Minda Ingin Bercinta…

 Ditulis Oleh : 

Razzi, Dini, Leo, Azwa, Lizz, Samara, CeQda, Shed…anymore??

IQ 180, “Melangkaui batas manusia biasa!” Itulah ayat yang selalu ayah aku gunakan. Itulah juga yang sering diheboh-hebohkan kepada seluruh kampung, malu aku.

Anaknya sangat bijak…berpelajaran tinggi dan best student…itulah kata-kata ayah selalu. Cukup-cukup bangga setiap kali bercerita. Sedangkan aku duduk diam di situ seperti satu objek. Bahan untuk mereka berbual dan merasa hairan.  “Ya IQ aku tinggi …tapi aku hanya budak biasa je!”

Cara mak lain pulak, tapi tetap merengek bercerita dan berbangga dengan anak lelaki seorang dia ni yang bagi dia cute, comel, manis… “Oh God Ma…I’m a boy!” Soalan yang selalu sangat ditanya pada aku pula, “Irman dah ada girlfriend belum?…pilih yang manis-manis tau…cepat-cepat sikit…mak sunyi!” …huh!, nak aku cepat- cepat ada girlfriend tapi sebab nak temankan dia.

Namun, akhirnya saat yang aku tunggu tiba jua…saat dimana aku dan mak juga ayah akan berpisah. Pada usia yang agak muda, keputusan exam aku memang terbaik, aku telah ditawarkan untuk menyambung pelajaran ke sebuah Universiti. Di situlah aku mulai mengalami berbagai perubahan yang tidak pernah aku terfikir. Di situ jugalah aku mulai meminati seorang gadis bernama, Salina. Di situlah juga segala-galanya bermula, inilah kisah aku…

Jom bikin e-cerpen : LIBRARY

New Logo

26 Comments

  • Semenjak hari itu, Irman bertungkus lumus menyiapkan projeknya. Stor lama milik Johan menjadi workshopnya. Semua lakaran dikumpulkan semula. Semua bahan-bahan dicari di makmal dan segala peralatan elektronik pula di ubah suai daripada sebuah radio lama. ‘Aku dapat rasakan, aku akan berjaya… Salina, aku akan buat kau tertarik dengan suara aku nanti, Shah boleh belah!’

    “Hey Man happy nampak…alat canggih kau tu, cam bersepah je??” Tanya Johan sambil menjenguk di balik daun pintu workshop itu.

    “Hei kawan, hampir siap tau!…eh Jo, boleh tak kau jadi bahan uji?!”

    “HAH??!…kau gila! Kau ingat aku tikus ke?…monyet?!”

    “Hahaha…bukan bahan uji macam tu lah…aku mahu uji jika aku boleh ubahkan suara kau yang macam merdu tu Jo hehehe…”

    “Ooo perli…Eh best tuu…nanti suara aku boleh jadi macam suara Siti Norhaliza tak?!”

    “Eh?! hahaha…nampak je macho…lembut rupanya hehe…heh Jo, kau tu lelaki…takkan nak tukar suara jadi Siti…tukarlah jadi Annuar Zain ke baru ngam!”

    “Hehehe…JOMLAH!…apa yang kau nak aku buat??”

  • Johan tiba-tiba muncul dengan muka terkejut melihatkan pergelutan yang berlaku di hadapannya itu. “Wehh..apa korang nih?..gilaa apa?..dah..dah..! berhenti aku cakap! macam budak-budak!!” Spontan Johan meleraikan pergaduhan kedua-dua rakannya itu. Muka Irman lebam biru, begitu juga dengan Shah. Irman mengesat lelehan darah yang keluar di bibirnya.

    “Apa nih? tolong jelaskan sekarang! aku tak pahamlaa kenapa korang ni bodoh sangat?..pasal perempuan pun nak bertumbuk!” Johan menggeleng-geleng kepala dengan wajah yang penuh kesal. Dia masak benar dengan krisis yang berlaku antara kedua-dua sahabat itu sejak Salina muncul.

    “Aku rasa apa yang aku cakap tadi relevan..kalau dia ada hati dengan Salina kenapa tak berterus-terang dari dulu..kalau Salina tak nakkan dia, tak bolehlah nak salahkan aku!” Penuh emosi sekali penjelasan dari Shah. Irman hanya diam membisu.

