A dialogue : Me & Fatt

Bro ni adalah juga berjumpa sesama bloggers. Dari duk di alam cyber, langsung jumpa di alam nyata hehe…

So, hari ni bro didatangi salah seorang bloggers wanita yang bernama Fatt. Cantik orangnya, cute-cute, manis-manis, baru 23 tahun. Dressing pulak cam taste bro lah, simple, pakai tshirt putih dan tide levis jeans. Body huhhh!!…bergoncang jugak iman hehehe… (jeles gf bro ni kalau dia baca!) Sabar B, Ok 😉

Fatt adalah sorang wanita berkerjaya dan bergaji agak besar. Tujuan kedatangan beliau ialah kerana ingin meminta pandangan bro tentang …tentu saja soal cinta. 🙂 The dialogues goes like this…

  • Fatt : “Bro…apa pendapat bro jika Fatt nak mendirikan rumahtangga dalam usia muda seperti sekarang ni?”
  • Bro  :  “Eh baguslah tu…handsome tak pilihan you tu?”
  • Fatt : “Handsome lah jugak bro…tapi tak leh lawan brolah…”
  • Bro  : “Ishhh…apa yang awak mengarut ni, you dah nak kahwin dengan dia, tak perlulah compare dengan bro lak!”
  • Fatt : “Tak adalah…gurau aje.”
  • Bro  : “So, what seems to be the problem?”
  • Fatt : “Hmmm…problemnya, I nak berhenti kerja apabila sudah menjadi isteri dia bro. Okey tak?…sebabnya…”
  • Bro  : “Eh Fatt nanti dulu…bro rasa kurang bersetuju tuh. Pasal apa nak berhenti kerja? Kerja you bukannya shift ke or…sampai tak ada masa untuk suami, lagi pun gaji Fatt kan besar jugak tu for office hours!”
  • Fatt  : “Tahu bro…tapi, Fatt tengok ramai kawan-kawan yang dah kahwin, bila berkerja, suami mulailah menggatal dengan betina!”
  • Bro  : “Amboi…mulut, tak makan saman… why you think like that pulak?”
  • Fatt : “Ya lah…bila isteri berkerja, isteri ada duit…bila ada duit, suami ni mulailah budget! Duit isteri tu disuruhnya kongsi bayar-bayar apa-apa bill. Tak adil kata mereka. So, bila macam tu…suami dah ada duit lebih…bila ada duit lebih mulailah nak belanja untuk perempuan lain!”
  • Bro  : “Jadi, Fatt ingat…kalau duk rumah tu suami tak boleh cari lain lah?”
  • Fatt : “Ya lah bro…tapi Fatt pun tak sure jugak. Sebab tu datang nak minta pandangan bro lah ni…”
  • Bro  : “Hmm…habis tu, kalau tak kerja, Fatt tak ada duitlah macam sekarang nanti.”
  • Fatt : “Eh bro suami Fatt nantilah yang bagi duit. Kan tanggungjawab seorang suami tu!”
  • Bro  : “Tahu…tapi, takkan Fatt nak berharap ngan suami je beri duit kat you?”
  • Fatt : “Ya lah…nak harapkan sapa lagi.”
  • Bro  : “Tapi Fatt…bukankah Fatt hari ini penuh dengan keyakinan diri, rasa nak beli apa, you beli…rasa nak pergi mana you pergi…you berdiri gagah! And all of that is because you berdiri atas kaki you sendiri. You punya pendapatan sendiri…are you willing to lose all that?”
  • Fatt : “Nanti Fatt simpanlah apa yang diberi…pandai-pandailah bro.”
  • Bro  : “Hmmm…okeylah kalau you dah nekad cam tu, tapi…to me you seperti hidup dalam alam fantasi lah Fatt…realiti nya bukan semudah itu. Memang time sayang ni suami atau lelaki mana pun akan beri apa sahaja kat perempuan…tapi, bila dah bosan, nak dapat 5 ringgit pun susah tau!”
  • Fatt : “Mengapa pulak time sayang aje?…dia kan kahwin dengan kita, dia mesti sayang kan kita sampai bila-bilalah bro, so dia kenalah bagi duit kat kita macam-macam mana sekali pun. Itu kan dah tugas suami…”
  • Bro : “Cakap memang mudah Fatt…you sure ke suami you tu memang seorang yang suka memberi duit selalu? Dan berapa sangat yang dia sanggup beri sebulan? Takut besok dah boring…langsung dia tak nak beri kat you, amacam??”
  • Fatt : “Eleh…Fatt report je kat mahkamah syariah bro, haa cakap suami tak beri nafkah!”
    Bro  : “Yaaa….lepas tu dia pasang lawyer, Fatt nak pasang lawyer dengan apa? Even kalau Fatt menang di mahkamah sekali pun…berapa lama baru dapat result. Sementara tu, Fatt nak pakai duit mana untuk hidup?…kerja tak ada, nak makan apa? Balik minta duit dengan mak?”
  • Fatt : “Habis…duit ni segala-galanya lah bro??!”
