October 2009
Monthly Archive
Thu 29 Oct 2009
Posted by Razzi Rahman @ Brother Love under
Muzik[48] Comments


Wahhh…posting kali nihh, menarik je bunyi dia kan
…bukan apa, I memang LOVE KL, Kuala Lumpur ni bagai sudah menjadi Home Town saya lah, sampai kan jalan-jalan lebih tahu jalan di KL sebabnya, hampir separuh hidup saya adalah di Kuala Lumpur, you macamana? I’m sure you pun LOVE KL as much as I do… segala-galanya bermula di sini, kan?
Tapi nak cakap, ni haaa…kita ni kan asyik dengan cinta je kan, every day Bro Razzi duk berceloteh pasal cinta je…haa dah lama dah tak cite-cite pasal me and my best friend/brother, Sifu Irfan Khairi… SO, i thought, maybe kita cerita pasal CINTA juga, tetapi Cinta lain…Cinta Kuala Lumpur, about how much bro Razzi n IK, love Kuala Lumpur…

So this time around ni, we take a break la jap dari our daily work ni kan. Relax in KL, dan kami kalau berdua santai, memang muzik je la yang kami borak…So happen bro IK tiba-tiba je dapat idea…cam biasalah Jutawan Internet kita ni, idea tu datang je
Then he starts writing, I pula starts singing…at the end of the day, we finished a song! So, because we love KL so much, hingga kita ciptakan sebuah lagu tentang KL…Perrghh…nak tahu Tajuk lagu dia? Well…tajuk lagu ni I LOVE YOU K.L ;) hehe…and I know you all pun love KL…kita semua cintakan Kuala Lumpur…So, bro Razzi & Ik decided untuk beri you all lagu ni FOR FREE…YES, PERCUMA!!!
DOWNLOAD FREE, Klik di sini -> Muat turun lagu sekarang “I LOVE YOU KL”
Here are the lyrics… “I Love You K.L” - Lirik : IK / Lagu : KYO
Been around the world
Travel all the seas
There’s only one place i’d be
Somewhere thats close to me
A place with a thousand smiles
And you wont disagree
Oh it’ll steal your heart
Will ya come here with me
Chorus:
I Love You K.L
Still remember
it ain’t that long ago
When the sun set in
The lights shines up
It takes your breath away
Yeah, it takes your….breath away
Oh Come here…with me
To the place I grew up
The place i want to grow old
We can dance under the stars
The stars of Kuala Lumpur
Just you and I dancing along
This is the place for us to be…
Kuala Lumpur
Amacam best kan?
So Im sure you pun mesti nak dengar lagu ni kan…sambil-sambil santai time, relek-relek, “terimalah dari kami Razzi Rahman & Irfan Khairi ~ I LOVE YOU K.L” please click below… 2 ways to listen :-
Feedback anda amat dihargai :-
- a) Apa perasaan anda terhadap Kuala Lumpur setelah mendengar lagu ini? I terharu
- b) Adakah anda merasa semakin bangga dengan Kuala Lumpur? I know I do
- c) Adakah anda turut menyanyi-nyanyi lagu ini? hehehe…
Kami berdua menanti reply all of ya!
p.s : If you do like the songs, how about download it and save to your computer FOR FREE!! - Klik di sini dan Download I LOVE YOU KL sekarang.

Ikhlas dari,
Razzi Rahman & Irfan Khairi
www.razzirahman.com
Apa Pendapat & Komen Anda? :
[48] Comments
Mon 26 Oct 2009
Posted by Razzi Rahman @ Brother Love under
Tips Cinta[29] Comments
Dunia lelaki hari ini, tidak mengimpikan seorang wanita yang hanya duduk ‘terpencil’ …kecut sendirian dan menunggu untuk lelaki menyedari ujudnya dia, dan menanti lelaki datang memikat!
Nope, no way! Sebagai wanita hari ini, anda seharusnya BERANI dan bijak berjuang dalam kancah memikat cinta yang datang dan pergi. Bukan hanya lentuk memandang jika ia datang dan bukan menunduk jika ia pergi. Sebaliknya, anda kena bangkit dengan berani dan ‘melaungkan’ pada lelaki, “Hey, Im here!”
