Anna Maria

“Cinta seolah-olah satu peperangan. Senang terjadi, susah untuk berhenti dan tidak mudah dilupakan!”

Di padang luas berumput lembut, seorang gadis remaja terbaring di riba ibunya yang masih kelihatan jelita. Kebingungan melanda di mindanya apabila soalannya dijawab dengan perumpamaan sebegitu.

Sambil memandang langit biru yang terbentang luas, dia bertanya lagi, “Mom…camana kisah cinta Mommy dengan Daddy?”

“Ehh??…mana boleh cakap, rahsia!” gurau ibunya yang tersenyum meleret, malu. “Mengapa sibuk tanya pasal cinta Mommy pulak ni emm?…Anna dah jatuh cinta yaa?”

“MOM!…apa ni, nak tukar topik lah tu…selalu cam tu tau.” Perlahan-lahan gadis itu bangun dan berdiri menghirup udara segar. Hawa pergunungan yang sejuk dan lembab itu begitu menyamankan.

“Anna…you want to tell me something?”

“Nahh…hihi.” Angin mulai meniup lembut membelai pipi gadis manja itu, rambutnya yang halus mengacau mata galaknya pabila turut tertiup angin nakal seolah-olah mahu bergurau dengannya.

“Anna…tanya saja-saja pasal cinta, err tanya kisah Mommy dengan Daddy ni is it because…DAH ADA CALON?!” sambung ibunya pula. Wajahnya mulai menebal dengan perasaan ingin tahu.

“Hihihi, Mommm…I’m still young laa.” Kemerahan seketika wajah Anna, jelas sekali yang dia menyembunyikan sesuatu dari ibunya. “Mom…ceritalah, macamana jumpa Daddy?…is he a romantic person?…Daddy seorang yang pencinta tak? Care for you? Daddy loving tak Mom??”

“Hei…hei…banyaknya soalan sekaligus…mengapa ni Anna?” Ibunya semakin syak akan sesuatu, namun…tiada cara lain untuk membuat Anna bercerita melainkan, menceritakan kisah cintanya terlebih dahulu.

“Baiklah sayang…Mommy akan cerita kisah cinta Mommy dengan Daddy dari mula sampai akhir…tapi dengan syarat…”

“Yeaa…ok, apa syarat dia?”

“Anna juga kena beritahu Mommy…your love story, Ok? Well Anna, Mommy boleh nampak…you’re in love!…you can’t lie to me. Janji Anna akan ceritakan semuanya pada Mommy.”

“Emmm….oklah, oklah…I will tell. So, start lah Mom…”

“Ahhh…umm…kisahnya bermula semasa Mommy masih di Malaysia, di sebuah Pantai Cahaya…I was confuse about everything in this world…dan Daddy muncul dengan begitu charming sekali…bagai seluruh masa terhenti…tapi…” 

==============================

Jom bikin e-cerpen : sambung di sini...

New Logo

41 Comments

  • nina

    hurmmm..
    best la bce cter ni…
    hehe trs dpt ilhm nk bwt cerpen..
    cayalah bro..(^_^)

  • baqir

    masalah sya adalah…saya dah putus dengan awek saya..tapi saya masih sayangkan dia….BL tolong lah saya…apa yg saya patut buat…

  • ariqa

    Mncintai..x smudah m,bnci.
    Mnerima..x smudah mnyayangi.
    M,bri hati..x smudah m,ambil hati.
    M,jg se2org..x smudah mnemaninya.
    M,jauhkn diri dari insan yg dcintai..x smudah mndekatinya.
    Dan..
    mngikat kasih syg..x smudah memutuskn ia.
    +eNd+

  • ariqa

    alamak bro..
    tak sempat nak bace smpi penghabisan..
    nnti sy in balek..
    bace..
    eheh
    jwangnye risk..

  • risk

    Ana

    Ana
    Kau segalanya
    Warnamu itu cahaya

    Aku
    segar dalam jiwamu
    Bersama menempuh liku

    Asmara
    Kita jalin di mentari yang hangat
    Betapa peluh yang telah mengalir
    Jauh dilubuk hati
    Engkau ku puja
    Tarian musafir yang membawa aku
    Bukanku putera raja di mata

    Ana
    Engkau aku dan dia
    Semua kita manusia
    Aku
    Terus jadi miliknya
    Hati yang luas terbuka
    Kita hilang bersama pelangi
    Terbentuk setelah hujan renyai
    Kita hilang bersama kabus pagi
    Ditelan sinaran yang membakar
    Ana
    Akulah diri sendiri
    Tak mungkin kau jadi aku

    lagu ni yg i menyayikan untuk u masa kat langkawi razi….tapi u tak da keluar ngan kawan….

  • Anna dear…I’m trillion times speechless. 😉

    Azwa…ada idea tak nak buat prolog baru??, bro punya stok byk love story and fantasy. Cam? Azwa ada anything new?

  • waa.. tangkap syahdu la.. huhuhu

  • Anna

    I’m seriously, speechless 😉

  • Sorry lah Lyn, sebenarnya cerita tu bro nak tulis panjang lagi. Tapi banyak perkara lain yang lebih penting untuk bro utamakan.
    Thanks kerana jadi peminat setia.

    Cover dulu, entah…Anak sapa la tuh? Cover baru tu nama dia memang, Anna Maria.

  • Lyn

    Hu..hu..hu..sedir arr cite ni bro. Sal tiba2 dah tamat? cepat bbenor. Tapi best, sedih dan ngam ahh!

    Lyn pelik nih bro…gambo sape lak kat cover baru tu? Yg dulu lak gambo saper? Ahaks! Leh tukar tajuk lak ni, wassup bro?

    Byk laks tanye. Sowi… 🙂

  • Semiggu Kemudian
    Tasik Wakatippu,Queenstown

    Duduk berlunjur Maria di depan tasik yang terbentang luas, mulai membuka sekeping surat dari Malaysia. Berdegup-degup jantung berkocak kencang. Apakah pula isi kandungannya. Mengeluh panjang dia sebelum mulai membaca…

    My dearest Maria,

    Sungguh Razman tak menyangka, setelah sekian lama Maria menghilang…akhirnya, Razman tahu juga dimana Maria berada. Kan I pernah kata, you takkan dapat melepaskan diri dari I, pergi begitu saja…hehehe.

    Anyway, by the time Maria baca surat ini, Razman sudah lama menghembuskan nafas yang terakhir. Yes Maria…I have gone for good!

    Mungkin kedegilan di jiwa you membantu you menjadi tabah selama ini. Mungkin bagi you, segala-gala akan menjadi baik tanpa sebarang bencana. Mungkin sebab itu juga you langsung tidak menghubungi Anna yang pulang mencari bapanya yang sebenar…malah you juga langsung tidak bertanya khabar tentang kesihatan I, entah masih sakit atau sudah sembuh…itulah Maria yang I kenal, amat berbeza dengan Anna yang amat prihatin dan mengambil berat tentang I. Tapi I cukup faham dengan kedegilan you itu, pastinya you tidak akan berasa bersalah sampai bila-bila…hmmm, Maria, sehingga I sudah meninggal pun you masih dengan perangai lama you.

