January 2008


ecerpen_razzi rahman

Aku amat menyintaimu tetapi jodoh kita tiada.., kini aku sudah dimiliki dan juga bahagia bersama isteriku yang kucintai tetapi setiap kali kesejukan malam mencengkam jiwa ini…

aku mulai  mengingatimu dan setiap kali itu juga aku mesti menitiskan air mata, mengenangkan perhubungan cinta kita yang hangat tiba-tiba terputus di tengah jalan. Sedih, sedih, teramat sedih…

 Aku seperti dapat merasa yang kau juga tak bahagia, namun sudah bertahun-tahun  kau dimiliki dia, tak mungkin kau meninggalkannya. Tapi bagiku, jiwa ini akan terus kekosongan jika tidak terisi dengan jiwa mu yang begitu lembut dan manja, membelai hati ini yang selalu keresahan.. Aku mahu mengejar kembali kasih yang hilang. Aida…I love you very much!…

Apakah yang patut aku lakukan dengan isteriku?…aku juga sayangkannya, aku tidak akan dapat melukakan hatinya. Dia telah bersama-samaku di waktu aku susah, dia telah banyak berkorban…aku telah banyak menyusahkannya. Dia telah mengangkatku dari rebah sehingga aku berjaya semula dalam hidup yang kau telah hina dulu.

 Namun…aku mahu mengejar cinta yang tak kesampaian itu. Aku mesti tahu adakah aku boleh atau sebaliknya. Aku tidak akan mengalah…aku tak boleh lagi menahan tangisan setiap kali wajahmu terpancar sekilas lalu. Aida, adakah aku akan dapat memilikimu semula? Da!…jawab Da…jawab!! ”.

Sarah terpana membaca nota biru laut yang pastinya ditulis oleh suaminya Rizwan. Terketar-ketar tangannya perlahan-lahan melipat nota itu sambil menahan sabar. Bergenang matanya…putih wajahnya, berkerut seribu dahinya, terkecut-kecut perutnya kerisauan, kebingungan berpusing-pusing di seluruh jiwanya yang semakin tertekan…

   “Apakah aku akan kehilangan Riz? Oh my God…what should I do?”

Angin malam semakin dingin menerjah, menusuk dada Sarah terus ke tulang putihnya. Kesejukan, kebekuan menyelubunginya. Matanya membulat masih terkejut…

   “Sayang?!…you buat apa kat balkoni pagi-pagi buta ni?” Rizwan tiba-tiba muncul menambahkan lagi kejutan kepada Sarah, sambil mengelap pipinya yang basah, Sarah memberi senyuman…

   “Nothing…I saja ambil-ambil angin. Lambat you balik…biasalah kan?”

Jom bikin e-cerpen : sambung di sini…

New Logo

Apa Pendapat & Komen Anda? : [24] Comments


Razzi Rahman di Majalah WanitaRazzi Rahman masuk Majalah Wanita? …Majalah lelaki tak masuk. hehehe…tapi Majalah Lelaki tak ada pulak kan.

Satu penghargaan besar buat bro ni.  THANK YOU SO MUCH to pemberita kita, NORHASLIZA MOHD SHAFI dan Cameraman SHAHIR OTHMAN. Kedua-duanya dari Karangkraf. Masing-masing memang cukup baik dengan bro Razzi.

Thank You to my Managing Director Catriona Ross, di atas komitmen beliau yang cukup padu dalam mempromosi perniagaan kami dan syarikat Gold Mind Publishing.

Baca di sini >>> http://www.razzirahman.com/media1.html

Razzi Rahman di 1st Kunci Cinta.com gathering, singing Rembulan Kesiangan :-

Watch larger video Click here!

Thanks Shaliza for the vid.

Apa Pendapat & Komen Anda? : [11] Comments