NAMUN, sememangnya agak susah untuk memahami lelaki itu saya tidak nafikan. Oleh sebab itu, anda sepatutnya “bukan memikirkan susah memahami lelaki sebaliknya, persiapkan diri anda, cantikkan diri anda, ubah penampilan diri anda untuk menghadapi lelaki!”
Jadi wanita yang menjadi kegilaan lelaki masa sekarang. Berbagai info tentang mencantikkan diri ada di internet, get it now! Ubah fesyen lama anda, be up to date!!
“Tak perlu sibuk nak faham lelaki, lelaki akan buat anda faham jika anda dapat menarik hati mereka dan membuatkan mereka tersangkut pada anda!”
Simple notes for all the girls :-
Nota 1 : Lelaki sejati nowadays sudah TIDAK terpikat pada wanita yang hanya mendengar kata lelaki. Sebaliknya, lelaki akan lebih terpikat kepada wanita yang punya pendirian sendiri. Malah jika anda bijak menyuarakan pendapat dan juga menyumbangkan kepintaran anda, maka andalah wanita pilihan lelaki hari ini!
Nota 2 : Berikan cabaran kepada lelaki, buatkan mereka merasa teruja bila tercabar! BUT at the same time, anda masih amat menghormati lelaki. Dengan cara ini, anda mempamerkan yang anda tahu apa yang anda mahu dan sekiranya anda menjadi seorang isteri, anda akan menjadi isteri yang dianggap pintar serta dihormati!
Nota 3 : Jangan takut untuk memulakan dahulu memikat lelaki, kerana sebenarnya lelaki juga takut untuk memikat wanita. So, yakin dengan langkah anda dan ikhlas.
Nota 4 : Bijak berbual, dan tunjukkan yang anda adalah seorang yang caring. Kagumi kerjayanya, bakatnya. Let him know, yang dia adalah sumber inspirasi you… lelaki suka tu!
Nota 5 : So, kalau dia berminat, dia suka kat you, ON….kalau dia tak suka well, at least you tahu dia tak suka dan you boleh go on with the next guy hehe
p/s : Artikel ini adalah rangkuman petikan preview dari buku Razzi, untuk you all dapat rasakan sedikit hangatnya. Buku 101 NOTA MENCARI CINTA (untuk wanita) ini akan berada dipasaran pada December 2009 ini. Lebih terperinci, “HOT & REAL”, So tungguuuu…
Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com
Apa Pendapat & Komen Anda? :
[29] Comments
Mon 19 Oct 2009
Posted by Razzi Rahman @ Brother Love under
Brother love[37] Comments
Bila bercakap pasal thrill ni…macam-macam thrill ada dalam kehidupan kita. Tapi since we are at Brother Love’s blog, for sure la I nak cakap pasal thrill dalam relationship la kan, nama lagi blog cinta hehe
1st of all, nak faham juga apa erti thrill ni kan, for some yang faham tu okeylah. Tapi, bagi mereka yang agak kurang faham, jom sama-sama kita cuba memahaminya…
thrill yang dimaksudkan adalah, “The undescribable feelings of excitement!” amacam? Boleh faham? Hehe…don’t worry, I pun tak berapa nak faham tu :))
Okey, for example, bila kita jatuh cinta…,
kita rasa tak boleh duk diam, tersengih sendirian, merindu giler kat dia, excited sangat nak jumpa, macam bila bersama dia, ada satu perasaan yang amat menggegarkan jiwa gitu haaa….. pernah rasa kan? Best sangat kan? Habis naik bulu roma… berdenyut-denyut habis seluruh anggota, bernafas pun tak lepas, sesak je haha!! …well itu thrill!
AKAN TETAPI…masalah yang muncul, adalah apabila rasa thrilling tu hilang. Aduhh…memang tak dapat nak repair, very hard! Macam, bila kita tengok dia pun kita rasa – seolah-olah tak ada rasa apa-apa fuhh…memang bahaya apabila perasaan keterujaan itu sudah hilang, ‘kethrillan’ itu habis… maka habislah sesebuah perhubungan itu…
“Itu yang I selalu sangat takut…you guys macamana? masih ada thrill?”