  • Bro  : “NOoo…but, duit adalah keperluan utama Fatt! You nak masuk toilet pun you kena ada duit, you sakit pun pakai duit…nak cari kerja untuk dapat duit pun perlukan duit dulu…apa-apa sahaja memerlukan duit!”
  • Fatt : “ehhhh…Fatt tak faham lah orang lelaki ni, pasal apa pulak kena ada rasa bosan? Mengapa kena ada time sayang dan tak sayang?”
  • Bro : “Secara logiknya, Fatt sendiri pun ada waktu suka dan bosan kan? Ada Fatt makan nasi dengan lauk sama hari-hari?  Sampai masa boring, Fatt akan tukar lauk lain kan? …atau makan mee goreng ke pulak, kan? …Pakaian Fatt pun hari-hari tukar. Ada you nak pakai baju sama aje berbulan-bulan?”
  • Fatt : “Eh bro ni samakan kasih sayang suami dengan makanan dan pakaian pulak, mana boleh bro…tak acilah macam tu.”
  • Bro  : “…hehehe, aci ke aci, itulah Fatt, inilah realiti kehidupan, jangan kita hidup dalam dunia fantasi…”
  • Fatt : “Hmmm…habis, nak kena kerja jugak lah ni bro? Malasnyaaa…”
  • Bro  : “The best is…you kahwin, tapi you still kerja. Duit you adalah duit you…tak kiralah suami kata tak adil pun. You janganlah ikut kata suami yang minta duit isteri tu. So at least, kalau jadi apa-apa…nanguzubillah lah kan…you know, sekurang-kurangnya you masih ada kerja dan pendapatan sendiri. You nak menyewa rumah balik ke, you nak belanja apa-apa ke…you have your own money!…kalau you tak kerja, sekali bercerai camana nak hidup?!”
  • Fatt : “Alah apa susahnya bro, kalau terpaksa berpisah, Fatt kerja lah balik.”
  • Bro  : “ … berkata-kata memang mudah Fatt, bila you dah tak berkerja bertahun-tahun, cukup susah nak mula balik…then kena mula dari bawah balik, takkan nak jadi kuli…adoi perit beb, then nak cari kerja yang sesuai balik, kena pulak you ada anak-anak…fuuuu, bukan mudah! …bukan nak mintak lah Fatt…tapi kita kena be ready Fatt.”
  • Fatt : “Tapi bro, ramai kawan Fatt yang terus berkerja lepas kahwin…suami dia orang pasti ada girlfriend ! Alasannya, isteri dah tak ada masa untuk suami, isteri tak ambil hirau makan minum suami…baju, seluar tak berbasuh, tak bergosok…Itu yang Fatt nak berhenti kerja nak tumpu pada suami dan jaga dia betul-betul, nak beri sepenuh perhatian supaya dia tak ada nak fikir cari lain lagi…”
  • Bro  : “Tapi Fatt, kalau you duk rumah saja, lagilah senang suami you berpesta kat luar rumah!…dia lagi free nak tengok perempuan lain. Boleh cakap overtime je ke..outstation ke…apa-apa sajalah alasannya. Fatt bukan tahu, duk terperap kat rumah je…”
  • Fatt : “Eh?? Boleh ke cam tu? Hehe..betul jugak tu bro…”
  • Bro  : “At least kalau you berkerjaya, suami pun ada hormat sikit  kat you, nak buat apa-apa pun fikir 2 kali, because you ada duit sendiri. Nak keluar-keluar dengan awek pun, kang terserempak dengan kawan-kawan office you ke, dengan you sendiri ke yang berada di luar rumah. Lagipun, kalau dia nak stop you dari buat apa-apa tak boleh sangat because you are using your own money!”
  • Fatt : “hihi…tak terfikir pulak macam tu…Tak ada jalan lain ke bro untuk Fatt tak berkerja tapi punya duit untuk be ready for my future?…takut jugak kan, kut jadi apa-apa.”
  • Bro : “Hahaha…tak nak juga kerja yaa…Well sebenarnya ada cara lain…tapi seribu dalam satu lah!”
  • Fatt : “Ada bro???!!…wooo, best tu…cakaplah kat Fatt!!”
  • Bro  : “Hehehe…you kena kahwin dengan lelaki cam bro lah!”
  • Fatt : “Haaa???…camana tu?”
  • Bro  : “Kalau bro ada anak-anak…semua mesti ada simpanan pembelajaran untuk masa depan mereka. Dan semua atas nama mereka. Dan kalau bro ada isteri, duit EPF bro letakkan nama dia sebagai pewaris, rumah dan kereta pun atas nama dia, dan life insurance pun akan dibayar kepadanya, jika jadi apa-apa kat bro lah. On top of all that, isteri akan mempunyai simpanan yang dibayar kepadanya jika divorced!”
  • Fatt : “WOW BRO!!…eh, bro dah kahwin ke belum? …hehe”
  • Bro  : “Aik??…soalan tu tak relevan! Jangan tukar topik.”

