March 2010
Monthly Archive
Mon 29 Mar 2010
Posted by Razzi Rahman @ Brother Love under
Tips Cinta[26] Comments
“Jika anda hanya boleh memilih SATU pilihan sahaja, apakah yang anda pilih? CINTA? HARTA? Atau RUPA?”
- Susah juga jika RUPA dia tidak membuatkan kita rasa sayang, feel tak ada! Macamana mahu hidup bersama? Macamana nak bermesra… tak menarik di jiwa, ‘tak steam beb!’
- Susah juga bila HARTA atau kewangannya cukup-cukup makan saja. Bagaimana nak keluar-keluar, bersiar-siar, dating OR even nak berumahtangga? Bagaimana nak membayar berbagai bil-bil bulanan? Bagaimana mahu mempunyai anak dan membeli kelengkapan untuk anak-anak pula?
- Susah juga bila tiada RUPA, tidak timbul rasa mahu berCINTA. Susah juga bila hidup dalam kesempitan, tanpa HARTA, akan berlaku tekanan dalam perhubungan yang pasti akan menghancurkan CINTA!
Pastinya, kita mahu memilih Cinta, Harta dan Rupa! But itu PERFECT! Dunia realitinya, tidak sesempurna itu.
- Kadang-kadang kita dapat memiliki rupa…tetapi kita tetap dikecewakan, kerana kecurangan berlaku apabila rupa menjadi perhatian ramai..
- Kadang-kadang kita dapat memiliki harta,…kita tetap dikecewakan cinta, kerana kekayaan menjadi punca keegoan lalu kemegahan jadi pilihan.
Malah sometimes, kita punya rupa, pasangan pun sama…kita punya harta, kaya…we have everything! BUT still…kita terkecewa dalam cinta, kerana FEEL hilang! Pelik kan? Apabila kita tiada itu yang kita mahu tetapi apabila kita dapat semuanya itu jugalah yang kita tidak mahu!
- If you ask me…secara logiknya, I pilih CINTA first! Rupa dan Harta akan datang kemudian. Kerana, bila sudah cinta, yang tak cantik jadi lawa…bila sudah cinta, hidup miskin pun rela…
Itu logiknya, tetapi tak tahu lah mengapa, reality of me…I will always go for the look first! I tak boleh bercinta jika tidak sedap mata memandang. Jika lawa, cantik dan berilmu pula it’s a bonus la. I LOVE beauty & brain!! Harta? Hmmm… not even think about it! SO, “apa pula pendapat you all? Apa yang you all pilih jika hanya satu pilihan saja yang anda boleh pilih?!… Harta, Rupa atau CINTA?”
p.s. : *Untuk mendapatkan berbagai-bagai tip cinta lagi , sila klik http://www.notacinta.com/ebuku.html
Salam hormat,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com
Apa Pendapat & Komen Anda? :
[26] Comments
Fri 26 Mar 2010
Posted by Razzi Rahman @ Brother Love under
Tips Cinta[38] Comments