Some of us, selalu tidak sedar yang thrill sudah hilang, lalu masih ingatkan perhubungan you all still going strong. Sedangkan pasangan kita hanya berlakon saja, nak jaga hati. But the truth is…?? Cuba perhatikan, adakah dia masih excited to talk to you, masih teruja nak jumpa you? If not…maknanya dah tak da thrill lah tu
Ada macam-macam thrill, berbagai cara dan berbagai rasa dalam cinta :-
- Tidak mahu komitmen juga kerana tidak mahu hilang thrill dalam relationship. Some of them, tak mahu kahwin, tidak mahu sebarang ikatan kerana apabila sahaja ada ikatan, rasa thrill tu akan hilang. Pelik tak?
- They prefer, “just enjoy the moment – enjoy the ride” tengoklah kalau ada jodoh, ada lah. sebabnya untuk keep the thrill.
- Pelik tak pelik, apabila berlaku curang kepada pasangan, memang rasa thrill habis bila dapat melayan yang lain hehe…
- Menipu pasangan begitu thrilling sekali, bila nak-nak tertangkap pulak tu kan, rasa macam sempit ruang untuk bernafas hahaha!!
- Bila ramai yang syok kat kita….wahhh teruja tu.
- Bila apa sahaja yang kita cakap dapat membuatkan dia merasa ghairah…huhu baru cakap saja, belum jumpa, belum buat apa-apa. Memang thrill!
- Dapat merasa seperti kembali bercinta macam masa-masa sekolah dulu wahhh…best!!
- Bila ada yang memuja-muja kita, memuji-muji rambut kita, bermain-main dan membelai-belai rambut…thrill tak?
- Bila ada yang baru kenal, yang kita interested tiba-tiba say “I sayang sangat kat you…” ….kita boleh tak balas, senyap je dan layan rasa thrill tu hahaha
- Some of us, berlari-lari bila nampak laptop, tak sabar nak buka YM, nak chat dengan dia yang probably ada online…bukak-bukak, aduuuhh offline pulak, thrill jugak tu haha!!
- Bila tackle-tackle tak dapat… “CIS!!…geram aku!” hehehe…thrill tuuu tak dapat yang kita pikat. Buat kita lagi nak pikat dia.
- Milik orang, jatuh cinta dengan kita thrill tak? Uuhhh bahaya…tapi memang thrilling!
- Bila kita keluar dengan pasangan kita, tiba-tiba ada pulak yang datang dari belakang dan pegang tangan kita sedangkan tangan kita lagi satu memegang tangan pasangan kita, uhhhh…takut, teruja, ngeri….tapi exciting giler!
- Blind date? scary!!…but thrill giler. So exciting kan bila kita wondering je macamana la rupa dia yang sebenar.
- Berchatting saban hari, saban malam…tapi tak jumpa-jumpa, tak kenal-kenal…tapi bila chat tu kemain lagi, macam dah 10 tahun bercinta
…bayangkan tiba-tiba, esok ni adalah hari kita akan bertemu fuuuuuhhhhh……CRAZY!
Hehehe…I get thrilling only by talking about it!
Well, to me all this adalah “The thrill of a lifetime” pengalaman yang tak dapat kita lupakan dalam hidup kita. Malah, jika kita selalu merasa thrill, wajah kita juga turut kelihatan begitu ceria sekali, ketrampilan kita juga akan bertambah menarik sehingga mengundang begitu banyak cinta!
Jadi kita kena ada thrill selalu, kena ceria. SEKIRANYA kita asyik fikirkan kegagalan, kekecewaan. Kita selalu bermasam durja, selalu marah, wajah kita seperti bermasalah je, kita tidak akan menjadi penarik kepada happiness, malah kita akan bertambah-tambah lagi gagal!