    Alhamdulillah, sebelum I meninggalkan dunia yang fana ini, I sempat juga merasa kasih dan sayang dari anak kita berdua. Cukup-cukup terkedu di hati setiap kali memandang wajah Anna, yang benar-benar mengingatkan I betapa manisnya wajah seorang gadis bernama Maria…Oh Maria, I always love you sayang. I terlalu menyayangi you…

    Aku tenggelam di dalam kasih dan sayang mu yang tak kunjung tiba, Aku lemas menanti dalam kerinduan…Maria, maafkan aku kerana tidak setabah mu. Alangkah bahagianya sekiranya kita dapat bersama semula. Namun, aku sedar itu hanyalah khayalan semata-mata…andai kita mencintai yang lain, masakan kita boleh bersama…sedih, cukup sedih…mengapa aku harus jatuh cinta kepada seseorang yang tidak mencintai aku??…ahhh…namun, aku bersyukur kerana sedikit masa dan waktu yang telah kita lalui bersama begitu bererti. Aku bersyukur dapat mengenali mu Maria, kerana mu, aku dapat merasa hidup kembali…kerana mu, aku dapat juga merasa secebis kasih walau tidak sepenuhnya namun aku sempat merasa sekelumit bahagia…

    Aku tidak akan menyalahkan mu lagi kerana tidak mencintai aku dan memilih dia, malah aku ingin memaafkan mu di atas segala-gala yang telah berlaku. Dan aku harap kau juga memaafkan aku…

    Sesugguhnya, cinta aku pada mu akan sentiasa membara…walau pun aku tahu…cinta mu tidak pada diri ini. Walau di saat akhir pemergian ku pun, aku masih menunggu kepulangan mu, Maria…tapi, kau tak muncul jua, betapa sedih aku menunggu at least a call from you. Namun, nothing! Betapa aku tidak lah sepenting mana buat mu…It’s okay, I understand. Whatever it is Maria, aku sudah lama merelakan kau pergi, mencari kebahagiaan yang kau inginkan. Kerana itulah perkara pertama yang sentiasa aku ingin lakukan buat mu…And now that I know, I can’t give you the happiness no more eventhough I do really loves you so damned much!!

    Well, “Cinta seolah-olah satu peperangan. Senang terjadi, susah untuk berhenti dan tidak mudah dilupakan!” begitulah juga cinta ku pada mu Maria. Walau berbelas tahun sekali pun, aku tetap mengingati cinta kita. Tapi apakan daya, setakat ini sahaja pengembaraan ku menerokai cinta kita. Good Bye my love, my weakness, my journey ends here, as I can no longer be the one that always makes your lips smile…

    Love Forever.
    Razman.

    p/s Adam adalah anak angkat I, so no worries, Anna dan Adam akan disatukan tidak lama lagi, they are getting married soon.

    Maria menangis teresak-esak, meratap sedih dengan pemergian Razman yang sebenarnya sangat dia sayangi. Kedegilannya telah menghancurkan segala harapan. Maria tersangat menyesal namun, segala-galanya sudah terlambat…

    TAMAT

  • Banglo mewah, Bukit Kayangan
    Shah Alam, Selangor.

    “Hello, ini kediaman Encik Razman Roman?” sayup kedengaran nada suara wanita itu.

    “IYa, kok boleh ketahuin siapa yang bercakap?” tanya bibik, orang gaji di banglo mewah itu.

    “Maria, Maria Syed Alam…emm boleh panggilkan Encik Razman?”

    “Err..err…Encik Razman err…tunggu iya.” Bibik meletakkan gagang telefon dan tercungap-cungap memanggil Sofia yang kebetulan berada di situ.

    “Hello…siapa ni?

    “Saya, err…Maria, boleh saya cakap dengan Razman…err, ini isteri dia ke?”

    “Tidak, ini kawan dia Sofia. Emm Maria, I think I know who you are…tapi, Razman tak dapat nak bercakap…err…err…dia sedang dirawat doktor di biliknya.”

    “APA??!!…dia sakit?”

    “Dia telah diserang sakit jantung sekali lagi…sangat kritikal, dia sememangnya sudah lama sakit jantung.”

    “Ya Allah!!…what happen?!”

    “Well Maria, after 18th years knowing that dia ada anak dengan you…it is a shock to anybody would it?”

    “Oh my god!!…what have I done!”

    “Just come back here Maria…Adam dan Anna pun sudah dalam perjalanan pulang.” tegas Sofia. Di hatinya terbenam satu niat yang suci terhadap Razman.

    “Assalamualaikum!” kedengaran suara Adam yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah itu bersama Anna dan bibik yang memikul beberapa beg.

    “OH DAH SAMPAI!…Err Maria, budak-budak tu dah sampai, I pergi dulu. Hoping to see you very soon! ok, bye.”

    “Err..ok, bye!”

    “Auntie??…who’s on the line?” tanya Adam penuh tanda tanya.

    Sofia tak menjawab, sebaliknya menyambut kedua-dua insan itu dengan penuh kegembiraan, “Adam…welcome back sayang, Inikah Anna…cantik!…well, we better tengok daddy now, adik Adri ada kat dalam dengan dia.”

  • hartini

    well..well..well…

  • Townhouse Sally
    9:00 malam, Hari ini.

    “NO!…NO!..It’s not happening, TIDAK MOM!!!”

    “Maafkan mommy Anna…itulah rahsia yang mommy simpan selama ini. Sebulan selepas peristiwa di malam Valentine’s itu, kami break-up, then I pregnant tanpa pengetahuan dia! Then mommy kahwin with your father. Tapi, the actual fact is, Razman, ayah kepada Adam adalah daddy Anna yang sebenar…”

    “NO!!..NO!!…tak mungkin mommy, tak mungkin!…Anna cintakan Adam mommy!!”

    “Tak boleh Anna….Anna dan Adam adalah adik beradik!”

    “Ini semua salah mommy! SALAH MOMMY!!…I HATE YOU, I HATE YOUUU!!!”

    Anna lari keluar meninggalkan ibunya yang sudah berjurai airmata meleleh jatuh ke pipi, namun belum sempat dia keluar, tiba-tiba…

    “Kau MARIA?!..MARIA SYED ALAM?”

    “Aa..Adam?” tergamam dan ternganga Maria, tersedar melihat Adam tercegat berdiri di ruang masuk dapur.

    “Err Adam…dah berapa lama Adam sampai? Anna baru nak pergi jemput Adam di resort. Adam tunggu kat luar sekejap yaa…”

    “Kau bekas kekasih Razman…bapa aku?!” mendalam suara Adam, merah wajahnya.

    “Emm…err…” memutih muka Maria, terdiam seribu bahasa.

    “JAWAB!!” bentak Adam, kegeraman.

    “Adam please sayang…tunggu di luar, biar I selesaikan semua ni dengan mommy, ini semua salah faham saja…”

    “Adam…auntie tak bersalah! Bapa Adam yang tinggalkan auntie. Dia yang ucapkan selamat tinggal pada auntie dan tidak mahu lagi menjalinkan perhubungan kami.” Jelas Maria dengan perasaan serba-salah.

    “HABIS?!…siapa yang mahu tunggu lagi kalau kekasih dia bodoh dan sombong, malah begitu angkuh dengan pendiriannya, kemudian tidak tahu menilai yang mana permata, yang mana kaca…”

    “Adam…Adam…tak tahu, masa tu Adam masih kecil. Razman pula masih beristeri.”

    “Apa auntie tidak cinta?…tidak sayangkan daddy?…bukankah sedari awal lagi, auntie tahu yang daddy sudah memiliki isteri…mengapa mesti membiarkan cinta itu berlarutan??…HUH!!…you’re just using him!!”

    “NO ADAM, NO!! I love him…”

    “Huh!…sudahlah, daddy menderita dan amat terseksa sekali dengan layanan auntie. Selama ini, apabila auntie bosan bila kekasih menghilangkan diri, maka daddy lah tempat auntie menghilangkan kebosanan itu…namun bila kekasih auntie muncul kembali, daddy dilayan seperti anjing yang kedahagaan…YOU JUST USING HIM, YOU SELFISH, YOU HUMILIATE HIM…HE’S WIFE LAUGHED AT HIM…ALL HIS FRIEND LOOKED DOWN ON HIM…ALL BECAUSE OF YOU!!”

    “Mommy…what’s going on? Is this true?”