Razzi RahmanYes…I wore glasses! Sometimes laa…rabun, but like I said to Fatt…Jangan tukar topik, :D Well, itulah sebahagian daripada perbualannya. Dialog kami sebenarnya panjang lagi…tetapi untuk kita renungkan hari ni bro rasa ini dah cukup. Banyak perkara yang kita boleh kongsi di sini dan fikirkan bersama, kerana ini adalah masa depan kita semua betul tak?

So, single woman? You ada dilemma seperti kawan bro si Fatt tu? Jadi, adakah you nak terus berkerja atau menumpukan sepenuh perhatian kepada rumahtangga? Kaum lelaki?…adakah you all nak isteri berkerja atau sebaliknya?

Mungkin ada teman atau sahabat anda yang mempunyai masalah yang serupa? Mungkin saudara-mara? Adik beradik? Jadi, apakah nasihat anda kepada mereka? Apakah pula pandangan anda dengan the whole conversations ini?

 “Your decisions today, is what you are tomorrow!”

p/s : Thanks Fatt kerana membenarkan bro berkongsi di blog tentang kisah you.

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
info@razzirahman.com

25 Comments

  • rafeah

    Bro – ye la bro, tau takpe.hehehe..tapi eventually its all up to Fatt herself.she’s the one who can decide whats good and whats bad for her.kita doakan yg terbaik untuk dia.

  • Wakk.!!!! Fatt,jangan benti kerja..

    Memang betul pon apa yg bro katakan tu.. Ye la,bukan nak kata apa. Zaman skang ni, susah nak cari lelaki yg boleh dipercayai 100% (pompuan pon susah untuk dipercayai skang). Tgh sayang, ok la..semua gerenti beres. Kalau perasaan sayang tu kekal,Alhamdulillah. Tapi kalau sebalik nya? Lu fikir la sendiri..hehe..

    Kalau berhenti kerja,masa tu nnt,kita nak bergantung kat sapa? Mak bapa? Malu beb. Dulu kita yg pilih laki tu..

    Fatt kata,kalau terjadi macam tu nnt (minta dijauhkan) boleh cari kerja balik. Cik Fatt,skang kerja susah nak cari. Yang berkelulusan luar Negara pon 50-50 je. Inikan pulak kalau kita dah berkahwin, dah ada anak.. Hah..!!!! Caner tu?? Nnt elok² kerja skang vogue d vass, lepas tu dapat kerja biasa² je. Bak kata bro,kena mula dari bawah balik..

  • dedicated to Nurin…heheheh

    petikan dari Bro:
    Tapi bro harap you tak lose hope on man okay. Jangan sampai,”Ahhh semua lelaki sama aje, aku dah malas nak bercinta.”

    Alloooooo…..CM tk macam org lain taw….sokong 100% ngan Bro. Please don’t ever cakap sumer lelaki same…..:P

    Nurin….CM akan sentiasa mendoakan agar Nurin akan bertemu dgn seorang lelaki soleh yg bertanggungjawab dan seterusnya boleh membimbing Nurin dalam kehidupan di dunia ni….amin…..;)

    Don’t give up on love…kay.

  • BE : Amboi-amboi sayang…sejak bila pandai call me bro ni B? First time sms dulu dah lah…hihihi

    Eh…I terasa sikit-sikit ni dengan komen you tu, ni macam perli I je? 😆 Great seeing you around now n then. Coz, im about missing you a little bit B.