I hope I can never lose it, the feelings, the experience, the thrilling of it. Sedihnya, apabila terikat, bercinta, bertunang, berkahwin… semua ini hanya tinggal kenangan, tiada lagi kehangatan, tiada lagi semangat untuk berlari menjawab handphone, tiada lagi beriya-iya membuka chat space, tiada lagi mahu keluar enjoying the moment…tiada lagi thrill, kalau ada pun hanya dengan orang baru, MENGAPA? Hanya Tuhan saja yang tahu…
We can try to keep the faith, try to keep the thrill and hope for the best! But for now, “Let’s us shut up and drive!”
Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com
Apa Pendapat & Komen Anda? :
[37] Comments
Mon 12 Oct 2009
Posted by Razzi Rahman @ Brother Love under
Tips Cinta[15] Comments
This week, i dedicate this new article for woman, by revealing the secret of what man really are!
hehe… well, man will not like it, but it’s the truth about them. Yang kononnya power, konfiden, brutal, tak berperasaan, tak da hal nya la konon!
Ramai wanita tidak sedar yang sebenarnya, lelaki juga banyak kelemahannya. To woman, man are :-
- the man of the house
- berkuasa dan tegas dalam hidup
- tidak kisah jika ditinggalkan
- ramai wanita inginkan mereka
- tak berkerjaya tapi masih ada wanita inginkan
- boleh keluar kemana sahaja tiada siapa boleh halang
- boleh dihubungi mengikut waktunya
- boleh melakukan apa sahaja dengan bebas
That’s bullshit!! …for your info girls, man are weak!! They just act like they are not. Kononnya strong, power…ada lesen! The actual fact is they are vulnerable all the time! Hanya dengan melakukan apa sahaja dalam list di atas itu, mereka dapat gain confident…dapat merasa mereka in control! Padahal….
Example 1 :-
Take a married couple ~ The husband keluar rumah ikut suka dia, balik pun tak tentu masa… bila wife tanya atau berleter, wife pulak yang kena marah. Yang wife ni pulak…terima je lah perangai suami, sebab tak nak bergaduh, nak dengar kata suami. Yang kononnya, man of the house dan berlesen tuuu…
CUBA, buat macam ni…JANGAN MELAWAN, tetapi DO THE SAME! keluar ikut suka, balik tak tentu masa…bila suami call or sms, jangan jawab, go missing. Tengok dia risau ke tak
…bila balik, buat tak tahu je. Kalau di tanya…diam je. Mesti suami mengamuk kan? Why? Because they are weak!!
Result : Si suami pun takut juga bini dia kena kebas! cakap je besar, strong la konon, power laa…girlfriend ramai konon, semua orang nak kat dia la konon, TAPI bila isteri buat sama, TAKUT!!! Huh…ingat dia suka ke kalau isteri dia diangkut orang lain? tercabar la kan. So, buat dia rasa takut
Example 2 :-
Non married couple ~ Same thing…the different is they are not married. Tapi yang peliknya ramai wanita sudah mula takut kehilangan. Jadi dengan sendirinya hanya menerima perangai pasangan masing-masing yang tiada perasaan, tidak berperi kemanusiaan, pasang girlfriend 2-3, kecewakan girl tu, kecewakan girl ni…
Girls, cuba buat supaya pasangan lelaki you all tu rasa gusar sikit!…jangan ikut angin dia beb. Kalau you tak nak buat betul-betul, lakonkan senario itu. Buatkan seolah-olah you ni pun sama ramai lelaki yang nak kat you. Buatkan seperti you juga busy keluar dengan lelaki itu dan ini…barulah pasangan you rasa takut, marah dan tercabar, sebab THEY ARE WEAK!
Result : Lelaki mana pun takkan suka girlfriend dia keluar dengan jantan lain walaupun dia sendiri keluar dengan macam-macam perempuan. Itu sifat natural lelaki, cemburu buta, why? sebab lelaki adalah pengdengki dan lemah! Cakap je besar…konon boleh pasang 2-3, girlfriend boleh handle, konon tak da hal punya!! B%/@[-] laaa…dia pun takut hilang girlfriend dia beb!!