Picking up from where we left off…, CINTA! Yup…kerana terlalu banyak sangat soalan yang bertanya pada Bro Razzi, apakah itu CINTA? So…i decided to continue another article of Cinta. So untuk Cinta part II ini… kita akan pergi lebih detail lagi… supaya kita lebih mudah mengenalinya.
Apa itu Cinta? Adakah Cinta itu hidup? Adakah Cinta itu Nafsu? Adakah Cinta di dalam HIDUP ini hanya penuh dengan NAFSU? …dan yang paling penting, apakah masih ada CINTA sejati?!
You know what, I sendiri pun kadang-kadang masih bertanya soalan yang sama…cuma I bersyukur Alhamdulillah kerana I masih dapat merasakan cinta itu, mungkin kehangatannya tidak seperti dulu-dulu namun, I know I have someone that I can turn to… I tahu I disayangi dan dicintai… sebab itulah, I tidak lagi mencari cinta
Frust ke bro Razzi sudah dimiliki? Well, takkan lah Brother Love masih single? Hehe… takkan lah kut, kan. Sure lah taken up! barang panas mesti laku! haha (perasan!)
Back to our topic… CINTA part II.
Apa pendapat you all jika I katakan, “CINTA itu hidup! bernafsu!…dan bisa menggoncang dunia!”
Cuba perhatikan dan ingat-ingatkan, pernah tak anda melalui pengalaman ini, atau pernahkan anda melihat kawan-kawan atau saudara mara yang melakukan perkara-perkara yang tersenarai di bawah ini :-
- Kerana cinta, walau letih macamana sekali pun, apabila diminta melakukan sesuatu, dia sanggup bangun dari tidurnya, bangkit dari longlainya, bersemangat melakukan apa yang diminta.
- Kerana cinta, walau perkara yang paling dibencinya…dia sanggup menempuhi dan cuba menyukainya hanya kerana dia yang dicintainya itu suka dan mahu dia bersama-sama menyukainya.
- Kerana cinta, walau jauh macamana sekali pun dia sanggup pergi mendapatkannya. Walau ia mengambil masa yang lama untuk sampai, dia sanggup travel jauh, berulang alik, demi dia yang dicintainya.
- Kerana cinta, walau betapa mahalnya sesuatu barang itu dia sanggup berhabis wang ringgit, bergolok bergadai demi membahagiakan dia yang dicintainya.
- Kerana cinta, walau dimana saja anda berada, diseluruh pelusuk dunia, dia akan hubungi anda, hanya semata-mata mahu mendengar suara anda, hanya mahu bercanda di talian.
- Kerana cinta, walau sudah berkurun lamanya, dia tetap mengingati setiap tarikh, setiap detik dan waktu, segala-gala saat penting, hari-hari penting dia yang dicintainya.
- Kerana cinta, walau malu macamana sekalipun di depan orang ramai, dia tetap mahu datang berjumpa dengan dia yang dicintainya. Mahu menunjukkan dia cinta.
- Kerana cinta, walau berkali-kali ditipu, diperdaya, dikotak-katikkan…dia tetap cinta. Dia tetap sayang, tetap rindu, tetap mengatakan tidak…dia tidak curang, dia tidak menipu aku…semuanya, Kerana itulah cinta sebenarnya cinta!
Sesungguhnya, MASIH ada Cinta Sejati!! anda masih berpeluang memilikinya! Dan individu yang punya cinta sejati, pastinya yang mengamalkan almost all in the list above. Persoalannya… adakah dia yang bersama anda, begitu?!
Jika tidak…i feel sorry for you. Kerana jelas sudah, dia TIDAK CINTA kan anda sangat lah. BUT… jika ya, maka nafsu keinginannya untuk bercinta dengan anda cukup-cukup hangat! Malah, jika dia kehilangan cinta anda… jiwanya pasti hancur, hidupnya pasti merana, dan mungkin dia bisa menggoncangkan dunia!
Tanyalah pada diri anda sendiri, tanya seikhlasnya… adakah anda juga begitu? adakah dia begitu? adakah dia yang anda idamkan, begitu? adakah dia yang sudah sekian lama bersama anda, masih mempunyai ciri-ciri begitu?
Anda ada jawapannya? Apa kata kongsikan jawapan anda dan pengalaman anda bersama-sama kita semua hari ini…this will be interesting!
p.s. : *Untuk mendapatkan berbagai-bagai tip cinta lagi , sila klik http://www.notacinta.com/ebuku.html
Salam hormat,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com
Apa Pendapat & Komen Anda? :
[38] Comments
Wed 24 Mar 2010
Posted by Razzi Rahman @ Brother Love under
Tips Cinta[32] Comments
Kecewa juga rasanya bro Razzi apabila sudah berkali-kali membantu satu-satu individu, tetapi perkara yang sama kerap berulang kembali, dikecewakan cinta…
Semuanya kerana, individu itu membiarkan diri mempercayai apa yang dirasa, seolah-olah menyerah cinta untuk digantung sampai mati! Bukan mahu percaya pada realitinya, BUKAN logiknya… BUKAN akalnya…
YES! MEMANG, adalah lebih mudah membiarkan kita rasa yang everything is great! …daripada membiarkan kita face realiti yang SEBENARNYA, Cinta itu TIADA!
It’s hard! I know… I know, berdepan dengan realiti yang dia selama ini kita rasakan ada rasa sayang, mungkin ada cinta, sebenarnya palsu semata-mata. Tetapi, realiti adalah realiti. Deal with it babe!
- Today, my old good friend sendiri menangis-nangis called me, cakap dia dikecewakan, dicurangi girlfriend dia. Hmm… buruk beb bunyi lelaki menangis dalam phone. Kesian sangat… tetapi, I dah cakap sedari awal lagi, tengok cara this girl pun I dapat rasa, “This girl ‘Hanya mahu melepas rindu’ …bila exboyfriend dia muncul semula, dia akan hilang dan pergi!” BAMM! It’s true…
- Last week, same thing happen to my ex girlfriend. She told me, this guy really loves her. I’m happy for her…Tapi, lately ni mamat ni dah kurang contact, always busy with work. Tapi masih baik, masih kind of romantic. But knowing Brother Love… I’ll tell her in the nicest way but straight up! “He surely ada girlfriend lain!”…but dia tak mahu percaya! obviously, tak sampai dua hari, BAMM! It’s true, boyfriend dia memang ada girlfriend lain!
Well, like i said earlier, ianya lebih mudah mempercayai ‘langit kebiruan, pelangi memancar indah’ daripada menghadapi awan yang berarak mendung kelabu!
No one in this world want to believes yang perkara buruk akan berlaku. WELL, bro Razzi pun I refused to even think perkara-perkara negatif ni. I selalu fikir positif. TETAPI biar ada logiknya! That are CINTA is all about!
Apa pendapat all of you if I say… “CINTA itu SIMPLE!” …kita yang buat cinta itu complicated, cinta itu cukup-cukup simple!
Contoh 1 : Jika CINTA, baik wanita, mau pun lelaki akan tergila-gila, merindu, ingin selalu bersama, mahu berbual sentiasa, mahu berjumpa dan bermesra, mesti berhubung setiap masa terluang…That’s it! Jika tiada semua itu, ATAU sudah tidak begitu lagi, maknanya SUDAH TIADA CINTA. Simple!
…TIDAK PERLU lagi tanya, “Mengapa dia dulu selalu contact, dulu selalu nak jumpa, selalu sms, …sekarang tidak lagi, mengapa?!” …jawapan paling mudah, dia sudah TIDAK CINTA, simple!
Contoh 2 : Apabila seseorang sudah jatuh CINTA. Dia akan melakukan berbagai perbuatan yang jauh dari keselesaannya. Dia sanggup melakukan apa sahaja walaupun ianya memalukan. Dia sanggup berkorban apa sahaja demi memiliki cintanya. Sanggup berhabis harta, That’s it! Jika tiada semua itu, maknanya DIA TIDAK CINTA. Simple!
…TIDAK PERLU fikir, “Mungkin dia malu sebab itu dia tak mahu declare lagi, mungkin dia segan untuk luahkan perasaan, mungkin dia hanya nak berkawan saja dulu?!” …jawapan paling mudah, dia TIDAK CINTA, simple!
NOW…apa yang patut kita lakukan? Well you got 2 choices :-
- First, hadapinya, kenalinya dan fahami… adakah itu CINTA?! Jika ya… embrace it! Jika tidak… redha dan terima realiti kehidupan ini dengan tabah. Remember!!… bro Razzi selalu ingatkan, kita yang mencintainya adalah jauh lebih MULIA dari yang dicintai!
- Second, bertindak sekarang! Jika benar cinta… KAHWIN! Jika benar serius, get family involved! There’s no such a thing ‘it’s complicated!’ that’s rubbish! Itu alasan untuk mereka yang tidak mahu berkahwin. And IF jika tiada cinta… MOVE ON! Tak perlu nak tunggu-tunggu lagi, nak explainations la, nak tahu mengapa tak cinta la, MOVE ON…you’ll feel much-much better!
Sejujurnya, I’m here to help…and in my humble opinion, “You akan lebih bahagia Being single rather then being with someone that doesn’t really loves you!” THINK ABOUT IT for a while…apa rasa anda selepas membaca artikel ini, betul tak apa yang bro Razzi katakan kali ini?
p.s. : *Untuk mendapatkan berbagai-bagai tip cinta lagi , sila klik http://www.notacinta.com/ebuku.html
Salam hormat,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com
Apa Pendapat & Komen Anda? :
[32] Comments
Mon 22 Mar 2010
Posted by Razzi Rahman @ Brother Love under
Muzik[8] Comments
To me it is NOT a show, but it is a concert! Tahniah kepada Radio Thr - Permata Pantai Timur. Konsert pada 20mac lepas is so awesome! It’s a real big concert!! ….lihat lah sendiri, lebih kurang 10ribu orang membanjiri perkarangan Tesco Kota Bharu…

