single

Pernahkah anda merasa teramat sunyi setelah kehilangan kekasih? Tunang? Suami? Isteri? Atau sesiapa  saja 0rang yang disayangi sekian lama? Kemudian rasa ketakutan mulai mencengkam jiwa, terasa… takut lama-lama anda akan terus kesunyian tanpa sesiapa yang menemani anda di hari tua?

Sebenarnya Bro Razzi juga pernah merasa perkara yang sama. Malah keadaan itu I tahu sangat, ianya amat menyedihkan, ia menjadikan saya sebagai seorang yang agak anti sosial di kala itu. Malah begitu kekok untuk berbicara dengan sesiapa saja. Seolah-olah hidup tanpa dia bagai tidak berguna lagi…

Ramailah yang menunjukkan simpati, ada pula yang menunjukkan wajah kecewa dan berkata,

  • “Zaman sekarang ni memang ramai yang single dan tak laku… ” ada yang juga berkata,
  • “Untuk cari orang yang betul-betul boleh kita bercinta amat susah sekarang, tak boleh harap semua, dan tak boleh percaya!”

Malah ada yang merenung saya seperti saya ni dah nak mati lagaknya, duduk kat situ menggeleng-gelengkan kepala dia untuk masa yang panjang. Apa menda la??

…but tak kurang juga yang datang memberi nasihat dan kata-kata semangat,

  • “Sabarlah Razzi, kau akan bertemu dengan orang baru tidak lama lagi!” Atau,
  • “Kau takkan lama single Razzi, nanti ada lah tu jangan risaulah!”

Sounds familiar? Hehe mungkin anda juga pernah didatangi teman dan saudara yang juga memberi berbagai cemuhan, hinaan, tanggapan, nasihat dan kata-kata perangsang?

TANPA mereka bertanya hati dan perasaan kita, asume everything is going bad?

Adoi… perkara-perkara sebeginilah yang buat siapa Razzi hari ini. To me, either way… people around me buat, both ways SALAH! All this situations buat I jadi rasa AMAT TIDAK BERGUNA sekali… seperti benar-benar tak diperlukan, tak berguna, tak laku, tak bagus dan berbagai tak lagi lah!

PERSOALANNYA… Adakah anda benar-benar perlukan ‘dia’ untuk anda bahagia? Atau sebenarnya, tanpa pasangan anda boleh jauh lebih bahagia dan gembira?

Sebenarnya kita dan mereka di sekeliling kita tak sedar… Yang sebenar-benarnya, YES kita kehilangan cinta… tetapi KITA TIDAK PERLUKAN SESIAPA UNTUK BAHAGIA!

You see, untuk I be happy… I tak perlukan pasangan pun! If only I boleh jerit kepada my ex ketika itu, “Aku tak perlukan kau lah!!!” hahaha…

  • You all… Let me tells you something… kalau setakat untuk rasa bahagia, rasa bercinta, rasa dicintai, rasa disayangi… romantik? anda TIDAK PERLUKAN sesiapalah!

Kita ni janganlah nak tunggu ada kekasih, baru nak bahagia, nak enjoy life, ada pasangan baru nak ceria. NOW while you’re still single inilah masanya kita TERUJA dan CERIA dengan hidup kita. Be single and PROUD!

Anda sendiri boleh lakukannya, anda perlu bangun setiap pagi dengan semangat untuk hidup bahagia. Nak hidup romantik? Hiduplah… tukarkan kehidupan anda sebagaimana yang anda mahukan. Tukar suasana rumah anda JADI ROMANTIK, tukar cara pakaian anda JADI LAWA GILER, tukar penampilan anda SEHINGGA ANDA SENDIRI TERUJA. Buatkan sebagaimana orang yang sedang bahagia bercinta, orang yang romantik. Just do it for yourself! Your own happiness

  • Bagaimana waktu anda hidup sentiasa gembira dulu? Buatlah seperti itu, jangan tunggu untuk ada orang yang datang buat anda gembira kerana anda sendiri boleh gembirakan diri anda kerana anda lebih mengetahui apa yang menggembirakan anda. BE HAPPY WITH YOURSELF BEB!
  • Janganlah pula asyik mendengar lagu-lagu sedih, memainkan muzik sedih… tukar kepada lagu-lagu yang memberi semangat dan menceriakan.
  • JANGAN menunggu untuk bertemu seseorang mengambil anda keluar, anda keluarlah dengan kawan-kawan.
  • JANGAN harapkan seseorang ajak anda bermain alat muzik, menghadiri event, join workout group, travel team, diving skuad, riding, apa-apa sajalah. Anda sendiri buat keputusan hari ini untuk anda!

Dengarlah… dan fahamilah… Until you yourself yang ubah hidup you sendiri, selagi itulah ianya tidak akan berubah. Sesiapa pun boleh beri nasihat, beri semangat, tunjukkan jalan… tetapi jika kita sendiri tidak membantu diri kita sendiri… kita akan terus berduka, sesat sendirian tanpa teman…

Di mana tanpa kita sedari, tanpa insan yang dicintai itu yang kita tidak perlukan sebenarnya. Memang kita single sekarang… tetapi jika kita tidak mengharapkan dan tidak perlukan sesiapa dalam hidup kita untuk kita merasa gembira… cinta akan mudah hadir dalam hidup kita! Sebaliknya jika hidup berduka, meratap dan merintih punya lama akan kehilangan cinta… cinta itu sendiri akan semakin jauh dari kita dan cinta yang baru juga tidak akan hadir-hadir lagi.

Yang mana satukah pilihan anda? Pilihlah Single and PROUD, because soon you will not be single anymore!

p.s. : Dapatkan ebook-ebook Brother Love yang telah membantu ramai orang – klik di sini

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…



Apa komen anda? : [13] Comments