SO, bottom line girls… be strong! be brave! be brutally honest! jangan biarkan lelaki menindas anda sedangkan mereka juga adalah kaum yang lemah! Maybe fizikal lelaki gagah…tetapi mentally mereka definately are weak!
You all pun tahu lelaki mudah jatuh cinta, mudah terpikat dengan girls yang sexy, manja, pandai gesel…so itu maknanya, mereka mentally LEMAH!!… so, take advantage of this silly situations! or better yet…just find a new and better man!!
- Notes to woman : There are many more man yang benar-benar menghargai wanita… a good man! You girls kena percaya among them, there are one great man for you!
- Notes to man : Treat a woman like a treasure, like precious diamond though… Even you nak ada 2-3, go ahead…jika mampu! But dont treat them like garbage, or just like a maid, house guard and nanny… they have heart, which are better then you!
My final say : The fact is, lelaki perlukan wanita, as much as wanita perlukan lelaki. Don’t deny that, as if you man are powerful…YOU ARE WEAK!
Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com
Apa Pendapat & Komen Anda? :
[15] Comments
Fri 2 Oct 2009
Posted by Razzi Rahman @ Brother Love under
Brother love[52] Comments
~ Coretan secebis kisah lama yang benar-benar telah dilalui oleh Razzi Rahman…semuga kisah ini memberi manfaat kepada kita semua ~
Sewaktu aku masih menjadi penyanyi dulu, populariti lagu-lagu nyanyian ku seperti Syakila dan Rembulan Kesiangan begitu mendapat tempat di hati peminat. Sehinggakan lagu Syakila, terpilih memasuki final Juara Lagu TV3 dan Rembulan Kesiangan pula berada di no 1 pada setiap carta-carta Radio hampir 10 bulan termasuk di Brunei dan Singapura.
Namun, dulu dan sekarang…aku tidak pernah berubah. Aku tetap adalah seorang yang jenis santai dan sederhana sahaja. Cuma dulu lagi kurus lah hehehe…
Mungkin juga kerana aku begitu popular, seorang model yang sangat cantik serta manis, tinggi dan cerah kulitnya telah terpikat kepadaku dan telah menjadi kekasihku yang sangat setia. Namun, satu kejadian pelik telah mengubah cara hidup dan perhubungan kami.
Dia yang teramat ku sayangi tiba-tiba telah menghilangkan diri!! Tanpa sebarang nota, tanpa mesej, no calls, tanpa sebarang alasan dan tanpa memberitahu aku apa pun kalau-kalau dia mahu berpisah…dia hanya terus hilang!. Aku masih ingat…
- “Abang…kalau abang nak pergi mana-mana cakap kita tau…jangan pergi senyap-senyap aje, nanti kita risau tau…” Dengan penuh manja, dia berpesan kepadaku dulu. Kini?…apa yang telah berlaku?!
Aku kebingungan, kemanakah dia?! Adakah dia dilanda mala-petaka apa-apa? Kemalangan? Semua orang tidak dapat aku hubungi…phone tak terjawab, lalu aku ke rumahnya, tidak ada siapa-siapa. Pelik?! Kemana semua orang pergi? Kemana dia pergi??
Berhari-hari hilang, dan belum sempat aku membuat laporan polis, aku histeria! Aku kepeningan dan hampir-hampir pitam kerana begitu panik memikirkan kekasih yang tersangat aku sayangi, HILANG!
Beberapa hari kemudiannya, entah apa yang telah terjadi padaku ketika itu, yang aku ingat, aku meracau, menangis, menjerit dan meraung-raung di rumah. Aku macam sedar di dalam tetapi, luaran aku tidak dapat kawal. Seolah-olah aku sedang berada di dalam tubuh orang lain. Sehinggakan Ibuku terpaksa memanggil doktor datang, bomoh pun datang untuk ubatkan aku. Akhirnya aku pengsan…
Aku tidak mahu jadikan ini sebagai alasan utama aku berhenti menyanyi dulu tetapi sedikit sebanyak, kerana dialah hampir hancur seluruh kehidupanku…
Berminggu-minggu kemudian aku terlantar di katil, seperti berkabung, bersedih dan menitiskan air mata kecewa! …Uurgh…sedih…sedih…di waktu aku begitu memerlukan dia, di saat aku sangat sayang padanya, mencintainya sepenuh hati…dia pergi…pergi hilang entah kemana…
Setelah berbulan lamanya, fikiran aku sedikit tenang dari biasa dan apabila terpandang di cermin mukaku yang cengkung dan sudah berjambang, aku mulai sedar yang aku sudah lama tidak menjalani kehidupan yang normal.