    Hey, “..did you noticed …you?!” 😀 …just something to accompany me! 😉

  • CM : Waaaaa…Cm ni berilmu tinggi orangnya, naik segan pulak bro ni hehe 😉 Thank you very much for your comment. Banyak point dari you yang boleh dimanfaatkan oleh members kat sini.

    To me, apa yang Cm tulis semuanya facts of life, about women or even man. So, kalau ada yang terasa sikit2 tu take it as in positive way lah…

    Nurin : Thank you to Nurin too, byk pengalaman member bro sorang ni hehe..Tapi bro harap you tak lose hope on man okay. Jangan sampai,”Ahhh semua lelaki sama aje, aku dah malas nak bercinta.” Please…don’t! There’ll be someone out there for you. You just have to believed dear… 😉

    Rafeah, Manja & Annika : I guessed all of you talking through experience kan. It’s great though…dah jadi isteri kan hehe 😉

    So Fatt, ini komen dari mereka yang dah berpengalaman ni. Tak cukup dengan bro, haaa…kawan-kawan bro semua ni pulak beri pendapat masing-masing… promise me to have a rest and think it over okay. 🙂

  • Zool : Yes! Betul sangat tu, home office, business kat rumah je pun boleh buat duit. Ramai yang sudah berjaya cam Zool kita ni 😉

    Ixora : Thanks. Lama menghilang ingatkan dah lupa kat bro dah 🙂

    Fatt : Masih mencari jawapan ya? Hehe…it’s okay, seeking for unsure decisions is good. Tapi as you see, ramai yang memberi pendapat yang hampir sama dengan bro, so…up to you beb! For now, I leave it to you and all the best!

  • Betullah bro..
    Perempuan patut bekerjaya,,
    Kalau nak ok buat bisnes SOHO…
    Ok gak..

  • Fatt Dear (erkk munyi cam Fat jer…tukar ler Fatt…hiks)

    sokong 100% ngan Nurin tuhh…;) (Nurin tk reti2 nk kasik komisen…ahaks)

    kali ni CM bukan nk betray kaum lelaki erk, cuma reality is there….nk ada affair tk kira situation or reason ler…per2 pun boley taw 😛 …reason yg ntah aper2 pun jadik 🙂

    keep in mind…org lelaki ni kepala hotak ligat xpecially kalau under pressure. untuk pengetahuan uols, CM bukan lelaki jenis tu ler walopun ada kalanya kepala hotak CM ligat memberikan idea or alasan…heheheh.

    tapi CM tak nak cakap besar ler dgn mengatakan prkra tuh will not happen in my life krn CM cukup takut dgn ujian Allah sebab selalunya org yg kata dia tk akan ada affair ngan org lain tu laa yg akan kuat diuji…hehehe takowwtttttttt 😉

    neway good luck Fatt…buatlah keputusan sendiri tanpa ada pengaruh dari org lain dan jadilah manusia yg berprinsip dan berprinsip itu tidak semestinya menentang.

    worst come to worst…Fatt buatlah Solat Isytikharoh…biarlah Allah yg membantu dan menentukan segalanya….amin

  • dear fatt

    hmm… macam nurin cakap sblm ni… lelaki ada 1001 macam alasan utk cari lain… layan 24/7 pun sama jugak… he will find a reason… walaupun reason tu ntah ape2 ntah… **ini bercakap drpd pengalaman tau**

    jgn lupa berbincang yer fatt… 🙂

  • ixora

    hi bro n geng semuuua

    well i seronok baca isu bro kali ini, jeles aaa bro jupe fatt

    hehehhe
    anwaya bagusla fatt dpt jupe bro, at least jupe dgn sifu….hehhehe, kalo tunang jeles makna dia sayang….kikiki

    oklah i ada 2 pendpt utk isu ini

    a) terus bekerja….andaikata kita dah ada kerjaya yg kita suka, bkn apa even kita kawin dgn vvip yg kaya raya sekalipun ….wang bkn segalanya, cth terdekat norjuma …disbbkan dia minat mengacara, dia cari jln pujuk hubby dia , kebetulan dpt di tv9, secara part time…oklah at least ada keje…ada duit! (i baca pun kat majalah ttg juma…hehhee)

    b) tak nak kerja takpe….DENGAN SYARAT….kena pandai kemahiran masak/menjahit/mengajar or apa2 laa (mcm i dulu ajaq tuition and buat accounting secara part time)

    betul kita WAJIB TAAT pd suami selagi tak bercanggah namun ingatlah adik kakak semua, kdgkala kita terlupa dan “buta” bila kita sayang….ini antara pengalaman i
    namun bagi i ,meski dah berpisah ada hikmahnya.

    oleh itu…..moral of the STORY

    berbincang dan bertanya kepada ramai orang sebelum fatt or sesapa nak berhenti kerja , bukan apa…..kerja….ada duit sendiri, pergaulan dgn rakan2 …terbuka sket fikiran even kita kerja kilang…..ouchhh

  • Fatt

    WOW!!…xsangka tul bro, byknya feedback dr dialog kite tuuu…huhu Fatt malu skit nihh. Thks byk2 kwn2 sume.