Ini adalah sebahagian dari penonton yang berada di depan stage. Packed giler!

So happy lepak with my fans yang ramai-ramai menyanyi lagu KERANA bersama-sama, you all memang happening!

Ini pulak, Abang Saleem membuat persembahan yang sangat hebat!! Beribu-ribu menjerit namanya…

Sebahagian yang tidak dapat masuk…berada di belakang pentas…KESIAN!

Bro Razzi cuba menghiburkan mereka yang berada di belakang pentas, bersalam dan bergambar…tetapi….

…pagar sudah tidak dapat menghalang mereka! Vrhooomm…habis semua rempuh masuk! Hahaha…sekuriti pun tah kemana dah. Nasib tiada yang cedera…semua ok. “Orang Kelantan cukup terkenal dengan lemah-lembutnya dan comel lotte - beyyehh!”

Bersama artis PAK LONG dari utara…memang ramai peminat Pak Long ni! Lagu-lagu dia pun best. “Steady lah bro!”

Fuhhh…dapat bergambar dengan artis tersohor, abang Saleem!! Siap kecek kelate lagi dengan Razzi Cayalah… Memang mantap persembahan abang Saleem, “I grew up singing his songs…now I’m sharing the stage with him fuhhh…I’m speechless”

Happy dapat bergambar dengan Penyampai THR - Nazz yang rock! Memang satu kepala dengan gua… “Nazz, thank you so much interview gua kat carta! Thanks sangat-sangat kerana bagi semangat when I was so nervous to get up to the big stage…Lu memang best…rock habis!”
Overall, it’s an experience yang tidak dapat dilupakan, how I wish I get to share this with my best friend Irfan Khairi yang terpaksa menghadiri seminar di Johor…IK kirim salam pada semua fans!
THR gegar are really bergegar! And they make A day to remember for the rest of my life…setelah bertahun-tahun tidak membuat persembahan besar sebegitu, akhirnya… “I did it again!”
p.s : So sorry tidak ada orang yang dapat ambil video Razzi perform hari tu… for that, I give it to you, KERANA clips harap dapat menggantikannya. >> http://www.youtube.com/watch?v=RGqbHAvFW40
Salam hormat,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com
Apa Pendapat & Komen Anda? :
[8] Comments
Sat 20 Mar 2010
Posted by Razzi Rahman @ Brother Love under
Muzik[9] Comments
Mangga Online : 17 March 2010
Wartawan : Nonie
Foto : Jefri Iran