Tetapi hari itu, satu lagi berita buruk telah aku terima… Sebenarnya selama ini dia tidak hilang, tetapi dia tidak dibenarkan oleh keluarganya dari bertemu aku lagi!
Ini semuanya adalah kerana dia telah pun dijodohkan dengan lelaki pilihan ibunya! Ahhh!!!…hancur luluh hatiku ini apabila aku hampir pulih dari tekanan mental, berita sebegini pula yang aku terima, Aduuuhhhh…
TETAPI…satu kejadian yang “MIRACLE” berlaku kepadaku pada malam hari berikutnya. Di dalam sedar dan tidak sedar aku telah terdengar satu suara berbisik kepadaku, “MAAFKAN DIA…MAAFKAN DIA…” Entah macamana, tiba-tiba semangat aku pulih! Aku mesti pergi berjumpanya, aku mesti mendapatkan penjelasan, aku mesti tahu adakah dia benar-benar ingin berpisah dengan aku??! tinggalkan aku dan mengahwini lelaki pilihan ibunya?
Keesokan harinya, aku bangun dan terus mandi hot shower. Misai dan jambang yang panjang ku cukur habis, aku bersiap! Dengan memakai pakaian kemas, aku melangkah turun dan menuju ke luar rumah. Ibu yang sedang menonton tv, tiba-tiba terkejut sakan dengan perlakuanku lantas terus bertanya, “Nak kemana tu??!”
“Ke rumah Tasya!” jawabku tegas. Ibu tercengang tak terkata.
Tetapi, belum sempat aku pergi…tiba-tiba Tasya muncul dan tercegat di pintu luar rumahku. Ya Allah!…terus saja aku menjadi lemah, cinta yang masih membara di dalam diri ini membuatkan aku terasa teramat sayang padanya di saat itu. Berbisik hati aku..’Oh Tasya…aku amat rindu padamu’. Perasaan rindu yang teramat sangat membuatkan aku terus meluru untuk memeluknya, Namun…Tasya mengelak!
- “Tasya??!” aku kebingungan…
- “Maafkan I, Razzi… Please, lupakan I, I dah tak ada apa-apa
perasaan lagi pada you, Razzi. Forget about me!”
Suara Tasya yang mendatar, membingungkan aku terus… aku tidak biasa dengan caranya yang seperti langsung tidak berperasaan.
- “Tasya!, so Tasya datang selepas sekian lama ini untuk apa?? Bukankah sebab Tasya masih sayangkan abang?…”
- “Sorry Razzi…I datang kerana ibu you yang suruh!”
- “What??!…why?!”
- “Sebelum I…err..err..”
- “Sebelum? Sebelum apa Tasya?!”
- “Sebelum I kahwin besok…”
- “WHAT??!!!”
Tasha terus meninggalkan aku di situ. Sekali lagi aku dilanda tekanan mental yang maha dahsyat! Aku terduduk, terpaku dan terpinga-pinga memikirkan apa yang telah berlaku. Semuanya begitu cepat dan amat membingungkan aku. Suara dari sebuah cerita yang sedang ditonton oleh ibuku terngiang-ngiang di telinga, menyakitkan benakku, persoalan demi persoalan menyucuk-nyucuk otak aku yang semakin berdenyut-denyut terasa.