    “Dah! kalau kau dah tahu Irman sukakan Salina, kenapa kau api-apikan dia lagi?..jagalah hati kawan beb!” Johan cuba meredakan suasana. Irman terus menapak keluar tanpa sepatah kata. Johan hanya mampu melihat sahaja.

    Sejak dari hari itu, Irman mula memencilkan diri, segala projek yang dirancangnya terus terbengkalai. Betapa sakit hatinya dengan kata-kata Shah tempoh hari. Kawan yang selama ini telah berjanji untuk membantu di kala susah dan senang, mengkhianatinya.

    “Man..kau kenapa nih? kelas tak masuk..assignment tak hantar..tutorial tak buat..aku betul-betul kecewa dengan kau..sampai bila kau nak lari dari masalah ni? janganlah kerana perempuan kau musnahkan hidup kau! tak betul cara kau nih!” Johan tiba-tiba muncul di sebelahnya. Irman tidak sedikitpun mengalihkan pandangannya ke arah sekumpulan pelajar yang sedang bermain bola di padang kampus.

    “Dahlaa..Johan..tak payahlah kau nak bazirkan air liur kau tuu..aku dah malas dah nak fikirkan semua ni!” Irman bersuara acuh tak acuh.

    “Eh…tak eloklah macam tu beb…takkan kau nak putus asa kat semua perkara! Cubalah ceria sikitkan hidup kau tu.”

    “Habis..kau nak aku senyum bila tengok Shah dengan Salina bergelak ketawa dalam kelas…macam tu?” Irman menguis-nguis rumput dengan kasutnya. Johan mengeluh panjang.

    “Walau apa pun Irman, kau adalah seorang yang mempunyai IQ tertinggi sekali di kampus ini. Kau bijak dan bergeliga otak kau ni…rugilah kalau sia-siakan cam tu je beb…Apa kata kau sambung semula projek kau untuk mencipta alat elektronik canggih pengubah suara tu…at least kau boleh tenang…lagipun malam kesenian dah dekat ni…”

  • BERITA TERBARU :

    Apabila bro teliti betul-betul cerita yang kita build ini, memang berpotensi sebenarnya. Ramai yang mempunyai idea-idea yang bagus. Namun ianya tidak boleh menjadi satu cerita pendek “cerpen”, dia kena jadi cerita panjang “cerpan” la pulak…buruk bunyi nya cerpan tu :mrgreen:

    Ok…as kita semua tahu, Saturday is our last day and the ending should be done. Namun, bro tengok…cerita ni panjang lagi dan agak susah untuk dipendekkan. JADI…kita akan continue cerpen ini sampai kita semua boleh habiskan! 🙂

    FROM NOW ON…bro harap kita semua menyambung cerita ini menjuruskan kepada ending. Kalau boleh tak nak lah lama-lama sangat hopefully by tuesday dah ends! OK THANKS SEMUA! 😉

  • lizz

    Shah terkejut dengan reaksi yang ditunjukkan oleh teman baiknya itu.

    “Wei,kau ni kenape???angin satu badan tak pasal-pasal. Ape masalah ko ni?”, Shah meminta jawapan daripada Irman.

    “Kau!! kau masalah aku Shah!! kau pengkhianat!!”, bentak Irman.

    Shah tersenyum melihat gelagat Irman yang tidak semena-mena berubah menjadi seperti seekor singa jantan.

    “come on ar beb..kau nak bising-bising dengan aku pagi-pagi ni ape kes?? bingit beb telinga aku!! Ooo..kiranya kau jeleslah ni yer tengok aku bahagia dengan Salina…camtu?”, Shah sengaja menyindir dalam diam.

    Marah di dalam hati Irman tidak terbendung lagi, Irman memajukan dirinya ke arah Shah..

    Duuupp!!!

    satu penumbuk kepunyaan Irman singgah tepat pada muka Shah. Shah tidak duduk diam.

    Duuuupp!!!! Duuuuppp!!

    Dua sahabat kini seakan menjadi dua musuh ketat. Masing-masing inginkan kemenangan menjadi miliknya….

