Mengejar Matahari


Aku amat menyintaimu sayang…tapi jodoh kita jauh menyimpang.., kini aku sudah dimiliki dan bahagia bersama isteri tercinta tetapi setiap kali kesejukan malam mencengkam jiwa ini…

aku mulai mengingati wajah manis mu, senyuman manjamu dan tergelak pula bila aku terpaksa mendongak bila berbicara dengan mu. Saat gembira itu juga adalah saat menggelupur jiwa ini menitiskan air mata kering, mengenangkan perhubungan cinta kita yang hangat… tiba-tiba terputus di tengah jalan. Sedih, teramat sedih…

 Aku seperti dapat merasa yang kau juga tak bahagia, namun sudah bertahun-tahun  kau dimiliki dia, tak mungkin kau meninggalkannya!

Tapi bagiku, jiwa ini akan terus kekosongan jika tidak terisi dengan jiwa mu yang begitu lembut dan manja, membelai hati ini yang bergolak keresahan.. Aku tahu, apa yang aku rasakan ini adalah seperti mengejar mentari… namun aku malas hiraukan kepanasan yang bakal membakar kerana apa yang aku tahu, aku mahu mengejar kembali kasih yang hilang. Aida…I love you soooo much!…

Tapi…apakah yang patut aku lakukan dengan isteriku?…aku juga sayangkannya, tak mungkin aku dapat melukakan hatinya. Dia telah bersama-samaku di waktu aku susah, dia telah banyak berkorban…aku telah banyak menyusahkannya. Dia telah mengangkatku dari aku rebah tersungkur…sehingga aku berjaya semula dalam hidup yang telah kau hina dulu.

 Namun…aku mahu mengejar cinta yang tak kesampaian ini Aida. Aku mahu kepastian samada aku masih boleh memiliki mu atau sebaliknya. Aku tidak akan mengalah…aku tak boleh lagi menahan tangisan setiap kali wajah mu terpancar sekilas lalu. Aida, adakah aku akan dapat memilikimu semula? Aida!…jawab Da…jawab!! ”.

 

26th January 2008…

Sarah terpana membaca nota biru laut yang pastinya ditulis oleh suaminya Rizwan. Terketar-ketar tangannya perlahan-lahan melipat nota itu sambil menahan sabar. Bergenang matanya…putih wajahnya, berkerut seribu dahinya, terkecut-kecut perutnya kerisauan, kebingungan berpusing-pusing di seluruh jiwanya yang semakin tertekan…

   “Apakah aku akan kehilangan Riz? Oh my God…what should I do?”

Angin malam semakin dingin menerjah, menusuk dada Sarah terus ke tulang putihnya. Kesejukan, kebekuan menyelubunginya. Matanya membulat masih terkejut…

   “Sayang?!…you buat apa kat balkoni pagi-pagi buta ni?” Rizwan tiba-tiba muncul menambahkan lagi kejutan kepada Sarah, sambil mengelap pipinya yang basah, Sarah memberi senyuman…

   “Nothing…I saja ambil-ambil angin. Lambat you balik…biasalah kan?”

:: Continue in the comments box…

New Logo

24 Comments

  • nisha

    bestlahh..tak sabo nak dengar ending nyer..musti riz ngan aida tak pun riz lebih senang sendirian melalui hari2 yang mendatang tanpa ada seorang insan yang digelar wanita di sisinya..

  • ariqa

    waa…+_+
    sedihnya cerita ni..
    akhirnya dapatkah wanita itu merasai perasaan sebenar Riz padanya??
    hanya persoalan yang bermain di minda.

  • Kesedihan yang teramat sangat melanda Riz…walau benci, cintanya pada Sarah masih bersemi. Dia terduduk memangku Sarah, aliran air matanya sudah tiada guna lagi. Isterinya bersama anak yang dikandung, meninggal di situ.

    Alan, suami Aida yang juga seorang pengedar dadah, juga turut mati setelah membawa MPV dengan laju kerana melarikan diri dari polis. Dia telah melanggar Sarah dan merempuh dinding hospital dalam perjalanannya untuk melawat isterinya di situ.