10 tahun menyepi selepas album Rembulan Kesiangan, penyanyi yang pernah popular dengan lagu Syakila, Razzi Rahman kini kembali mewarnai industri muzik tanah air dengan single terbaru, Kerana. Mengambil masa yang lama untuk membuat comeback, bukanlah merajuk namun Razzi aktif menceburkan diri dalam perniagaan produk kesihatan sepanjang menetap di Kota Bharu. Beliau juga kini lebih dikenali sebagai brother love hasil daripada penulisan motivasi cinta di internet.
Namun kehadirannya kini bersama teman rapat yang juga seorang jutawan internet terkenal, Irfan Khairi antara individu yang bertanggungjawab mengembalikan minat Razzi kepada muzik yang telah lama ditinggalkan. Namun mampukah Razzi bertahan tika industri kini mengalami lambakan artis realiti dengan keadaan muzik yang semakin tenat?
- Sepanjang empat tahun berkawan dan menjalankan perniagaan internet bersama, sudah banyak fan dikumpul daripada laman web kami. Sebelum buat album lagi, memang kami akan perform bersama jika ada produk baru untuk dilancarkan.
- Saya akan menyanyi dan Irfan bermain gitar dan mencipta lagu dalam album kami. Tiada soal tergugat dengan artis baru kerana pengikut kami sahaja sudah mencapai dua juta orang.”
“Selepas melancarkan mini album Razzi Rahman-Irfan Khairi dan dijual secara muat turun di internet pada 28 Disember tahun lalu, sambutan yang diterima amat memberansangkan. Kami guna alternatif menjualnya secara online kerana sedar market muzik sedang tenat dan sukar untuk menjual album penuh,” ujar Razzi masih mempunyai aura apabila lagu Kerana yang baru sahaja diputarkan di corong radio telah berjaya menduduki carta no3 di THR Gegar.
Brother Love
Bagaikan satu pakej lengkap, buku cinta yang dilengkapi alunan muzik Razzi dan Irfan. Dikenali sebagai Brother Love di kalangan penggemar hasil tulisannya,
Razzi kini mengorak setapak maju ke hadapan dengan melancarkan buku terbaru, 101 Nota Mencari Cinta khas untuk wanita penghujung bulan ini. Baginya pengalaman gagal bercinta banyak memberi inspirasi untuk menterjemahkannya dalam sebuah buku untuk tatapan peminat.
“Setakat ini saya sudah ada lima e-buku motivasi cinta dan kesemuanya mendapat sambutan yang menggalakkan,” ujar Razzi yang kini dibawah pengurusan Mewah Event Management.
Bagi peminat yang ingin mendapatkan lagu daripada album Razzi Rahman-Irfan Khairi, boleh memuat turun di www.razzirahman.com/muzik.
*Bagi yang mahu melihat Razzi Rahman menyanyikan lagu KERANA secara LIVE. Atau berjumpa dan bergambar dengan Razzi, Anda yang berada di Kota Bharu bolehlah ke perkarangan letak kereta TESCO Kota Bharu pada pukul 4pm, hari ini 20hb mac2010
Razzi Rahman Productions
www.razzirahman.com
Apa Pendapat & Komen Anda? :
[9] Comments
Mon 15 Mar 2010
Posted by Razzi Rahman @ Brother Love under
Tips Cinta[11] Comments
Monday morning, bagi some of us adalah hari yang menjadi hari yang ditunggu-tunggu kerana begitu teruja untuk memulakan kembali tugas harian. TETAPI, ramai diantara kita yang merasakan hari Isnin adalah hari yang cukup meletihkan, amat membosankan untuk mula berkerja!
“Malasnyaaaaa nak gi kerja!”
Tapi, tidak disangkalkan lagi…sekiranya ada seseorang di tempat kerja yang menjadi idaman hati, sure sukaaaa sangat nak pergi kerja, kan. Siap bangun pagi-pagi lagi, sebelum subuh dah siap nak gi kerja hehehe…
Tambah lagi jika dia yang dicintai pula berkerja di dalam satu department, lagi lah bersemangat untuk berkerja. In fact ada few of my friends yang ending up berkahwin setelah bercinta di dalam satu ofis. NAMUN…
…ada ramai juga pasangan yang merana apabila cinta dan kerjaya dicampur adukkan sehingga merasa begitu tidak selesa sekali apabila berdepan dengan dia yang mengecewakan kita. Malah sesetengah tu kan sakiiiit je hati apabila dia buat macam selambaaaa je…bagaikan tidak pernah berlaku apa-apa di antara kita! Kadang-kadang rasa macam nak berhenti kerja je kan…rasa menyampah, benci sesangat!!
TAPI, apa boleh buat…dah terlanjur bercinta. So, have to face it, deal with it. Hopefully boleh break secara aman dan tenteram. But knowing lelaki punya ego…dia orang memang terer bahagian buat selamba ni….hmmm, kesian kaum wanita…
Anyway, bro Razzi selalu cuba elakkan dari getting involved with the people that I work with. That’s why I tak pernah ada gossip with any celebrities. I tak pernah keluar date dengan artis-artis wanita ni sebabnya, to me they all are ‘rakan sepejabat’ gitu yaaa… Kalau bercinta memang best la kan, satu aliran, berkerja bersama…tapi kalau breaks, fuuuuu….mana-mana pergi pun asyik jumpa je, then mulailah benci membenci apabila masing-masing sudah punya yang lain, adoi!!
SO…my advise, Cinta dan Kerjaya seharusnya diasingkan. Banyakkan bersabar dari jatuh cinta dengan teman sekerjaya. BUT sekiranya terlanjur juga… untuk terus kekal bahagia, anda kena set kan MASA SENDIRI. Cari waktu untuk berada jauh darinya, asing dari hidupnya. Do your own thing… have your own relaxing time tanpa dia yang hari-hari kita duk tengok tu
As for Bro Razzi… cara saya mengelakkan Cinta dan Kerjaya dari bercampur, daripada saya cintakan seseorang, saya simply CINTAKAN KERJAYA saya! Hehehe ….ianya lebih menggembirakan, dan amat membahagiakan. Malah, amat memuaskan nafsu saya dan tidak pernah mengecewakan saya! SO SEXY! Hahaha!!
So, saya nak minta tolong dengan you all ni regarding my love for my career, boleh tak?? Boleh laaa please?? Ada few pertolongan yang saya nak minta :-
- Pertolongan 1 : 17 Mac - Tolong Razzi, menonton Tv3 - MHI pukul 8 pagi. BOLEH? Razzi dan IK akan perform lagu KERANA.
- Pertolongan 2 : 18 Mac - Please dengar Interview Muzik FM – 8.30 pagi.
- Pertolongan 3 : 19 Mac - Please-please listen to our interview at radio Suria FM – 8.00 malam.
- Pertolongan 4 : 20 Mac - Carta hits gegar THR – 9.00 pagi
SO…you all going to help me out right?? You all going to be online with me and IK? Hope so ya, see you all then!
Salam hormat,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com
Apa Pendapat & Komen Anda? :
[11] Comments
Fri 12 Mar 2010
Posted by Razzi Rahman @ Brother Love under
Tips Cinta[14] Comments
Selalu kita leka, selalu kita rasa everything is okay. Or sometimes kita refused to believe that everything is NOT OKAY. Sebenarnya, I pun sama macam you all jugak. I tak nak percaya yang the love is over!
- I mean, siapa yang nak terima sesuatu yang memeritkan, mengecewakan, betul tak? Jadi untuk mengelakkan dari rasa kecewa, frust menonggeng…we just take, it’s all good!
Padahal, berbagai-bagai signs of NO LOVE Tuhan tunjukkan, kawan-kawan beri warning, in fact pasangan kita sendiri pun most of the time…telah terkeluar sendiri dari actions nya, dari cakap nya…but kita pekakkan telinga, kita tutupkan mata, TAK MAHU percaya that the love has gone, the relationship is over!
In my humble opinion..IT’S OKAY kita nak go on begitu. It’s okay kita nak percaya yang cinta masih bersemi, yakin yang kononnya, cinta masih hangat. Kerana, separuh dari kenyataan itu, ianya membuatkan kita bahagia….WALAU at the end of the day kita akan merana. Well at least, kita ada some kind of miracle hope…
A friend told me, apa salahnya kita berpegang kepada keajaiban cinta… at least kita ada juga harapan, who knows…miracle could happen, dreams can come true!
But for now, IF you guys rasa-rasa nak tahu what are the signs like…how about you all go through this few tips, Awas “No love signs”
:-
1.~ Terlupa date-date atau tarikh penting di dalam kehidupan anda berdua. Lupa hari jadi, lupa hari ulangtahun pertemuan, pertunangan, perkahwinan. Bila lupa, tak ada lah hadiah kan. Kalau dulu-dulu selalu je bawa pergi dinner, then kat dinner tu ada pulak hadiah. And then ada berbagai-bagai surprises lagi. NOW, haram! Hmm… alamatnya, hati dan perasaannya tu mungkin pada yang lain. So, AWAS!
2.~ Sudah tidak memandang! Yes…this is one of the obvious signs yang kita anggap nothing! You see, kalau wanita maupun lelaki. Sekiranya cinta masih hangat, cinta masih ada…PASTI, mata masing-masing masih memandang penuh dengan asmara, penuh perasaan yang bergelora! Some couple yang dah berbelas tahun pun, masih memandang each other ‘macam nak makan’ gitu yaaa… So, kalau pasangan anda pandang pun tak mahu tu, nak bermesra jauh sekali, bercakap pun mata pandang ke lain, itu sign adoi nama nya hehe
3.~ Suara sudah berubah. Haaa…bila dah tak sayang tu, bila cinta dah tak terasa, boleh membawa kepada perubahan suara tau! Watch out for that signs! Kalau wanita, suara berubah jadi tercekik-cekik tu, cakap pun terjerit-jerit haaaa…dah tak cinta la tu. Sayang dah hilang, so no more manja-manja, muka pun bengis semacam, iras-iras singa gitu.. Kalau lelaki pulak, mendengus je sentiasa, suara pun garau dalam…. muka masam mencuka. Buat itu malas, buat ini malas, nak minta tolong pun tak boleh, garang je suaranya menjawab, “MALAS AHHH!” …benci dah lah tu…AWAS beb!
4.~ Susah berjumpa. Dalam duduk bercinta, tiba-tiba je sussssah pulak nak jumpa? Biar betul beb! Tak logik langsung kan. Selalu senang jumpa, selalu dia yang asyik nak berjumpa. Sekarang, ada je alasan tak nak jumpa. Busy lah…letih lah, kerja banyak lah….BOHONG! hahaha…Itu semua alasan kerana sudah hambar cintanya. Perasannya hanyalah ingin berjauhan dari anda. Probably masanya adalah untuk orang lain. So the minute dia kata susah nak berjumpa, that’s a big sign, of no love! Orang yang tengah sayang ni, busy giler pun dia tetap nak berjumpa dengan yang tercinta.
5.~ Suka menghilangkan diri. This is another big signs of no more love! Dah lah dia suka hilang, lepas tu bila kita tanya, dia jawab, “Boleh tak you beri I some space?!” - Damn! Dah lah dia selalu menghilangkan diri, call pun dah susah, sms pun dah payah nak jawab. Tiba-tiba dia kata kita tak beri space pulak dah. Padahal dulu dia lah yang asyik nak berkepit selalu, dialah yang nak berbual memanjang, dialah yang memenuhi hidup kita, hingga kita yang tak da space. Now, the table has changed. This is means, he or she trully have someone else beb, so watch out for that signs!
Sebenarnya, apabila kesemua signs ini sudah kelihatan, I would say situasinya sudah agak terlambat tetapi masih boleh diperbaiki lagi. The best thing is to sit and discuss. Kemudian set a time and date serta plan wisely perkara-perkara yang perlu diatasi dan diperbaik pulihkan.
But let’s say thing are strongly gone wrong, this signs are best for you untuk prepare the down side time, atau waktu you merana, kecewa, dan menderita. Apabila kita standby dan tahu earlier at least kita boleh bersedia dengan lebih tenang, lebih sabar, or maybe already have a new friend as back up hehe…so please yaa…Watch out!, Awas dengan No Love Signs.
p.s. : *Untuk mendapatkan berbagai-bagai tip cinta lagi , sila klik http://www.notacinta.com/ebuku.html
Salam hormat,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com
Apa Pendapat & Komen Anda? :
[14] Comments
Mon 8 Mar 2010
Posted by Razzi Rahman @ Brother Love under
Tips Cinta[15] Comments