    Tiba-tiba, pintu bilik diketuk dan terus dibuka…..

  • “Wehh! kau buat apa tu?” Tiba-tiba Shah muncul dengan badan yang berpeluh-peluh. Sambil meneguk air Shah menepuk lagi bahu teman sebiliknya apabila sahutannya sebentar tadi tidak berjawab. “Kau jangan kacau boleh tak?..aku tengah sibuk nih!” Irman cuba menahan emosi marahnya. Bukan dia tidak tahu, pagi-pagi limun lagi Si Shah sudah menapak pergi berjoging dengan Salina. Kalau ke kuliah liat sungguh nak bangun pagi-pagi.
    “Alahaii..sensitif sungguhlaa mamat skema nih!..wehh kau tau..si Salina tadi cun giler! kalau ikut hati jahat aku ni mahu aje aku tarik masuk semak heheh..” Shah tergelak sendiri sambil mengurut-ngurut janggut sejemputnya di dagu itu.
    “Kau jangan nak cari pasal pulak!..si Salina tu perempuan baik..bukan macam awek-awek lain yang kau kenal sebelum nih!..kalau kau rasa nak hidup lama, jangan sekali-kali kau pasang niat jahat kat dia!” Irman serius kali ini. Raut wajahnya tika itu mengambarkan segala-galanya.

  • Tanpa berlengah lagi,Irman melakar draf dan mencari sumber di internet bagi memudah dia mencipta alat penyedap suara.

    Sambil mencari maklumat, Irman memikirkan tajuk projek yang akan dicipta, “Apa nama yang sesuai untuk alat ni?,aku nak bikin gempak satu campus!” “Alang-alang nak tackle Salina,hehehe biar boleh tackle lecturer skali..Boleh dapat bonus mark.”

    Tengah sibuk mencari maklumat diinternet,Irman terpandang satu website Kuncicinta.com, lalu dilayari.Dia tertarik dengan kata-kata “Seandainya dia menjadi impianmu, sememangnya dia… menjadi milikmu”

    Setelah menghayati kata-kata itu, semangatnya terus berkobar-kobar untuk menyiapkan projeknya demi Salina.

  • Leo

    “Wei boleh ke kau cipta alat menyedapkan suara, setahu aku suara anugerah tuhan yang semulajadi, mana boleh dibuat-buat.” balas Johan

    “Boleh kalau kena caranya, ala ramai la penyanyi dalam malaysia ni tak ada bakat nyanyi tapi bila dah belajar, ok la juga, boleh cari makan apa hehehe kau tunggu je Jo” terang Irman dengan penuh yakin.

    “Ok,terpulanglah pada kau man, cuma satu aje, aku harap kau dan Shah tak putus kawan sebab benda-benda remeh ok especially hal perempuan” Johan cuba menasihat

    “Entah la Jo, aku rasa bengang dengan si Shah tu, dia bukan tak tahu yang aku minat kat si Salina tu, tapi kebelakangan ni aku tengok dia macam dah terpikat dengan si Salina tu, yang si Salina tu pun dua kali lima je…bila tengok dorang berdua bergurau senda depan aku, rasa macam nak sepak je si Shah tu” geram Irman semakin memuncak

    “Relax la bro, soal hati tak boleh dipaksa kay, dah la..maybe dorang kawan biasa je tapi kau yang salah anggap, sekarang kau fokus pada music project kita ni ok” Johan cuba menenangkan Irman

  • Seminggu berlalu…

    Irman, Shah dan Johan telah menubuhkan sebuah kumpulan trio. Irman dan Johan bermain gitar, Shah pula sememangnya mempunyai suara yang cukup padu! Salina yang sangat meminati muzik, begitu teruja dengan suara Shah. Sehingga kebelakangan ini, Shah dan Salina tersangat rapat bagaikan belangkas…

    “Sabar Irman…takkan nak buang kawan hanya kerana perempuan.” Johan menepuk-nepuk bahu Irman yang termenung sendirian mengadap Tasik Suria.

    “Aku no problem Jo, cuma…aku frust! Kalaulah aku punya suara macam Shah…mesti Salina dah jadi girlfriend aku sekarang huh!” keluh Irman.