    Nota biru laut berterbangan terlepas dari genggaman Sarah…nota yang memulakan segala kemelut cinta mereka.

    TAMAT.

    Apakah yang terjadi kepada Cinta Riz & Aida? Apakah kesudahan kisah E-cerpen “Mengejar Matahari” ??…

    Anda boleh mengetahui dalam edited version tidak lama lagi. Anda boleh download ecerpen secara percuma. So…tunggguuuu…

  • Awan mendung semakin berarak memenuhi ruang-ruang kedukaan. Seluruh alam seolah-olah memahami akan senandung di jiwa seorang suami. Namun kesibukan di perkarangan hospital itu begitu jelas kelihatan di cermin kereta Riz yang tiba-tiba agak terperanjat apa yang dilihatnya…

    “Sarah??!…apa hal pulak dia turun dari hospital ni??!” Tercengang wajah Riz terpinga-pinga sendirian dari dalam keretanya. Bergegas dia melangkah keluar dan menjerit…”SARAH?!!”

    Kulit putih Sarah bertukar merah serta-merta pabila terdengar jeritan suaminya. Mukanya yang lonjong seolah-olah terhenyut seperti dalam kesusahan, namun dia terus melangkah tersasar ke sana-sini bagai kehilangan arah tuju.

    “Riz…aku benci kau…aku benci semua orang AHHHH!!!!…RIZZZ!!!!…AKU BENCI KAU!!!!” Merintih, meraung bagai hilang akal pabila perasaan bersalah menyelubungi Sarah yang semakin hilang pertimbangan, meluru terus ke tengah jalan raya.

    “SARAHHH!!!…STOP!!”

    Sarah berpaling ke arah Riz yang mulai berlari ke arahnya dalam kegerunan. Air matanya bercucuran jatuh…tanpa dia sedari, dia sudah berada di tengah-tangah jalan raya yang sesak dengan kenderaan yang begitu laju sekali.

    “RIZZZ!” tiba-tiba Sarah menjerit lantang, nekadnya mulai luntur.

    “SARAAAHHH!!” Wajah Rizz pucat lesi pabila melihat, Sarah berdiri di tengah-tengah jalan yang amat sibuk itu, cuba menyesatkan dirinya dengan pujukan Syaitan.

    “I LOVE YOU, RIZ!!!” Tanpa menghiraukan kereta-kereta yang deras meluncur laju di kiri dan kanannya, Sarah mengangkat kedua-dua belah tangannya dan mendepa lebar seperti menunggu satu hukuman mati yang bakal diterimanya!

    “SARAAHH…JANGAN!!!” Jerit Riz dari jauh dan masih berlari ke arah Sarah.

    ‘POMM!!’ Sebuah kenderaan MPV besar meluncur dengan begitu laju sekali sambil membunyikan hon dengan kuat. Riz teramat cemas…

    “SELAMAT TINGGAL RIZ!!”

    “SARAAAAHH….NOOO!!!” Riz terus berteriak dan berlari laju kepada Sarah tetapi, ‘POMMM!!!’ hon berbunyi lagi kuat, dalam sekelip mata, MPV itu semakin hampir…

    “SARAAHH…” Jerit Riz yang semakin cemas sekali, dia berlari amat laju demi menghalang Sarah walaupun dia masih berada jauh. Bunyi hon kenderaan itu pula semakin kuat, ‘POMM!…POMMM!!!’ Sarah masih tak berganjak, MPV itu terus meluncur laju…”SARAAHHH!…TIDAAAKK!!!”

    Perasaan bersalah yang membelenggu Sarah membuatkan dia terus di situ dan mulai memejamkan matanya, mendongak ke atas dan seperti sengaja menyerah, membunuh diri untuk dirempuh bila-bila masa saja. Situasi tegang, cemas dan Riz teramat panik. Larian Riz bagai tidak terpijak lantai namun tidak terkejar kenderaan itu yang begitu laju. Dia tidak sempat berbuat apa-apa, tidak dapat menghalang…dia hanya dapat menjerit…

    “SARRRAAAAAAAHHH!!!!”