Ohh…sanggup Tasya buat aku macam ni??…sanggup dia seksa batin aku selama ini, kemudian hancurkan harapan dan hati aku?!! Sanggup dia…Ya Allah, bantulah insan mu yang tersangat lemah ini,
Tiba-tiba…
“Maafkan dia…maafkan dia…”
Aku tercengang! “Dari mana datangnya suara itu yang telah ku dengar semalam?” Perlahan-lahan aku melangkah menghampiri ibu yang memandang pada ku tepat dengan wajahnya kelihatan begitu sedih sekali. Matanya kelihatan bersinar, berair. Sekali lagi suara yang sama menarik perhatian ku…rupa-rupanya, suara itu adalah dari sebuah filem Indonesia di TV…
Aku terus menonton filem indon tu sampai habis…ceritanya sangat menyentuh hati dan kisahnya hampir-hampir sama dengan ku. Bagaimana seorang jejaka yang ditinggalkan kekasihnya yang telah berlaku curang padanya. Lantaran terlalu emotional dan tidak tahu cara untuk melupakan kekasihnya, dia mengalami tekanan mental. Pada malamnya, seorang bidadari telah datang kepadanya dan berbisik, “Maafkan dia…maafkan dia…” Esoknya dia mengambil keputusan untuk memaafkan kecurangan kekasihnya itu walau pun batinnya terseksa dan hatinya terkecewa, teraniaya. Jiwanya parah, tetapi dia masih maafkan gadis itu yang telah pergi meninggalkannya.
Aku ternganga sepanjang cerita itu. Apa yang sebenarnya telah berlaku?? Sungguh ajaib fikirku, namun…aku mengambil keputusan untuk melakukan perkara yang sama. Lalu, setiap hari berikutnya, aku fikirkan Tasya, aku maafkan dia, hari demi hari …aku maafkan dia. Ya…aku kecewa, aku terseksa dan merana…tetapi, aku maafkan dia! Aku maafkan segala-galanya…
Amazingly, lama-kelamaan aku menjadi lebih sihat dari biasa. Perasaan cinta aku terhadap Tasha semakin hilang. Walaupun aku tidak dapat melupakan Tasha tetapi jiwa aku cukup tenang! Rupa-rupanya, apabila cinta, kasih dan sayang sudah hilang…walau aku masih mengingati Tasha dan mendengar kisahnya yang bahagia dengan perkahwinannya, ianya langsung tidak menyedihkan aku.
Kini, setelah bertahun-tahun kami tidak berjumpa dan aku pun sudah bergelar usahawan, penyanyi dan penulis popular, akhirnya aku kembali mendengar berita dia yang sudah mempunyai seorang cahaya mata. Aku tumpang gembira pula untuknya, hehehe…
Namun sekali lagi, Tasya muncul tiba-tiba di depan kedaiku. Dia kelihatan pucat dengan sekeliling matanya yang agak kehitaman dan bengkak, jelas sekali kesan menangis dan tidak cukup tidur. Aku sedih!…bukan sedih kerana teringat kisah cinta kami…tetapi sedih kerana Tasya rupa-rupanya sudah pun bercerai.
Hari-hari berikutnya pula, Tasya masih datang dan sedikit-sebanyak mempamerkan minatnya kepadaku kembali, tetapi aku langsung tidak berminat kerana aku sudah maafkan dia dulu, dan cinta, kasih serta sayang sudah lama hilang. Dalam hatiku juga, tiada dendam.
Bersama anak perempuannya, 7 years old yang sungguh comel, Tasya seperti terdesak merapatiku, sehingga menceritakan kisah sebenar mengapa dia bercerai. Rupa-rupanya dia selalu disepak terajang oleh bekas suaminya itu hingga turun naik mahkamah untuk bercerai!
Aduuuhhh…apakah ini balasan Tuhan? Setelah apa yang dibuatnya kepadaku? Apakah ini hikmah dari aku memaafkan dirinya? I guess “God work’s in a very mysterious way”
…kita tidak akan tahu, apa rancangan Tuhan terhadap kita. Aku harap segala kejadian bukan sebab aku, bukan sebab doa aku yang memaafkan segala penyeksaan dia terhadap aku, dan aku amat berharap dia dapat meneruskan hidupnya dengan tenang kerana aku telah lama, “Maafkan dia…”
Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com
Apa Pendapat & Komen Anda? :
[52] Comments