    “Eh ini hal semulajadi nya beb…mana boleh nak ubah-ubah, letih arr fikir cam tuh!” balas Johan.

    “UBAH-UBAH??…YES!!…YES JOHAN! THAT’S IT!…Yes, you’re genius…aku akan ciptakan satu alat elektronik tercanggih yang boleh mengubahkan suara aku jadi merdu, hebat dan POWER!!! Woohooo!!!”

  • ceQda

    “Tak mengapa Salina, saya rasa cadangan Irman tadi ada bagusnya, disamping dapat memeriahkan lagi minggu kesenian dapat juga saya menunjukan bakat menyanyi yang terpendam sedari kecil ni..!” kata Shah dengan penuh perasaan.

    Salina memandang pada Shah dengan penuh tanda tanya. “Shah saya tak mahu kamu semua terjerat, kerana saya…kamu semua ditimpa masalah lain.” jelas Salina memujuk.

    “Sebenarnya tak susah…kita cuma perlu cari penganjur untuk hadiah, alatan pentas fakulti kebudayaan memang dah sediakan…” terang Irman bersungguh, otaknya kembali berfungsi satu-satu idea keluar dari mindanya yang bergeliga itu. “Yang paling penting fakulti kita buat latihan cepat masa dah suntuk ni!…emm…Shah, kalau kita buat unplugged okey tak? aku boleh main gitar…” tanya Irman.

    “Betul ke kau ni Man…setahu aku kau ni mat buku, pandai ke kau pegang gitar…?” tanya Shah kembali.

  • lizz

    “Ir…Irman kan nama awak?”, Salina datang ke arah Irman dan menyapa Irman yang masih dalam kebingungan.

    “Hah? Irman? Siapa? Ooo, hah iyalah nama saya Irman…kenapa?”, Irman seperti hilang kata-kata apabila Salina datang menegurnya. Kelam kabut dibuatnya.

    Kakakaka!!! Hahahaha!!

    Mereka yang masih lagi di tempat kejadian mentertawakan gelagat Irman. Irman menjadi malu dengan dirinya sendiri.

    “Adoi…kenapa aku macam ni yer?? Kau kalutlah Irman…buat malu kaum lelaki je tau!!”, bentak Irman di dalam hati. Marah sungguh dia pada dirinya sendiri kerana gagal menyembunyikan perasaan gugupnya bila berhadapan dengan Salina.

    “Erm, macam ini..saya cuma beri cadangan saja ya. Kalau awak rasa awak tak bersedia nak adakan pertandingan band ni..saya rasa awak perlu berterus-terang dengan Profesor Arifin. Awak ceritakan kejadian sebenarnya tadi..jadi,awak tak perlu sakit kepala lagi kan??”, Salina menyuarakan pendapatnya pada Irman.

    Tersenyum Irman ketika ini, bukan kerana idea bernas Salina..tetapi Irman terpegun melihat bibir Salina yang mungil sedang berbicara dengannya. Seakan bermimpi dirasakannya..Salina yang dia mimpikan selama ini, yang sedari awal pagi dia jejaki, kini berada dihadapannya!!!

    “Cantiknya kau Salina..”, Irman masih lagi di dalam dunia khayalannya.

    Tiba-tiba…

    “Kalau perlu, saya boleh temankan awak..Nak ker?”, Salina menawarkan diri sekali lagi untuk membantu Irman.

    “Hah?? Temankan saya?? Yes!!!, Irman menjerit kegirangan.

    Kahkahkah!!!!!

    Gelak ketawa kedengaran lagi….

  • “Kalau ye pun nak berbincang…kenapa berkumpul kat sini, macam nak bergaduh pun ada. Carilah tempat yang strategik sikit…tapi apa-apa pun saya suka idea awak tu…Irman kan?” Terang profesor Arifin sambil jari telunjuknya menghala ke arah Irman.

    Irman hanya mengangguk perlahan, manakala yang lain tersengih-sengih sahaja di sisinya.

    “Saya harap rancangan kamu itu berjaya dilaksanakan..” Profesor Arifin mengerling penuh makna dan terus berlalu.