AIIK?? Biar betul…Hehehe, jangan terkejut! Artikel saya kali ni kira untuk kita relek-relek, santai dan bergelak ketawa. Serius je selalu boring gak kan. So, this time around bro Razzi buat kelainan!
Instead of 5 tip mengenal PENIPU…I changed to 5 tip cara MENIPU totally opposite view!!, Kira dari perspektif si penipu la ni. Kira penulisan dari Brother Hate la ni BUKAN Brother Love hehehe…
Bayangkan ya, sekiranya, penulisan biasa saya boleh dipusingkan arah berlawanan, mungkin beginilah keluarnya apa yang tertulis, bunyinya, tipnya, habis hancur lebur usaha saya selama ini wakaka!!
Here we go…
=======================================
Tip ini hanyalah untuk mereka yang tidak berhati perut dan hanya boleh digunakan kepada orang yang tersayang …kalau ada rasa belas kesihan dan tidak sampai hati bro hate sarankan berhenti membaca sekarang hehe… So ready? Tetapkan hati busuk anda itu dengan penuh fokus kepada menipu sehingga menyakitkan hati dia yang anda sayangi okey
1. – Berikan alasan letih sangat untuk berjumpa…cakap la demam ke, sakit belakang ke, mengantuk ke. Dan kalau cakap demam, ada reason seperti makan ubat yang boleh buat anda rasa nak tidur je. Haaa…barulah kita mudah menipu dan boleh ada skandal. Ianya akan lebih mudah dilakukan jika orang tersayang anda itu anda anggap bodoh! Selalu-selalu buat begitu, sehingga dia percaya kan anda maka anda punya masa untuk keluar dengan orang baru… .Mudahkan?
2. – Apabila anda keluar pastikan yang anda hanya keluar berseorangan. Jangan jadi bangang dengan menggunakan nama adik beradik atau sahabat handai kononnya mereka bersama anda. Susah nak menipu macam tu beb…nanti ada bukti. Selalu berseorangan walaupun waktu anda tidak skandal. Cara ini anda dengan mudah bodohkan dia yang anda sayangi. Kononnya anda selalu keluar sorang-sorang je. Bila dah tiba masa, anda boleh main dengan skandal anda dengan aman. wakakaka!!
3. – Sekiranya anda mempunyai kekasih dan anda mahu punya kekasih seorang lagi, ada lebih baik salah seorang mesti berada outstation! Haaa…baru senang nak tipu. Nak jumpa pun susah kan, sebab duduk jauh. Jadi, bila berjauhan… anda boleh fokus kepada sorang-sorang. Hehehe, kena cari kekasih outstation la kan, kerana kekasih outstation ni pun selalunya percaya pada cinta jarak jauh jadi, cukup mudah untuk kita pasang dua. Yang penting, selalulah cakap kepada mereka, “I hanya sayang you seorang sahaja walaupun you berada jauh dari I” hahaha