    “No Anna…Adam…auntie tak berniat begitu. I gave my all, I jaga perhubungan kami, I care for him tapi… I just accept what he wants.”

    “Ahhh!!…shut up!!…care for him konon, jaga perhubungan? Bullshit! You know nothing about a true love!!. He sacrifice everything for you…he’s life, he’s time, even he’s family…tapi, apa you buat?? You not even can treat him like a human being that use to be in love…”

    “MOM!!…is this true?”

    “Err…Mommy ingat, semua okey…mommy tak tahu…”

    “MEMANG!…memang auntie tak tahu apa-apa. Sentiasa fikir yang auntie saja yang betul malah begitu bongkak dengan pendirian sendiri. Lalu begitu bodoh mempercayai kekasih auntie yang hanya mempergunakan auntie untuk kepuasan nafsunya sahaja, sedangkan dia juga menyimpan perempuan lain. Itu pun auntie tak boleh nampak…percaya bulat-bulat yang dia setia konon…”

    “Tidak Adam, auntie kahwin dengan dia…”

    “So??!…you live happily ever after lah??”

    “Err…” Maria tertunduk malu. Dia sedar, walau dia berkahwin dengan kekasihnya dan meninggalkan Razman, suaminya mempunyai hubungan sulit sampailah ke akhir hayatnya.

    “Tahu tak selepas auntie tinggalkan daddy, dia sudah tidak boleh hidup seperti insan biasa lagi, malah dia telah menceraikan mommy. DAN UNTIL TODAY, HE IS STILL WAITING FOR YOU!!!…I hate you Maria!…I hate you!!!”

    “Mom…what have you done?!…macam ni ke my own mother? Anna amat malu dengan mommy!…sudahlah Anna dan Adam adik-beradik…APA ANNA NAK BUAT SEKARANG MOM??!…I HATE YOU MOMMY, I HATE YOU!”

    “Anna!…tolong jangan benci mommy!”

    “Adam…just forget about everything, bawa I pulang ke Malaysia, I mahu berjumpa dengan daddy I yang sebenar!”

    Dengan perasaan hati yang amat kecewa, Anna dan Adam akhirnya bersama berlari keluar dari rumah itu dan meninggalkan Maria meratapi saat yang begitu menghimpit jiwanya. Maria tertunduk sedih dan malu. Berbelas tahun dulu dia telah menghancurkan harapan seorang kekasih yang dia juga sayangi dan kini dia sekali lagi mengecewakan hati seorang kekasih yang mencintai anaknya pula. Malah kerana keterlanjurannya, kini, perasaan anaknya sendiri pula telah terkecewa dengan perbuatannya itu…

  • Anna

    WOW! HOT!HOT! You’re a great writer, Razzi. Really admire the way you put together all the words. Makes me breathless ahh! 😉

    Hv you receive my pics yet?

  • Bilik 2035
    PJ Hilton, 1:30 Pagi.

    “Maria, trust me…I do really loves you, I want to marry you Maria…I tak nak mempersia-siakan gadis sebaik you…semanis you…marry me Maria!”

    “Tapi you sudah beristeri…”

    “Takkan you tak boleh bersabar…I tak lama dengan dia…”

    “Habis, sementara tu…apa I nak buat?”

    “Just be my second wife…”

    “NO WAY!”

    “Sudah bertahun-tahun I tunggu boyfriend untuk melamar I…mengapa you yang lamar I dulu…ahhh…I hate myself, it’s like I’m always late! I’m always late!!…Bila I jatuh cinta saja…selalunya dia bukan milik I…I kecewa Razman…tidakkah I layak jadi FIRST!!”

    “Sabarlah sayang…masanya akan tiba juga. Maria, takkah you rasa betapa I sayangkan you…sejauh ini I datang hanya semata-mata ingin bersama you…ingin menyambut Valentine’s day dengan you…I love you Maria…I love you so much!!”

    “Oh Razman…I love you too, you know this is my first Valentine’s celebrations and I am so happy that I celebrate dengan you because you have been treated me like a princess…I love you Razman!”

    Pelukan hangat Razman membara di jiwa Maria, kucupan demi kucupan mengulum kasih kedua insan yang kesepian, kerinduan, mengisi ruang yang semakin terdesak mengharapkan kasih dan cinta yang dipadu.

    “Oh Maria I love you…”

    “Razman…”

    Akhirnya malam itu menyaksikan sebuah cinta bersemi dalam kejahilan. Kehangatan kucupan Razman melemaskan jiwa Maria, gadis itu merenget seperti anak kecil yang rindukan pelukan dan sentuhan dari seseorang yang sanggup memuaskan nafsu yang bergelora. Akhirnya mereka hanyut dalam khayalan dan terlanjur…

  • Kelab Uncle Chillies
    PJ Hilton, 11:00 Malam.

    “Wow…Kelab Uncle Chillies ada sambutan Valentine’s Night Maria, sure best…jom!” kata Razman sambil meminpin tangan Maria melangkah masuk ke kelab eksklusif itu.

    “Jom!…wow, dah 4 tahun I tak datang ke sini. I’m so excited Razman!”

    “Cool!”

    Di dalam kelab itu, mereka berdua menghabiskan masa bersama, melayan lagu-lagu lama, menonton kumpulan dari Filipina, sambil minum-minum dan menari bersama. Lampu neon yang samar-samar dan berputar, mengkhayalkan mereka yang semakin rapat. Maria semakin terasa sayang kepada Razman dan hanya dalam sekelip masa sahaja mereka berpelukan seolah-olah sudah lama menjalinkan hubungan cinta.

    “Baby, I just want to make you happy…” bisik Razman ke telinga Maria, dalam kebisingan lagu yang berkumandang.

    “Oh Razman…” terhela nafas panjang Maria apabila Razman berbisik sambil memberi sedikit ciuman ke telinganya sehingga membuatkan dia menggeliat geli dan teruja nafsu syahwatnya.

    “Maria, if only I can pack myself in a box, wrap it with a lovely shinning pinky paper, put a nice ribbon and post it right to your door step…I will do it, just to make your cute little lips smile…”

    “Hihihi…you’re so funny Razman.”

    “Maria, I can see through your unreal eyes, that you’re looking for a real love!”

    “Wo, you’re so good at this haa…”

    Sepanjang malam itu mereka terus melayan minda dan perasaan yang sudah hanyut dalam kehangatan cinta. Maria bagai tenggelam di dalam pelukan mesra Razman yang telah benar-benar membahagiakannya sehinggalah…

    “Happy Valentine’s day sayang…” kata Maria yang terus saja mencium Razman yang telah merangkulnya erat. Razman hanya menanti saat yang diidamkannya itu. Ciuman hangat itu berlalu begitu lama sehingga mendorong nafsu syahwat mereka meninggi di jiwa yang sudah lama kesepian, akhirnya…

  • Restoran Tasik Indah
    Kuala Lumpur, 9:00 Malam.

    Arah tuju di malam Valentine itu menghala kepada tenaga nyaman yang terhasil dari aliran air terjun di sekeliling restoran terapung Tasik Indah. Arus yang bertiup dari geseran air itu menambahkan lagi suasana romantik dan penuh ketenangan. Lampu neon yang terhias cantik juga menyejukkan hati yang menikmati keindahan malam yang sungguh bermakna itu.

    Razman dan Maria mengadap pemandangan yang paling romantis sambil saling suap-menyuap. Jari-jemari tidak pernah terlepas dari genggaman mereka sehingga Maria terasa layanan Razman malam itu amat membahagiakannya. Tidak pernah dia merasa begitu dihargai. Kadang-kadang masih cuba jua dia untuk berselindung di sebalik perasaannya yang teruja.

