P.Ramlee pernah berkata, “Bahasa menunjukkan BANGSA” – Sungguh besar maknanya.  Kalau kita fahami betul-betul apa yang dimaksudkan oleh Allahyarham P.Ramlee itu,  ada 2 maksud sebenarnya.

  • Maksud 1 : Tentu saja maksud pertama adalah Bahasa menunjukkan BANGSA Melayu, Cina, India dan sebagainya.
  • Maksud 2 : Tetapi maksud kedua, maksud tersirat adalah, ianya seperti bermaksud, ‘Bangsa sombong’ atau ‘Bangsa Pendengki, Bangsa Bodoh, atau Bangsa Perasan’ dan sebagainya.

Jadi, jika CANTIK BAHASA kita, maka ‘BANGSA CANTIK’ lah kita. Buruk bahasa kita… maka BANGSA BURUK lah kita. HANYA dengan bahasa yang kurang cantik, walau anda lawa macamana sekali pun, anda tidak akan dapat memikat sesiapa, percayalah!

Ini adalah satu pengalaman yang Razzi sendiri alami :-

Dalam beberapa situasi before this, some times ago, Razzi pernah berdepan dan baru nak kenal dengan wanita yang to me agak lawa jugak dan cukup menarik. Niat kira, ikhlas nak berkawan lah. Baru saja nak berkenalan, beramah mesra, dia menceritakan pengalaman dia dengan ex boyfriend dia. Razzi tak tanya pun, in fact I cakap I tak nak tahu hehe… I memang tak suka tahu people’s past. Tetapi… dia nak cerita jugak. So what happen? –

…hanya dengan beberapa patah perkataan darinya yang agak kesat, komplen pasal keburukan ex boyfriend dia, tambah pula dengan nada bahasa yang agak kasar, wanita itu sudah menjadi tidak menarik lagi bagi Razzi walaupun hanya untuk berkawan… dan kecantikannya pula tidak membantu untuk Razzi terus berkenalan dengannya…

Pelik kan…tetapi terbukti benar! 😉

  • Sometimes, orang mengambil alasan sebagai… tengah marah, tengah benci kan seseorang atau disakiti dan dikhianati. Lalu to them, mereka dibenarkan untuk memaki hamun orang.  Atau it’s okay untuk menggunakan perkataan yang buruk sewaktu marah atau apabila disakiti.
  • Well… yang keluar dari mulut kita itulah diri kita yang sebenarnya, tidak mengira tengah marah atau sebab dikutuk dan diejek.
  • Islam tidak mengajar umatnya begitu… walaupun kita bukan Rasulullah yang direjam batu hingga berdarah kepala tetapi masih sabar dan tidak memarahi mereka yang buat… BUT, kita adalah umat Rasulullah s.a.w jadi, at least sedikit-sebanyak elok lah kita jadi seorang yang penyabar dan menggunakan bahasa yang lembut.

Pernahkah anda terfikir mungkin salah satu sebab anda tidak bertemu jodoh dan tidak kahwin-kahwin lagi adalah disebabkan :-

  • Mungkin disebabkan bahasa anda?
  • Mungkin cara percakapan anda yang kurang menarik?
  • Mungkin nada suara anda yang agak kasar?
  • Mungkin setiap patah tutur yang keluar dari mulut anda, tanpa anda sedari… ingatkan semua okay, rupa-rupanya ada unsur kekasaran?!

Cuba tanya-tanya mereka yang berani berterus-terang pada anda… who knows, maybe selama ini semua orang diam, sebab tak mahu buat anda terasa hati atau malu.

  • Bahasa yang membawa cinta, adalah bahasa yang penuh kelembutan dan penuh dengan kesopanan. Bahasa sebegitu hanya akan ada jika anda adalah orang yang sabar dan menghormati orang lain.

Razzi kenal seorang lelaki, tak mahu lah cakap nama dia… this guy selalu ada kat sini hehe…

Dia ni sudah pun berkahwin. Rupa parasnya biasa saja… tubuhan kurus kering sikit dan, gelap orangnya. Cuma kulit muka dia tu banyak parut-parut jerawat, berlubang-lubang. Kalau orang yang memandang rupa, mungkin tidak akan terpikat kat dia. TETAPI, ramai kenalan dia dan ramai orang suka dengan dia… ramai pula yang meminati dia, bukan orang perempuan je, orang lelaki pun minat kat dia hehehe 😆

What I can see, this guy ni dengan suaranya yang dalam, nadanya yang lembut dan kata-kata yang selalu menyenangkan hati, sudah pastilah orang suka dengan dia. To me, bangsanya dan bahasanya, adalah Bahasa Cinta! — Dia juga tidak pernah berprasangka buruk terhadap orang. Jika ada yang mengadu benda buruk, respon dia selalu positif dan penuh kesabaran.

  • You see, tanpa kesabaran, tidak mungkin kita akan berjaya dalam apa bidang sekali pun. Kalau kita hanya asyik mahu menegur orang dengan kasar, mencari salah orang, menggunakan bahasa yang kesat dan menyakitkan hati orang… Tak perlu nak berbicara soal cinta lah kerana, kita akan mati keseorangan!
  • Anda mungkin punya cinta, dan mungkin masih disayangi oleh pasangan yang amat menyintai anda. Tetapi jika bahasa anda tidak jaga… cinta yang ada pasti akan hilang! – Apatah lagi jika anda yang masih tiada cinta? Bujanglah sampai tua…
  • Lebih-lebih lagi jika anda wanita… muslimah… cakap tu biarlah lembut sikit. Dan sedar dimana anda berada. Tengok sekeliling. Jangan depan lelaki je elok bahasanya, bila bersama kawan perempuan, lain pulak bunyinya.
  • Jika segala-gala hanya lakonan semata-mata, tidak akan kekal lama, suatu hari ia akan terkeluar sendiri. Masa tu buatnya kat depan orang yang kita minati, tak ke malu?

Ini pesanan dari seorang wanita kepada wanita lain : Dia minta izin Bro Razzi sampaikan :

Jagalah sikit maruah sebagai wanita…dah tahu lelaki ni ada isteri, jangan lah pula kacau. Hantar sms pagi-pagi buta. Hormat lah sikit orang ada keluarga. Mana bangsa dan maruah anda kaum hawa, mana hidayah dan pegangan agama yang anda bangga-banggakan tu? Tak malu ke, macam terdesak sangat…Lepas tu marah-marah kat isteri orang tu pulak dengan bahasa yang kesat…masyaAllah, hanya Tuhan saja lah yang tahu…

Kata wanita ini lagi, “kepada yang membaca pesanan ini dan terasa tu, baguslah. Kalau tak faham jugak, dan tak terasa, awak memang kena jumpa pakar sakit jiwa.”

Basically, gunakan BAHASA YANG CANTIK, LEMBUT, SOPAN dan paling utama MENYENANGKAN HATI sesiapa saja yang anda idamkan dan juga dengan orang yang anda berdepan.  Yang cantik, yang hensem akan dirasa hodoh dan amat tidak menarik hanya dengan buruk cara tuturnya, cemar bahasanya, kasar bunyinya.

  • Jadi, kalau tak ada siapa yang respon cinta anda tu… tak ada respon pada apa saja mesej anda itu, faham-faham aje lah! – “BAHASA MENUNJUKKAN NILAI BANGSA!” 😉

p.s : Ketahui tentang Koleksi 3 ebook cinta terlaris dari Razzi Rahman – KLIK DI SINI

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…



Apa komen anda? : [2] Comments