lovelove

Selalu kita dengar-dengar dan juga lihat kaum wanita dan tidak ketinggalan kaum lelaki itu sendiri yang merasa tertipu, malah berputus-asa apabila cinta yang hangat bergelora, akhirnya dingin sebeku-bekunya!

Yang wanita sampaikan berkata, “lelaki bila belum dapat memang cinta tapi bila dah dapat semua lupa.” Dan….

Dan wanita juga menganggap pasangannya tak boleh dipercayai kerana suka flirt atau menggatal dengan girl lain, walaupun lelaki itu sudah berpunya.

Malah to them lelaki biasalah, masa nak dulu-dulu, tergila-gila mengidam dan bila dah hilang segala cinta, habis segala idaman, hilang segala rinduan, hampeh belaka!

Yang lelaki pun sama juga terkena dengan wanita yang sudah hilang minat untuk terus bercinta. Bukan wanita saja yang terkena…

Sesungguhnya telah ramai yang menghadapi situasi sebegini, terkena dan tertipu dek pasangan sendiri.

Tetapi percayalah, jika ini berlaku kepada anda, anda sebenarnya masih belum bertemu dengan cinta anda yang sebenar. Allah belum membawa jodoh anda yang sebenar. Dan yang memberatkan keadaan lagi adalah apabila anda sudah tahu perangai pasangan begitu, tetapi mengapa masih menunggu di situ? Tidakkah terfikir untuk meneruskan pencarian cinta yang sebenar-benarnya cinta?

Sekiranya pasangan anda :-

  • Sudah tidak semesra dulu lagi
  • Cakap pun kasar-kasar dan cepat marah
  • Sudah tidak rindu-rinduan lagi
  • Jarang berhubung dan kadang-kadang hilang
  • Kurang berbual-bual tentang kehidupan atau apa saja
  • Malas nak jumpa, letih nak bersemuka, longlai bila ajak keluar
  • Selalu memuji orang lain
  • Selalu membanding-banding
  • Sentiasa tidak puas hati dengan apa sahaja usaha anda
  • Tidak bertanya khabar tentang diri anda lagi
  • Tidak berminat tentang apa saja berkaitan dengan anda

CHANCES ARE…dia BUKAN jodoh anda lagilah tu. YA…dia cinta, ya dia juga dalam percintaan dengan anda TETAPI dia TIDAK BENAR-BENAR CINTA! Sebab, orang yang benar-benar cinta  ni kalau anda pernah jumpa, bak kata iklan bola, “MAKAN BOLA, MINUM BOLA, TIDUR BOLA!” …SAMALAH! Baginya siang malam, setiap masa hanya anda yang digilainya, hanya anda yang di fikirannya, yang dirindui setiap masa, walaupun sudah berbelas tahun bersama!

Jadi, sekiranya dia tidak begitu… best is , keluarlah dari perhubungan yang tidak membahagiakan itu, keluar dari kecewa dan sengsara menunggu seperti orang bodoh. Kerana pada pendapat saya, Pencarian anda masih jauh lagi, belum berakhir lagi, memang masih jauh perjalanan. Kalau setakat 2-3 kali terkena, itu NOTHING! Kecik je dugaan dari Tuhan tu…

Kena terus tabah dan sabar di dalam mencari kebahagiaan, ya bro Razzi tahu anda akan tanya sampai bila… Well kalau anda sudah kahwin sekali pun, jika kancah persengketaan tetap berlaku akibat dari perasaan cinta yang tidak sehebat mana, maknanya suami atau isteri anda itu juga bukanlah jodoh sebenar lagi lah tu. Jadi, jawapannya sampai  anda bertemu dengan pasangan yang tidak boleh hidup tanpa anda la kan! Tak senang duduk kerinduan, terseksa jiwa kesunyian tanpa anda di sisinya. Itulah baru CINTA SEBENAR!

Sekali lagi saya katakan… apabila anda bertemu yang sebenar-benar jodoh, walau sudah berbelas tahun kahwin pun masih merindu, masih geram!! Persoalannya, “Masih adakah lagi pasangan yang begitu? Tak jumpa pun!”

Itulah halnya! Bila tak jumpa anda anggap tak ada. Usaha sedikit sudah putus asa. Jadi nak senang anda pun kata, semua lelaki/wanita sama je! Semua tak boleh percaya!”

Jauh manakah pencarian anda? Atau hanya baru di facebook, di internet? hanya di office? hanya di kawasan rumah anda? hanya di kampung anda? hanya sekitar bandar terdekat? …dunia yang seluas-luas ini, yang mempunyai berjuta-juta penduduk, setakat itu sahajakah pencarian anda?

– Dan sudah berapa ramai orangkah yang anda berkenalan? 10? 20? 100? … setakat itukah usaha anda? Pengorbanan anda? Dan anda terus mengharapkan kejayaan besar, kebahagiaan yang mutlak?

  • Perlu kita ingat… Mereka yang berjaya dan hidup bahagia, telah lebih berkali-kali ganda dari itu usahanya, telah berkorban apa saja untuk mencapai apa yang diidamkan…

Jadi kalau setakat itu sahaja usaha kita, seharusnya kita lebih cekal dan tabah lagi dalam mengharungi kancah kehidupan ini, dan terus berusaha lebih gigih untuk mencapai apa yang dihajati, dan kejayaan dan kebahagiaan itu jualah yang akan menjadi milik anda. Saya doakan buat kita semua InsyaAllah!

p.s. : Ingin mengetahui kesemua karya Razzi Rahman dengan lebih lanjut? – klik di sini

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…



Apa komen anda? : [2] Comments