidak you terpaksa suka apa yang you benci, you terpaksa berpura-pura minat kat dia, untuk memilikinya. Sampai satu masa you akan rasa rimas dan marah dengan diri sendiri…lastly benci dengan dia tanpa sebab!

So gals and guys, Listen! Listen carefully the conversations that you’re having. Actually, the first few lines tu you all dah dapat rasa dah… dia ni best atau boring to listen to.

REMINDER : JANGAN tertipu dengan wajah dia, perangai dia, tingkah dia yang cute, funny, mencuit hati anda, NO! DENGAR dulu apa yang dia bakal perkatakan. Then baru decide if he or she’s the one for you. Selagi tak dengar, tak duduk berbual, tidak berdepan dan mendengar kata-katanya… JANGAN buat keputusan dulu!

“Ya aku suka dia ni!”Ini adalah selepas you gunakan TELINGA you sebagai TOOLS untuk tahu adakah dia yang you bakal CINTA!

“Pernahkah anda betul-betul gunakan telinga anda sebagai kelengkapan yang sangat penting dalam mencari cinta?!…”

 p.s. :- Ingin mengetahui lebih lanjut tentang buku-buku Razzi Rahman yang cukup memberi semangat di dalam cinta? sila klik –> http://www.razzirahman.com/buku

Salam Hormat
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Apa Pendapat & Komen Anda? : 1 Comment


Artikel di petik dari buku terbaru saya -
101 Nota Mencari Cinta - Untuk Wanita.

Pernahkah anda bertanya kepada diri anda sendiri mengapa anda dikecewakan? Kemudian anda merasakan yang Tuhan tidak adil, menghukum anda dengan berbagai-bagai kegagalan di dalam cinta. Lalu jiwa dan minda anda berkecamuk dengan berbagai persoalan…

Sebenarnya, anda patut mengawal kuasa minda anda dengan menerima situasi ini sebagai satu ANUGERAH dari yang Maha Esa…

“Buang tabiat ke bro Razzi ni suruh kita anggap kekecewaan dan kegagalan di dalam cinta itu anugerah?”

Tip brother love : Saya melihat apabila sesebuah perhubungan itu gagal, let’s say… lelaki itu telah mengecewakan anda kerana ingin bersama wanita lain…

Bagi saya, anda bernasib baik! Kalau tidak, anda akan terus bersama lelaki yang curang dan jahat! Jadi, ada lebih baik anda putus hubungan dan gagal bercinta dengan lelaki itu sekarang daripada anda bersamanya terus. So, kekecewaan itu adalah satu anugerah untuk anda, kan?!

“Setiap kegagalan PASTI ada kejayaan, setiap perpisahan PASTI ada pertemuan! …anda baru putus cinta? Bersedia untuk menerima kedatangan cinta orang baru ;)

Itulah yang selalu terjadi kepada saya. Setiap kali I bertemu seseorang, bercinta, akhirnya berpisah…yes KECEWA, tetapi PASTI, ianya adalah kerana I akan bertemu dengan seseorang yang jauh lebih baik dari yang dulu! Paling penting, JANGAN PUTUS ASA!…

Mutiara Cinta Razzi Rahman
Bercinta banyak-banyak, then kecewa pun banyak…lagi cepat you all menghampiri bahagia beb hehe…”. Rugilah jika putus asa, sedangkan selepas kecewa, gagal dalam cinta…kita sebenarnya menghampiri kejayaan dan kebahagiaan di dalam percintaan baru. Dan I yakin tentang perkara ini kerana sudah berkali-kali happen to me!

Jadi, Bro Razzi juga percaya…untuk you all, it will be the same! Dan memang banyak kali I sebutkan perkara ini, in my blog, my book and ebook…

“kita gagal, kerana kita akan berjaya. Kita kecewa, kerana kita akan bahagia, dan kita berpisah, kerana kita akan bertemu dengan orang baru!” Percayalah! ;)

p.s. :- Ingin mengetahui lebih lanjut tentang buku-buku Razzi Rahman yang cukup memberi semangat di dalam cinta? sila klik –> http://www.razzirahman.com/buku

Salam Hormat
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Apa Pendapat & Komen Anda? : [14] Comments


Banyak kisah mistik yang cukup menarik tentang burung Phoenix. Dengarnya, bulu burung ini sangat cantik dan berwarna-warni tetapi rupa parasnya amat menggerunkan!

Ada yang mengatakan burung ini boleh hidup hingga 1000 tahun lamanya. Ada juga yang kata apabila ia tua, ia akan terbakar dan kembali hidup semula di dalam telur dan sarangnya akan dibakar api yang sangat panas untuk menetaskan telur itu.