  • Catriona Ross

    Rizwan menghempapkan tubuhnya beserta fikiran kusut dan hati yang berparut ke sports seat Ricaro di mobil Nissan Fairlady rona merah saga. Rizwan mengucap panjang, menenangkan hati yang dicengkam amarah dam amuk yang berapi.

    “Who the hell did this to her???!!!”

    Riz menjerit sekuat hati di dalam mobilnya, tangannya menghengtak stering depan berulang kali. Dia kecewa, sedar dirinya tertipu selama ini.

    “Why?! Why?! Apa I buat kat you?! You bloody … you..you..God!!Why?!”

    Sekali lagi Riz meronta sendiri, suaranya memecah kedamaian di perkarangan hospital. Air mata sedikit pun tak tumpah. Mana mungkin dia korbankan egonya setelah mengetahui tubuh isterinya diperlakukan lelaki lain, setelah Riz membayangi sekujur tubuh itu pernah dicium,dibelai dan diraba orang lain. Rizwan jijik memikirkan semua itu. “Arrrrrgghhhhhhhh” Riz tak keruan.

    “That child dalam perut dia…that bastard..that is not mine! She is carrying a bastard!!!!!!”

  • nissya

    Sarah meraung sekuat hatinya.Tak tertahan derita batin yang ditanggung nya selama ini…sejak malam pertama dia dan Rizwan dinobatkan sebagai pasangan suami-isteri.

    “Ya..Allah…tolong lah aku!”

    Sarah buntu teramat sangat kala ini.Alasan apa yang harus dicipta untuk meyakinkan Rizwan
    benih yang mula bercambah diperut nya adalah dari baka Rizman.

    “Arrrggggh..hhhhh!!!!”

    Sarah menjerit sekuat hatinya.Perasaan marah,malu ,kesal dan berbagai lagi bercampur aduk sehingga membuat dia hilang kawalan.

    “Rizz…kenapa kau seksa aku begini?”

    Batin Sarah sudah lama terseksa dek kedinginan Rizman melayani nafsu Sarah yang sentiasa bergelora.Dia ibarat kayu mati yang hanya disentuh bila ada keperluan yang datang mengikut musim.
    6 bulan bukan satu jangka masa yang pendek.Tak mungkin mana-mana wanita normal sepertinya dapat bertahan dibiarkan seperti sebuah padang pasir yang kering kontang.

    Nafsunya sentiasa bergelora dimalam hari mengharap kan belaian dari suami tercinta…tapi dia dibiarkan terkapai-kapai melayari malam-malam yang sunyi lagi beku.
    Dan akhirnya dia tersepit dan terjebak dalam skandal” kekasih gelap nya”tanpa pengetahuan Rizwan..

  • Titis-titis renyai hujan, memberi sedikit ketenangan di hati Rizwan yang termenung jauh memandang langit mendung berarak…kelabu hitam membentang pemandangannya.

    Di jendela kaca Hospital Budi, berdiri dia memikirkan kedua-dua wanita yang telah dimasukkan ke situ…

    “Apakah kesudahan kisah aku ini?”

    Riz melangkah perlahan-lahan merapati jendela itu, kesan nafasnya terhembus berkabus di kaca itu…lalu jarinya mengukir nama, ‘AIDA’ terus dilingkungi pula dengan bentuk cinta disekelilingnya…

    “Ahhh…aku masih mencintai mu Aida.”

    Tiba-tiba… “Riz…Rizz..”

    “Sarah?…” Terus saja dia melangkah merapati isterinya yang terbaring di katil mewah itu. Beribu harga dibayarnya sekadar berada di bilik rawatan yang dipenuhi dengan berbagai kelengkapan harian, seolah-olah berada di Hotel Suite.

    ‘Tokk! Tokk!’ tiba-tiba pintu bilik rawatan itu dibuka,

    “Assalamualaikum Encik Rizwan.” tegur Doktor Asmadi yang tiba-tiba saja muncul, melangkah masuk bersama seorang jururawat yang agak kurus.