    Tulha acctualy my tunang pun cam xkasi kerja jerks. Suh duk umah jg anak2. Dh ckp bro hr tu, tunang i tu jeles orgnyer huhu..Bro ni baik lerr xcite yg xbaik. Thks a lot bro!!

    Anyway, tu yg susah tu n kita kena dgr suami ckp kan?, belum kahwin pun dah degil, xdgr ckp suami camner tuuu?

    Ada betul gak apa yg kowang ckp, tp tak ke klu kita jg suami 24-7 beri sepuas hati die…suami akan syg kita n hv no reason to hving affar? 🙁

    >> Abg Cm, amboi kuatnya ngata org pompuan, suka sgt lah tu! huh! Nanti Fatt rotan tau ahaks! 😛

  • Salam bro and all…

    Chomel je korang ni… 🙂

    kerja atau tidak?? tepuk dada tanyalah selera… terpulang kepada individu tu sendiri….

    bagi nurin… kalau ada jodoh, nurin nak stay kerja… nak bekerjaya gituhh… skang ni pun dah mula start bisnes dengan kawan2… insyaAllah bila dah berumahtangga nanti… takdelah sibuk mcm skang ni!

    kepada fatt, berkenaan suami cari lain ke tidak… kalau x kerja pun sama juga… ada je alasan lelaki ni kalau nak pasang lebih!!! 🙂 **maaf kaum lelaki sekalian**

    apa2 pun fatt, bincanglah dengan pasangan agar tak timbul masalah kemudian hari… kalau dia suka fatt terus bekerja, kenapa tidak kan? Kalau dia perlukan fatt sepenuh masa di rumah, fatt tahu apa fatt perlu lakukan…. 🙂

    CM… namo ngumpat2!

  • manja

    alahai CM….suka eak mengata org…hehe..pmpuan2 yg CM cakap tu pmpuan2 zaman dulu..pmpuan2 zaman sekarang..tak de le nak main mesyuarat tingkap…org pakai internet dah skarang…tak de masa menyibuk hal rumah sebelah sebb tuntutan masa yg agak terhad…ada tu langsung tak kenal jiran sebelah mnyebelah….itu kat bandar le….kat kmpung manja tak tau…..hehe…cousin manja dulu sebelum kawin seorg peguam..income masuk memang lumayam…tapi manja hairan selepas begelar ibu dia behenti keja….manja tanya why…katanya dia tak sanggup nak tinggalkan anak2 dia kat rumah pengasuh ataupun org gaji….tak sama org lain jaga dengan mak sendiri jaga…kalau kita tgk budak2 zaman sekarang…manja sendiri naik takut…semua benda advnce…..lagipun waktu dia sebelum kawin….dia dah menyimpan utk diri sndiri..macam yg manja pernah kata kan…kalau ada masa terluang…cari le hobi..atau kemahiran tertentu….kadang2 hobi ni boleh buat duit…kalau tak pun ha…join le blog bro ni..hehehe..tak semestinya duk rumah kepala asyik pikir yg negetif aje…kadang2 tak sempat nak pikir apa pun sebb terlalu sibuk dengan urusan anak2 dan rumahtangga….hmm…buat fatt…terpulang…sebbnya hanya fatt je yg tahu apa yg terbaik buat fatt…kami kat sini hanya memberi pandangan aje….

  • BE

    ehem…ehem…

    keje boleh tak keje pun boleh. tengok pada keadaan suami dan diri sendiri. org kata “ukur baju di badan sendiri”.

    kalau suami jenis selalu outstation, takkan nak keje kot. tak caya la, biarkan dia ke sana sini. betul, dalam cinta kena ada kepercayaan. tapi kepercayaan tu kita kena selalu pantau juga.

    kalau suami jenis keje 9 to 5, ok la kita pun sama keje. jadi takde la kita fikir yang bukan2. sebab dok rumah takde keje memang bosan. mula la fikiran2 kreatif timbul.

    betul tak bro?