4. – Dating MESTI diluar bandar beb! Untuk mengelakkan dari diketahui kekasih, tunang, boyfriend, girlfriend atau suami/isteri anda. Anggap saja dia orang tak ada otak dan perasaan. Jadi ianya lebih mudah untuk anda lakukan penipuan ini tanpa rasa bersalah. Well, lagipun, telah lama perangai jahat menipu ini berdarah daging dlm diri anda, kan. Kalau nak rasa kesian, boring la. Kita kena brutal, buat jahat habis-habisan! wakaka
5. – Mesti sentiasa dan pandai buat cerita sedih atau ada penjelasan cerita sekiranya ditanya! Jangan jawab “nanti I cerita” – “Nanti I call back and explain!” — itu jelas sangatlah anda menipu!! Adoi…kena serius, konfiden dan mata tu kena pandang straight. Barulah bijak menipu. Ini, mata pun takut ditenung, cerita pun banyak lubang, cakap pun terketar-ketar…adoi!! Cara macam tu hanya dilakukan oleh orang bebal dan tidak berotak yang nak menipu tak pandai. Kita mesti sediakan awal-awal penjelasan panjang, barulah semalaman kita dapat menipu dengan hati yang tenang. Barulah sampai hati kita menipu dia yg disayangi.
p.s. Ada berbagai-bagai lagi cara menipu! Untuk minggu ini, Bro Hate beri 5 tip dulu. INGAT kena hati-hati bila mahu menipu, “JANGAN MENIPU SI PENIPU BESAR!” …for sure anda akan tertangkap, good luck!
==========================================