    “Doktor?”

    “Ahh…bagus, isteri awak dah sedar.”

    “Mengapa Doktor?…berita yang tidak baik tentang isteri saya?” Rizwan tergaru-garu tengkuknya, sedikit perasaan bersalah menyelubungi jiwanya.

    “Sebenarnya Encik Rizwan, isteri anda mengandung 2 bulan…so its not a bad news BUT a good one for you!”

    “???…okey…hmm..err 2 bulan?”

    “Ya!…so okay, enjoy the moment, isteri anda boleh discharge petang ini juga.”

    “2 bulan doktor??…tapi…”

    Sarah hanya terdiam membisu, Rizwan ternganga sambil kebingungan melihat Doktor Asmadi melangkah keluar…berbagai-bagai perkara berputar pantas di mindanya yang kini mulai berserabut. Wajah Sarah yang masih agak longlai, langsung tidak menunjukkan betapa bahagianya dia menerima berita ini…

    “Riz…I dah…I err…I dah nak cakap kat you, but I terjumpa nota itu dulu…”

    “AND YOU TUDUH I CURANG?!…How can this be Sarah?? HOW??!” Rizwan mulai melangkah pergi, membuka pintu bilik dengan cepat dan menghempasnya dengan kuat! …kemerahan di wajahnya jelas kelihatan, jiwanya terbakar membara…

    Sarah pula meraung membingit suasana, hanya tagisan pedih yang dapat dia lakukan dan juga jeritan bersalah kerana sudah hampir 6 bulan Rizwan tidak menyentuhnya,

    “RIZZZ!!!…RIZWAN!!…I’M SORRY!!!”

  • lizz

    “Sarah!! Sarah!!…bangun sayang….Please, jangan takutkan i sayang…”

  • Catriona Ross

    “Ya Allah Ya tuhan…Help me God..Oh man! No! I cant do this…God!”

  • Sarah mendengus panas…menghela nafas sepanjang-panjang mungkin melihat seorang gadis cukup ayu dirangkul rapat suaminya.

    Kecut seluruh kulit di badan gebunya, biru wajahnya…menggeletar jari-jemari. Sarah cukup tertekan…dunia di hadapannya seolah-olah berputar ligat, memusingkan seluruh pandangannya yang hampir kegelapan…Sarah kepeningan, kepalanya berdenyut-denyut, tengkuknya ketat…tubuhnya longlai…

    “Rizzz…” rebah jua Sarah ke lantai, kemunculan Aida secara tiba-tiba benar-benar mengujutkannya, menguji ketabahannya…menyingkap pembuluh darah tinggi lantas melemaskan pernafasannya.

    “Oh God Sarraahhh!!….Aida…Sarah…Ya Allah!”

  • lizz

    “Riz!!!!”

  • Catriona Ross

    “Aida….!Tak mungkin!”

  • cleopatra

    Bunyi loceng dari daun pintu kedengaran..Kedua pasangan yang dirundum tekanan sebentar tadi dikejutkan dengan taluan bunyi loceng…TIng Tung8x..

    Bergegas Riz terkejut, melangkah pantas membuka daun pintu yang semakin membingitkan telinganya..

    tiba-tiba… tubuh riz di peluk erat ketika pintu dibuka…pelukan itu semakin erat dan kuat..di susuli tangisan yang semakin membasahi bajunya..situasi ini membuatkan riz kaku..dan kelu lidah untuk berkata kata…

    Riz cuba mengawal keadaan..dia mengangkat lembut wajah gadis didepan matanya itu..di tatapinya dengan tenang…

    alangkah terkejutnya dia..apabila gadis yang berada didepan matanya itu adalah perempuan yang sering bermain-main difikirannya…perempuan yang sering mencuri perhatian angannya dan inilah perempuan yang telah mencuri hatinya…

    “ya ALLAH , apa sudah jadi” riz menjerit kecil…

  • Catriona Ross

    Sarah bergegas ke pintu, menyambut akhbar The Star dari tangan Ravi, lelaki India ramah berumur separuh abad yang setia menghantar surat khabar ke kondo mereka sejak 6 tahun yang lalu.