  • Salam Bro & fellow friends…..
    Heee…nmpaknya recently Bro cukup aktif berposting. Lain macam punya semangat..ada apa2 ker bro?? Biasanya tiap posting Bro, CM akan enterprem tapi kali ni 2 posting Bro yg CM tk smpat nk komen…bz maaa. Malam ari tu pun CM gagahi chatting ngan Bro & Love-N-Hate…..ikutkan badan dah tk larat…harap semangat jer…hiks.

    Back to our topik kali ni, rasanya Fatt tk patut buat camtuh….Fatt patut proceed ngan kejer dia. Lagipun bagi CM, alasan dia yg mengatakan bg menjaminkan future husband tak “nakal” di luar rumah tuh…CM tk boley terima langsung. Lainlah kalau Fatt kata nk menjaminkan kesejahteraan anak2 or nk didik anak2 sebaik mungkin…that’s OK…CM boleh terima.

    CM ni org lelaki…so CM tau kl seorang lelaki tu nk flirt…tak payah tunggu any situation…cause any situation will do. Ada duit ker…tk der duit ker…sumer boley jadik. Tak caya tengoklah mamat yang kat Trengganu tuh…income tk seberapa mana tapi kouta beristeri full, siap isteri no. 1 sampai isteri no. 3 willing to support him…heheheh. Bro tk nak jadikan citer ni sebagai “study case” ker..????

    Yang penting Fatt jangan berputus asa untuk mendoakan agar Fatt dikurniakan seorang suami yang soleh, bertanggungjawab dan mampu membimbing Fatt ke jalan yang benar. Jgn sekali2 under estimate hasil sesebuah DOA tu. CM sendiri pernah diminta oleh seorang sahabat agar dia dikurniakan seorang suami yg macam CM nyatakan di atas….so utk sahabat CM tuh….we’ll wait & see….;) Neway…CM sendiri pun dapat isteri yg cam sekarang pun disebabkan Allah perkenankan doa CM gak….;)

    Okay….kt sini ada beberapa pemerhatian CM terhadap golongan fulltime housewives (correct me if I’m wrong…jgn nk marah2 jer taw especially org pompuan…hehehe)

    1. Org pompuan jenis ni biasanya dari segi pemikirannya terhad…tk ada exposure. Apa yg terpampang dlm berita di TV akan diterima 100% tanpa ada pertimbangan aqal.

    2. Org pompuan jenis ni juga suka sangat amik taw hal ehwal org lain termasuk dgn hal2 yg tk sepatutnya taw.

    3. Org pompuan jenis ni suka “bermesyuarat tingkap”….sumer nk gosip pasal tk der citer lain yg nak diperbincangkan.

    4. Ramai yg jenis terlalu prejudis terhadap suami…banyak sangat tanggapan serong…sebenarnya ini disebabkan oleh perasaan iri hati yg ada pada dia orang ni. Pasal apa ada rasa iri hati….sebab secara tk langsung ada perasaan inferior dlm diri masing2. Masing2 dh rasa tk “marketable” macam dulu lagik ;).

    5. Perasaan curious (ingin tahu) terlalu tinggi. Cth : ada lori datang ke rumah sebelah pun sibuk nk taw…manalah taw jiran sebelah beli perabut baru ker….;)Secara tk langsung akan wujudlah pulak masyarakat yg ada rasa PHD ni.

    Dah laaa Bro…satgi banyak2 org marah plak :)….tk sanggup CM nk hadapi….hehehe
    kita tunggu respon org lain pulak yerr.

  • Annika

    semoga fatt berjaya menjadi isteri solehah. niat u tu dah suci murni dah..jarang nak jumpa org yg berhasrat nak tumpukn sepenuh perhatian yg tak berbelah bagi pada suami dan rumahtangga. fatt mungkin nak mendidik anak2 dan mengurus suami dengan tangan sendiri. fatt..klu u dah pasang niat mcm tu janganlah fikir yg negatif pulak pada suami. klu u ikhlas dalam mendirikan rumah tangga insyaAllah akan dimudahkan olehNya.. lagipun baik atau buruk sesebuah rumahtangga tu kita yang merancang…tapi Tuhan yg menentukan. So, all the best to you!