Wakakaka… so funny kan huhuhu, jahatnya BROTHER HATE ni…Well, Itulah kan hehehe, jika tidak pernah menipu tu jangan mulakan. Jika anda mulai sekali menipu, anda akan ketagih menipu sehingga anda akan jadi seperti orang yang tidak berpelajaran, seperti drug eddict yang menipu buta.
Sehingga anda rasa dan fikir semua orang bodoh, walhal anda yang sudah menjadi terlalu bodoh kerana terlalu banyak menipu. Takkan lah anda mahu meletakkan level anda setaraf palacur chowkit dan penagih dadah yang menipu bodoh tanpa sebarang sebab?
In a way, artikel ini juga untuk anda semua mengenal karektor penipu di sekeliling anda. Dan jangan terpedaya dengan wajah yang bersih, tampan atau lawa. Hehe, interesting kan, dari perspektif berbeza kui! Kui! Kui!…yang penting…
”JANGAN MULAKAN perhubungan cinta atas dasar penipuan, anda akan kehilangan dirinya dan anda. Wajah cantik anda bertukar hodoh, dan anda akan kesunyian selamanya!”
Salam hormat,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com
Apa Pendapat & Komen Anda? :
[15] Comments
Sat 6 Mar 2010
Posted by Razzi Rahman @ Brother Love under
Muzik[6] Comments
Utusan Malaysia 6 Mac 2010
Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR
RAZZI dan Irfan berkolaborasi hasilkan mini album.
MASIH ingatkah anda pada si pelantun lagu Syakila, yang cukup popular sekitar era 90-an? Ya, sudah agak lama penyanyi berambut panjang, Razzi Rahman ini tidak muncul dengan produk seni terbaru. Kali terakhir dia merakamkan lagu ialah 10 tahun lalu menerusi single Ke Dasar Cintamu.
Memilih untuk berehat seketika dari dunia glamor, Razzi menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Bagaimanapun, penyanyi berkulit cerah itu tidaklah 100 peratus berehat dari dunia seni kerana dalam masa yang sama, dia turut berjinak-jinak dalam bidang lakonan drama.
Sepanjang tempoh itu, Razzi menetap di Kota Bharu, Kelantan menjalankan perniagaan sebagai pengedar produk minuman kesihatan. Kini Razzi kembali mengubati rindu peminatnya menerusi album yang memuatkan Tujuh lagu terbaru nyanyiannya iaitu Kerana, Misteri, Akustik Sepi, Syakila, Selamanya, Kekuatan & bonus track Voices.
Album Razzi Rahman - Irfan Khairi itu telah pun mula dijual secara muat turun di internet sejak dilancarkan pada 28 Disember lalu. Menariknya, kemunculan Razzi kali ini merupakan kolaborasi sulung dengan jutawan internet terkenal, Irfan Khairi. Klik di sini
“Sebenarnya saya tidaklah hilang sebab di samping berniaga saya ada juga ambil tawaran berlakon drama. Kenyataannya memang saya rasa seronok berniaga dan saya memang nak buat benda yang saya suka. Namun sejak berkenalan dengan Irfan empat tahun lalu, dia menaikkan kembali semangat saya untuk kembali aktif.”
“Malah, katanya lagu-lagu nyanyian saya dahulu banyak yang memberi motivasi kepada dirinya sehingga berjaya kini,” kata Razzi.
Kata Razzi, kerana kestabilan perniagaannya kini, maka dia mencuri sedikit masa terluang untuk mempromosikan album tersebut. Selain berniaga, Razzi turut melibatkan diri dalam bidang penulisan buku-buku motivasi cinta sejak tiga tahun lalu. Menurutnya, sehingga kini dia telah menghasilkan sebanyak lima e-book tentang motivasi cinta yang begitu mendapat sambutan…
Bukan itu sahaja, buku terbaru tulisannya, 101 Nota Mencari Cinta yang diterbitkan oleh Razzi Rahman Production bakal dikeluarkan bulan ini.
Mungkin kerana itu jugalah, baik Razzi mahupun Irfan tidak begitu sukar memasarkan produk seni mereka di internet kerana telah pun mengumpul ribuan peminat sebelum ini. Malah kata Irfan, baru saja sebulan diputarkan di corong radio, lagu Kerana telah berjaya menarik perhatian pendengar di THR. Apatah lagi, kini lagu tersebut menduduki tangga ketiga dalam carta THR Gegar.
Meminati muzik, sungguhpun tidak menyanyi, Irfan yang menulis dan mencipta lagu-lagu terbaru buat Razzi itu turut menyumbang suara sebagai vokal latar. Bercerita tentang tercetusnya idea berkolaborasi, kata Irfan, minatnya terhadap muzik dan lagu-lagu nyanyian Razzi mendorong dirinya untuk lebih serius.
“Siapa sangka, 10 tahun lalu saya hanya mendengar dan mengikuti perkembangan seni Razzi. Tetapi kini, kami menjadi kawan dan berkolaborasi pula bersama. Kerana Razzi kini menulis buku-buku tentang cinta, maka lagu-lagu yang saya cipta disesuaikan dengan konsep penulisan Razzi sendiri.”
“Disebabkan ini produk pertama kami, jadi kalau boleh segalanya saya mahu nampak berbeza termasuklah lagu-lagu, cara promosi dan juga jualannya,”
kata Irfan yang memperuntukkan sebanyak RM25,000 bersama Razzi dalam menghasilkan album tersebut. Bagi yang berminat membeli lagu-lagu dari album tersebut, boleh berbuat demikian secara muat turun menerusi laman sesawang www.razzirahman.com/muzik - Sebuah lagu hanya RM3 manakala untuk memuat turun keseluruhan lagu dalam album tersebut adalah RM10.
p/s : Sejuta Terimakasih kami kepada wartawan Norliza dan Utusan Malaysia di atas sokongan dan juga kepada seluruh peminat kami! “You all ROCK!”
Salam hormat,
Razzi Rahman & Irfan Khairi
Untuk maklumat lanjut tentang album sila klik di sini
Apa Pendapat & Komen Anda? :
[6] Comments
Wed 3 Mar 2010
Posted by Razzi Rahman @ Brother Love under
Tips Cinta[17] Comments