    “Haa..haa..pertandingan band antara fakulti yee..” Wan Ga’nung mencelah tiba-tiba dengan ketawa yang dibuat-buatnya. Spontan tangannya mencekup kasar kolar kemeja Irman. “Aku tak kira! kau yang cari pasal, kau settlekan semua ni sendiri!!” Tegas Wan Ga’nung keras. “Ishh…mental aku layan budak-budak bendul nilaa..” Rungut dia lagi sambil beredar dari situ.

    Irman dan Johan cuma terlopong tanpa suara. Dibenak mereka sudah muncul pelbagai andaian buruk yang akan timbul dari masalah yang mereka ciptakan sendiri. Johan sudah mula bercekak pinggang di sisinya menantikan penjelasan. ‘Aduuusss..mati aku kali niee’ Bisik hati kecil Irman.

  • ceQda

    “Hmm…betul tu” satu suara mencelah semua mata tertumpu pada suara itu, Shah yang secara tiba-tiba datang dengan muka selamba, tersengih memandang semula kepada mereka.

    “Apakata korang masuk pertandingan melukis potret aku sempena minggu kesenian minggu depan” kata Shah penuh bangga. “Hadiahnya nanti aku sponsor, pakej 3 hari 2 malam di rumah atuk aku di Ulu Dong, Pahang”.

    ‘Dia dah buat dah…’ desir hati Irman.

    Si Shah ni kalau tak dihentikan entah apa-apa lagi yang direpekkannya. Irman cuba mencari jalan agar semua dapat beredar dari situ, tiba-tiba muncul profesor Arifin Said…

    “Kenapa ramai berkumpul disini??…kamu semua dah habis kuliah ke?” celah beliau bersahaja.

    “Tak Prof kami cuma berbincang untuk sambutan minggu kesenian minggu depan…cadang kami nak buat pertandingan band antara fakulti…” Terang Irman mendapat idea yang dirasakan sebenarnya kurang bernas. Semua mata tertumpu kepadanya, Irman menelan liur yang terasa pahit ditekaknya…

  • Lalu, “Eh, eh Johan…kau besar…kau pergi, kesian Salina tuh!” gesa Irman, hatinya tiba-tiba kecut melihat Wan Ga’nung, senior dia itu. Johan mula dapat meneka sedikit perasaan Irman.

    Sementara Irman pula mengambil kesempatan dengan Johan yang mula tersengih-sengih pada dia. Ditolak-tolaknya pemain ragbi itu agar pergi menolong Salina. Irman memang bijak dan otaknya besar namun badannya yang sekeping membuatkan dia selalu dibuli si Wan.

    “HOI WAN!!…kau dah tak ada kerja lain ke??” Tegur Johan, dengan nada suaranya yang agak berang.

    “huh?…eh apa hal kau? Kau nak makan kasut?!” Jawab Wan selamba. Kawan-kawan dia turut bangun dari menyandar di tembok batu dan mulai mengelilingi Johan, Irman dan Wan Ga’nung. Semua dengan wajah yang sombong, memuncung marah. “Nak mampus ke hah??!” tanya Wan lagi.

    Irman yang berada belakang Johan semakin rapat pada lelaki itu, Johan pula mulai gugup dan seperti bersedia dibelasah oleh kumpulan Wan Ga’nung itu. Tiba-tiba, Salina muncul, “Stop it!…please, jangan buat kerja bodoh macam ni okey…kalau nak bergaduh sangat, masuklah pertandingan sains projek ke, kepandaian ke or lebih baik bertanding menyanyi…haaa…itu lebih baik, tunjukkan bakat awak semua…bukannya bergaduh macam orang zaman batu! Please lah!”

  • Setelah kuliah pertama selesai, Irman menapak ke cafe kampus. Perasaannya cukup sebu hari ini kerana sejak dari dalam kelas lagi dia tidak melihat kelibat Salina. Sepanjang pengajaran Cik Suryati berlangsung, matanya melilau ke segenap sudut kelas mencari-cari wajah manis yang didambanya selama ini.

    “Mana pulak dia nih?..” Getus hati kecilnya sendiri.

    “Weii..kawan! sorang je ke?, mana ‘laki’ ko hah? Selalu macam belangkas, berdua aje..” Muncul Johan menyapa dari belakangnya. Antara kenalan rapatnya selain dari Shah.