    ” Aii Puan Sara,cepat ini jam you pintu buka. Saya mau loceng tekan tapi satu kali you pintu mari. Tidur tak boleh ahh? “, sapa Ravi yang cukup masak dengan lenggok suami isteri dari unit B-11 itu. Wajah Sarah yang tak keruan cukup menggambarkan sedih hati tapi sengaja Ravi diamkan, tanpa menyoal.

    Sarah cuba mencari alasan, tak enak andai jiran tetangga atau Ravi menyedari perubahan Sarah pagi itu. “Susah mau tidur la Ravi pasal saya mau periksa students punya homework. Esok sudah last day belajar. After that, mau exam jadi saya cek dari tadi malam, belum siap laa…”, Sarah mengharapkan keterangan dia cukup sempurna buat Ravi. Sarah menghulurkan wang buat Ravi dan perlahan dia melambai sebelum menutup pintu berona putih itu.

    Riz di balkoni, menghembuskan asap, mencemarkan udara segar di pagi itu dengan sebatang Marlboro Lights yang dipegang rapat. Dia makin berkecamuk. Antara tanggungjawab dan kasih sayang, antara nafkah dan sokongan, semuanya Riz butuhkan tapi isteri berkulit putih gebu itu seolah tidak mengerti gelojak hati Riz selama ini yang cuma mahukan wanita tinggi lampai itu menunjukkan sedikit minat terhadap kerjanya.

    ” Sarah..Sarah..Sarah..Baby, come here kejap. Baby!”, Riz masih mahu cuba berkomunikasi.

    ” Baby, kejap la. We need to talk. Kenapa you suka dengar i terjerit-jerit panggil you each time kita ada issues huh? If I need to speak to you about problems, you selalu nak walk away, pack baju and balik rumah Mak! Well you know what? Im your husband so today, you sit and listen to me! You got that Sarah?! You hear me?!” Nafsu amarah Riz memuncak, bingit teriaknya memecah sunyi pagi Selasa itu.

    Sarah tersentap mendengar teriakan suaminya dan dia mencampakkan pakaian yang sudah rapi dilipatnya ke lantai kamar tidur. Sarah bergegas keluar, kakinya deras menghentak lantai seramik di ruang tamu, menuju ke Riz yang sudah tak betah dengan karenah Sarah.

    ” You tak bagi I pergi rumah mak? Why? Kenapa I nak stay here and dengar you bebel macam ni? Ive got other things to do ok? Im a teacher, I’ve got responsibilities, I’ve ada career and most importantly I need to make money!”

    Jam menunjukkan jam setengah enam. Saat itu hati jantan Riz luluh, terasa dihina dengan perbahasan wanita yang pernah dia sayangi suatu waktu dulu. Riz tidak berupaya menahan sebak dan ngilu dadanya. Mata Riz bergenang air mata. Benaknya mulai menguji sabar yang rapuh, Riz membuat pertimbangan. Khuatirkan keadaan yang mungkin tak dapat diselamatkan tapi Riz melempar Marlboro LIghts dari jarinya lalu dia berdialog, giginya dikacip rapat tapi suara garaunya cukup jelas.

    ” Don’t you dare accuse me of not making money for you..Dont you dare Sarah..Dont…”, kata-katanya Riz terhenti….

  • lizz

    Sara terpaku mendengar kata-kata yang baru sahaja dikeluarkan oleh suaminya, insan yang selama ini tidak putus-putus menyanjung dirinya, membelai dirinya, satu-satunya lelaki yang saban hari membuatkan dirinya terbuai-buai dengan mimpi indah dengan kata-kata romantis ke atas dirinya, satu-satunya insan yang dia telah relakan dengan sepenuh hati dan sejuta keikhlasan untuk melayari bahtera bersamanya…

    Namun, detik ini semua memori indah itu bagaikan hanyut ditelan tsunami, bahagia yang dibina selama ini musnah dalam sekelip mata, Sara dicengkam seribu satu persoalan dibenaknya.

