Teknik Memikat #64 – LAGU-LAGU

Tujukan lagu untuk si dia. Jadikan lagu itu sebagai lagu anda berdua. Telefon si dia dan mainkan lagu itu sebagai bunyi latar belakang perbualan anda berdua. Berbuallah perlahan sambil menikmati lagu itu,  nescaya suasana itu akan menjadi lebih romantik. Jadikan lagu itu menemani setiap perbualan anda. Nescaya suasana romantik itu akan membangkitkan perasaan asmara sehingga membawa emosi ke satu situasi yang tidak dapat dijangkakan.
 
Dari pengalaman bro : Saya pernah memasang lagu romantik dari kumpulan Weslife untuk diperdengarkan kepada gadis yang saya minati dulu tanpa pengetahuannya, dan dia cukup terkejut dan terjerit-jerit lantas menangis teresak-esak.

Saya tidak berkata sepatah apa pun hanya mendengar tangisannya. Sepanjang lagu itu berkumandang dia hanya menangis dan terus menangis dan apabila lagu itu tamat, dia mengatakan yang tidak pernah ada orang membuatkan dia rasa begitu dihargai.

Semenjak hari itu, dia benar-benar menyukai diri saya dan menganggap diri saya sebagai seorang yang romantik dan tempat untuk dia meluahkan segala perasaannya.

Ketahuilah lagu yang disukainya dan tujukan istimewa kepadanya di radio, TV mahupun di expo-expo atau pasangkan dimana-mana. Tidak mustahil, ia menjadi kejutan besar buatnya.

tip brother love :
“Jadikan satu lagu terkini, lagu anda berdua. Abadikan lagu itu dan padulah janji. Walau dimana sahaja anda berdua berada, apabila mendengar lagu ini, bayangkan anda berdua sedang memadu cinta syahdu!”

~ klik di sini untuk tip memikat #65 ~

(Dipetik dari eBook 101 cara Mencari Cinta)

11 Comments

  • Luthsi Anunah

    i nk pikat b balik i pon ada la nyanyi lagu dan jiwang sket2…
    b ckp jgn nk jwang2..dia xsuka..
    padahal dulu masa mula2 kwen bukan men g..
    dia ckp dulu2 r..sedih i tau..i tak tau nk pikat macam mna..rasa xdihargai pulak..

  • you’re most welcome!

    i do remember birthdays, urs 9th Jan 19..
    😉

    cheerio!

  • Seri ~ WOW!!! you remembered my birthday, 😆 Tq! Tq!

    Siap ada hadiah lagi tu, you’re the best! How man can just ignore a girl like you?

    Thank you so much Seri 😉

  • Sukanya Miss Love dgn Ms Shasha 🙂 Bro pun tumpang gembira dengan you all.

    Semuga jumpa bf baru pun suka menyanyi atau tuju2 lagu. Dan jika dah ada bf tu harap-harap terus romantik dengan lagu-lagu yang menjadi tema percintaan anda 😉

  • hi bro!

    ur book has been shipped today, most likely it takes a week to reach u.

    HAPPY BIRTHDAY!(in advance)
    😉

  • Ms. Shasha

    my ex dulu suka nyanyi utk i…x kira la jumpa ke,dalam phone ke..
    antara lagu favorite dia…I’m Yours,lelaki ini,All my life….

  • Miss Love

    Suka! suka! I love a guy yg romantic…buatkan cd collections kat i ke, nyanyi2 kat i ke…asssyik gitu!!

  • Nyanyian dan lagu sememangnya boleh menaikkan semangat setiap pasangan yang bercinta. So, kalau macam Hazwan yang dah try and Teruna yang Azan bagus tuuu….JUST DO IT again and again laa…

    Sure happening punya…girls memang suka 🙂 betul tak girls semua?

    Kalau tak suka tu, i guess that girl jenis tak romantik laaa…Hazwan and Teruna ni I bet romantik orangnya 😉

  • Halim

    Halim xreti la bro, i ni jenis hadiah2 ni oklh tp pasai lagu&irama ni yg berat nihhh… Teruna, awak Azan best…nyanyi mesti best gak leh lawan bro hazwan!!! 🙂

  • Irama dan lagu tak dapat dipisahkan… kalau dipisahkan rosaklah lagu… ha..ha..

    Suara yg merdu dan lagu yang sedap amat menarik perhatian gadis-gadis..

    Masa I azan kat surau sekolah dulu-dulu ramai gak yang minat.. kalau nyanyi tak tahu lah ya..

    TERUNA SEPI
    http://www.incomeautomatik2u.com

  • Nice tips.

    Dulu saya pernah nyanyikan sebuah
    lagu live with acoustic guitar di
    sebuah pusat peranginan untuk si dia.

    Then, lepas balek, saya terkejut
    bila dia hantar MMS menyanyikan
    lagu yang saya nyanyikan untuk dia.

    Nampaknya berkesan tips ni, lebih2
    lagi kalau pandai customize.

    p/s : lirik main bantai je + chord
    progression yang lunak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending Posts

Edit Template

© 2023 Created with Royal Elementor Addons