    Dinner pada malam itu benar-benar mengubah Razman dan Maria menjadi begitu mesra sekali, seolah-olah sudah lama benar perhubungan itu bersemi…

    Waktu pulang akhirnya hampir tiba, namun malam yang masih muda mendorong mereka untuk terus bersama, tiada rasa jemu bila mereka bersama, apatah lagi kemesraan yang ditunjukkan oleh Razman benar-benar telah memikat hati Maria, malah apabila Razman ingin memanjangkan pertemuan itu ke tempat lain, dia terus saja menerima pelawaan itu, asalkan kemana sahaja, dia dapat bersama Razman…

  • 14 Feb, 18 tahun lalu
    Valentine’s Night, KL

    Seharian Maria menunggu kehadiran lelaki misteri dari Pulau Mutiara. Longlai hatinya tak keruan dan tidak tahu bagaimana untuk menghadapi pertemuan pertama itu. Walau pernah bertembung di Pantai Cahaya dulu, tetapi pertemuan kali ini amat berbeza, lebih-lebih lagi, lelaki itu telah begitu mengambil berat tentangnya.

    Perbualan di talian, berhubung melalui internet selama ini telah merapatkan mereka berdua. Berbagai-bagai hadiah pula telah diterimanya, kad-kad cinta dan nota puisi juga diterima. Caranya yang sungguh romantik dan mengembalikan tradisi lama, melembutkan hati Maria dan membahagiakan dirinya yang telah lama kerinduan seorang lelaki sebegitu.

    Namun…Maria sendiri sebenarnya sudah dimiliki, tetapi cinta kekasihnya tidak sehangat cinta lelaki itu kepadanya. Itulah yang membingungkan Maria. Apakah perhubungan cinta yang sudah terjalin bertahun-tahun itu harus ditinggalkan? ATAU menerima cinta lelaki misteri itu yang sebenarnya, sudah memiliki isteri! Maria hanyut dalam kebingungan, terbawa arus rindu…

    ‘Walau apa alasannya sekali pun, walau tidak bahagia bersama isterinya, tak mungkin aku akan berkahwin dengannya. Tapi, Syed pulak…begitu dingin terhadap aku…seolah-olah aku langsung tidak bermakna buatnya. Seperti aku tidak ujud dalam hidupnya. Bukankah jika kita sayang, kita mesti mahu bersama-sama setiap masa?? Bukankah bila cinta, kita sentiasa mahu mendengar suaranya apatah lagi bila berjauhan? Ahhhh…I’m so confused!!’

    ‘Trrr…Trrr..Trrr’ tiba-tiba handphone Maria bergetar.

    “Hi, I’m here!” suara yang dalam bergema, mendebarkan jantung Maria.

    “Razman?”

    “Yup!”

    “Oh? Ok…I turun sekarang.” Bergegas Maria dari dalam Kondo Impian, membetulkan make-upnya dan menyambar tas tangan hitamnya. Ketar di jiwanya, hanya Tuhan saja yang tahu. Aura Razman benar-benar menyemarakkan cinta sepi Maria.

    Dia keluar dari kondonya dan mengambil lif untuk turun ke ground floor. Sampai ke tempat parking, kelihatan Razman berdiri tegap tersenyum menantinya. Dia melangkah gugup dan berdebar sekali. Tangan dihulur Maria, tanda perkenalan. Razman agak terkejut dengan tindakan gadis itu.

    ‘Apakah setelah sekian lama meluahkan perasaan, masing-masing merasa mesra, hanya tangan yang dijabat? Tiadakah rindu di hatinya?’ Keluh di hati Razman.

    “Jom” ajak Razman. Dengan penuh gentleman, pintu kereta sebelah penumpang dibuka, memberi ruang untuk Maria melangkah masuk dan menghenyakkan punggungnya yang lebar ke kerusi kulit kereta Mercedes A-Class methalic blue milik Razman. Kereta itu dipandu Razman perlahan, keluar dari kawasan Kondo Impian itu, “Maria, mengapa you macam…reserve sangat?”

    “Apa maksud you?”

    “Well, you nampak seperti orang lain…bukan Maria yang selalu berbual dengan I setiap malam.” Kata Razman, sambil mencuit dagu Maria yang lembut.

    “Hihi…I segan sebenarnya.”

    “Well Maria, malam ini I akan buat you terasa seperti kita sudah bertahun-tahun kenal ok…I promise.” Kata Razman lagi, sambil telapak tangannya membelai-belai pipi Maria yang gebu.

    “Ahh?…hihi..”

  • Townhouse Sally
    8:00 malam.

    Aroma campuran cengkih, kayu manis, jintan putih dan herba-herba terpilih dari masakan Chef Maria, menusuk masuk terus ke rongga nafas yang kembang kempis menyedutnya. Berkepul gulungan asap keluar dari cerobong di bumbung dapur batu kapur di rumah Sally…namun, mencuka wajah Maria. Kedut di bawah mata mulai kelihatan jelas.

    Sedari tadi Anna duduk di bangku kayu bulat, termangu memerhatikan ibunya yang seolah-olah berhempas pulas menyediakan makan malam bagai menyambut seorang anak raja walhal hanya meraikan Adam.

    “Mom…” tegur Anna, lembut.

    Maria terus lelah menyiapkan masakan daging kijang black pepper bersama udang karang bakar tanpa menghiraukan teguran anak perempuannya itu.

    “MOM!!…what’s wrong ni?? Is it pasal Adam?…apa salah Adam mommy?” tanya Anna lagi kepada ibunya yang terus-terusan tidak pedulikan anaknya. “MARIA!!” bentak Anna, semakin hilang sabarnya.

    “WHAT?!!” tempik ibunya, seperti kegeraman.

    “Tell me what’s wrong!”

    “Mommy tak suka!” Jawab Maria tegas sambil menghempaskan senduk di tangannya ke meja dan terus duduk di bangku kayu bulat, “Adam is not for you!”

    “WHY?…why not mom?” Gadis itu kebingungan dengan jawapan dari ibunya yang kelihatan begitu marah tanpa sebarang sebab yang kukuh.

    “Ahhhh……” keluh Maria, panjang. Lama dia terdiam, kemudian bangun dan membelai rambut Anna, “Mama…mama sebenarnya pernah melalui saat manis sebegini Anna, ianya berlaku 18 tahun yang silam, di hari Valentine’s juga…”

  • Island Cruise Tour
    Tepi Gunung Samoan

    Meja beralas kain putih satin bersama bunga ros putih ditengah-tengahnya cukup menyerikan suasana di atas bot itu yang bergerak perlahan-lahan menyusuri tasik Wakatipu di tepian gunung-gunung. Hawa yang tersedut juga begitu menyamankan menambahkan lagi romantika di lubuk kalbu ke dua-dua insan yang akhirnya telah dipertemukan oleh takdir…

    “I’m so happy Anna…” lembut nada suara Adam menyuarakan perasaannya.

    “Really?…happy sebab datang ke sini? Atau…happy jumpa I?” tanya Anna sambil bangun dari meja dan melangkah ke tepi pagar besi di hujung bot, merenung jauh ke arah tasik yang terbentang luas. Rambutnya yang hitam kemerahan seperti bercahaya, bersinar apabila terkena pantulan mentari pagi dari air tasik yang berkocak.

    “BOTH!…in fact, I’m happy about everything. Almost perfect!” jawab Adam sambil perlahan-lahan melangkah merapati Anna dari belakang…

    “Sebenarnya Adam, I rasa…I lebih happy dari you, lebih-lebih lagi I baru sahaja dikecewakan oleh seseorang. My relationship dengan dia benar-benar seperti killing me softly from inside…”

    “Well, I pun tak fikir gadis secantik you masih single…pastinya ramai yang meminati you. TAPI, yang penting…you ada bersama I kan… Perlahan-lahan kedua-dua tangan Adam memegang pinggang gadis itu. “Anna, let me take care of you.”