    “Entahlah, mamat tu kacau sikit sekarang ni..kelas pun jarang nak pergi…” Irman mengomel perlahan.

    “Apasal muka macam roti berkulat je nih?..kau gaduh dengan Shah ke?” Sifat ingin tahu Johan memang amat ketara. Sebab itulah agaknya dia digelar ‘kaki busy body’ oleh rakan-rakan lain.

    “Kau ni, aku dengan Shah ok ajelah..penat sikit kot, maklumlah assigment dah bertimbun-timbun sekarang nih!” Jelas Irman panjang lebar, tiba-tiba… dia terpandang sekilas wajah yang dicarinya sejak tadi. Tetapi…

    “Haii..cik adik maniss! Nak ke mana ni..mehlaa abang Wan temankan!”

    Salina cuba bergerak ke kiri dan ke kanan sambil melarikan wajahnya dari gangguan lelaki di hadapannya tika ini. Irman yang mulai gusar, tercegat di situ memerhati dari kejauhan seperti tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Johan pula terlopong kehairanan.

  • azwa

    … dan kembali ke alam nyata. Sekilas dia menoleh tempat yang selalu diduduki oleh gadis pujaannya. Kosong. Mana pulak dia nih pergi?. Biasanya waktu begini dia dah ada.. Hatinya dipagut resah gelisah. Fikirannya mula melayang fikir yang bukan-bukan..

    Irman terus berangan.. satu suara merdu, lembut gemersik menujah masuk gegendang telinganya. Dia cukup asyik mendengar suara itu…sehingga dia berpaling dan bola matanya membulat, Salina tiada dihadapannya…

  • lizz

    “Lah…tak bangun lagi mamat sorang ni…bangunlah wei!! Jangan nak buat-buat lupa kelas kita pukul 8 pagi ok hari ni…”, Irman membebel bila dilihatnya Shah, teman baiknya itu masih lagi di atas katilnya. Masih lagi diulit dengan mimpi semalam yang entah bila hujungnya.

    Shah tersedar, digosok-gosok matanya….

    “Pukul berapa mak nenek??”, Shah menyindir Irman sebagai cara membalas bebelan temannya itu.

    “Mak nenek ye ko kata aku…hah! Lagi 20 minit pukul 8!!!!”, sengaja Irman meninggikan suara kepada Shah.

    “Huh? ooo, kalau macam tu…kau anggap ajalah aku demam hari ni ya…aku tak ke kelas!!”, Shah memberi kata putus kepada Irman.

    Tidak seperti selalu, hari ini Irman tersenyum sendirian apabila Shah memberikan jawapan sedemikian. Tidak seperti hari-hari biasa, Irmanlah yang akan memberi ceramah percuma kepada temannya itu…Pagi ini, lain pula kejadianya..

    “Erm…bagus juga mamat ni tak ke kelas..bolehlah aku mengintai Salina dengan tenang pagi-pagi ni. Untung-untung, dapatlah berbual dengannya..kalau nasib aku terlebih untung…boleh aku ajak Salina makan tengahari!!! hurray!! “, Irman seakan menjerit tetapi mujurlah dia sedar daripada khayalannya itu…

  • Leo

    “Kring!!!” Jam loceng milik Irman berdering meminta pemiliknya bangkit dari tidur.

    Irman bingkas bangun dari katilnya. Jam loceng yang terletak di atas meja belajar dicapai dan dimatikan. Waktu menunjukkan jam 6.15 pagi. Shah masih lagi diulit mimpi walaupun jam loceng Irman berdering kuat. Irman masak sangat dengan perangai temannya itu yang sering diajuknya ‘tidur mati’. Shah agak liat untuk bangun pagi. Jangankan bunyi jam loceng, disimbah air pun belum tentu Shah akan terus bangkit.

    “Shah, bangun la..pukul 6.15 ni, sembahyang subuh cepat” Irman mencuba nasib sama seperti pagi-pagi sebelum.

    “Kau sembahyang la dulu, aku uzur hari ni” selamba jawab Shah dan menyambung lenanya.