  • rafeah

    hi Bro and all..

    to me orang perempuan ni mmg sepatutnya mampu berdiri di atas kaki sendiri.bila bercakap ttg berdiri atas kaki sendiri ni,macam2 maksudnya.ini termasuklah kemampuan seorang isteri untuk meneruskan kerjaya walaupun setelah berumahtangga,hatta dgn orang yg kaya sekalipun!penting bagi seseorang perempuan untuk mempunyai keupayaan ekonomi sendiri.ini sangat2 membantu daripada segi:
    1)kebolehupayaan kita dlm membantu ekonomi ibubapa sendiri,yg telah banyak berkorban membesar dan menyekolahkan kita hingga peringkat paling tinggi.(for me,this one includes my grandparents as well)
    2)kemampuan utk membantu suami menjana ekonomi rumahtangga,especially dalam keadaan ekonomi seperti sekarang ni.ini termasuklah jugak tabungan dan insurans untuk anak2.
    3)ability untuk ada tabungan dan insurans sendiri yg dibuat atas dasar ‘sediakan payung sebelum hujan’.
    4)bila kita berkerjaya,taraf hidup akan meningkat dan secara tak langsung yes suami sebagai ketua keluarga akan rasa sedikit hormat pada kita.and they will be proud too,as long as kita mampu menjalankan tugas amazing dan paling berat iaitu menjadi isteri, ibu dan wanita berkerjaya dalam satu masa!payah tapi tak mustahil untuk dilakukan.
    5)to give back to the community.at least 5% of our salary tu boleh kita gunakan untuk contribute apa2 to the community.tak semestinya banyak,sikit pun takpe.ikut kemampuan.e.g:donations to the poors/old folks homes/orphanages ke, sokongan untuk pemeliharaan dan pemuliharaan hutan ke,fund raising utk pembinaan tempat pembiakan haiwan yg diancam kepupusan ke,banyak lagi lah.

    so to Fatt,u are still young dear.mungkin sekarang u rasa apa yg u rasa.tapi bak kata Bro,jangan kita hidup dalam dunia fantasi.be realistic!apa yg perlu u buat ialah be smart in whatever u do.sentiasa ada future plan.future back-up plan.hehe..may Allah bless u..:)

  • dekno

    kwn baik dekno..perempuan dah kawen dan baru je dpt 2nd baby..welcome 2 the world Asyfahrin..(tgk..ade gak nm fahrin heehe)..kwn dekno ni bekerja,suami dia pun keje ok la..pernah gak la kwn ni bgtau yg dia nk berhenti keje..nk duk umah je jaga anak2..tapi kami mcm xsetuju la..mmg dia berkeras nk berhenti keje..bkn nak halang tapi nasihattt..

    “ko betul ke nak benti keje?ko tahu kan skrg bkn sng nk dpt keje..””ko xtakut ke kalo apa2 jd 1hr nti?hubby ko buat hal ke..mcm mn ko nk tanggung anak2?”sbb ko xkeje””selagi ko daya ko keje”

    ms akan dtg kita xtau apa akn jadi..so alhamdulillah rungutan kwn dekno tu dh xkedengaran lagi malah dia skrg gembira sbb dia berkerjaya..rezeki dia pun makin murah…syukur!!

  • Fiza : Betul sangat tu, muda-muda ni kerja dulu lah kan, tapi kawan bro ni kuat betul bertekak, sampai sudah tak nak kerja dia. At least buatlah bisnes online ke kan. Boleh duk rumah gak…

    ARB : Point yang sangat penting tu ARB. Bayangkanlah kalau suami meninggal dunia dan si isteri tak ada kerja…kebetulan simpanan pun tak seberapa??….fuuuu torture beb! 🙁

    Ingin bro nak ambil pesanan Mentor bro, Jutawan Irfan Khairi, kata beliau :-
    “Dalam masa 5 tahun lagi, taraf kehidupan akan semakin tinggi sehinggakan suami dan isteri mesti berkerja!!”

    Dan…kata-kata beliau ini, 2-3 tahun lepas! Jadi, memang benar sungguh dengan segala-gala harga barang melonjak naik sekarang! 😉

  • Tapi pada zaman ini wanita berkerjaya adalah lebih bagus melainkan kalau dia dah ada harta banyak nak sara hidup. Bukannya apa, untuk kebaikan wanita tu juga kerana kalau ditakdirkan suaminya meninggal tak der tinggal harta..caman nak tanggung sendiri.Betul tak brother Razzi……ARB Dagang