    “Ohh Adam??…you’re serious are you?” tanya Anna sedikit terkejut sambil berpaling mengadap lelaki yang begitu romantik dan benar-benar telah menyemarakkan cinta di jiwa Anna…

    “Yes Anna, I memang serius. Kalau tak, takkan I datang sejauh ini hanya kerana ingin bersama you…ingin menyambut Valentine’s Day bersama you Anna!”

    Tiba-tiba bibir nipis Anna menggeletar, seluruh tubuhnya seram sejuk. Jari jemarinya kini menggenggam erat kedua-dua tangan Adam. Mentari pagi terasa hangat, jiwanya meronta, jantungnya berdegup kencang. Mukanya semakin rapat ke muka Adam yang menanti penuh debar…tangannya berpindah ke bahu Adam, tangan lelaki itu pula memeluk tubuh Anna dengan penuh sopan…Anna terasa dihormati, dihargai, disayangi seikhlas hati…di hatinya begitu yakin inilah lelaki yang mahu dia miliki. Hatinya semakin berdebar, jantungnya semakin kencang berkocak, bibir hangat mereka hampir bertemu rapat…tiba-tiba…

    Nafas kedua-dua insan yang sudah mulai di lamun cinta itu terhela panjang, kucupan pertama yang hampir terjadi, terhalang seketika…

    “Anna, biarlah ciuman pertama kita terjadi di hari yang cukup bermakna…”

    “Ohh Adam…” tertelan air liur Anna sekejap. Kehangatan saat itu begitu mencengkam jiwanya yang meronta-ronta. Namun permintaan Adam telah membuatkan dia bertambah cintakan lelaki itu. Membuatkan dia terus memeluk seerat-erat lelaki itu dan menarik nafas panjang menyabarkan dirinya…

    “Err…emm..uuuuhh..ok Adam, emmhh..we wait for Valentine’s Day esok…”

    “Ok sayang…”

  • Tasik Wakatippu
    Queenstown. 10:00 pagi

    “Eh Maria, senyumlah sikit…tengok tu, punya romantik, loving…full of love Adam dan Anna tu…” kata Sally sambil bibirnya memuncung menunjuk ke arah Adam yang sedang memegang erat tangan Anna, melangkah masuk ke bot Island Cruise Tour.

    “Entahlah Sally, huhmmm…”

    “…apasal you ni, I tengok semenjak Adam sampai ke sini lagi, you seperti tidak suka kat lelaki yang cukup baik tu. Jauhlah baik dari anak I tuuu..”

    “MAMA!!…mengata Shah pulak?!” bentak Shahrul yang tiba-tiba muncul dari belakang.

    “Huh?!…”

    “Shahrul?!…mengapa macam marah je ni?” tanya Maria, penuh sangsi.

    “Well, I’m still in love dengan Anna auntie, I’m sorry…I tak boleh tengok dia mesra dengan lelaki tu…mana datang lelaki tu pun, bukannya kita tahu. Entah-entah perompak, penyamun ke…pengganas…pembunuh barangkali!!”

    “SHARUL!!…ini yang mama marah dengan kamu ni…Ingat Anna tu bodoh ke, takkan dia tak find out dulu siapa sebenarnya Adam tu…jangan kerana Shah jealous, habis semua orang Shah buruk-burukkan dan benci membabi buta!!”

    “Ahhh…mama pun sama macam Anna jugak!…mama tahu tak, mereka berdua tu dah merancang untuk menyambut Valentine’s Day kat sini…sure Anna akan serahkan semua cinta dia kat Adam…habislah Shah!!”

    “SHAHRUL!!…SUDAH!!” tempik Sally, merah padam mukanya kemarahan.

    “Valentine’s day??…esok!!…emm, Shah…maafkan auntie. Sebenarnya, auntie kenal sangat dengan Adam tu…I know him, because of Valentine’s day.”

    “WHAT?!! Kenal Adam Sebab Valentine’s day? HOW??!” tanya Shah terpinga-pinga.

    “Maria?!!…apa yang you cakap ni??…secret apa lagi yang you simpan ni dan siapa Adam yang sebenarnya??!”

  • Paradise Resort
    Bilik 168, 1:00 pagi

    Beralun lagu “Just feel better” nyanyian Steven Tyler bersama pemain gitar Santana, dari handphone nokia N76 milik Adam yang baru dibelinya sebelum datang ke New Zealand. Bergegar meja tepi katil digetarkan handphone hitam itu, berlari Adam keluar dari bilik air yang masih berkepul-kepul wap dari hot shower.

    “Hello!”

    “Adam, daddy ni…is everything okay with ya?” tanya Razman penuh risau.

    “Okay..okay…I just arrived dad.” Jawab Adam termengah-mengah.

    “Uhhh…daddy dah risau ni, Adam senyap je. So, where are you right now? With the girl haa?”

    “DAD!!…I’m here meeting her YES, BUT not with her in my room laa…serkap jarang lah tu. No worries…I tak buat hal dengan anak dara orang lah dad.”

    “I’m just asking…okaylah, I hope you will find your happiness. I love you son.”

    “I know, daddy saja nak kacau Adam lah tu…pergilah kacau Adri. Anyway, daddy tak jumpa girlfriend ke hari ni. Dating-dating ke…hehehe.”

    “Hello!…she’s only a friend la, nak kacau daddy la pulak tu.”

    “Dad, terima je la auntie Sofia tu. Dah bertahun-tahun kawan je…I’m sure dia pun nak jugak kahwin dengan daddy. Sampai bila nak kawan saja. Daddy selalu menasihati orang untuk membuka hati kepada perhubungan yang baru..tapi daddy sendiri masih duk ingat kekasih lama…”

    “Hmmm…tak apalah Adam, dah lama ni cakap, tinggi pulak bill telefon.”

    “Promise me you think about this…”

    “Talk to you later…”

    “Dad…”

    “Bye!”

    ‘tuuuuuuuuuut…’

  • Paradise Resort
    12:00 Malam

    Kemerahan wajah Sharul malam itu, 2 orang pekerja wanitanya agak kecut perut apabila beberapa soalan yang diajukan tak terjawab malah dia hanya membisu dan memasamkan muka. Wajah kelakiannya yang agak kasar juga mulai kelihatan membosankan.

    “Err..berapa harga untuk bermalam di sini?…” tanya Adam penuh hormat bersama sedikit senyuman.

    “No, No…it’s okay Adam…it’s free, auntie belanja. Tinggal lah berapa lama Adam nak tinggal kat sini. Auntie happy sangat tengok Adam dan Anna.”

    “Wow auntie Sally, bestnya!” melonjak hati Adam, dihargai sebegitu. Namun membulat terbeliak mata Shahrul menjeling ke muka maknya.

    “Auntie Sally memang baik hati sangat Adam…itu yang I sayang sangat kat dia.” Sambut Anna dengan penuh gembira. Bunga-bunga cinta semakin mekar di hatinya dengan kehadiran Adam yang begitu serius menunjukkan kesungguhan dia dalam perhubungan mereka.

    “Banyak-banyak terimakasih auntie…Adam cukup bersyukur. Dah save budget banyak ni hehe…tapi Adam tak boleh lama kat sini. Ada beberapa event yang perlu Adam attend dalam rangka lawatan motivasi untuk pelajar-pelajar kolej di Malaysia.”

    “Oww??…so, Adam ada di sini selama mana?”

    “Oh really Adam?…so, tak sempat ke nak sambut Valentine’s day kat sini dengan Anna?? Ooppss…err..hihi…” tiba-tiba memutih merah muka Anna, malu.

    “What??…oopss, hehe…are you asking me for a date?”

    “Arr??…taaakk…lahhh…hihihi.” gadis manis itu tertunduk malu, tersipu-sipu sendirian dan mulai menukar tajuk, “Emm…so okaylah, Adam..Good Night. Besok I datang, I nak bawa you breakfast while taking Island Cruise Tour!”