Wanita selalu cepat meluahkan rasa cinta, kasih dan sayang, tetapi mengapa begitu cepat juga meluahkan marahnya? Apabila sudah cinta, mengapa mesti marah? mengapa mesti menyalahkan lelaki itu dan ini? sehingga terjadi pergaduhan? Kata suka, kata sayang…rindu, tetapi mengapa mesti bertengkar? Bergaduh?
- Someone asked me yesterday, “Razzi, berapa kali Razzi bertengkar dengan your loved ones setiap bulan?”
- Jawab saya, “NONE! …bulan ke, tahun ke, tahun pertama, kedua, ketiga TAK PERNAH bergaduh!”
- Dia terkejut… “Tak pernah? Tak percayalah!”
- Then I said, “Honest!…bertahun-tahun, kita tidak pernah bergaduh.”
Last 7 months, a friend of mine, tiba-tiba berkenalan dengan seorang gadis cun punya. Since then, dia orang berkawan and now dah bercinta saling sayang menyayangi. Within that 7 months, happy je…tak pernah gaduh, tak pernah bertengkar atau tidak puas hati antara satu sama lain.
Apa yang my friend and me amalkan? Kejujuran? Well itu semua orang amal jugak, tapi tetap bergaduh. Kesetiaan? Well, itu pun ramai yang lakukan tetapi masih tidak puas hati. Open relationship? Hmm…masih ramai yang menipu dan curang!…
The fact is…we didnt practice anything, NONE! What makes us free from fighting with the loved ones is “Kita menemui dia yang suka apa yang kami suka!”
Tidak ada satu perkara pun, yang dia tidak suka….semua yang saya suka, dia pun suka. Semua dia suka tentang saya, my career, my life, my way, my personality, my writings, my singings SEMUA DIA SUKA. Begitu juga dengan saya. Saya suka semua tentang dia! SUKA SEMUA! Tidak ada apa pun yang saya tidak suka!
When I asked my friend, its the same thing! Dia dengan girlfriend dia pun sama dengan I. They like everything about each other! Obviously, bila kita sudah suka everything…kita nak bergaduh tentang apa lagi??
Masalah dalam setiap perhubungan sehingga berlaku pergaduhan besar, pertengkaran sengit, ketidak puas hatian over some silly things, adalah kerana adanya perkara-perkara yang kita tidak suka, tidak setuju…dan suka menuding jari, menyalahkan pasangan itu dan ini…also kurangnya usaha untuk make pasangan you happy!

So for those yang bangsa, suka cari pasal, suka bertekak, suka mengkritik, tidak puas hati itu dan ini, well…memang susah nak dapat jodoh lah, sebabnya…bila personaliti anda begitu…anda akan asyik bergaduh je dengan setiap pasangan yang baru anda kenali. Akibatnya, anda akan sentiasa kehilangan orang tersayang! ….malah, orang-orang di sekeliling anda juga akan bosan dengan sikap anda yang menjengkelkan itu…
Sikap anda yang suka menyembunyikan banyak perkara juga pasti akan menimbulkan perasaan tidak puas hati dan syak wasangka sehingga berlaku pergaduhan. Kita nak happy dengan orang yang kita sayang, so kita kena elakkan pergaduhan…BUT,
Bagaimana mahu mengelakkan pergaduhan jika ANDA YANG MENGUNDANG pergaduhan itu? …dan sebagai insan biasa, pasangan anda akan terfikir,
“Buat apa aku berada di dalam perhubungan ini jika selalu dipenuhi dengan pergaduhan?”
So basically, kalau sikap you all macam tu, you WILL NOT ever be happy with anyone in this world.
Belajar menerima dan belajar suka banyak perkara di sekeliling anda seterusnya…buang keegoaan dan kesombongan anda yang bodoh itu, yang pastinya hanya merugikan anda. Ubah keperibadian anda yang ramai orang tidak suka itu. Cuba mengalah kepada kebenaran… Orang lain tak rugi beb…you yang rugi. Sampai bila you nak be alone hanya kerana sikap anda yang anda bangga-banggakan itu beb?
p.s. : *Untuk mendapatkan berbagai-bagai tip cinta lagi , sila klik http://www.notacinta.com/ebuku.html
Salam hormat,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com
Apa Pendapat & Komen Anda? :
[17] Comments