    “Ish kau ni Shah, banyak alasan kau ye, hari-hari jawapan kau lain-lain, nasib baik aku member kau je, kalau aku bapak kau dah lama aku sebat kau” balas Irman.

    Irman malas untuk melayan kerenah sahabatnya itu. Dia terus melangkah ke bilik air dan membersihkan diri. Dia bersyukur kerana sedari kecil kedua ibubapanya mendidiknya untuk bangun seawal pagi. Dia juga berpegang kepada pesanan ayahnya agar tidak sesekali meninggalkan solat walau dalam keadaan macamana sekali pun. Perasaan rindu pada ayah dan ibu semakin terasa di sanubari, memandangkan sudah hampir 6 bulan aku di sini, belajar hidup berdikari, segala-galanya dilakukan sendiri. Pada awalnya agak kekok juga kerana sebelum ini segala perihal pakaian, tempat tidur dan sebagainya diuruskan oleh ibu. Tapi kini semuanya aku urus sendiri.

  • ceQda

    Tapi cepat Salina menepis perasaan itu, kala ini cinta bukan segalanya. Ada lagi misi yang perlu diutamakan buat masa sekarang fikirnya. Dia perlu bangkit dari sejarah hitam yang membelengu hidupnya…..

    Bagi Irman ini bagai satu peluang yang bergolek padanya, gadis itu sudah mula menunjukan minat. Apa salahnya kalau aku yang mulakan salam perkenalan kata hatinya takala kelibat Salina semakin menjauh. Aku perlu memikirkan beberapa plan yang bernas untuk memiliki cinta gadis itu. Irman tahu merpati putih itu sukar didekati, dia perlu berhati-hati jangan sampai Salina terlepas. Tapi dia bukannya kasanova yang pandai bermain dengan kata cinta, selama ini hidupnya hanya dipenuhi dengan buku-buku nota, buku pelajaran bukan buku bagaimana untuk anda belajar bercinta pada siapa dia mahu berguru. hendak disuarakan pada teman-teman pasti malu nantinya digelar mat bunga pula. Otaknya terus ligat memikirkan pelan yang harus dicipta untuk memiliki sekeping hati gadis itu.
    Dan sudahnya di dorm malam tu dia tidur bertemankan sebuah buku nota dan sebatang pen. Tidurnya lena dibuai mimpi-mimpi indah tanpa sedar air liur basi meleleh ke pipi….

  • Leo

    Salina berasa malu dengan usikan seperti itu, dia mengukir senyuman ikhlas buat jejaka tampan di hadapannya. Hatinya berbunga riang, tiada siapa yang dapat menafsir perasaan apa yang sedang dirasainya sekarang. Hanya tuhan yang tahu.

    ‘Tapi mungkinkah semudah itu hatiku terpaut pada seorang insan bernama ‘lelaki’?, sedangkan aku yang dulunya amat sukar mendekati mereka..mungkinkah dia dicipta untukku?’

    Salina bermonolog sendirian sambil kakinya terus melangkah menuju asrama siswi. Perasaannya terbuai indah.

  • azwa

    “Err.. tak ada apa-apa…” Wajah Irman bertukar segan. Dia cepat-cepat betulkan duduknya. -Aduh, malu siut! mana mau sorok ini muka daa.. control.. control..

    “Tadi tu siapa?… kurang sopan betul. Tak patut dia buat awak macam itu.. gurau macam apa!” Salina mula bersikap prihatin. Sebenarnya lebih kepada untuk berbual dengan lelaki yang telah berjaya mencuri hatinya.

    “Oh, dia member satu dorm.. hehe.. so k.. kami memang selalu gurau macam gitu.. brutal sket!.. thanks.. ” Irman mengukir senyuman kemudian kenyit mata.

  • Samara

    Irman tersengih-sengih ketika itu. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa malunya. Tak disangka-sangka Salina menegurnya. ‘Inilah peluang aku, hehehe’ Irman berkata-kata sendiri.

    “Adoi sakitnya tangan saya ni” Dengan wajah yang berkerut-kerut, Irman mengadu sakit yang dibuat-buatnya kepada Salina. “Kesian awak, marilah saya bantu” Salina menghulurkan tangan untuk membantu Irman yang jatuh tersungkur dek perbuatan sahabatnya.