    “Kenapa mesti aku yang dipertanggunjawabkan dalam hal ini?Apa benar tuduhan yang lelaki ini lemparkan kepadaku?Oh God!! Kenapa aku???Why me??”, Sara bermonolog dengan hati kecilnya…

    Sengaja Rizwan membiarkan isterinya merenung jauh ke dalam matanya, dibiarkan sahaja Sara seperti orang yang baru terjaga daripada lena yang panjang dan masih mencuba untuk mengingati apa yang telah dilakukan sebelum lenanya yang panjang itu….

    Waktu terus berlalu dengan pantas, dentangan jam didinding sebanyak empat kali menyedarkan Sara dan Rizwan daripada khalayan mereka. Kalau bukan kerana nota biru laut yang menjadi punca pertengkaran mereka, pasti saat dan tika ini pasangan merpati ini sedang bermadu kasih, bersama-sama melayari alam indah dikayangan sana, pasti keduanya saling berpelukan mesra diranjang…

    “Sayang…im so sorry..i tak ada niat nak…”, Rizwan mencuba nasib menenangkan kembali keadaan Sara.

    “No…no..Riz. Its ok, i tak perlukan apa-apa penjelasan daripada you lagi…just leave me alone Riz…”, Sara merayu kepada Rizwan.

    Rizwan akur dengan permintaan isterinya dan terus meninggalkan Sara….

  • Catriona Ross

    Aida bergegas ke arah Avantgarde C200K yang diparkir disamping jalan.Dia merenung wajah Alan yang tertanam dalam muntah sendiri.

    “Jijik! What was I thinking when i married this idiot?!”

    Hati kecil Aida mula mengamuk sendiri, mencemuh impian untuk bahagia yang tak kesampaian. Sambil mendengus dia teringat kata-kata Riz, mengajari Aida suatu kala dulu. Terngiang kembali ayat yang tak bisa Aida lupakan.

    “Seandainya dia menjadi impianmu….sememangnya dia….akan menjadi milikmu…” Panas, gelisah. Hatinya makin gundah tika fikirannya melayang mencari potret Riz yang tersorok dalam memorinya. Kekasih yang pernah mengagungkan cinta mereka, lelaki yang utuh, cocok dijadikan pasangan hidup, teman istimewa yang mahu membina sebuah keluarga bersama Aida sepuluh tahun dahulu.

    “Riz…kalau you boleh dengar bisikan hati I, please, I beg for your forgiveness, tolong cari I and take me away.” Air mata mulai membasahi pipi mulusnya. Segala deria terasa kebas mengenangkan dosanya pada Riz yang tak pernah bersalah terhadap dirinya. Aida makin sebak, esakannya makin kuat.

    Kelopak mata Alan yang tertutup rapat mulai menjauh. Liar matanya mencari kelibat tubuh Aida. Alan mendepa tangannya, mengheret kaki milik wanita langsing itu.

    “Hei!!You buat apa kat jalan macam perempuan sundal haa?! Come here!Im not going to repeat it. Jangan tunjuk hebat dengan I ahh! Sundal!”

    Aida tahu apa yang bakal terjadi pada dirinya.Sudah lumrah tiap kali Alan mabuk, tubuhnya jadi sasaran tak mengira masa atau tempat. Dia tiada daya melawan,siapa dia jika dibandingkan dengan lelaki berketurunan Punjabi-Cina yang sasa, tegap dan tingginya hampir 6 kaki.

    Malam itu, dibelakang mobil mewah mereka,Aida diperlakukan tak ubah seperti perempuan murahan. Alan rakus mengasari isterinya dengan segala tenaga lelaki yang ada padanya sedangkan mereka sah untuk bercumbu mesra di kamar beradu tetapi bagi Aida, inilah kronologinya.Aida menahan seksa,hanya doa dan air mata yang menemani, fikirannya jauh melayang, mengharapkan Riz kembali.Hatinya bersulam rindu,berbisik.. “I’ll look for you Riz..I janji sayang..”