    “Great!!…sounds interesting!” tersenyum lebar Adam mendengar rancangan itu, namun berdiri di hujung dinding si Shahrul, kegeraman.

    Anna dan auntie Sally melangkah keluar dari resort itu dengan perasaan yang begitu teruja. Sedikit kecewa di hati Anna melihat ibunya Maria yang keseorangan berdiri di tepi pagar tepi tasik, depan resort itu. Samar-samar, terpancul sedikit raut wajah ibunya yang masih putih lesu, kekosongan, memandang ke tasik kelam, berteman ruang langit yang terbentang bersama sedikit bintang yang muncul, dia menghela nafas panjang berkali-kali, mendengus pedih… Anna dapat meneka, pasti ibunya tidak suka akan sesuatu atau seseorang…

  • Ketam Goreng : Ketam goreng pulak dah hehehe 😆

    Lyn : Yep, semua tempat adalah real place. Xpergi masa MAS, selepas itu.

    Anna : Oopss..wrong spelling, ok will change it, thanks! 😉 Hope you do really enjoy my writing.

    Sam : sabar-sabar lah yer hehe.

    My Mentor in writing, James N Frey pernah cakap…

    “A good fictions is when it’s sounded and feel like a real thing!”

  • sam xavier

    Interesting Story, sambung la cepat!

  • Anna

    I’ve checked online, all the name of the places are correct and real.

    But Razzi, Wakatippu spelling are wrong! 😛 Sorry…it’s Wakatipu. Just one P though.

    Love ya writing, it boosted my inner feelings ahhhh… 😉

  • Lyn

    Ye laa…I wonder gaks. Bunyi nama2 tmpt tu cam real je la bro.

    Pernah gi New Zealand ke masa kerja mas dulu ahaks?! 🙂

  • ketam goreng

    nama-nama tempat diatas tu betul ke? atau razzi reka sendiri. otawa,wakatippu, basin district..

  • Queenstown International Airport
    Wakatippu Basin district

    Kawasan ketibaan hampir lengang setelah last flight bersama penumpang dari Malaysia, semuanya telah keluar.

    Berdiri seorang lelaki tampan bergaya, namun kurus dan tinggi terpinga-pinga mencari arah…

    ‘Here we go…Adam, I hope you are not making a fool of yourself!’ Bisik syaitan kehijauan ke telinga lelaki itu, membirukan hatinya, memerahkan wajahnya…

    Bergolak jiwanya sekarang, longlai terasa namun beg digalas jauh, kaki melangkah sudah…tidak mahu dia berundur, tapi syaitan kecil semakin ramai, berekor-ekor mengelilinginya, menghasut, menggesanya berputus asa, langsung pulang ke Malaysia…

    “ADAM?!…ADAM RAZMAN?” tanya Anna dari jauh dengan nada yang agak tinggi. lelaki itu berpaling berpusing-pusing mencari arah datangnya suara halus dan merdu itu.

    ‘Hah??…Razman?, anak Razman ke?! Tak Mungkin!’kecut, haru biru, membeku wajah Maria, terpana, tergamam dan terkejut…

    “Are you Adam?” tanya Anna lagi sambil menghulurkan tangan setelah hampir dengannya.

    “Anna Maria??…”

    “Yup!…that’s me hihii…” Dengan begitu cute sekali jawabnya bersama senyuman manis sambil mengerling mata galaknya.

    “WOW!!…Anna, you lebih cantik dari dalam laptop i…errr…maksud i dalam computer…err no, no…errr…dalam…ahh nevermind! Hi Anna…I’m adam!”

    “Kenalkan, this is Auntie sally…and this is my mom…”

    Adam bersalam dan mencium tangan kedua-duanya sambil tunduk hormat dan memberi senyuman yang cukup mesra. Tapi, wajah Maria yang agak mencurigakan, membuatkannya cukup kurang selesa…

    “Jom Adam…kita ke resort auntie sally.” Sambil menjeling ke muka ibunya, Anna melanggar bahu ibunya, “Apa hal masam je ni??”

    Anna, Sally dan juga Adam sendiri kepelikan dengan laku Maria…

    “Adam…Adam Razman…” kata Maria dengan ekspirasi muka yang tertanya-tanya akan sesuatu yang sudah berzaman menjadi igauannya setiap malam…”Apakah dia…”

  • Sabar-sabar wahai lelaki lain dari yang lain… hehehe…jangan menangis sudah tau nanti 😆

  • lelaki lain dari yang lain

    tak sabar nak tau babak seterusnya ni… cepat bro sambung citer tu.

  • Satay Malaysia, Wakatippu
    2km near Queenstown Airport

    “Hahhh…Sorry Sally, I dah tak ada mood untuk cooking dinner after what happen. I hope you understand…” kata Maria sambil memuncung mulutnya, mengeluh.

    “I…I understand and, hmm…Anna, Auntie minta-maaf banyak-banyak sayang, Shah memang tak patut buat Anna macam gini…I dah warning dia tu tapi…”

    “No auntie, tak perlu minta maaf, bukan auntie yang salah…but Anna sendiri yang bersalah. Terlalu mengikut perasaan… Shah memang cukup charming…Anna terasa disayangi…langsung terlupa yang dia sudah berpunya…”

    “Dah lah…jom kita makan!” potong Maria.

    “YES MOM…BUT…Anna masih tak maafkan mommy kerana sembunyikan siapa daddy Anna yang sebenar!”

    “UHUK!! UHUK!!…” Terbatuk Sally, terkejut dengan kata-kata Anna. “Maria, what’s going on??! Syed Bahari bukan daddy Anna?”

    Mereka bertiga sengaja tidak mahu lagi membualkan soal hati Anna yang terluka kerana Shah dan juga ibunya, malah Anna sendiri mahu melupakan segala apa yang telah terjadi. Aroma satay Malaysia yang begitu mencucuk masuk ke rongga hidung membantu dan menambahkan lagi selera mereka bertiga yang mulai bergelak ketawa berbual-bual perkara harian. Namun, Maria merasa agak pelik…

    “Err…Anna, dalam semua Restaurant yang ada, why Anna nak datang ke sini? Mommy wonder pulak. Biasa Anna suka makan western food…hmm…” mengetuk-ngetuk meja jejari Maria yang panjang, berfikir jauh…

    Anna hanya mengangkat bahu, mengangkat kening membuat wajah selamba. Seolah-olah tiada sebab utama mengapa dia kemari. Walhal…

    “Hmm…mommy pelik ni, tak nak cakap ke sebab apa kita kemari?”

    “Eh Maria, kita pun dah lama tak makan satay ni, biarlah…bukan senang nak makan satay kat New Zealand ni tau…” balas Sally dengan penuh semangat, beberapa ketul satay ayam masih di dalam mulutnya…

    Anna tersenyum melihat ibunya yang cukup faham dengan tindak-tanduknya. Maria cukup memahami dan selalu dapat meneka segala apa yang anaknya itu sembunyikan.

    “Come on tell me…” gesa Maria lagi.

    “Ok…ok..ok….mommy ni selalu macam ni tau, well…mommy pun belum cerita lagi kisah cinta mommy dengan daddy Anna yang sebenar…”

    “Eh, Anna yang lari tak nak dengar…”

    “Ok…ok…hmm…nanti mommy ceritalah but for now, let me tell you something, remember mommy kata Anna macam falling in love??…well, I’m waiting for someone ni..”

    “Anna, lupakan lah kat anak auntie yang tak bertanggung jawab tu…”

    “Tak auntie…he’s coming tonight.”

    “WHO? COMES FROM WHERE?” tanya Maria dengan nada suara yang agak tinggi, terpinga-pinga melihat-lihat sekeliling.