    Peluang emas itu tidak Irman lepaskan, dia menyambut tangan Salina sambil cuba untuk berdiri semula. “Terima kasih Salina” Irman menghadiahkan senyuman kepada Salina.

    Salina terdiam. “Eh, macam mana awak tahu nama saya?” tanya Salina kehairanan.

  • lizz

    “entah,apa angin agaknya..budak-budak tu semua malas nak bincang hari ni. Selalu, dia oranglah manusia-manusia yang selalu menganggu tidur ku..”

    “Ooo…budak-budak tu pulaukan kau agaknya…” Irman berseloroh membuatkan Shah hilang sabar dan menolak Irman.

    Kedebooom!!

    “Adoi…..kurang ajar kau Shah!! siap kau nanti!!”, bentak Irman yang marah pada Shah.

    Irman jatuh bersama kerusinya ke lantai perpustakaan, Shah ketawa terbahak-bahak sambil melarikan diri. Itulah cara mereka berdua, sudah menjadi kebiasaan Shah dan Irman bergurau senda dengan agak kasar, dua teman sebilik yang sememangnya rapat…tiada apa yang disimpan di dalam hati.

    Salina yang sedang khusyuk menelaah terkedu buat seketika melihat lelaki yang sedari tadi bermain mata dengannya, bertukar senyuman dengannya, seakan-akan berbicara dengannya tetapi tiada bersuara kini terjelepuk jatuh ke atas lantai.

    ‘Ya Allah, kenapa aku senyap aja ni? Aku kena tolong dia…’ Salina seakan baru tersedar daripada lamunannya.

    “Err..Awak, boleh saya tolong??” Tanya Salina, menawarkan dirinya untuk membantu Irman.

  • azwa

    “Erkk.. tak ada menda ah!.. ni haa.. assigment yang prof Hamdan bagi nih arr..” Irman sengih. Pura-pura menyelak helaian buku nota yang terbuka. Namun matanya sempat menjeling sekilas kearah Salina. Shah tersenyum sumbing memerhatikan gelagat Irman.

    “Hek elehh.. mau tipu kita plak?.. cam ler aku tak tau kau tuh ngah berangan cinta masyuk kat budak tut!.. ” Muncung Shah menghala ke arah gadis yang sedang tekun menelaah selang dua meja dari mereka. “Betulkan?.. aku tahulah Irman.. dah lama aku perhatikan kau tau!”

    Serentak Salina berpaling kearah mereka apabila terasa kententeramannya tergugat. Irman angkat tangan tanda mohon maaf dan gadis itu mengukir senyuman lagi… ‘aduh, cair hati den nih!’

    “Ssshh.. kau nih Shah, kalau ya pun tak boleh cakap slow ker?.. ni library arr bukan pasar malam… Mimpi apa kau datang sini?.. mana group discuss kau? selalunya kau mana pernah renggang ngan dia orang!”

  • Leo

    ‘Mesti sepadan kalau aku dan dia disandingkan di atas pelamin..hehehe..kata orang sama cantik sama padan’ Irman tersenyum sendirian, dia terus mengelamun jauh.

    “Hello bro, apa ke heh kau ni senyum sorang-sorang ni…mental ke apa kau ni ha?” sapa Shah kuat, sehingga Irman tersentak dari lamunannya apabila ditegur oleh teman sebilik dan sekuliahnya itu.

  • DINI

    “Waahh….manisnya dia..” Bisik hati Irman. Tak pernah dia tertarik dengan mana-mana gadis sebelum ni..tapi Salina yang sedang mengulangkaji pelajaran di perpustakaan itu, telah membuatkan hatinya terusik. Apatah lagi bila Salina melemparkan senyuman yang manis padanya seketika tadi.

    Sambil memegang pen dan kertas tugasan yang diberikan pensyarah, Irman terus mencuri-curi pandang pada Salina sambil berkhayal…

    ‘Mak…Irman dah ada calon menantu untuk mak..tapi..nak bercinta..aku tak tahu..benda lain aku boleh buat..takkan bercinta pun tak boleh…’ Bisik hatinya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending Posts

Edit Template

© 2023 Created with Royal Elementor Addons