  • Tiba-tiba, satu kejutan menyirap darah mereka berdua. Bunyi Siren bergema kuat memecah sunyi jalan!…sebuah kereta polis peronda mendekati dengan laju, lantas berhenti di depan C Class putih itu.

    “BUAT APA NIH?!…BALIK-BALIK!” sergah seorang koperal yang terjenguk kepalanya ke luar tingkap.

    Aida membingkas bangun ketakutan, “Err…tak ada apa encik..err…suami saya ni mabuk sampai termuntah-muntah…sikit je”

    “Awak tak mabuk??!…kalau mabuk saya bawa awak berdua ke balai.” Gertak koperal itu.

    “Tak-tak..semua ok, nak balik dah ni…”

    “CEPAT!…”

  • Catriona Ross

    Bingit suasana subuh kala itu dengan hentakan sepatu Jimmy Choo rona hitam berkilat milik Aida di jalanan pagi itu. Rambut perang yang mulanya kemas bersanggul,kusut. Akhirnya dia menghempap tubuhnya ke tembok jalan. Bosan dengan hidup yang dilimpahi wang ringgit,malas dengan adegan ranjang bersama Alan,satu-satunya lelaki machosis yang pernah dia kenali.Sudah 8 tahun bersama melayari bahtera rumah tangga tapi lautnya kerap bergelora bagai Lautan Artik. Tak pernah tenang.

    “Come back here!Mana you nak lari? You jangan nak handal dengan I. You nak jadi jantan? Nak jadi sundal? You stupid women!!!”

    Alan mulai berteriak setelah terjelepuk ke kaki lima jalan sesudah berhempas pulas, cuba membuka pintu mobil mewah itu.

    Aida perih mendengar kata-kata Alan tapi itu hakikat rumahtangga mereka. Bila berahi, dia seolah diperkosa suami sendiri. Bila sibuk, Aida bertukar menjadi hamba, bila Alan terima kontrak bernilai ratusan ribu ringgit, suaminya pasti hilang ke Amsterdam, melilit tubuh dengan wanita Caucasian yang lapar pada tebusan wang ringgit Alan.

    “Riz..please come back for me. I cuma nak minta ampun dari you. I tak sanggup macam ni…God,help me.” Aida berbisik sambil melihat suami yang muntah-muntah.

  • lizz

    Berbekal sedikit sisa tenaga yang ada, Alan mengangkat tangan dan memaut kuat leher Aida daripada tempat duduknya. Nafas Aida menjadi tidak menentu. Mujur nasib masih menyebelahinya, dia berupaya melepaskan pautan tangan lelaki jahanam itu.

    Alan merasa tercabar dan terus meronta-ronta di tempat duduk belakang. Keadaan Alan tidak jauh beza seperti orang yang kerasukan hantu. Aida membentak-bentak kerana benci dan bosan diperlakukan seperti anjing oleh Alan.

    “How dare you Alan!!!you…you…jangan ingat i wife you…selalu ikut apa you nak selama ni, so you boleh layan i macam u layan betina-betina lain ok!!”, Aida hilang sabar apabila Alan bermain kasar dengannya.

    “You…you jangan memandai nak main busuk dengan i ok!! kalau i dapat tau u ada simpan man-mana jantan belakang i….”, Alan memberi amaran kepada Aida.

    “What??Apa yang you nak buat pada i Alan???Hello, its enough ok!! You jangan ingat i akan setia dengan jantan yang sebijik perangai iblis macam you!!”, Aida kini semakin berani menyuarakan apa yang selama ini dipendamkannya…

    “Shut up you Aida!!! Now,tell me siapa Rizz????Now!!!”, Alan mula rasa tercabar dengan Aida kini.

    “My Ex boyfriend and i do love him so much ok!!!!!!”, Aida menamatkan adegan subuh itu dan terus keluar daripada Mercedes Benz milik Alan …..

  • Di Jalan Duta, Mercedes Benz Putih jenis Avantgarde C200K, menderu laju di bawah lampu-lampu jalan yang bersinar kekuningan.