    “Bukan datang ke restaurant ni lah mom…auntie…we have to go and pick him up at the airport jap lagi…hehehe…”

    “Laaa…patutlah nak makan di restaurant yang dekat dengan airport ni…hmmm mommy dah rasa dah tadi…something fishy ishh Anna niihhh…TAPI, siapa dia Anna?…datang dari mana ni??”

    “Ya…I wonder too Anna, handsome tak?” tanya Sally dengan mukanya yang beriya-iya sambil mengunyah daging satay.

    “Well, he’s coming from Malaysia, hmm..dalam gambar handsome…tak tahu lah.”

    “ANNA!!…Anna tak pernah jumpa dia lagi?? Dan dia datang nak jumpa Anna sejauh Malaysia sana??!”

    “Yup!!…best tak?…he’s so romantic kan…I’m so excited!”

  • Lyn

    Pperrrgh!! Bro, cite ni memang kaw aaa…The best dalam sume!! 🙂

  • Tasik Wakatippu
    Queenstown.

    Berdiri, berdua-duaan rapat mengadap tasik yang kehijauan, meluas tenang. Beberapa perahu terdampar di tebing tidak terhirau. Sebuah bot kecil mengaum enjinnya di kejauhan, dengan hanya 2 pelancong menikmati Island Cruse tour. Keindahan tasik di tepi gunung itu cukup akan dirindui…

    “I really love this place Shah…” lembut susun kata Anna, sambil menggosok telapak tangan lelaki itu. “But Shah…it’s time for me to go home…”

    “Home Anna?…why? You tak suka tempat ni lagi, you tak suka kat I lagi?” cepat tanyanya Shah, sambil menggaru kepalanya yang berambut hanya seinci panjang.

    “Come on Shah…I suka you, I sayang you…walau baru sebulan kita rapat tapi I memang sayangkan you…BUT, how about Joanna?”

    Mentari petang yang memancar ke tasik memantulkan sinaran ke wajah mereka berdua yang tertunduk memandang tenang ke tasik itu yang telah menyaksikan bagaimana cinta kedua insan itu bersemi…namun, konflik situasi yang menyelubungi terlalu berat untuk dihindarkan…

    “Tengok…you sendiri pun tak boleh nak jawab. I sedar Shah…jauh di sudut hati you, dalam sedalam diri you…Joanna masih bertahta!”

    “Tapi you should know by now that I love you, kan?” pujuk Shah.

    “So…I just kena ambil whatever you says?” jawab Anna penuh yakin.

    “Why not…I’m truly honest with my feelings for you…” pujuk Shah lagi, seolah-olah hampir menangis dalam kesedihan.

    “Janganlah nak bermain dengan kata-kata hanya kerana mahu memiliki I. Come on Shah…I maybe young, making mistake by falling in love dengan you, but I’m not stupid!…I can see and I can feel that you are deeply in love dengan Joanna!”

    “Err…err…but I do love you Anna, I DO!” bentak Shah lantas dengan rakusnya memeluk Anna serapat-rapatnya seolah-olah dia akan kehilangan gadis itu.

    Kegagahan dalaman gadis itu masih kental namun, kerana cinta dan kasih sayang masih menebal di dalam dirinya terhadap lelaki itu, dia membiarkan dirinya dirangkul…dia ingin dicintai begitu, dia ingin disayangi sebegitu dalam…dia suka dipeluk erat begitu, dengan rasa kasih yang suci tetapi bukan dari Shah…

    ‘alangkah hidup ini akan teramat bahagia sekiranya badan Shah yang terasa hangat itu adalah badan seorang pria yang hatinya hanya untuk aku…’ bisik hati Anna.

    Tiba-tiba…

    “SHAHRUL!!…WHAT THE HELL ARE YOU DOING??!”

    “Joanna…”

    Terbeliak mata Shah memandang muka kekasihnya yang merah padam dan mencebik bibir, mendengus-dengus kemarahan. Anna merasa begitu serba-salah sekali, dan teramat malu! Airmata mulai bergenang dijuring mata galaknya…terus saja dia berlari meninggalkan tempat itu, berlari dalam kesedihan, berlari meninggalkan sepasang kekasih, pergi sederas kilat dari sebuah perhubungan cinta yang hampir hancur kerananya…

  • Queenstown, Otago
    South Island, New Zealand.

    “Hei, awal balik hari ni Shah?…siapa yang jaga front desk resort tu?” tanya Sally dalam nada gembira namun hairan dengan kemunculan anak lelakinya dari Paradise Resort miliknya.

    “Bukan musim cuti lah Mama, dah seminggu tak ada orang…business makin merosot, staff ada 2 orang duk menguap je. Anyway, harap-harap auntie Maria boleh tolong..Emm, mana mereka Ma?” tertoleh-toleh si Shah mencari-carikan seseorang.

    “Emm…kalau tak kat padang kat tasik lah kut. Eh Shah, Auntie Maria nak tolong apa?…arwahnya dulu bukan tinggalkan harta apa-apa. Macam mama juga, terpaksa berkerja siang malam mencari nafkah hidup. Eh Shah, tu kawan baik mama tau, jangan buat apa-apa yang akan merosakkan persahabatan kami.”

    “Eh ma…apa mama cakap ni, dah berbulan-bulan mereka kat sini, err..err, Shah tak pernah buat apa-apa pun.” Jawab Shah dengan cepat, seolah-olah perasaan bersalah mencengkam di jiwanya.

    Sudah hampir 5 tahun hubungan intimnya dengan Joanna berlarutan sehingga selalu saja gadis baka SAMOAN itu bertanyakan nasib perhubungan mereka. Namun Shah masih melambat-lambatkan keputusannya untuk berkahwin dengan gadis itu. Tambahan pula dengan kehadiran Annabelle di rumahnya, dengan wajah manis dan lengguk katanya yang sungguh manja dan menawan sekali, jiwa Shah bergolak, hatinya kebiruan, degup jantungnya berkocak kencang bagai memecah dada setiap kali dia memandang gadis itu.

    “HEI SHAH!” tegur Maria dari belakang yang tiba-tiba muncul bersama Anna. Kemurungan di wajah gadis itu, dapat dilihat oleh Shah…

    “Hi auntie…err…Anna, is something wrong?”

    “Err..err..oh Anna, tak ada apa-apa lah Shah!” cepat-cepat Maria menjawab untuk anaknya yang begitu terganggu dengan berita yang baru sahaja dia terima. Rahsia yang telah lama disembunyikan ibunya.

    “Hei Maria, apa yang you nak masak for our dinner tonight, I can’t wait!”

    “Sally…you’re so kind. You tahu, hari I pasti bersemangat dan ceria bila ada orang macam you yang begitu menghargai masakan I.” Berseri-seri wajah Maria, tersenyum riang.

    “Ishh, mestilah I suka masakan Chef terkenal kita ni kan…takkan you buat TV Program, rancangan masakan di Queenstown ni kalau masakan you tak best betul tak?!”

    “Well, itu pun I amat berterimakasih kat you kerana memperkenalkan I pada producer TV tuu…apa dah nama dia??…Mr Groom?…Groovy?”

    “Hahaha…Grooke laa”

    “Ya Mr Grooke…what a name. Hahaha”

    “Ehh…mana dah pergi budak-budak ni?? Tiba-tiba menghilang? Maria? Mana dia orang pergi?”

    Maria meluruskan jari telunjuknya ke arah belakang rumah itu, jelas kelihatan Shah sedang berpimpin tangan dengan Anna bersama berjalan menuju arah tasik yang terbentang indah. Sally tergamam, jauh di sudut hatinya dia gembira melihat anaknya bahagia bersama Anna namun, bagaimana pula dengan kekasih Shah, Joanna? Kulit muka Maria pula putih kemerahan, kedua-dua tapak tangannya menggosok-gosok dadanya…jelas dia kerisauan…

  • Lyn : kelakar lah Lyn ni…its ok Lyn, bro don’t mind.

