Pada masa yang tidak berapa lama dulu, seorang pembesar negara yang sangat mengambil beratย  tentang masyarakat sekelilingnya, melawat sebuah hospital sakit jiwa….

Penghuni – penghuni hospital sakit jiwa itu, memiliki berbagai-bagai jenis penyakit gila. Ada yang bercakap dengan dinding, ada yang tersengih-sengih seorang diri, ada yang menangis sambil mendukung bantal, ada yang dalam ketakutan melihat apa sahaja di sekelilingnya dan macam-macam lagi. ๐Ÿ™‚

Setiap orang gila ini, telah dilawati pembesar negara yang begitu baik hati. Dan kepada setiap pada mereka, dia telah duduk berbual, walau pun kebanyakannya tidak menghiraukan kehadirannya jauh sekali untuk menjawab sebarang pertanyaan dari pembesar itu.

Hinggalah sampai kepada seorang pesakit jiwa yang berada di hujung bilik itu, yang kelihatan sedang mengail di dalam sebuah baldi besar. Dari jauh, pembesar ini mulai terasa, mungkin lelaki gila itu mahu berbual dengannya. Lalu, pembesar itu mendekatinya dan menegur…

  • โ€œTengah buat apa tu, asyik saja nampaknya?โ€
  • โ€œTak nampak ke apa saya buat?โ€ lelaki gila menjawab.
  • โ€œNampak…awak sedang mengail, kan?โ€
  • โ€œHuh!!…dah tahu, tanya pulak!โ€ dengus lelaki gila tu.

Pembesar itu tersenyum ๐Ÿ™‚ , memahami akan lelaki yang sakit jiwa itu. Kemudian dia bertanya lagi,

  • โ€œTapi, awak mengail apa?โ€
  • โ€œ….mengail ikan la, awak nak saya kail beruk ke kat dalam baldi ni?โ€
  • โ€œHehe…tak lah, cuma…ada ke ikan dalam baldi tu?โ€
  • โ€œEhh?!!…AWAK GILA KE? MANA ADA IKAN!!โ€

Naaahhh ๐Ÿ˜€ย  …pembesar itu pula yang dikatakan gila. Jadi, moral cerita ini…tidak ada gunanya jika kita bercakap dengan orang gila, kita pula yang jadi gila, hahaha!! ๐Ÿ˜›

Begitu juga, di dalam sesebuah perhubungan. Kalau pasangan kita tengah ‘GILA’ tu… maksud I, tengah marah ke, panas ke…ada lebih baik kita mendiamkan diri, menjauhkan diri…biarkan dia. Biarkan until dia sejuk atau reda amarah dia…

Kerana, โ€œBagai bercakap dengan orang gila… tiada apa pun yang memberi makna!โ€

Jangan sesekali mahu menyelesaikan masalah di kala panas membara, marah memuncak. Alamatnya, naik gilalah nanti. So, relax je, cool… sabar. Ada banyak masa lagi nanti untuk selesaikan masalah yang berbangkit. Alright?!

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com



Apa komen anda? : [14] Comments