You know, all kind of stories was told in many mythological creatures books dan juga berbagai-bagai jenis novel, movie, even lagu-lagu.

But, kisah yang paling menarik bagi I adalah kisah cinta Burung Phoenix yang diceritakan oleh Brother Love, nak dengar? Kikiki :lol:

Kisahnya bermula begini…

Kesunyian Puteri Burung Phoenix yang tinggal jauh tinggi di langit Firdausi telah membuatkan dirinya bosan dengan alam mistikalnya. Kegelisahannya telah memberanikan dirinya untuk cuba-cuba menjenguk ke lapisan-lapisan langit di bawah. Perasaan ingin tahu nya memberontak untuk turun ke dunia nyata.

Suatu hari,  nun jauh di bawah lapisan langit, si Puteri telah ternampak seekor burung helang yang terbang dengan begitu tegap dan mantap sekali, membuatkan hatinya tiba-tiba terus saja terpikat. Jiwanya begitu meronta kegembiraan dan amat teruja untuk mengenali si burung helang yang kelihatan gagah perkasa.

Terbanglah ia dengan begitu laju turun ke bumi menghampiri helang itu. Malangnya, sesampai saja ia mendekati helang itu, tiba-tiba kelihatan pasangan kekasihnya telah muncul dari sebelah sana dan terbang bersama penuh mesra.

Sepanjang hayat Puteri Burung Phoenix, ia tidak pernah sekali pun merasa kecewa. Malah ia tidak tahu pun bagaimana perasaan kecewa. Namun, peristiwa ini telah membuatkan dia merasa tersangat kecewa dan hampa…satu perasaan yang sangat asing baginya.

Tiba-tiba, dengan hati dan jiwanya yang parah… Puteri Burung Phoenix merasa tersangat panas dari dalam badannya, bahangnya mulai menular, terasa pedih sekali ke seluruh tubuhnya…bulu-bulunya kepanasan, warnanya mulai bertukar kehitaman, lalu perlahan-lahan terbakar membakar seluruh tubuhnya!

Puteri Burung Phoenix terjerit-jerit kesakitan, suaranya teramatnya nyaring, kuat dan bingit sekali. Bagai bergegar seluruh alam mendengar jeritannya dan merasa sakitnya… hinggalah ia lenyap menjadi abu.

Tetapi dari abu itu, dengan tiba-tiba…ia kembali bercamtum dan hidup semula! Bulu-bulunya kembali bersinar dan berwarna-warni. Badannya kembali pulih seperti sediakala.  Puteri Burung Phoenix, amat hairan dengan kejadian itu…namun dia tersangat gembira. Tetapi, dia kembali teringat akan kekecewaan cinta pertamanya, dia begitu hampa kerana tidak dapat bersama si helang perkasa…

Tiba-tiba, tubuhnya kembali terbakar…bulu-bulunya hangus serta-merta sehingga sekali lagi menjadi abu. Tetapi, ajaibnya, ia bangkit semula dari abu dan hidup kembali. Ia amat bingung dengan apa yang telah terjadi, lalu ia terbang kembali dan terbang ke arah mencari si helang tadi.

Sekali lagi ia kecewa melihat helang-helang itu yang begitu mesra bersama. Dan setelah beberapa kali lagi dia terbakar hingga menjadi abu, kemudian bangkit hidup kembali, Puteri Burung Phoenix mulai memahami yang rupa-rupanya, sudah menjadi resmi Burung Phoenix, ia akan terbakar jika merasa kecewa atau hampa.

Akhirnya,

Puteri Burung Phoenix bertekad, mulai hari ini, ia tidak mahu lagi memikirkan tentang kekecewaannya atau apa sahaja yang menghampakan dirinya. Sebaliknya ia mahu terus terbang tinggi dan memandang ke arah mana sahaja yang boleh menggembirakan hatinya, kerana ia tahu, jika ia memilih arah yang mengecewakannya, ia akan hanya membakar dirinya sendiri!

The end. ;)

REMINDER : “Lucky for her, ia dibangkitkan semula dan hidup kembali setelah terbakar hingga menjadi abu. For us? Di dunia realiti…bagaimana? Hehe… not a chance babe! ;)”

  • Jadi,  choose wisely your path. Jangan continously melakukan kesilapan yang sama. Malah memilih berulang kali mengecewakan hati sendiri again and again…LEARN FROM YOUR MISTAKES! CLICK HERE

Salam Hormat
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Apa Pendapat & Komen Anda? : [4] Comments


Next Page »