    Anna : Thank You, but all the ecerpen that we do here is dedicated to all! 😉

    I love the name, Annabelle cause it means “I am beautiful” it’s like the look of the cover, So innocent, beautiful…and lovely! 😉

  • Lyn

    Bro sowi! punyalah best-best baca cerpen ni, tiba-tiba ada yang ngacau lak nihh!!…

    xpa ke bro…ada yang perasan ingat cite dia lak ni, ahaks!! Geli aku! 😛

  • Anna

    Wow Razzi!!…what a great story indeed! So warm and touching. Uh uhuk…nice name, Anna you meant for me? Dedicate this story for me is it? *wink3x* 😛

  • Kuala Lumpur, Malaysia
    8.00 pm KLIA

    “You really serious ha?…”

    “Dad…Adam sangat sayangkan dia. Remember you told me, if I ever love somebody…work it out and go for it?!”

    “Yaa…tapi, Queenstown New Zealand is too far away son!”

    “Hey dad, Adam’s on holiday and it’s a resort town…mesti best dengan hawa pergunungan, town dia dibina mengelilingi Tasik Wakatippu…pasti cantik!”

    “Ya I know, I know…ahhhh.” keluh Razman memanjang risau dan gelisah…

    “Relax dad…I’ll be okay.”

    “Daddy hanya risaukan nanti Adam tidak menemui apa yang dicari. Adam akan kecewa, daddy tahu betapa pedihnya hati Adam nanti, …Adam hanya kenal dia secara online…duk Yahoo messenger saja…never talk, tak pernah jumpa, macamana Adam boleh kata cinta!”

    “Wo…wo…is this my father yang telah menulis berpuluh-puluh buku cinta?? Adam belajar banyak dari daddy…Adam tak takut akan kekecewaan dad!…I need to do this, Adam tak nak jadi macam daddy membiarkan saja orang yang dicintai pergi begitu saja, Adam takkan mengalah macam Daddy ok!”

    Tercengang Razman serta merta dengan lengguk kata anak kesayangannya itu. Sepanjang hidupnya, mengabdikan diri di dalam persoalan cinta, tidak pernah terlintas olehnya yang dia boleh merasa begitu pilu dengan kata darah dagingnya sendiri…

    Dia sedar, dirinya lemah di kala itu…mengaku kalah demi kebahagiaan dia yang dicintainya. Namun, itulah pengorbanan terbesar yang dia pernah lakukan demi cintanya yang begitu mendalam…demi sayangkan seorang kekasih yang tidak mungkin menerimanya kerana dia sebenarnya sudah hampir 10 tahun mendirikan rumahtangga yang bagai retak menanti belah. Tapi apakah Adam mengerti itu semua, dia hanya anak kecil di kala itu…

    “Err..Dad…sorry, Adam…tak bermaksud untuk…”

    “It’s okay son…memang daddy lemah dan pernah melakukan kesilapan terbesar dalam hidup kerana membiarkan dia pergi.”

    “No..No…dad, Adam hanya tidak mahu hidup dalam kegelapan, tanpa sebarang kepastian, kebingungan… Tengok daddy…sehingga sekarang pun daddy masih tertanya-tanya seandainya daddy tidak membiarkan dia pergi, apakah daddy akan bahagia bersamanya?…adakah cinta akan mekar bersamanya?…you never know, kan?”

    Mata Razman bergenang…bersinar sedih. Berdegup getar jantung di dada dengan kepiluan yang semakin melanda. Segala apa yang keluar dari mulut anaknya itu benar belaka. Malah, kerana sayangnya kepada bekas kekasihnya itu, walaupun dia ditinggalkan gadis itu, Razman telah meninggalkan isterinya…

    “Maafkan daddy Adam…sometimes, I get carried away. Baiklah, you’re right son…OK, You go ahead with your plan…daddy nak kalau boleh, menangi hatinya, cintainya dengan sepenuh hati dan bawa dia pulang ke Malaysia. I wish you all the best!”

    “Thanks Dad…Thank you so much. I know you will understand.”

    Adam memeluk erat bapanya yang masih tegap dan kelihatan muda. Kasihnya pada bapanya telah mendorong dia menjadi seorang pemburu cinta yang sejati. Razman juga sebenarnya, gembira melihat corak Adam yang telah mengikut jejaknya menjadi seorang motivator kehidupan yang sangat terkenal.

    “Dad, I’m sorry…I got to go!”

  • “Err Mom, I thought you jumpa Daddy di sebuah birthday party, kan? Siapa pula yang begitu charming ni…jumpa di pantai pulak tu??”

    Maria terdiam…lama dia merenung wajah anaknya dengan penuh gementar di jiwanya. Tak disangka pula dia terlajak bercerita kisah yang lain…Namun, sayangnya kepada Anna tidak terkira, rahsia yang terpendam berzaman membuatkan dia merasa begitu bersalah dan bingung sekali. Apakah dia harus membongkarkan rahsia itu?

    “Mom…mengapa ni?” Anna kehairanan benar melihat perubahan air muka ibunya yang begitu tidak selesa sekali. Mengapa ibunya begitu, tidak terfikir pula dibenaknya. Fikirnya, kisah cinta yang ingin dia ketahui sepatutnya akan menambah seri di wajah ibunya yang disanjung tinggi selama ini kerana kasih dan sayang yang tercurah semasa arwah masih ada pastinya menggembirakan ibunya.

    “Mom…kalau kisah silam itu hanya akan menyedihkan, buat Mommy miss Daddy je, it’s okay lah…tak perlulah diingat lagi. Daddy pun baru sebulan meninggal dunia…maybe Mommy masih sedih dengan pemergiannya.”

    “No…bukan itu Anna, errr…” Maria terdiam lagi, mencari kekuatan dalaman untuk memberitahu perkara sebenar yang telah begitu lama dia pendamkan dari pengetahuan anaknya. Kasih dan sayang pada suaminya sebenarnya sedari awal dulu lagi sememangnya sudah tiada apabila dia tersalah memilih untuk mengahwini lelaki itu.

    “That’s what I thought…kan Mommy sayang Daddy, mesti happy kalau nak cerita kisah both of you. Tapi Mommy macam begitu sedih sekali…what’s wrong ni??”

    “Anna…sebenarnya, emm…don’t get me wrong, Mommy memang sayang Daddy, that’s why I marry him…tapi, Daddy sebenarnya tidak sepenuhnya menyayangi Mommy…”

    “What??…apa Mommy cakap ni?”

    “Dulu, Mommy terpaksa membuat satu keputusan yang amat penting…”

    “Ok…go on.”

    “Mommy terpaksa memilih antara dua…”

    “Oh my God…Mommy ada dua kekasih??!”

    “…emm, well I’m not proud of it. Tapi Daddy juga masa tu mempunyai orang lain yang dia lebih sayangi…Mommy sudah tersalah pilih, walaupun kami sudah lama berkahwin tetapi dia tetap mencintai perempuan itu!…Mommy dah lama mendiamkan diri, bersedih sendirian, menyesal dengan kebodohan diri…”

    “I’m sorry mom…Anna tak sepatutnya tanya tentang kisah lama Mommy, I’m sorry!”

    “Tak sayang…you don’t have to say sorry, memang dah lama Mommy nak cakap dengan Anna dan sebenarnya Mommy ada sesuatu yang nak beritahu Anna…”

    “Don’t tell me Mommy ada…ada rahsia lain lagi yang lebih dari yang ini?!”

    “Sayang…err…Oh God I’m sorry sayang tapi…Anna..emm…Anna bukan anak Daddy yang sebenar!”

    “WHAT??!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending Posts

Edit Template

© 2023 Created with Royal Elementor Addons