  • erm… amboih, bro kuar ngan awek cumils gitu… hehehe… erm for me, fatt tu muda agi.. keja la, masa2 depan kita tak tau. bahagia tu ada di mana2… tp kalau ada career at least, ada simpanan utk ms depan. mmg la kita ni tanggungjawab suami… tp… kdg2 isteri perlu jgk tolong sket2… cumanya mungkin terlalu muda kot klu fatt nk berenti keja. lainla anak dh ramai… fiza pon maybe consider la… lagipon klu keja tak mengganggu urusan rumahtangga apa salahnya terus bekeja kan… 🙂 klu fatt nk dok umah jgk, wat keja dari umah… cam business ol ke ape ke… point di sini jgn berenti keja… hehehe… tp depend on ur situation la… tepuk dada tanya iman… wallahualam…

  • Very interesting!!! Bro nak ambil beberapa point penting yang you all kemukakan :-

    Manja : Bisnes dari rumah, yes! Itu satu options yang bagus.

    Dekno : Masuk U, kerja…sekali disuruh duk rumah biar betul kan Dekno, at least you kerja dapat lah bantu famili yang menyara you selama ni. Good point!

    Beego : YES! point you ni pun actually bro ada cakap kat Fatt. “Bila isteri tak kerja, banyak masa difikirkan suami buat jahat la, ada gilfren lain la….fikir yg bukan2, bila husband balik mulailah soal cam2..lelaki akan bosan!

  • Beego

    Ni lelaki bujang ni bagi pendapat hehehe..
    I suka isteri yang bekerja,biar ada karier..
    kalau tak nak keje pun takpe i bleh bg duit but dia mesti ada aktiviti yg bagus tp bukan main mahjung bina-bina runtuh hehehe..

    Bila isteri tak keje,banyak masa dia dok pk laki dia dok watpe tu..wat jahat ke,ada gilfren ke….pikir yg bukan2 bila husband balik
    mula soal cam2..hmm laki mula bosan!

    Tapi semua ni kena discuss,bincang baik2 gan bakal suami/isteri..
    but for fatt tu la i rasa tak berbaloi nak berhenti keje..tul cakap bro..realiti tu lain dari yg kita cakap dn pk..!

    Oh perempuanku..dia memang bukan jenis duk diam!

  • dekno

    hehhe..bg dekno kalo dh kawen pun dekno ttp nak bekerja…syg ooo kalo berhenti…kalo bakal suami xkasi keje, i suh je dia cr bini lain haha..yeke?tapi walau apa pun terjadi..dekno tetap ngan pendirian dekno akan tetap kerja lps kawen..senang kalo apa2 terjadi xla kita terkontang kanting…mcm bro ckp la kan..bkn apa kita ni ada pendidikan so syg la kalo xkeje..atleast kalo keje leh gak bantu2 suami..bantu ke?hehe slh sorg dr kwn dekno..kami skrg dlm proses berkawan, kenali hati budi..dia dh mula bg pendapat..kalo dekno kawen ngan dia dan dh punya anak..dia nk dekno berhenti keje..suh duk umah je jaga anak..oh no!!!!xsuka..xsuka..(mak aku suh aku masuk U, belajar tinggi2 utk dpt keje elok2,nti leh bantu family..xkan nak sia2kan harapan my mom kan?) bukannya apa…sediakan payung sebelum hujan..takut langit xselalunya cerah..

  • manja

    manja tak tahu nak kata ape sebb manja tak sempat nak merasai kehidupan berkerjaya…habis sekolah je dah kawin..hehehe….but manja suka buat bisns…like now..manja buat sulaman tapi dengan izin suami le…pernah ada kawan offer manja kerja kat tempat sulaman dia but my husbd bangkang habis-habisan..manja hairan gak..bila manja tanya why…dia kata dia suka kalau isteri dia dok rumah jaga anak2 dan urusan rumahtangga….setakat bisnes dalam rumah tu ok lagi katanya…tapi alhamdullillah….walaupun manja tak bekrja my husbnd bagi elaun evry month kat manja….sebb manja ni kureng sikit minat shppingnye..manja menabung just in kes le if anything happen right….so bagi yang dah berkerjaya n nak kawin…keizinan suami adalah satu pekara yng sangat mustahak dan sangat penting utk meneruskan kerjaya…bila dah kawin..family first baru kerjaya….hehehe..itu je yang manja tahu…ok bro…cute le bro pakai glasses..manja pun pakai glasses bro…tapi sekarang dah tukar imej…husbnd beli contct lens..hehe…dia ada je manja pakai….selesa lagi pakai glasses bro…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending Posts

Edit Template

© 2023 Created with Royal Elementor Addons