    Mata kuyu Aida terbuka kecil, terkelip-kelip mencuba untuk terus terjaga… sekurang-kurangnya hingga ke kediamannya di Sri Hartamas. Bau nafas dari air kencing syaitan melegar-legar ke seluruh ruang dalam keretanya itu apabila mulutnya yang berbibir kecil menguap-nguap berkali-kali.

    Di tangan kirinya masih ada sebotol Brandy XO yang hampir kekeringan…

    “Rizzz….huk…huuuu…Riz!! I bersalah dengan you…mana you pergi??!”

    “Huh??…sssapa Riz?” tanya Alan yang terbaring separuh mati di kerusi belakang. “AAIDAAA…SSSIAPA RIZ HAAA??!!!”

    Dalam sedar tidak sedar, Alan menjengah bangun dengan wajahnya kemerahan…

  • Catriona Ross

    Saat itu Rizwan keluh resah,hatinya makin gundah.Timbul sedikit penyesalan tapi apakan daya dia,dia jujur pada hati…Rizwan tunduk ke lantai,tubuhnya makin longlai cuma hati lelakinya menidakkan segalanya.Dia menghirup udara pagi,seolah mencari sedikit ruang nafas dan saat itu dia terpandang potret mereka yang megah terhias dia sudut meja.Hatinya makin berkecamuk.

    “Sarah!Sarah!Sarah!I need to talk to you!”

    Sarah keluar dari kamar tidur,air matanya bercucuran,wajahnya lesu,langkah tubuhnya longlai.

    “Riz..apa lagi?Apa lagi you nak cakap?I dah baca semua,i know it all!I tak nak dengar apa-apa dari you!Ok!Ok!You faham tak?!I dah bagi segalanya pada you,my life,my time,my heart…..”

    Belum sempat Sarah meluahkan perit yang dia lalui Riz menerkam dengan raut wajah yang cukup kecewa.

    “Yes!You think you gave me everything but only I yang tahu.I kekurangan Sarah!Mungkin you beri kasih sayang you tapi I cant live on love alone.You tau tak I tak dapat support dari you?You tak faham kerja I.Its always about you….”

    Mata Sarah meliar merenung mata Riz,seolah tidak rela menelan hempedu pahit di kerongkong.Sarah mencari kepastian di sebalik kata-kata Riz tapi jauh di sudut hatinya,dia tahu Riz serius.

  • “Sarah…I sebenarnya…”

    “NOPE!…no Riz, NO!!…jangan explain apa-apa, I TAK NAK DENGAR!!!”

    Bagai guruh di pagi hari, tempikan Sarah memecah hening. Sambil berlari masuk ke kediaman mereka, Kondominium Permai, Sarah sempat mencium bibir suaminya yang ternganga kaku.

    “I love you so much Riz…sampai hati you.”

    “Sarah…I’m sorry…”

    Rizwan hanya dapat melihat Sarah melangkah pergi meninggalkan dia di situ…seluruh jiwa kedua-duanya meruntun pedih kerana walau apa pun yang telah terjadi, cinta mereka masih tetap bersemi…

  • lizz

    Rizwan dapat merasakan ada sesuatu yang agak berbeza melalui cara percakapan isterinya, Sarah pada kali ini. Sarah berkelakuan agak ganjil, tidak seperti biasa. Hati Rizwan mula merasa seolah-olah ada sesuatu yang disembunyikan Sarah daripada pengetahuannya. Rizwan memberanikan diri membuka mulut dan bertanya bagi medapatkan kepastian bagi dirinya sendiri.

    “Sayang, whats wrong with you? Kenapa you cakap macam tu dekat i? I ada buat salah apa-apa dekat you? Tell me sayang…..”. Rizwan bertanya kepada Sarah.

    Sarah tidak terus menjawab soalan suaminya kali ini, sebaliknya Sarah berpaling dan menyerahkan nota biru laut yang telah membuatkan hati kecilnya tidak keruan sesaat sudah. Jantung Rizwan bagaikan tersentap kali ini. Lidahnya tidak berkata apa, matanya tertumpu pada nota biru itu, jantungnya kini berdegup kencang…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending Posts

Edit Template

© 2023 Created with Royal Elementor Addons